Meraban


Assalamualaikum wbt.. selamat pagi.


Hari ni saya terasa macam nak meraban sikit.


Saya rasa blog tomato ni semakin masam, dah tak manis. Kelat dan berkerut je muka bila menikmatinya. Posting kelihatannya gegundah gulana, dan laras bahasa yang maha serius sejak dua menjak ni. Jadi harini nak buat posting ceria sikit. Selama ni bukan sedih sangat pun, tapi nak buat cenggana, bila sayu mesti rasa nak tulis kat blog. Kesian blog ni. Ayik jadi kuali yang masakannya hanya tomyam dan asam pedas saja! Bila nak wat serawa labu atau bubur kacang hijau campur durian? Waa..


Sot sem dah mula setelah cuti dua minggu selepas final exam yang lalu. Tukar bilik dan tukar rumet. Suasana baru dalam bilik skarang di mahallah safiyah teratak blok D yang sepoi-sepoi bahasa wifi yang cemerlang.


Pertukaran suasana yang cukup berbeza ni memang menarik. Dari bilik lama yang teramat sunyi dan ahli rumet yang pendiam, saya berpindah ke bilik yang sangat kecoh dan ahli-ahli yang riang. Semua budak Law. Dan sekarang banyak cakap loghat Sabah di bilik sebab ada dua orang rumet yang berasal dari Timur Malaysia.. Heheh.. best kan.


Term-term yang dah lama saya tak dengar, sekarang terkeluar kembali. Contohnya “tapuk” dengan sebutan qalqalah sughra yang pekat pada huruf K di hujung itu. Maksud tapuk ialah sorok. “bubut-bubut” ialah kejar-kejar. Hehe.. sukaku! Bila jumpa bekas serumpun memang akan terkeluar loghat Sabah.


Sabah tetap di hati saya. Perlis pun di hati saya. Walaupun saya bukan orang Sabah dan Perlis, namun kedua-duanya tempat ini meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam jiwa saya. Masakan tidak, separuh dari kehidupan saya mengenal dunia adalah di dua negeri ini. Dan sesungguhnya Sabah dan Perlis adalah negeri yang amat indah. Kepada bakal-bakal guru Semenanjung yang akan dihantar posting ke Sabah, sebaiknya janganlah menolak. Seperti cita-cita kakak ini :) Sabah sangat indah. Betul ni saya cakap!


Itu tentang satu perkara. Perkara kedua, nak citer.


Setelah tiga empat bulan orang ramai dah pun menonton filem Ketika Cinta Bertasbih, saya ni ketinggalan. Baru je tengok citer ni recently. Ya Allah, nangis teruk kot! Ustaz Habiburrahaman ni memang terer nangiskan orang. Saya tau, kalau tengok movie pun boleh habis tisu lap ayaq mata, apatah lagi kalau baca novel dia. Tak tau la awat saya tak berkesempatan nak baca novel KCB. Sebab tamau keluaq duit ka atau maleh nak baca? Ni pasai apa cakap Kedah la pulak ni..


Perkara ketiga, kita tinggalkan hal-hal keduniaan. Mari kita ingatkan akhirat pula. Dengan sukacitanya, saya ingin menjemput para hadirin sekalian untuk menghadiri:


Kuliyah Hadith Umdatul Ahkam,

Selasa,

9PM

Adm Lr 9,

Ustaz Subhan Khadafi


Kuliyyah Tauhid

Rabu

9PM

Adm lr 9

Ustaz Hasyimi Che Pa


Kedua-dua ustaz ini grad dari Universitas Islam Medina, KSA.


Nak tau? Ni lah university idaman saya semenjak Tingkatan Satu. Bercita -cita nak blaja kat U ni lepas dengar citer ustaz saya dia grade Madinah, ajar Arab masa Form 1 dulu. Tapi apakan daya, bila saya masuk UIA Gombak barulah saya tau yang U ni utk rijal saja sebab tanya kat Ustaz Nik Saiful Azizi yang ajar Tilawah masa first year. Tak apa. UIA pun best jugak!


Ni dok mengarut apa pulak dah? Kembali kepada tajuk kulliyyah tadi,

Jemput datang semua ya!


Nak tau? Kenapa saya suka pergi kuliyyah? Suka ke? Suka!


