Kisah Sedey Pesakit Denggi Kanak-Kanak
Sat Nov 30, 2002 5:41 am
Kisah menyayatkan hati.. semoga kita semua lebih peka dengan keadaan sekeliling dan orang yang tersayang..
>From: Mariyati Binti Long Reply-To: Sutera@yahoogroups.com
>To: sutera@yahoogroups.com
>Subject: [Sutera] FW: untuk renungan ...(BAHAYA DENGGI)
>Date: Fri, 29 Nov 2002 15:24:41 +0800
>
>ANIS SABRINA DALAM KENANGAN (21 march 2002 - 24 November 2002)
>
>Anak kami Anis Sabrina , 8 bulan telah kembali ke rahmatullah pada 24
>November 2002 pukul 6.30 pm di Katil No. 5 , Unit Rawatan Rapi (PICU) ,
>Institut Pediatrik , HKL. Anis Sabrina meninggal disebabkan serangan
>"Dengue Shock Syndrome" , ataupun denggi berdarah Grade IV, yang telah merosakkan keseluruhan organ didalam badannya. Tetapi virus yang menyerang Anis ini baru ditemui dan pakar-pakar perubatan tidak mengetahui punca sebenar virus ini..melainkan secara kasarnya ianya hanyalah demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.
>
>Tujuan saya meneceritakan pengalaman benar ini adalah untuk peringatan
>kita semua dan juga ihubapa akan bahayanya Demam Denggi , kerana sehingga ke hari ini belum ditemui lagi vaksin untuk merawat penyakit denggi. Ikutilah pengalam Anis Sabrina diserang denggi dan sehingga menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan yang teramat sakit , menderita dan pilu..........
>
>Peringkat demam denggi adalah dalam lingkungan 10 hari. 4 hari pertama
>merupakan demam panas yang berpanjangan, masuk hari ke 5 , demam panas akan hilang. Kebanyakkan kita beranggapan , bila panas dah hilang , demam dah
>baik, sedangkan hakikatnya bagi demam denggi, hari ke 5 hingga ke 10
>merupakan hari virus denggi mula membiak. Sekiranya seseorang dapat
>bertahan hingga hari ke 10 tanpa menghadapi komplikasi lain insyallah akan selamat , tetapi jika sebaliknya,,memang akan menjadi korban, Dan anak saya terkorban pada hari ke 11 demamnya. Walaupun melepasi tahap hari kritital 10 hari ,namun virus telah menyerang keseluruhan organ dalamannya sehingga gagal berfungsi.
>
>
>Khamis (14 November 2002).....pukul 4.30 pagi (Hari ke 1 demam)
>
>Seperti kebiasaanya Anis akan terbangun bila saya bangun untuk bersahur.
>Dan pagi itu Anis macam biasa , ceria dan bermain-main...sehingga saya selesai bersahur....kemudian selepas subuh Anis tertidur semula. Saya seperti biasa bersiap untuk ke tempat kerja..dan ketika mahu mengangkat Anis keluar dari bilik lebih kurang pukul 7.45 pagi,,saya dapati badan Anis sedikit panas.
>Saya telah berpesan kepada Pembantu rumah untuk memberikan Anis ubat demam.Di pejabat hati saya resah. Saya seperti menjangkakan yang anis mungkin diserang denggi kerana dikawasan ini banyak kes denggi. Sehingga petang saya kembali dari bekerja..keadaan Anis masih panas. Saya terus membawa Anis ke Klinik untuk mendapatkan rawatan...doktor mengatakan hanya demam biasa...dan mengingatkan jika demam tidak baik sehingga hari Ahad , kembali semula ke Klinik untuk membuat ujian darah. Keadaan Anis tidak berubah...sekejap panas , sekejap hilang.Walaubagaimana pun Anis masih mahu minum susu dan makan.
>
>
>Jumaat (15 November 2002 - Hari ke 2 demam)
>
>Keadaan Anis masih tidak berubah. Sementara saya pula mengalami demam. Oleh kerana kurang sihat dan tidak sedap hati..saya tidak ke pejabat disebablan
>keadaan Anis dan diri saya yang demam. Tapi Alhamdulillah menjelang petang
>demam saya beransur hilang. Hanya Anis yang masih demam walaupun tidak
>sepanas semalam. Dan petang itu seluruh ahli keluarga suami saya mengadakan majlis berbuka puasa dan kesyukuran , kerana ibu mertua saya baru sembuh dari demam denggi. Tapi hati saya tetap risau mengenangkan keadaan Anis. Masa Anis banyak dihabiskan dengan tidur dan sekali-sekala mahu
>bermain-main. Keadaannya seperti tidak selesa..kerana dia lebih suka
>berbaring di dalam buaian walaupun sebenarnya dia tidak tidur.
>
>
>Sabtu (16 November 2002 - Hari ke 3 demam)
>
>Badan Anis sedikit sejuk hari ini. Saya bersyukur , mungkin demam Anis dah
>sembuh. Saya tinggalkan dia dirumah dan pergi membeli barangan keperluan
>rumah. Tengahhari Anis banyak tidur....dan mula kurang makan. Saya buatkan
>bubur nasi dan sup..dia makan dalam 3 -4 sudu ...lepas tu tidur.
>
>
>Ahad ( 17 November 2002 - Hari ke 4 demam)
>
>Menjelang pagi. Suhu badan Anis naik lagi...Selepas Subuh saya bawa Anis ke
>klinik sekali lagi. Setibanya di Klinik..doctor mencadangkan Anis dibawa ke
>HKL , kerana kalau ujian darah dibuat di Klinik , akan mengambil masa yang
>agak lama untuk tahu keputusannya. Lagipun Ahri Ahad makmal ujian tutup.
>Saya pun terus membawa Anis ke HKL, Unit Kecemasan. Keadaannya agak sedikit lemah..tapi masih lagi boleh menyusu dan tertawa. Selepas membuat
>pemeriksaan,(pukul 9.45 a.m) doctor menahan Anis di Wad , kerana disyaki
>menghidap denggi. Anis ditempatkan di Wad KK2 , Bilik No. 1. Hati saya mula
>tidak tenteram melihatkan terlalu ramai kanak-kanak di wad itu yang
>diserang denggi. Setibanya di Wad, doctor telah mengambil sample darah Anis
>untuk membuat ujian. Oleh kerana Anis masih terlalu kecil , amat sukar
>untuk memasukkan jarum ke badannya..untuk mengambil darah. Sehingga 5 - 6 kali mencuba baru berjaya. Kesian Anis , lebam-lebam tanhgannya...Pukul 2.00pm ,ujian darah diketahui , dan dari ujian berkenaan darah Anis tidak ada virus denggi. Saya bersyukur...tetapi Anis diletakkan dlaam pemerhatian kerana
>tanda-tanda denggi ada padanya..seperti tidak lalu makan dan lemah
>badan.Walaupun begitu, hati saya masih risau dan kuat mengatakan yang Anis
>dijangkiti denggi. Setiap 6 jam darah Anis diuji dan setiap kali itu saya
>menyaksikan Anis akan menangis kesakitan...Kesian Anis. Malam tu Anis asyik
>tidur dan langsung tidak mahu makan dan minum. Dia bergantung sepenuhnya
>pada drip air yang dimasukkan ke dalam badannya. Kencing Anis juga semakin
>berkurangan. Menjelang tengah malam doctor memberitahu yang memang confirm Anis telah dierang denggi , berdasarkan ujian darah yang di buat petang
>tadi. Walaubagaimana pun masih diperingkat awal kerana bacaam ujian
>Platelette menunjukkan bacaan 195. (Normal antara 130 - 400) , tetapi Anis
>diletakkan dalam pengawasan doctor , kerana tidak mahu melarat.
>
>
>Isnin (18 November 2002 - hari ke 5)
>
>Keadaan Anis lemah, tapi masih boleh membuka mata dan bermain-main bila
>diagah. Susu langsung tak mahu, yang mahu hanya menhisap putting. Pukul
>8.00 pagi darah Anis diambil lagi. Kali ini doctor menyuntik lubang jarun
>baru..kerana darah Anis terpaksa duji setiap 4 jam sekali. Sebelah tangan
>Anis disuntik jarum untuk memasukkan drip air , dan sebelah lagi untuk
>merngambil darah. Tak sampai hati asya meliohat keadan Anis ketika
>itu.Pukul 9.00 Doktor P.G. Lim , Pakar Kanak-Kanak membuat pemeriksaan ke atas Anis..dan doctor mendapati hati Anis sedikit bengkak.Doktor mengarahkan
>supaya Anis di X-Ray untuk melihat keadaan paru-parunya. Hati sya semakin
>bimbang , namun saya hanya mampu berdoa dan sambil berkata , yang Anis
>hanya demam biasa......semasa menunggu giliran untuk di X-Ray, jarum ditangan kanan Anis terbuka..menyebabkan darah keluar meleleh..sehingga membasahi baju saya dan Anis , dan diatas lantai. Oleh kerana banyak darah yang mengalir , Anis kelihatan agak lemah. Hati saya hanya Allah yang tahu.
>Selepas di x-ray Anis lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur. Bila
>diangkat dia akan menangis. Didudukkan di atas katil , dia tak dapat
>bertahan. Pukul 4.00 petang doctor membuat pemeriksaan sekali lagi...dan
>doctor mengatakan yang paru-paru Anis dimasuki sedikit air dijangkiti
>sedikit kuman. Hati Anis juga telah membengkak 4 cm. Doktor mengarah Anis
>dipindahkan Kebilik No. 7, untuk dibuat lebih kerap pemerhatian keatasnya.
>Pukul 4.30 pm Anis dipindah dan doctor lebih kerap mengambil darah. Anis
>hanya tidur ,, dan tidak menangis. Menjelang waktu berbuka , Anis langsung
>tidak mahu membuka mata , dan saya hanya meneguk segelas air untuk berbuka puasa , kerana tekak ini rasa telah tersumbat untuk menerima sebarang
>makanan. Selepas solat Maghrib , saya cuba menitiskan sedikit air ke mulut
>Anis menggunakan syringe ubat. Namun Anis meluahkan balik. Pada pukul 7.30
>malam saya cuba untuk mendudukan Anis , tapi alangkan terkejutnya , Anis
>tiba -tiba muntah darah yang berwarna kehitam-hitaman. Saya menjadi teramat
>panik. Saya menjerit memanggil jururawat dan doctor . dan menelefon suami.