Selain nak mencedok ilmu, saya fikir tentang perkara lain. Tentang selawat ke atas Nabi Sallahu Alaihi Wasallam. Saya tau. Dalam sehari kalau nak selawat saja-saja teringat tu memang payah sikit. Orang Perlih kata “baloq liat”. Selawat tu hanya dalam solat saja yang baca. Adapun waktu lain tak selawat pun. Senang citer, mulut ni akan selawat bila dengar orang sebut nama Nabi, then akan otomatik terselawat. Kalau tak dengar orang sebut, payah sikit nak selawat. Lagi satu situasi ialah apabila terlupa tentang sesuatu, dan berusaha nak ingat kembali, barulah akan selawat. Apalah punya ummat!


Oleh yang demikian, untuk menggalakkan diri ini berselawat ke atas Nabi kita Sallahu Alaihi Wassalam, datanglah ke kuliyyah kita. Sebab bila ustat sebut perkataan Nabi Sallallahu Alaihi wasallam, maka kita yang mendengar tidak dapat tidak, wajib menjawab dan berselawat. Sehinggakan bila tak menjawab kita akan rasa ganjil ya ampun!


Dalam kuliyyah macam ni lah yang ustat sebut nama Nabi banyak kali (Sallallahu Alaihi Wasallam). Maka kita pun jawab banyak kali. Kan dah dapat pahala tu? Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam kata sape yang dengar nama beliau, tapi tak berselawat, itulah orang yang paling bakhil. Kedukut!


"Sesiapa yg berselawat kepada aku sekali maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh selawat, akan dihapuskan sepuluh dosa dan dia diangkatkan 3 kali darjat." (Hr Ahmad - sahih)


"Sesungguhnya sesiapa yg berselawat sekali kepada ku maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali." (Hr Muslim)


"Sesungguhnya org yg bersangatan bakhil adalah org yg tidak berselawat kepadaku bila disebut namaku." (Hr Ahmad - sahih)


Ok, setakat ni dulu rabanan saya pada hari ini. Nantikan karangan terbaru akan datang. Dikarang semasa cuti.


Wassalam..


Wahai Syiah, Kita Boleh Bersatu!

Wahai Syiah, kita boleh bersatu jika kamu ikut Sunnah seperti kami!


Sifirku mudah. Jika wanita atau lelaki itu Sunni, dia kelihatan cantik dan kacak di mataku. Akan tetapi, jika dia wanita atau lelaki Syi’e, segalanya akan terbalik 180 darjah.


Dia memang kacak, tapi sudah hilang kekacakannya pada mataku. Tolonglah jangan menyokong dakyah Syiah di hadapanku.


Di dalam kelas nombor 17 di bangunan Human Science, aku faham Sir cuba mengharmonikan suasana yang terasa tegang. Kedudukanku di hadapan sekali, dan lelaki Iraq itu di belakang sekali. Hanya suaraku, suara dia dan suara Sir sahaja yang kedengaran di dalam kelas itu.


Aku bertanya Sir,


“ Sir, Syeikh Jamaluddin Al-Afghani hakikatnya seorang Syi’e, jika kita lihat pada perjuangan beliau untuk menyatukan Sunni dan Syi’e, saya cuma nak bertanya, adakah bisa Sunni dan Syi’e ini bersatu? Bukankah mereka telah membunuh ramai puak Sunni?


Lelaki Iraq itu pun mencelah,


“Sister, pembunuhan yang berlaku bukan kerana awak Sunni atau Syi’e, tetapi ia adalah kerana pergolakan politik yang terjadi. Bukan bermaksud jika awak ialah Sunni, lalu di hadapan Syi'e maka dia akan menetak awak. Segalanya hanya pergeseran politik sahaja”


Dan banyak lagi yang dia sebutkan untuk mempertahankan Syiah itu.


Huh, kalau sekadar pergolakan politik, kenapa ulama’ Sunni juga harus dibunuh?


Aku ingin melontarkannya tapi suara tersangkut kerana masa tidak mengizinkan untuk perbincangan lanjut, dan kelas harus disambung untuk presentasi tajuk seterusnya iaitu tentang Syeikh Muhammad Abduh.


Ayat terakhir dia:


“Sir, kita boleh mengamalkan nikah mut’ah”


Aku hanya berpura-pura tersenyum dan mengangguk-angguk, tapi dalam hati Allah SWT saja yang tahu betapa jantungku rasa nak meletup. Tersenyum untuk menjaga air mukaku di hadapan Sir dan rakan-rakan, bukan untuk menjaga perasaan dia.


Mukaku sudah terasa panas. Aku tahu Sir telah mengesan perubahan riak di wajah semenjak soalan pertama kulontarkan lagi. Dan rakan-rakanku sudah terdiam mendengar soalanku yang kelihatannya seperti memecah belahkan umat dan ingkar kepada penyatuan.


Memang benar aku ingkar kepada penyatuan Sunni dan Sy’ie. Sunni dan Syi’e boleh bersatu hanya dengan syarat : ikutlah Sunnah seperti kami, barulah kita boleh bersatu.


Aku terasa beremosi bila terdengar mengenai Syia’ah. Memang sudah lama aku tidak mengendahkan mereka. Aku sangka aku sudah sembuh dari luka. Sudah terluka semenjak aku kenal Syiah dua tahun lalu.


Hakikatnya, aku mahu melupakan Syiah. Tapi taqdir Allah menemukan aku dengan figura kesyiahannya menjadikan aku kembali alert bahawa aku sebenarnya takkan rasa aman dengan mereka.


Selama satu semester aku ceria dan bahagia belajar di kelas itu, tapi pada hari itu euforia di dalam kelas tersebut seperti diragut oleh perkataan Syi’ah. Lagi dirobek dengan sokongan lelaki itu terhadap pegangan Syiah. Sungguh tak kusangka.


Berjalan ke kelas seterusnya di bangunan Education. Otakku ligat memikirkan suasana di kelas tadi. Jenuh otakku berfikir. Apakah erti Islam di sisi Syiah sebenarnya? Islamkah jika mereka menghina Nabiku Sallahu Alaihi Wasallam? Islamkah lagi jika mereka mencaci sahabat Nabiku ridwanullahi Alaihim?


Perkara yang paling pokok lagi asas ini pun sudah lebih dari cukup untuk dijadikan kayu ukur samada patutkah lagi kita mengikut Syiah? Tak sampai pemikiranku bagaimana mereka boleh menerima dakyah-dakyah sebegini. Menolak dan mengutuk sahabat yang paling dekat dengan Nabi, mencaci sahabat utama yang mewarisi Islam itu dari Nabi, maka apakah makna Islam di sisi Syiah sebenarnya??


Ada seseorang yang pernah menyebut kepadaku, bila aku menceritakan kejelekan Syiah:


“Buat apalah kita dok kisah lagi tentang Syiah tu. Memang sejak berkurun lagi kita dah tahu dorang tu memang sesat, Malaysia pun tak iktiraf Syiah di sini. Jadi tak perlu ambil peduli tentang mereka lagi. Biarkan saja.”


Sesungguhnya, aku mengambil peduli tentang mereka bukan kerana aku mengambil berat urusan mereka . Aku mengambil peduli kerana aku mahu menjaga aqidahku. Aqidah kita yang sebenar. Supaya kita tahu di mana salahnya Syia’ah dan supaya kita berhati-hati dengan susup-sasap mereka yang halus meracuni Islam kita yang hakiki. Supaya tak terjerumus ke lembah sesat seperti mereka.


Samalah juga seperti orang yang belajar jurusan perbandingan agama atau Comparative Religion.


“Buat apalah sibuk-sibuk nak tahu tentang agama Kristian, Hindu, Buddha yang memang sah-sah kafir tu? Islam lah yang betulnya, kenapa nak heran belajar Bible mereka pula?”


Maka, ketahuilah sesungguhnya kita belajar tentang agama selain Islam itu adalah semata-mata mahu mengenali Islam yang sebenarnya. Untuk lihat betapa cantik dan sucinya Islam. Kita takkan nampak nilai suatu perkara itu, melainkan setelah kita nampak betapa buruknya perkara selainnya. Kita mungkin tak nampak betapa indahnya Islam jika kita tak nampak betapa hodohnya agama lain itu. Supaya kita tahu di mana salah mereka lalu kita tidak akan melakukan sepertimana mereka lakukan yang boleh merosakkan aqidah kita. Mengertikah? Masih belum nampakkah lagi kepentingan menjaga aqidah sohihah?


Kelas nombor 3 di bangunan Education. Kelas terakhir untuk petang ini. Aku menunggu ustaz di luar kelas. Memandang jauh ke sungai.


Serasa nak kucampakkan sahaja lelaki Iraq itu ke dalam sungai ini!


Mendidih masih belum habis . Apa salahnya aku mendidih? Mereka dah menginjak-injakkan orang yang paling aku cinta.


“Shakirah kenapa termenung kat luar ni? Macam tengah tunggu suami!”, tegur rakanku.


Blur! Apakah?


20 minit ustaz masih belum sampai. Baguslah kelas batal. Kalau ada pun, pasti susah kukekalkan konsentrasi.


Rosak euforia petangku gara-gara Syiah!