>Suami saya dalam perjalanan ke hospital. Saya serasa hampir pitam
>melihatkan keadaan Anis. Setibanya suami dihospital. Saya terus menyuruhnya memegang Anis, kerana saya tidak sangup melihat keadaannya. Selapas tu Anis muntah lagi dengan meluahkan darah seperti tadi, malahan kali ini lebih banyak
>lagi sehingga membasahi baju dan juga cadar katil. Keadaannya semakin lemah.Tidak sampai 5 minit , Anis muntah darah lagi....Doktor membuat keputusan
>untuk memindahkan Anis ke PHDW (Pediatrik High Dependency Wad) atau semi
>ICU. Semasa dibawa Anis masih menangis lagi...dan setibanya di PHDW, Doktortelah memasukkan segalam macam tiub di badan Anis. Ujian Plattelette juga didapati semakin menurun iaitu , 55. Doktor mencucuk lagi lengan kecil Anis
>untuk mencari salur darah yang baru, kerana yang sediada telah tersumbat.
>Anis menangis dengan kuat , dan saya berlari keluar kerana tidak sampai
>hati melihat keadan Anis. Kalaulah saya tahu yang itulah mungkin kali terakhir
>saya boleh mendengar tangisan Anis , mungkin saya akan tunggu Anis. Selesai
>semua tiub di masukkan ke tubuh Anis, Sel darah kuning (Platelette)
>dimasukkan kedalam badan Anis , untuk membantu menambah kan sel darah
>kuning, bagi melawan virus tersebut , kerana hati Anis tidak berfungsi untuk
>menghasilkan sel-sel darah. Pukul 12.00 malam doctor memberitahu keadaan
>nya kritikal tapi agak stabil , dengan bacaan platelette hanya tinggal 29.
>Walaubagaimanapun menurut doctor mungkin keadaan Anis akan berubah jika
>badannya dapat menerima sel darah kuning yang dibekalkan , dan mungkin
>dapat dipindahkan ke wad biasa.
>
>
>Selasa (19 November 2002 - Hari ke 6)
>
>Pukul 6.00 pagi , saya melihat Anis tidur ambil menghisap putting. Memang
>sepanjang masa di hospital Anis tidak boleh berenggang dengan putingnya.
>Suami pulang kerumah kerana menyangkakan Anis semakin baik. Tetapi alangkan terkejutnya saya apabila doctor memberitahu yang Anis terpaksa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami maslah pernafasan dan juga Platelette yang semakin menurun iaitu 16 , disamping hati yang mula kurang berfungsi dan semakin membengkak sehingga 9cm. Tahap ini amat kritika >kerana ia akan menyebabkan pendarahan pada otak. Bantuan pernafasan yang diberikan tidak berkesan , kerana bila Anis terjaga dari tidur dia akan cuba mencabut semua wayar dan tiub dibadannya, jadi doctor mahu memasukkannya ke dalam ICU dan memberikan ubat tidur supaya dia tidak menganggu segala macam alat yang dipasang ke dalam badannya. Saya menelefon suami , yang ketika itu baru sampai dirumah , dan dia bergegas semula ke Hospital. Pukul 8.30 am. Anis di pindah kan ke Unit Rawatan Rapi (PICU) HKL. Saya hanya menghantarnya ke muka pintu , kerana doctor tidak membenarkan ibubpa berada didalam semasa doctor membuat rawatan. Saya terdengan tangisan Anis. Yang rupanya kali terakhir dapat didengar). Saya menanti diluar ICU dengan keadaan yang amat tertekan sekali. Kerana saya dapat tahu ,pada pukul 7.00 am. Sebelum Anis dipindah kan ke ICU , seorang kanak-kanak berumur 9 tahun meninggal dunia kerana masalah yang sama macam Anis , dan kebetulan Anis ditempatkan di katil yang sama dengannya. Namun sokongan ahli keluarga dan juga jururawat serta doctortelah menguatkan semangat saya untuk melalui saat-saat getir ini. Hanya doa yang dapat saya lakukan untuk menolong Anis. Hampir 3.5 jam menunggu ,doctor masih belum selesai menjalankan kerja-kerjanya. Kaum keluarga ,sahabat handai ramai mengerumuni ICU untuk melihat perkembanagn Anis. Pukul1.00 tengahari doctor keluar dari unit ICU dan menemui saya dan suami ,untuk memberitahu pekembangan Anis. Doktor memberitahu yang Anis telah"ditidurkan" dengan ubat tidur , dan pernafasan Anis diambil alih sepenuhnya
oleh mesin dan komputer. Kami dibenarkan melawat Anis. Hampir pengsan sayamelihat keadan Anis. Dengan hanya memakai "diapers" , tiub dan wayar
berselirat ditubuhnya dan saluran pernafasan dimasukkan ke dalam mulutnya.
Satu tiub lagi dipasangkan dihidungnya untuk mengeluarkan darah dari dalam
badannya. Doktor memberitahu kami yang Anis mengalami masalah saluran darah
yang bocor, iaitu oleh kerana terlalu banyak air yang dimasukkan ke dalam
badannya dan Anis tidak boleh kencing menyebabkan , saluran darah yang ada
tidak dapat menampung air yang ada di dalam badan Anis sehingga berlaku
kebocoran , dan air itu telah memenuhi keseluruhan ruang perut, hati ,
paru-paru . Ditambah lagi dengan keadaan buah pinggang Anis yang sudah
tidak berfungsi menyebabkan dia tidak boleh kencing sehingga menyebabkan
badan Anis mengembang seperti belon.Walaubagaimana pun sya lihat Anis
seperti tidur. Mukanya bersih seolah-olah dia tak sakit. Kesian Anis ,
dalam usianya dia terpaksa berhadapan dengan kesakitan.
>
>
>Rabu (20 November 2002 - Hari Ke7 demam)
>
>Saya telah berkampung di HKL sejak hari pertama Anis dimasukkan kesini.
>Pukul 8.30 pagi doctor menenui saya , dan membritahu keadaan Anis. Anis
>dalam keadaan amat tenat. Kerana kandungan sir dalam badannya terlalu
>banyak. Anis tidak boleh kencing secara normal kerana buah pinggang Anis
>telah rosak. Disamping itu hati Anis semakin membengkak , dan paru-parunya
>dipenuhi air dan darah. Doktor juga menerangkan yang salur darah Anis telah
>bocor menyebabkan air telah meresap ke deluruh organ di dalam badannya. Ya
>allah..tabahkan lah hati saya. Oleh kerana kedua-dua buah pinggang Anis
>telah rosak maka proses perkumuhan tidak dapat dilakukan secara semulajadi.
>Doktor mungkin akan menebuk perut Anis untuk mengeluarkan kandungan air di
>badanya untuk mengelakkan keracunan. Apalagi yang saya boleh lakukan
>melainkan menyerahkan pada kebijaksanaan doctor dan berdoa kepada Allah.
>Pukul 10.30 pagi Dr Selva , pakau Urologi (Buah Pinggang) memanggil saya
>dan suami. Doktor meminta keizinan dari kami untuk melakukan sedikit
>pembedahan dengan menebuk perut Anis. Doktor berkata tiada cara lain lagi.
>Melainkan cecair perkumuhan dalam badan Anis perlu dikeluarkan , sebelum ,
>rawatan yang lain boleh dilakukan. Apa lagi yang boleh saya dan suami
>lakukan , melainkan menandatangani surat kebenaran. Proses mengeluarkan air
>dari badan ini sama seperti proses "Homodialysis" bagi pesakit buah
>pinggang. Cuma bezanya dia dipanggil PD , dan dia hanya untuk mengeluarkan
>air kencing dan bukannya mencuci darah. Prosesnya adalah dengan memasukkan berliter-liter air ke badan Anis , membiarkannya selama 5 minit dan
>mengeluarkannya semula. Semasa proses mengeluarkan air ini , dia akan
>menyedut sama air kencing dari badan Anis.Kemudaian air akan diasingkan ,
>iaitu air yang dimasukkan tadi akan di tadah didalam baldi , dan air kencing
>Anis yang disedut keluar akan di sukat untuk mengetahui , berapa banyak
>yang berjaya disedut keluar. Badan Anis jua kelihatan semakin membengkak. Tentu anda semua dapat bayangkan , andainya terlalu banyak air yang dimasukkan ke dalam badan , tetapi tidak ada yang keluar tentu badan anak membengkak seperti belon. Itulah yang terjadi kepada Anis. Sementara itu darah merah dan kuning(platelette)telah berpaket-paket dimasukkan ke badan badan Anis ,namun semuanya tiada tindak balas. Bacaan Platelette juga semakin turun
naik. Tidak ada sebarang improvement pada diri Anis , malahan semakin teruk
lagi.
>
>
>Khamis (21 November 2002 - Hari ke 8)
>
>Keadaan Anis tidak berubah , dan amat kritikal. Doktor hanya meneruskan
>rawatan yang sama. Oleh kerana denggi tiada vaksin , rawatan hanya
>berdasarkan permehatian sahaja. Pada ketika ini nyawa Anis memang
>bergantung sepenuhnya pada mesin. Jika bacaan mesin menunjukkann Anis kekurangan darah merah, doctor akan masukkan darah merah, kalau kelurangan platelette,doctor akan masukkan , kalau kurang air , tambah lagi, kalau kurang
>oksigen,tambah lagi bekalan oksigen. Begitulah keadaan Anis. Sehingga anak saya yang dahulunya putih gebu , kini telah membengkak , dan sedikit kehitaman.
>Sehingga pada suatu ketika berlaku pendarahan dari mulut , dan hidung Anis
,darah bercampur lendir dan berbuih-buih. Saya teramat sebak. Sampai pada
>satu tahap badan Anis tidak dapat menampung darah yang dibekalkan padanya,
>pada masa ini berlaku pendarahan dari hidungnya. Doktor memberitahu , ini
>kerana bekalan darah telah overload sehingga ia membuak keluar. Tetapi
>bekalan darah tak dapat dihentikan , kerana hati Anis telah rosak dan tidak
>dapat berfungsi untuk menghasilkan sel-sel darah, Jadi Anis bergantung
>sepenuhnya pada bekalan darah.Pemantauan ke atas Anis lebih rapi lagi
>dengansetiap 2 jam dibuat ujian darah dan bermacam-macam ujian lagi.Badan Anis juga mula kuning kerana hatinya tidak berfungsi lagi.Petang ini lebih kurang pukul 6.00 sedang saya duduk di hadapan ICU , saya telah menyaksikan 2 kematian . Mayat 2 orang sedang ditolak dihadapan mata saya. Dan saya tahu salah seorang dari mereka meninggal dunia kerana serangan denggi. Hati saya mula berdebar , adakah saat untuk Anis akan tiba jua... ini kerana sepanjang saya berkampung di HKL sehingga hari ini , saya telah menyaksikan 3 kematian kanak-kanak kerana denggi. Saya hanya berdoa semoga akan selamat dan sembuh seperti sediakala, walaupun memang saya tahu saya akan pasti melalui saat seperti itu jua.
>
>Jumaat (22 November 2002 - Hari ke 9)
>
>Keadaan Anis bertambah tenat. Pukul 2.00 petang doctor memanggil saya dan
>suami untuk menerangkan keadaan Anis. Consultant Dr Hung , Paeditrician Dr
>PG Lim , Dr Zamani , Dr Siti Aishah dan Dr Ismail telah menerangkan yang
>keadaan Anis semakin tenat dan peluang untuknya sembuh adalah teramat
>nipis.Ya Allah inilah dugaan yang paling hebat saya terima. Ini adalah kerana
>semua organ didalam badanya telah rosak dan tidap dapat berfungsi.
>Kedua-dua buah pinggangnya rosak , hatinya bengkak , paru-parunya berair dan berdarah serta dijangkiti kuman , tekanan darahnya rendah , pendarahan dalaman
>berlaku di di sana sini dan boleh dilihat secara luaran memalui hidung dan
>mulut , badannya semakin mengembang , kekuningan dan agak sedikit
>kehitaman.Saya bertanya kepad doctor , oleh kerana keadaanynya yang sedemikian ,adakah doctor akan menruskan rawatan (pada saya penyiksaan) kepadanya ,doctor berkata mengikut peraturan doctor tidak boleh menghentikan rawatan ke atas pesakit sehingga pesakit itu pergi dengan sedirinya. Keadaan saya amat tertekan sehingga saya langsung tidak menjamah sebarang makanan melainkan minum air selama berhari-hari , namun peliknya saya berasa kuat walaupun tidak mengambil sebarang makanan.
>
>
>Sabtu (23 November 2002 -- Hari ke 10)
>
>Sepatutnya hari ni Anis telah melepasi tahap kritkal demamnya. Tapi apakan
>daya oleh kerana berlaku terlalu banyak komplikasi dalam badannya , keadaan
>sebaliknya yang berlaku. Pada tahap ini masalah denggi tidak ada lagi, yang
>tinggal hanyalah komplikasi-komplikasi terhadap organ dalamannya. Pada hari
>ini doctor menemui saya lagi dan memberitahu yang Anis semakin tenat...dan
>peluangnya amat nipis. Sekarang ini tekanan darahnya terlalu rendah
>sehingga jantungnya terpaksa dibantu dengan 5 jenis ubat untuk
>menguatkannya. Sistem badan Anis juga terlalu lemah kerana darahnya
>kekurangan oksigen. Oksigen tidak boleh dibekalkan terlalu banyak kerana
>paru-paru Anis tidak dapat berfungsi dengan baik dan jika dibekalkan juga
>oksigen maka akan berlaku kemungkinan paru-paru Anis akan pecah. Untuk
>mengelakkan ini berlaku doctor membuat pemantauan yang rapi dengan
>membekalkan darah sedikit demi sedikit dan mengawal pendarahan dari
>berlaku.Semasa sample darah diambil , warna darah dari badan Anis berwarna
>kehitaman akibat kekurangan oksigen.Keadaan memang amat kritikal sekali.. Melihatkan keadaan Anis memang saya teramat sedih , dan hampir hilang akal. Tetapi setelah saya berfikir kembali , jika ini hanya merupakan suatu penyiksaan
>terhadap Anis , saye redha...saya merelakan dia pergi..tapi doctor kata
>jangan mudah nmeyerah kalah , selagi ada jalan akan dicuba untuk
>menyelamatkan Anis. Malam selepas solat maghrib , jururawat meminta saya
>tidak pergi kemana-mana kerana mungkin masa Anis hampir tiba. Saya cuba
>kuatkan hati dengan membara surah yasin dan ayat-ayat alquran di telinga
>Anis disamping memberikan kata-kata semangat pada Anis. Walaupin Anis tidak
>sedar, tetapi naluri keibuan saya tahu yang Anis mendengar apa yang saya
>katakan padanya.Saya habiskan banyak masa dengan Anis sepanjang hari ini
>sehingga tengah malam....saya tidak dibenarkan berada di dala ICU , kerana
>ketika itu Unit ICU sibut dengan berita pemisahan kembar Siam Azami dan
>Azama. Oleh kerana itu keadan di ICU agak sibuk dan saya mengambil
>keputusan menunggu diluar sahaja.
>
>
>Ahad (24 November 2002 - Hari ke 11)
>
>Selepas subuh saya balik kerumah sebentar untuk menukar pakaian.Kemudian
>saya terus bergegas semula ke HKL. Sejak pagi ini, keadaan Anis teramat
>tenat dengan hidupnya bergantung sepenuhnya pada ubat yang menguatkan
>jantungnya. Saya meminta keizinan pada doctor untuk memberi peluang anak
>saya yang lain iaitu Zikry, 5 dan Zulaikha , 3 untuk melihat adik mereka
>buat kali yang terakhir. Ini kerana sejak seminggu yang lalu. Iky dan Ika
>tak dapat nak lihat adiknya , kerana kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke
>dalam ICU. Sebak melihatkan kedua anak saya melihat keadaan adik mereka,
>kerana saya selalu berkata yang adiknya dihospital untuk baik , tetapi
>sebaliknya yang berlaku. Oleh kerana saya tahu hari ini mungkin hari
>terakhir Anis , saya tak mahu berganjak dari tepi katil Anis sambil
>mebacakan surah Yasin dan bercakap-cakap dengannya. Kulit Anis semakin
>kehitaman....pukul 2.00 petang saya semakin tidak sanggup melihat keadaan
>Anis , dan memohon jururawat menhentikan ubat-ubatan keatas Anis. Jururawat
>tidak berani membuat keputusan , kerana doctor tak ada. Tidak lama doctor
>datang dan saya merayu supaya dihentikan saja ubat ke dalam badanya kerana
>melihatkan keadaanya yang semakin membiru dan kehitaman. Andainya sudah
>ditakdirkan sampai disini saja Anis dipinjamkan kepada saya , saya redha
>dan relakan permegian Anis. Saya mahu Anis pergi dengan tenang.Doktor memanggil suami saya untuk mendapatkan pengesahan kebenaran...dan akhirnya satu demi satu ubat untuk penyambung hayat di badan Anis dihentikan. Doktor tidak membuangnya secara serentak. Kerana tidak mahu saya terkejut dengan pemergian Anis. Jadi doktor menghentikannya satu persatu melain ubat tidur.Dia bertanya kepada saya , samada saya mahu melihat dia pegi dalam sedar atau tidak. Walaupun sebenarnya saya ingin melihat Anis membuka mata buat kali terakhir , tapi apabila doctor mengatakan jika ubat tidurnya dihentikan
, dia akan tersedar . tetapi akan menanggung kesakitan yang amat sangat dan
>tidak boleh melihat dan memberi respond apa yang diberikan , saya mengambil
>keputusan untuk tidak menghentikan ubat tidur padanya. Walaupun kesemua
>ubat telah ditanggalkan , tetapi dia tetap akan mengambil masa yang lama untuk
>Anis mengakhiri hayatnya , menurut doctor mungkin Anis akan nazak sekitar
>2-3 jam lagi. Terus terang saya katakan saya tak sanggup lagi melihat Anis
>begitu.Kalau boleh saya mahu dia cepat menghabiskan hayatnya. Bukannya saya mendoakan dia pergi , tapi melihatkan pada keadaan nya , jikalau anda semua berada ditempat saya, pasti anda jua..akan melakukan apa yang saya lakukan .Mujur tidak lama selepas itu muncul Dr Abd. Halim...melihatkan pada keadaan Anis, dia lantas memanggil saya dan suami dekat dikepala Anis , dan meminta jururawat mengangkat Anis ke pangkuan saya untuk Anis menhabiskan hayatnya.Dan dengan perlahan-lahan Doktor mencabut satu persatu penyambung hayat Anis.... Saya peluk badan Anis, saya bisikkan ayat-ayat suci kepadanya.
>Saya katakan padanya yang...mama dan ayah redha dengan pemergian
>Anis....pergilah sayang...mama dan ayah relakan Anis pergi...pergilah dengan tenang Anis..jangan takut...Anis pergi dulu..nanti Anis tunggu mama , ayah Iky dan
>Ika diakhirat.Ketika monitor yang menunjukkan nyawa Anis hampir sampai
>keakhirnya , ayah saya iaitu datuk Anis baru tiba dari kg. Dan sebaik saja
>datuknay mengucupnya Anis Sabrina pun pegi dengan tenang menghadap
>ilahi...Saya masih tidak percaya yang Anis telah pergi...dan apabila saya
>melihat monitor ....barulah saya pasti yang anak saya ANIS SABRINA telah
>kembali kepadanya dengan keadaan yang menyayat hati...INNALILLAHI
>WAINNALILLAH HIR RAJIUNNNNNN. Buat yang meyaksikan Anis Meghembuskan nafasnya , pasti tidak dapat menahan sebak...Selamat Anis....tenanglah Anis disana. Anis pergi dengan disaksikan ahli keluarga saya dan suami , datuknya, cik gee, cik som, cik lah ,cik rin, cik mah...mak lang , mak ngah, pak ngah, cik wan , radzwan , cih shah, jururawat dan doctor yang ada
>disekeliling Anis.Anis pergi menghadap ilahi tepat pukul 6.30 petang dalam
>hujan renyai-renyai. Selamat Tinggal Anak Mama ANIS SABRINA. Mama sentiasa sayang dan mengingati Anis sehingga keakhir hayat mama...dan semoga kita dipertemukan disana.ANIS SABRINA tetap kekal dalam ingatan mama , ayah , Iky, Ika dan semua saudara mara . Mungkin ketika itu Anis telah mendapat ketenangan dan tidak merasakan kesakitan seperti sebelumnya. Ini dapat saya lihat dari keadaan wajah Anis yang cukup tenang, cantik dan teramat comel ,berbeza sewaktu sedang tenat. Mungkin ini juga kerana saya telah merelakan dia pergi, kerana sebelum ini saya seperti tidak mahu kehilangannya, namun apabila difikirkan buat apa sya menyiksanya...dan saya bedoa semoga
>dipercepatkan masa untuk Anis bertemu penciptanya. Selamat tinggal anak
>mama....Mungkin selama ini Anis menunggu keizinan dan kerelaan dari saya
>ibunya untuk meninggalkan dunia ini. Pergilah Anis..........
>Jenazah Anis dibawa pulang kerumah lebih kurang pukul 9.30 malam. Malam itu
>merupakan malam terakhir Anis tidur dirumah diatas katil Anis. Mungkin
>kuasa Allah , walaupin sewaktu nazaknya badannya hampir semua kehitamannya, sebaik sampai ke rumah dan dibaringkan dikatilnya...lama kelamaan kulit nya kembali seperi biasa....malah saya lihat Anis seperti tidur dengan nyenyaknya. Saya sentiasa disisi Anis sepanjang malam. Semua yang datang melihay jenazahnya Anis mengatakan Anis cantik , tidur dan terlalu comel. Anak saya Iky dan Ika sukat untuk menerima kenyataan yang adiknya telah pergi. Sepanjang malam Iky disisi adiknya dan terlena disisi jenazah adiknya. Dan dia tak henti-henti merenung adiknya...sehingga tak bagi saya munutup wajah jenazahnya.Bertambah sedih bila dia bertanya ..berapa lama Anis nak mati...bila dia nak hidup balik...dan kenapa mama tak bawa adik ke Klinik untuk bagi adik
>hidup.
>
>
>Isnin (25 November 2002)
>
>Pukul 9.00 pagi jenazah Anis dimandikan , Saya , suami , ditemani ustazah
>telah memandikan Anis buat kali yang terakhir. Terasa badannya amat lembut
>,seolah-olah sedang tidur , dan berbau wangi. Kesian Anis , ada bahagia
>anggota badannya yang membengkak dan lebam-lebam. Sewaktu sedang dimandikan, badannya darih masih mengalir melalui hidung dan mulut. Ini kerana
>pembeku darah dalam badan Anis ridak ada. Jadi darah masih tetap mengalir. Sewaktu saya membersihkan mulut Anis , dan membuka mulut Anis , Ya Allah..darah cair kehitaman memenuhi mulut Anis..di saat out saya melihat gigi Anis 2 batang yang baru mula tumbuh...Saya tabahkan hati untuk tidak mengalirkan air mata, kerana ustazah telah berpesan kepada saya , jangan menangis hingga mengalirkan air mata di atas jenazah..Ini adalah kali teakhir saya dapat memandikan Anis , selalunya memang diwaktu begini Anis akan bangun tidur dan menandikannya. Tapi hari ini adalah kali terakhir Anis akan mandi di rumah saya. Saya juga telah mengkafankan jenazah anak saya bersama suami dengan tunjuk ajar ustazah.....Pukul 11.00 pagi setela disembahyangkan ,Jenazah Anis selamat di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas , Ampang. Suami saya merupakan orang yang terakhir memegang Anis ...kerana dia yang telah membaringkan Anis di liang lahad. Semadilah ANIS SABRINA dengan tenang. Mama , Ayah , Iky dan Ika akan selalu datang melawat Anis.Mungkin disaat ini Anis sedang bahagia bertemu yang menciptanya. Sedekahlah AL-FATIHAH.......untuk Anis Sabrina.
>
>Begitulah kesudahanya serangan "Dengue Shock Syndrome" ke atas anak saya.Semuanya berlalu dengan terlalu pantas dan seperti bermimpi. Selama 11 hari Anis memalu saat-saat derita untuk menemui ilahi. 3 hari dirumah, 1 hari di wad KK2 , 1 hari di HDPW dan 6 Hari di ICU..dan untuk seterusnya Anis
>akan tinggal di suatu tempat yang amat indah sekali.... Amin......
>
>
>Hilangalah seorang permata hati saya yang menjadi korban kerana seekor
>NYAMUK AEDES. Untuk mengelakkan lebih ramai lagi kanak-kanak seperti Anis menjadi mangsa , saya dan suami telah memberi kebenaran kepada doctor untuk mengambil sedikit tisu hati , air tulang belakang dan darah Anis untuk dibuat ujikaji. Ini kerana "Dengue Shock Syndrome " yang menyerang Anis,adalah sejenis viris yang baru..tidak seperti virus denggi sebelum ini
>yang hanya menyerang sel darah seseornag. Tetapi "Dengue Shock Syndrome" yang dialami oleh Anis teleh menyerang keseluriuhan organ dalaman badan Anis dan menyebabkan pendarahan yang banyak. Menurut doctor mereka sedang membuat kajian mengenai virus ini. Oleh kerana itu doctor ingin mendaptkan sample dari tubuh Anis untuk mengkaji , virus apakah yang sebenarnya telah mengorbankan Anis. Ini kerana sebelum ini ada seorang pesakit ayng berjaya dirawat dengan kaedah yang sama digunakan ke atas Anis. Dan anak itu selamat hidup sehingga kini setelah terlantari 14 hari di ICU. Doktor ingin mendapatkan sedikit tisu organ badannya untuk dibuat kajian ..apakah yang sebenarnya yang dapat menyelamatkan pesakit ini. Tetapi malangnya kedua ibubapanya enggan memberikan kerjasama dengan tidak memberikan kebenaran doctor berbuat demikian. Maka doctor tidak dapat mengesan apakah sebenarnya
antibody yang telah menyelamatkan nyawa anaknya. Bagi saya kalaulah denganmengambil sedikit sample dari tubuh Anis , doctor boleh manjalankan kajian dan seterusnya dapat mencari vaksin untuk merawat penyakit ini , saya
merasabangga sekurang kurang seorang anak saya terkorban tetapi ramai lagi
kanak-kanak lain yang dapat diselamatkan.Waullahualam..
>Peringatan buat Semua Ibubapa. Jika anak anda demam melebihi sehari bawalah terus ke hospital.....Begitulah bahayanya penyakit denggi. Hanya kerana Seekor Nyamuk Aedes , anak saya terkorban. Nyamuk Aedes menyerang pada waktu pagi dan hampir senja. Berhati-hatilah. Aedes juga tidak membiak ditempat yang kotor, tetapi ditempat yang bersih. Walaupun pengalaman ini pahit dan sukar untuk diterima..namun saya terpaksa meneruskan kehidupan ini kerana yang pergi tetap pergi..tapi saya masih ada 2 orang anak lagi yang perlu diberikan perhatian. Semoga pengalaman saya ini boleh dijadikan panduan pada anda semua.
>Saya juga berterima kasih terutama kepada kakitangan Unit Rawatan Rapi
>(PICU) , Institut Pediatrik , Hospital Kuala Lumpur yang telah bertungkus
>lumus menyelamatkan nyawa anak saya , Wad KK2 dan PHDW . Mereka telah
>berusaha bersungguh-sungguh , namun Allah lebih menyayangi ANIS SABRINA. Dia telah dipinjamkan kepada saya selama 8 bulan sahaja. Saya puas kerana dapat menhabiskan masa dihujung-hujung hayatnya. Selamat Jalan anak mama...ANIS SABRINA........(yang bermakna "teman setia dan sabar)...
>
>
>(Moderator :Takziah diucapkan kepada keluarga Anis Sabrina.
>Saya sendiri memang pernah mengalami demam denggi 6 tahun yg lalu dan
>memang menyakitkan.Untuk netters2 yang lain kalau anda/anak2 terkena demam yang sekejap badan rasa panas dan sekejap rasa sejuk,badan dan tulang2 sakit2/bisa2 dan akhir sekali tumbuh bintik2 merah di badan sila cepat ke hospital.Kalau denggi biasa takle serius,tapi kalau denggi berdarah dimana kadar sel darah merah(pletlet) turun dgn banyak ianya boleh membawa kepada kematian)
Sumber : http://groups.yahoo.com/group/Iqrak/message/3689
Malu Untuk Sekeping Gambar
Dipetik dari blog Ibn Mustofa
# mungkin fokus tulisan kali ini adalah kepada wanita, tetapi saya sangat mengalukan pembaca muslimin yang mungkin dapat berperanan#
Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa friendster para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa friendster yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum. Apatahlagi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.
Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.
Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :
“ comelnya awak”
“ geramnye..cantik”
“ aduhai, lawanya mata”
Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.
Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!
Wanita Muslimah...Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.
Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian.
Sumber: http://lailatulmawardah.blogspot.com
Posted by Ibn Mustofa at 11/27/2008 02:33:00 PM
Komen Syakira:
Saya seorang yang gila bergambar. Gambar-gambar yang diambil lagi bagus jika dapat di displaykan di ruangan Friendster, Facebook, MySpace dan sebagainya. Walaubagaimanapu, tidak manis seorang muslimah berbuat sedemikian. Dahulu, banyak je gambar saya di Friendster, tetapi semenjak terbaca artikel yang lebih kurang begini pada tahun lepas, maka cepat-cepatlah saya delete. Tujuan saya meletakkan gambar itu tidak lain tidak bukan supaya orang kenal inilah dia Syakira. Tetapi, bak kata seorang sahabat ikhwah saya, "banyak mafsadahnya seorang muslimah display gambar di internet"
Kesimpulannya tidak perlulah display gambar samada anda berniqab atau tidak.
Gula-Gula Daripada Sajida
Entri yg ditujukan khas buat sahabat IIUM saya, pemilik blog tomatosyakira.blogspot.com. ^_^
Tomato world's most popular fruit
The tomato is the world's most popular fruit. And yes, just like the brinjal and the pumpkin, botanically speaking it is a fruit, not a vegetable. More than 60 million tons of tomatoes are produced per year, 16 million tons more than the second most popular fruit, the banana. Apples are the third most popular (36 million tons), then oranges (34 million tons) and watermelons (22 million tons).
Tomatoes were first cultivated in 700 AD by Aztecs and Incas. Explorers returning from Mexico introduced the tomato into Europe, where it was first mentioned in 1556. The French called it "the apple of love," the Germans "the apple of paradise."
Tomatoes are rich in vitamins A and C and fibre, and are cholesterol free. An average size tomato (148 gram, or 5 oz) boasts only 35 calories. Furthermore, new medical research suggests that the consumption of lycopene - the stuff that makes tomatoes red - may prevent cancer. Lycopene is part of the family of pigments called carotenoids, which are natural compounds that create the colours of fruits and vegetables. For example, beta carotene is the orange pigment in carrots. As with essential amino acids, they are not produced by the human body. Lycopene us the most powerful antioxidant in the carotenoid family and, with vitamins C and E, protect us from the free radicals that degrade many parts of the body.
The scientific term for the common tomato is lycopersicon lycopersicum, which mean "wolf peach." It is a cousin of the eggplant, red pepper, ground cherry, potato, and the highly toxic belladonna, also known as the nightshade or solanaccae. There are more than 10,000 varieties of tomatoes.
Tomatoes are used in many food product, including, of course, tomato sauce (ketchup), pasta and pizza. According to a Steel Packing Council survey of 1997, 68% of chefs use canned tomatoes for convenience, quality and flavouring. It hasn't changed much since.
Source: http://www.didyouknow.cd/tomatoes.htm
Daripada,
Stunning Sajida
Daurah Musim Cuti 5
Alhamdulillah.
Pujian syukur hanya untuk Allah yang mentakdirkan saya dapat juga menghadiri Daurah Musim Cuti 5 di Madrasah Darul Hadis, Kampung Brisu, Melaka Bandar Bersejarah, Bandar Sunnah enshaAllah. Sangat eager nak datang sebab tahun lepas saya cukup beriya nak pergi di IQ, akhirnya last minute tak dapat join sebab emak saya tak benarkan pergi seorang diri.
Jumaat, 12 Disember 08.
Saya bertolak dari rumah ke Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan dan bertemu dengan Kak Hajar dan Kak Hafizah di KL Central. Menaiki kereta Kak Amni di Kajang menuju ke Melaka. Demi memberikan semangat kepada Kak Amni tegar memandu, kami bertiga selaku penumpang berazam untuk tidak tidur di sepanjang perjalanan. Berbincang, bersembang, hatta semasa menunggu kereta brothers di tol Simpang Empat, saya dan Kak Hajar sempat bergambar di sign board tepi jalan.
Apabila sampai di Kampung Brisu, usai solat zohor, kami dijemput oleh penduduk kampung untuk makan tengah hari, yang kami sendiri tak pasti majlis apa. Makan je lah. Dah orang jemput. Yang pasti makanan dia sangat sedap, bersama dengan bubur kacang hitam yang cukup segala rasa lemak manisnya.
Kemas-kemas tempat berdaurah, vakum-vakum dan sedikit taklimat untuk komiti program. Malamnya taaruf antara peserta daurah secara berasingan gender. Sangat best, sebab di sinilah terjadi ice breaking. Rata-rata daripada peserta mengatakan harapan agar dapat menimba ilmu, berkongsi ilmu, berukhuwwah, mardhatillah dan sebagainya. Mula-mula tak kenal, lepas taaruf dengan sedikit modul barulah sama-sama boleh mesra gitu. Sampai ke bilik tak habis berbual.
Bagi peserta perempuan kami tidur di Markaz PAS. Bilik air, dapur sejadah tikar semua ada. Cuma di belakang tu ada bukit tinggi yang kami sangkakan hutan belantara. Beriya suruh komiti brother belikan sulfur atau nama lainnya ialah belerang. Malam itu juga kami komiti berempat tawaf markaz itu untuk menabur belerang kuning, bagi mengelakkan kala jenking, ular atau serangga berbahaya masuk ke markaz. Biawak tak termasuk ok!
Dan tidur dalam keadaan menggigil sebab sejuk sangat. Saya tak dapat tidur malam tu. Sudah habis segala zikir sebelum tidur yang nabi ajar saya dah baca, masih tak dapat lelap mata. Tak tahulah perkara apa yang saya fikirkan. Kali terakhir saya lihat jam ialah pada jam 330 pagi.
Akhirnya pengsan juga!
Sabtu, 13 Disember 2008.
Terjaga dari tidur kerana alarm henpon sape entah yang berbunyi segar pada jam 430 pagi. Terasa nak beku pergi juga mandi dan qiyamullail. Semua orang bangun qiyam juga. Tak de qiyamullail berjemaah ni. Semua buat sengsorang je. Lebih khusyu’ enshaAllah dan boleh minta apa-apa sahaja daripada Allah Yang Maha Kaya.
Slot 1: Aqidah Asyairah dan Maturidiah Di Sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Yang disampaikan oleh Ustaz Ariff Nazri pensyarah UKM. Ceramah ustaz memang menarik yang menerangkan sejarah aliran Asyairah ini yang sebenarnya mempunyai tiga marhalah atau peringkat berasal dari Abul Hassan Al-Asyari.
Jadi takrif aliran ini ialah:
Firqah kalamiyah iaitu libatan ilmu kalam islamiah yang dinisbahkan kepada Abul Hassan Al-Asyari marhalah kedua yang mendakwa berpegang teguh kepada Al-Quran dn Sunnah cara Ibn Kullab yang menetapkan dengan aqal sifat-sifat Allah yang tujuh iaitu, Al-Hayah, Al-Ilm, Al-Qudrah, Al-Iradah, As-Sam’u, Al-Basar, Al-Kalam.
Adapun sifat-sifat ikhtiyariah bagi Allah yang berkaitan dengan kehendak seperti marah, suka, gembira, mereka nafikan. Tetapi sifat-sifat khabariyah seperti mata, muka, tangan, mereka tukarkan maksudnya.
Jadi kesimpulannya, tak perlulah ikut aliran ini
Slot 2 : Bagaimana Berinteraksi Dengan Sunnah. Disampaikan oleh Ustaz Adli bin Menhat.
Slot 3 : Forum : Pendakwah Bermasalah? Dr Abd Rahim dari UiTM Melaka, dan Ustaz Khairil Irza dari Negeri Sembilan.
Slot 4 : Fiqh Politik oleh Ustaz Menhat
Slot 5 : Menggapai Keluarga Sunnah oleh Ustaz Menhat
Untuk mendengar ceramah kuliyah dasar ini akan di upload oleh sahabat saya dan kuliyah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz berkenaan di blog Masri.
Maklumat tentang Darul Hadis di blog Masri lagi.
Untuk melihat gambar-gambar peserta sila klik di blog Ariff. (gambar ikhwah sahaja)
Untuk membaca lebih lanjut mengenai slot sila klik di blog Ezry
Overall, ukhuwwah antara akhawat ni ok. Walaupun ada sesetengah perkara yang kita tak sehaluan, tapi kita masih boleh mesra dan berbicara kerana saya lihat mereka tak jemu-jemu bertanya jika tak faham. Mungkin ada di kalangan mereka baru mendengar manhaj dan kefahaman ini. Kita sebagai komiti bukan mampu menerangkan segalanya kepada mereka, kerana kita juga datang ke sini untuk menimba dan menambahkan ilmu. Apa yang kita faham kita beritahu mereka. Apa yang kita tak mampu explen, kita minta ustaz atau ikwah tolong jelaskan, seperti bab tareqat dan sufism.
Pada hari Ahad malam Isnin, akhawat yang tinggal hanyalah saya, Kak Amni dan Kak Hafizah sahaja bertiga tidur di markaz. Keesokan harinya kami dijemput sarapan pagi oleh MakCik, isteri kepada Pak Cik yang rumah mereka hanya bersebelahan dengan markaz. Makan dengan Makcik, Aminah iaitu anak Makcik dan Farihin cucu Makcik Form 1. Nasik lemak, goreng pisang, karipaptelur, kuih wajik. Kenyang-kenyang!
Selesai makan, kitorang petik ulam, petik limau, tengok tanduk kambing jemur, tengok kandang kambing kat atas bukit. Comel. Depa gembira lihat kedatangan saya dan Kak Amni. Ada seekor kambing tu kekurangan belaian kasih sayang agaknya. Dia je suka saya usap kepala dia. Orang jarang tengok lembu kambing n biri-biri memang camni. Terserlah kejakunannya. Excited sebab dorang sangat comel. Subhanallah.. Tu tak masuk lagi adik-adik monyet yang telah me’ransack’ bilik air kami sewaktu kami tiada.
Setelah habis mengemas markaz dan madrasah, kami pun berangkat pulang. Tapi Masri pelawa singgah makan tengah hari di rumahnya di Tampin Kakak dia peramah sangat. Tak kering gusi. Mak dia pun sama. Hari Ahad ni ada walimah kakaknya. Pastu tangkap gambar baru balik.
Dalam kereta selepas Kak Amni memecut melepasi kereta ihkwah kerana nak rush, mata saya dah terpejam. Dan tersedar Kak Hafizah kejut, sejam setengah selepas itu apabila sudah sampai di Stesen Kajang.
Begitulah serba sedikit mengenai program ini yang dapat saya ceritakan secara luaran sahaja. Manakala secara dalamannya saya mengharapkan agar sahabat-sahabat yang menbaca, dapat mendengar kuliyah yang dirakam itu. Yang bakal di download oleh rakan saya tak lama lagi.
Daurah kali ini mungkin boleh lepas. Tak pasti daurah akan datang boleh pergi lagi atau tidak. Saya berdoa agar dapat join lagi daurah akan datang. Ensha Allah.
Dan akhir-akhir ini saya telah dianugerahkan dengan pelbagai kegembiraan yang tak putus-putus. Alhamdulilah. Di daurah saya gembira, pulang dari daurah pun gembira. Hati sangat berbunga-bunga. Kegembiraan ini Allah kurnia untuk menghapuskan rasa duka agaknya.
Subhanallhahi wa Bihamdih. Subhanallahil 3Azim
p/s: gambar lembu di atas diambil dari dalam kereta sebab takut kena tanduk. huhu
Sajak Buat Gay
wahai sahabatku,
ku cuba selami hatimu
apa yang kau rasa
renung dalam mataku
tidaklah aku menghinamu
jauh sekali ingin mencerca
kita sama-sama berpangkat hamba
di sisiNya taqwa itu yang utama
bukan rupamu
bukan licin kulitmu
atau sasanya tubuhmu
atau kacaknya wajahmu
bukan semua itu
apa yang kupinta
kau hitung kembali hatimu
apa di lubuk hatimu
jika kau katakan kau bahagia
aku akan suka
aku suka jika kau bahagia
tapi bukan bahagia kerana itu
tapi Dia Yang Esa tidak redha
mungkin kau rasa kau bahagia
bersama teman-teman seangkatan
percayalah sahabat
bahagiamu itu tidak lama
ketahuilah hakikatnya
hatimu itu gersang dan hiba
kutahu hatimu resah
mengenangkan apa yang kau lakukan ini
berlawanan fitrahmu sebenar
kembalilah sahabat
jangan diteruskan hubungan itu
tidak mengapa jika hatimu lembut
perwatakanmu sopan
bicaramu santun
aku senang
namun
hilangkanlah perasaan songsang itu
wahai sahabat,
lelaki tidak bisa bersama lelaki
tidakkah kau ingat bagaimana
Allah membalikkan kaum Nabi Luth?
hatta tetamu baginda yang malaikat itupun
ingin mereka noda?
tidakkah kau percaya sahabatku?
tidakkah kau percaya?
mungkin kau tak nampak sekarang
marilah kita kembali sahabat
takutlah kepada Allah
hari pembalasan makin hampir kiranya
tidak mengapa kita salah
kerana kitakan hamba?
tapi Dia paling suka
kita yang salah ini mengaku
dan kembali kepadaNya
masih ada waktu sahabatku
untuk kita ubah segalanya
jika kau dihina
bersabarlah
kerna yang menghina itu juga hamba
hamba yang tak faham hatimu
tapi Allah faham hatimu
usahamu untuk berubah
jika benar kau takutkan Allah
jika benar kau ikhlas
Allah akan membantumu
masih ada waktu
sehingga nyawa di tenggorokanmu
jika kau sudi,
aku mahu berkawan denganmu
wahai sahabatku
Royal Debate 2008
hari penyampaian hadiah 3 dec. patutnya sultan datang tapi tak jadi pula
Debat Diraja 2008 sudah pun berakhir. UIAM kembali menjadi tuan rumah pada tahun ini setelah 13 tahun yang lalu, apabila UIAM universiti yang pertama mempelopori pertandingan debat ini pada tahun 1995.
Nama Englishnya ialah The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship manakala dalam Bahasa Arab pula disebut sebagai Musabaqatul Munaazhoroh Al-Malakiyah. Bermula dari 28 November sehinggalah 3 Disember 2008, semua wakil IPTA di Malaysia bertemu dan berkampung di Mahallah Ameenah yang serba indah.
Dan johan debat bagi tahun ini untuk setiap kategori ialah:
Kategori Bahasa Melayu – UPM
Kategori Bahasa Arab – UIAM
Kategori Bahasa Inggeris – UM
Secara peribadinya saya tak bersetuju apabila kategori Bahasa Melayu dimenangi oleh UPM. Tajuk debat peringkat akhir ialah “Rumah Putih Cuma Bertukar Warna”, yang membahaskan tentang Barrack Obama menjadi Presiden AS. UIAM sebagai pembangkang. Dan banyak lagi hujah-hujah kita yang menyebut kaitan antara perlantikan ini dengan struktur ekonomi dan sosial. Kita memang berharap agar Rumah Putih Tidak Cuma Bertukar Warna. Manakala Bahasa Arab membahaskan tajuk " Kewajaran Bergantung Kepada Harga Dunia Bagi Petrol". Yang ni UIAM vs UIAM. Tak best sangat sebab keduanya pasukan kita yang ke final.
Sudah namanya pun pertandingan debat. Jadi banyak benar perang psikologi dan manipulasi hujah dilontarkan oleh pihak masing-masing dari setiap kategori. Cuma kategori Bahasa Inggeris sahaja yang saya tidak pergi menonton langsung, kerana sepanjang peringkat saringan, suku akhir, separuh akhir dan peringkat akhir saya hanya meluangkan masa menyaksikan debat Bahasa Arab sahaja. Manakala Debat Akhir Bahasa Melayu itu bisa ditonton kerana itu adalah pertandingan yang terakhir sekali bagi semua kategori.
Saya bukan debator. Tapi salah seorang committee untuk program ini. Bertugas pada waktu pagi, petang dan malam menguruskan pengangkutan peserta-peserta dari mahallah ke tempat berdebat. Saya tak pernah lagi menjadi komiti Transportation and Accomodation. Ni lah pertama kali. Sangat best dan menarik. Head Com Muiz tapi panggil Mumu, dia dah split kepada dua. Dia dan anak buah dia uruskan accommodation, dan Ahmad ( Asst. 1) serta anak buah uruskan transportation. Senarai nama budak-budak transport:
Ahmad – IRK
Ismail- BARB
Sufi – LAWS
Azam – IRK
Ku Afif – LAWS
Mohd Siraj Munir – IRK
Kak Wani – BARB
Kak Isma – ECONS + IRK
Naza – Maths
Intan- Maths (import dari UIA Kuantan)
Atiqah - a.k.a saya la tu. Sepanjang program ni orang tak panggil saya Syakira. Tapi saya senang dorang panggil saya Atiqah. Tak pe. Kedua-duanya kan ialah nama saya.
Kebanyakan daripada mereka memang saya kenal. Kak Wani dan Kak Isma tu dah lama saya kenal dari matric lagi. Ahmad pula classmate Arabic Level 2 kat matric dulu. Sufi pula classmate Arabic Level 4 kat matric jugak. Siraj, classmate Ulum Quran sem ni. Ismail pula dari kat matric sampai sekarang dia classmate saya. Kiranya Azam n Afif je baru kenal kat sini. Semua happy go lucky. Best keje dgn dorang semua. Afif yang komited. Azam yang sentiasa ada idea nak buat lawak bangang. Kak Wani yang off campus bawak bekal roti home made yang dia buat seniri pagi-pagi buta. Fuh, macam roti kat Bakers’ Cottage! Dan selalu tumpang keta Perdana V6 dia pegi tempat debat Arabic.
Dan sekarang Alhamdulilah saya dapat mengatasi perasaan takut naik motor (fobia sebab ada kisahnya pada 2 semester lepas), terdesak kena naik motor dengan Kak Isma dari Mahallah Safiyyah ke Mahallah Ameenah, pada jam 7 pagi setiap hari. Jauh tu. Takkan nak jalan kaki kot pagi-pagi! Duduk versi sopan dan pegang Kak Isma kuat-kuat. Haha. Tak leh tahan gelak bila Afif tegur, “Ya Allah, kenapa tak duduk elok-elok?” Hai la Afif, ko nak aku duduk elok-elok macam mana lagi? Duduk elok lah ni. Bukankah duduk versi sopan itu lebih selesa, lebih selamat, senang nak naik motor, senang nak turun. Tak payah susah-susah nak memanjat motor tu.
Dan yang paling penting dapat jumpa semula Firdaus, sedara yang sebaya saya tu dari UMP, setelah empat tahun tak jumpa. Last kali jumpa masa selepas SPM. Sekarang amik kos Chemical Engineering. Dia wakil debat utama Bahasa Melayu. Tapi dia tak masuk pun final. Tangkap gambar tak leh blah! Bukan senang nak jumpa dia.
Dan kesimpulannya, saya pula teringin nak masuk debat. Banyak kebaikan yang saya dapat lihat untuk masa hadapan. Mesti berlatih untuk ada sifat tahan apabila di provoke. Salah satu daripada methods of dakwah juga. Kena trigger otak agar mampu berfikir dengan cepat. Kena sedia hujah yang bisa mematahkan lawan tak kira internal or external assaults. Kena tambahkan ilmu pengetahuan, agama, politik, ekonomi dan sebagainya, malah soft skills juga. Jadi, daftarlah nama untuk masuk kelas debat.
pasukan USIM semasa saringan. vs UIAM
team UIAM nak mudakhalah
Gab External Monologues
Huh, stop ‘bebeling’. Juz my written gab external monologues, from the bottom of my unbroken heart.. This is not a broken heart. The heart is not as fragile as glass. But to be and wannabe as the heart of the Prophet Sallallahu 'Alaihi Wasallam, the toughest heart in universe amongst slaves.
"When My servants ask Thee concerning me, I am indeed close (to them): I listen to the prayer of every suppliant when He calleth on Me: let them also, with a will, listen to My call, and believe In Me: that They may walk In the right way." (Al-Baqarah,186)
Apalagi Yang Lebih Benar?
Jikalau Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu manusia yang paling dekat dan paling dikasihi oleh Allah, baginda dituduh orang gila, ahli sihir dan sebagainya. Apatah lagi kita hanya umat yang membantu memperjuangkan perjuangan baginda. Jika dilabel dengan pelbagai nama, kita ini dituduh sesat, kafir, lantang dan keras, tak mengapalah. Baginda lebih besar diuji. Bagindalah idola kita. Perjuangan baginda yang paling benar itulah paling banyak ancaman dan kecamannya dari pelbagai sudut. Lakukan sahaja dengan ikhlas. Jangan pernah terlupa bahawa Alah tidak sesekali mempersia-siakan amalan hamba-hambaNya. Tak perlu asyik bertanyakan kesan, tetapi tanyakan apakah sudah kita lakukan?
“Kamu jangan terpengaruh dengan Dr. Asri tu. Dia tu Wahabbi!”, kata seseorang kepada saya.
Bukan kami taasub kepada beliau. Dia juga manusia. Pasti ada salah dan silapnya juga. Tetapi pandangan dan pendirian beliau meyebarkan dakwah berpaksikan kebenaran Al-Quran dan Sunnah tu yang kami sepakati. Ada apa dengan Wahabbi? Sesatkah? Tidak!
Apalagi yang lebih benar daripada Allah dan RasulNya? None!
Cerita-CeritaKu
Tetapi rupa-rupanya bukan itu sahaja. Bila abang technician tu try guna charger dia yang ok, laptop saya masih tak boleh hidup. Tinggal kat dia sekejap. Selepas solat Jumaat saya pergi amik, dan natijahnya:
"Motherboard yang rosak. Kalau nak ganti baru harga dia dalam RM900. Lebih baik beli laptop baru", kata technician itu.
Ya. Mungkin sebab usianya dah terlalu lama. Laptop kelabu itu sudah nak bertukar menjadi hitam kelihatannya. Lagipun, sebenarnya itu bukan laptop saya but my mom yang punya. Tapi boleh dikira sebagai laptop saya je lah.
Maka, sekarang ini saya sudah habis exam. Librarylah tempat saya berkunjung untuk surf internet. Kenapa saya tak balik rumah lagi ya? Kerana mengikut pelannya, saya sudah berjanji dengan Muqaddas untuk mengajarnya Al-Quran(walau diri ini masih kurang kualiti bacaannya.huk2).
Apabila saya sudah menaip mesej, saya cari nombor telefon dia tetapi sudah tidak ada dalam handphone saya. Alamak, macam mana ni? Dan nampaknya bukan laptop sahaja yang rosak, tetapi handphone juga membuat hal. Ramai juga nombor telefon kawan-kawan saya yang sudah ghaib. Virus kah?
Sekarang saya masih tersangkut di UIA. Tak mengapa. Nanti nak berziarah rumah Kakwani pada 11 Nov. Malamnya pula nak pergi meeting INTIS. Begitu melekat saya dengan UIA ini. Sayakan pencinta UIA?
Dan mungkin apabila saya pulang ke rumah nanti, aktiviti beronline akan dihentikan buat sementara. Kerana kakak saya pindah ke Shah Alam sekejap untuk mengambil lesen kereta, dan dia mengangkut laptop dan Maxis Broadband sekali. Dia kata tunggulah dia balik rumah lepas dapat lesen P. Sekarang dia dah ada lesen L. Haha. Berpuasa internet la saya nampaknya. Saya doakan kakak saya tu cepat-cepat dapat lesen. Jangan fail-fail ok (hihih. ada niat tersembunyi la tu!)
Hati Muram Sikit dan Kalendar Ceria
Sigh..
Membaca posting-posting di blog sahabat saya bernama Masri sejak akhir-akhir ini bisa mengundang air mata. Entah. Bagi orang lain mungkin tak ada apa-apa sebab isu-isu itu bukanlah isu yang mendayu-dayu. Tetapi ada beberapa perkara yang menyentuh hati saya seperti pro-kontra wanita bermusafir, kerana ada perbualan yang dikenang antara saya dan ustaz masjid UIA mengenai perjalanan saya ke Yaman, tapi tak kesampaian. Nantilah bila-bila saya akan cerita jua apa yang berlaku. Mungkin saya ini yang sedang bersedih. And perhaps, I'm a master of sensitivity (lately).
Nak tukar topik.
Nantikan kemunculan islamic planner tahun 2009 yang dah keluar, cuma saya tak mula menjualnya lagi. Lepas raya hari tu, bos saya budak DQ budak Econs tu dah bagitau kewujudan planner ni. Tetapi dia tak galakkan jual sekarang sebab nak exam. Terima kasih bos kerana memahami!
Lalu saya bercadang untuk menjualnya pada semester hadapan. Walaubagaimanapun, saya rasa selepas exam pun boleh mula. Semasa cuti semester ni pun ok juga nak jual sebab jadi committee Royal Debate, enshaAllah. Sesiapa yang nak membeli silalah beritahu saya ok. Nanti dah dapat planner tu saya akan iklan besar-besar kat blog kuali panas saya ni. Planner tu sangat cantik. Ada banyak informasi. Dan kotak-kotak kalendar itu dihiasi dengan corak dan warna yang memikat kalbu. Saya cakap betul-betul ni!
Saya mula jual planner ini dari matrik PJ lagi, tahun 2007. Aktiviti menjual planner ini saya rasakan sebagai suatu hukuman sebenarnya bagi saya. Nak mendidik diri agar lebih mengerti nilai duit itu. Bak kata bos saya, "Hargailah duit yang kita miliki" (Ditegur secara halus selepas balik dari shopping).
Moral of the posting kali ini:
- Jangan sedih banyak-banyak sangat
- Mesti hargai duit. Salah satu rezeki daripada Allah.
- Jangan lupa tempah islamic planner 2009 kat saya ok! hihih
Seputar Perjalanan Political Thought 1
Home sweet home!
Aku sedang menghadap laptop ini di rumah. Senang hati. Aku dah lepas satu paper iaitu Political Thought 1 pada hari Jumaat baru ni. Alhamdulillah tak terlepas tarikh. Disebabkan betapa lambatnya aku print exam slip, maka mati-matian aku ingat exam itu pada hari Khamis. Sebab tak silap aku Dr. Danial kata hari Khamis. Exam ini decentralized sebab Sir nak pergi oversea sambung jadi Prof. Wah, hebat betul Sir aku nih. Muda lagi dah nak jadi prof. umur dia baru 35 kot.
Apa-apa pun semuanya ok. Alhamdulillah. Allah Al-Musta3an.. And the next paper will be on 1,5,6,8 November 2008. Suka hati je aku bersenang hati. Bukan apa. Dah lama rasanya tak balik rumah. Rasa tensen pulak dok UIA tak keluar-keluar. Kena sambung study jugak pasni.
Mengenai exam PoLitical Thought 1, rasa nak tergelak bila diingat semula. Tulisan! Tulisan aku ni memang la buruk. Aku mengaku. Agak seperti ayam mencakar tanah juga. Tapi memang la boleh baca. Entah. Pada mata aku tulisan aku memang tak cantik. Tak secantik tulisan Tiqah. Peduli apa aku! Huh.
Disebabkan perasan tegang dan agak menggigil juga tangan aku masa mula menulis jawapan maka aku takut kalau-kalau Sir tak dapat nak baca tulisan aku. Selepas habis soalan kujawab, lalu pada kulit answer book sebelah dalam, aku pun menulis ‘nota cinta’ untuk Sir:
“Assalamualaikum,
Sir, I wanna apologize for I’ve screwed up my writings. But this is the best writings I can perform, Sir. I hope you will be patient and ‘berlapang dada’ reading my answer sheet. Barakallau fik.. (^_~)
Hahaha. Selamba gila aku ni rupanya. Tak pe. Aku dan Sir memang kamcing. Masa amik class history dengan Dr. Hafiz sem lepas, dia ada juga berpesan. Semasa final exam janganlah menulis nota yang bukan-bukan seperti minta dikasihani bagi markah lebih. Siap bagi contoh lagi. Ada sis tu tulis agar sir jangan bagi dia fail. Nanti kena bunuh dengan parents la. Macam-macam!
Tapi aku bukannya nak minta markah lebih. Cuma nak bagi Sir bersedia sebelum sakit kepala membaca tulisan aku. Maka apakah soalan yang sudah kujwab itu? Tiga soalan 40 markah.
1. Compare the political ideas of St. Agustine and St . Aquinas on human nature and reason.
2. Explain Ibn Khladun’s concept of society and politic.
3. Explain the theory of Cicero on “ On The Commonwealth”
Lebih kureng camtu lah soklan dia. Ayat dia takde la macam ni. Aku pun memutahkan jawapan dari kepala otak aku yang rasa dah tepu. Lebih-lebih lagi baca pasal Uncle Agustine tu. Ingat senang ke nak explen? Susah beb! Aku dah terstuck beberapa kali. Setelah istighfar dan selawat2 sikit, alhamdulillah semua jalan. Di sini aku pun senang hati nak cerita serba sedikit pasal scholars yang aku dah belajar dari kelas politic ni. Political Thought 1 ni blaja ancient and medieval scholars je. Nanti dah amik PT2 nant baru blaja modern n postmodern shcolarz.
Plato – Uncle Plato, u memang comel. Aku suka u punya semangat mengembangkan ilmu di kalangan rakyat. Dan u menekankan ilmu itu kepada ruler agar dia boleh memimpin the subject. Tapi, betulkah wujud watak Socrates dalam u punya major work “ The Republic” tu?
Aristotle – Uncle Aristotle, u pun comel jugak. Aku suka bila u kata education ni penting untuk mecapai kebahagiaan, di mana kebahagiaan itulah matlamat utama bagi seorang manusia. Dan kita sekepala dalam menentang Uncle Plato punya teori pasal communism. Aku pun tak faham juga kenapa Uncle plato kata ruler tak patut owns family and property. Bukankah itu salah satu daripada fitrah? Uncle Aristotle, aku suka gak kat engkau sebab walaupun kau anak murid Uncle Plato yang setia, tapi ko tak betah untuk berselisih pendapat dengan tok guru engkau tu.
Stoic and Cicero – Mengikut timeline Plato, Aristotle and Cicero ni, sebenarnya zaman dorang ni takde agama lagi. Pagan. Tapi dorang ni suka bercakap tentang spiritual. Engku kata manusia ni secara nalurinya memerlukan antara satu sama lain untuk hidup sama-sama. Itulah teori engaku pasal commonwealth. Major works engkau “On The Commonwealth” dan “On The Law”. Semua orang sama tarafnya dan persamaan hak Semua orang has to perform the best in every field whateva position u hold, even the ruler or slave. Dan ko menekankan kepentingan pentadbiran kerajaan bercampur antara monarchy, aristocracy and democracy. Ah! Aku malas nak explen. Dah nak termuntah aku tulis jawapan dalam answer sheet ritu.
Al-Farabi – Pak Cik Farabi, hem.. Sufism.. No comment. Aku pun dah tak ingat sangat pasal Pak Cik Farabi ni. Banyak comment pasal Aristotle’s works. Tapi dia kata pentingnya orang Islam untuk punyai sebuah negara. dan walaupun kau ni digelar Neoplatonist, tapi aku suka bila kau pun mereject Plato tentang communism. Hidup Pak Cik Farabi! Er, tapi ada sedikit kesufism nya jugak.
St. Agustine – Uncle Augustine, kenapalah kau ni pesimis sangat? Ni mesti sebab pengaruh Kristian yang kau pelopori kan? Kenapalah kau cakap sebuah negara ni terbentuk hasil daripada original sin bila Adam makan the Forbidden Apple? Dan juga bila Adam and Eve dturunkan daripada syurga. Aku pun tak faham apa yang ada dalam pemikiran kau ni. Dan kau menekankan kepantingan beragama Kristian dan gereja sebagai pusat pentadbiran. Dan kau kata Commonwealth tu sepatutnya tercipta atas dasar cintakan Jesus Christ. Ha? Bukan kerana human instinct sebagaimana Uncle Cicero cakap ritu.
St. Aquinas – Uncle Aquinas, kau ni lebih positif kot berbanding Uncle Agustine. dalam isu negara terbentuk bukan kerana original sin la. Sebab apa? Sebab kau ni secular. Cuba nak reconcile antara churh dengan government. Ni pun aku malas nak explen sebab nak termuntah aku tulis dalam answer sheet. Tapi, u ni interesting jugak sebab bertanggungjawab semasa peristiwa Renaissance dulu.
Ibn Khaldun – Pak Cik Khaldun, ramai yang kata pak cik ni tak Islamic. Engkau seorang historian, socialist, philosopher and even an economist. Mantap! Tapi aku suka cara pakcik kritik ahli sejarawan yang tak telus dalam memberitahu maklumat. Dan banyak kontroversi pasal pakcik. Pak cik yang mengemukakan teori asabiyyah. Betapa pentingnya bagimu konsep ini agar kita dapat mencapai kemajuan dan kemenangan. Aku pernah tanya Dr Danial kenapa dia kata asabiyyah ni penting? Bukankah Rasulullah SAW has mentioned in hadith sohih, yang asabiyyah itu menolong kaumnya melakukan kezaliman.(HR Abu Daud dan Ibn Majah). “Sir, was he practicing what Rasulullah has forbidden in his hadeeth? Or he just swicth the literally meaning of asabiyyah to lead for the goodness only?” maka Sir aku pun menjawab. “ No, he doesn’t mean to the righteous only but he was just describing the human behaviour of asabiyyah, not the content as mentioned by Rasulullah. Because what we’ve studied, there were also the negative results of asabiyyah when the society is no longer unite then the dynasty fall. But dun worry. bukan u sorang je yang kata dia ni kurang Islamic. Dah ramai yang kata macam tu” Lebih kurang camtu la. Dan ada teori tentang siyasah diniah, siyasah aqliah dan lain-lain siyasah lagi. Papepun.. layann…
Al- Mawardi – Pak cik Mawardi, kau la yang paling best sebab kau menentang syiah Buwaihids tu dan menegakkan sunna, kalau tak silap aku la. PakCik Mawardi kalau nak tau, dia ni Qadi kat Baghdad. Hidup Pak Cik Mawardi! Nanti aku cari semula maklumat pasal syiah ni. Betul ke tak. Dan banyak teori dan usaha dia dalam menegakkan syariat Islam. Dia tak setuju dengan syiah dalam pemilihan khalifah melalui designation. Tapi sepatutnya kena pilih khalifah oleh orang-orang tertentu yang berkualiti dan the reigning khalifah je. Tapi sorry pakcik sebab masa exam ritu aku tak pilih soalan tentang pakcik kerana aku baca tak detail pasal tajuk wazir tu. Jadi tak tau nak jawab apa. Huhu.
Marsilius of Padua – Uncle Padua orang Paris. Belajar Medic, pastu jadi Rector kat universiti. Hebat.. Aku pun tak faham sangat pasal Padua ni kerana masa dalam kelas sir ajar tajuk ni aku faham terlebih. Banyak mengangguk. Hark2. Tapi sefaham dan seingat aku, dia ni secular. Banyak menentang Pope sampai kena expell oleh church. Kesian..
Al-Ghazali – Pak cik Ghazali ni sangat famous. Semua orang kenal dia. Dia ni ada Sufism. Mula-mula tak. Dia berubah jadik Sufism sebab dia kata kehidupan dunia ni telah mengganggu jiwa raganya untuk dekat kepad Tuhan. Ini hanya serba sedikit. Malas nak komen lagi. Buku famous dia apalagi kalau bukan Ihya’ Ulumuddin.
Ibn Taimiyyah – Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. Ustaz, aku frust sebab kami tak belajar pasal ustaz. (dengan Ibn Taimiyyah kena bersopan sikit ye panggil ustaz. Tajdid bro! Tajdid!) Disebabkan tajuk Ibn Taimiyyah ialah tajuk last sekali, maka Sir kata kita tak payah belajar sebab kertas soalan dah siap. Dan takda ditanya mengenai Ibn taimiyyah. Sedih aku. Takpe. Jom bukak Website Darul Kausar atau Al-Ahkam. Belambak maklumat tentang Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah Al-Mahbuub ladaina.
Nicollo Machiavelli – Kelas tajuk ni aku tak datang. Walaupun dalam buku nota kitorang tak sebut sangat, tapi aku tahu kau ni KEJAM!!! Aku menyampah kat kau tahap dewa tahu tak?? Bukan menyampah je, tapi benci gila sebab kau ni maha zalim! Kau dah bunuh beratus juta manusia untuk kepentingan kau! Nak tahu apa salah satu ayat dia dalam major work dia? “A ruler must possesses a brain of the fox and a heart of the lion”. Aku bengang! Ko, Hitler, Lenin, Stalin tu semua seangkatan kau. Maka, kau serta seangkatan kau aku benci walaupun korang dah mati! Sorry, aku teremosi. Aku rasa tak salah kita menghina orang yang zalim lagi takde hati perut lagi pagan! Tapi serius dorang ni zalim gila. Macam orang gila! Sila cari buku Harun Yahya “ Malapetaka Darwinisme Terhadap Kemanusiaan”. Ada je aku tulis review buku tu. Posting bulan July kot.
Al-Juwaini – Pakcik Juwaini, aku minta maaf sebab masa sir ajar tentang pakcik, aku pun tersengguk jugak. Dia berfahaman Ash’ari. He was a Persian. Aku tak ingat sangat pasal dia. Tak dapat explen panjang.
Habis la sudah scholarz yang aku belajar untuk sem ni. Aku pun heran kenapa aku suka sangat cerita pasal dorang. Tiba-tiba aku rasa seperti aku ni budak HS bukan budak BARB. Tolong!
Papepun seronok blaja pasal mereka ni! Sebab tu aku seronok nak cerita. Ini sekadar ulasan daripada kefahaman aku yang cetek ni. Mungkin ada yang terlebih perasaan aku dalam mengulas mereka. Kalau ada salah silap, saya minta maaf. Ilal liqa’..
p/s : Sorry, posting kali ini ber”aku” “engkau” pula. Sekadar merapatkan hubungan dengan pakcik-pakcik di atas. :) (tak termasuk Machiavelli ok!)
Adlina.. The First Mess Maker
So Long Dr. Asri
Bukan mengagungkan tapi kami perlukan mufti seperti ustaz. Kenapa begitu singkat tempohnya? Rasa seperti dah terpatah sayap. Memang benar fikrah dan dakwahnya akan tetap mengalir, tetapi kuasa dan autoritinya pasti tidak akan setajam sebagaimana jawatan seorang mufti.
Terima kasih atas pandangan-pandangan ustaz yang berpaksikan prinsip. Mahal benar harga yang perlu dibayar. (mengulang kenyataan rasmi no. 9 di website beliau)
So long ustaz.. Berat kami nak menerima hakikat ini.
Beruntungnya Menjadi Seorang Muslim
Sekadar nak membuka mata bagi sesiapa yang tidak sedar. Dan sekadar nak membesarkan lagi mata bagi sesiapa yang sudah sedar. Perkara itu ialah betapa beruntungnya kita menjadi seorang Muslim/Muslimah, iaitu seorang yang beragama Islam. Kadangkala manusia takkan nampak betapa cantiknya sesuatu itu selagi dia tidak nampak betapa buruknya sesuatu yang berlawanan dengan yang indah itu.
Rumah saya dekat saja. Memang dekat kalau tak jammed naik kereta tempohnya hanya 20 minit. Kalau naik LRT dari UIA sampai di depan pintu rumah memakan masa satu jam lima belas minit. Dan jika saya sehelai sepinggang melenggang kangkung balik rumah tak bawa apa-apa barang berat, memang saya akan naik LRT.
Di dalam LRT inilah tersingkap perasaan bertuah yang sebutkan sebentar tadi. Kerana apa? Kerana di sini saya dapat melihat gelagat pelbagai manusia. Yang saya cuba fokuskan ialah mereka yang bukan Islam atau bahasa sebenarnya sebagai kafir. Cina, India, Cina Kristian, Sikh, orang putih Western. Kasihan!
Kadan-kadang saya berdiri, tapi selalunya saya dapat tempat duduk. Bila malas nak baca buku, saya pun termenung-menung la melihat mereka. Saya sering tertanya-tanya, mereka tak pernah terfikir ke apa tujuan mereka hidup ni? Adakah mereka rasa berbaloi dengan urusan dunia yang mereka kerjakan? Pergi kerja waktu pagi, balik petang, penat-penat. Dan esok melakukan perkara yang sama berulang-ulang sampai bila-bila. Mereka tak bosan ke bila terasa kosong? Apa yang mereka dapat jika mereka berlaku jujur sekalipun dalam urusan dunia? Bukannya manusia lain tahu jika mereka mahu corrupt secara senyap-senyap. Takkan berpuas hati hanya sekadar dunia? Bila dah mati habis semuanya. Macam tu ke?
Itulah perkara yang saya sering tertanya-tanya jika melihat orang kafir. Dan kasihan bila melihat kanak-kanak yang belum baligh ini hidup dalam keluarga kafir. Sangat comel dan bercahaya muka mereka. Tetapi jika sudah baligh, jadilah mereka kafir semula dan hilanglah cahaya kecomelan itu.
Lagi satu perkara ialah jika berkunjung ke hospital. Tahun lepas memang saya selalu juga berulang alik ke IJN kerana Kak Izzati iaitu anak Mak Anjang dan Pak Anjang saya, jantungnya dibedah. Tapi sekarang alhamdulillah dah ok.
Sorry to say sebenarnya saya tak sukakan hospital. Bukan kerana bau hospital. Tapi suasana hospital tu penuh kesuraman. Saya jadi sedih bila masuk hospital. Dan saya jadi bosan bila duduk menunggu giliran di kaunter ubat, menyaksikan nurse memberikan ubat sampai berplastik-plastik banyaknya. Tengok muka ibu bapa yang risaukan anak mereka yang masih kecil dibedah. Sang isteri menunggu suami sebab jantung berlubang. Macam tak patut saya berperasaan sebegini, lalu saya pun cuba melawan perasaan dan cuba membayangkan saya di tempat mereka. Dan di kala itu juga masih sempat bermenung-menung melihat orang kafir. Kepada siapa mereka berdoa? Jika mereka risau, bisa padamkah dengan membakar colok-colok?
Maka, apa bezanya kita orang Islam dengan mereka dalam situasi sebegini? Perbezaan yang sangat dan terlalu besar. Iaitu jika kita berdoa penuh harap dan yakin, Allah akan makbulkan. Jika Dia tidak makbulkan sekalipun, kita punya alasan untuk bersabar. Jika kita bersabar, pahala yang bertimbun menanti yang penting kita tidak mensyirikkan Allah. Tapi bagaimana dengan mereka? Jika mereka masih hampa “doa tak termakbul” supaya mereka sembuh, adakah berbayar beban mereka kerana bersabar? Sama sekali tidak.
Jadi, kesimpulannya ialah kehidupan kita dan oang kafir jalani secara fizikalnya adalah sama melainkan ibadah khusus. Tetapi kita memiliki “detector” yang membezakan pekerjaan seharian kita dengan mereka, iaitu ISLAM. Kerana kita orang Islam. Segala perlakuan kita walaupun serupa mereka, kita akan dinilai bergantung niat. Kita kerja, mereka pun kerja. Yang membezakannya ialah kerana apa kita bekerja? Dan setiap pekerjaan itulah bakal dinilai.
Pada saat ini, saya amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam. Kasihan mereka. Semoga Allah memberikan hidayah ke dalam hati mereka setelah mungkin melihat kepada kehidupan yang terasa tidak bermakna. Tiada agama yang lebih tinggi daripada Islam. Dan soalan cepucemas untuk saya dan kita, apa pula peranan kita? Mulut senang berkata-kata. Adakah usaha di sebaliknya untuk menyedarkan mereka? Pang!
Wallahu ‘alam