Royal Debate 2008

bangau-bangau dari zoo negara datang menyokong pasukan UIAM. tapi berenti tangkap ikan dulu kat sungai

hari penyampaian hadiah 3 dec. patutnya sultan datang tapi tak jadi pula

Bismilahirrahmanirrahim.

Debat Diraja 2008 sudah pun berakhir. UIAM kembali menjadi tuan rumah pada tahun ini setelah 13 tahun yang lalu, apabila UIAM universiti yang pertama mempelopori pertandingan debat ini pada tahun 1995.

Nama Englishnya ialah The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship manakala dalam Bahasa Arab pula disebut sebagai Musabaqatul Munaazhoroh Al-Malakiyah. Bermula dari 28 November sehinggalah 3 Disember 2008, semua wakil IPTA di Malaysia bertemu dan berkampung di Mahallah Ameenah yang serba indah.

Dan johan debat bagi tahun ini untuk setiap kategori ialah:

Kategori Bahasa Melayu – UPM
Kategori Bahasa Arab – UIAM
Kategori Bahasa Inggeris – UM


Secara peribadinya saya tak bersetuju apabila kategori Bahasa Melayu dimenangi oleh UPM. Tajuk debat peringkat akhir ialah “Rumah Putih Cuma Bertukar Warna”, yang membahaskan tentang Barrack Obama menjadi Presiden AS. UIAM sebagai pembangkang. Dan banyak lagi hujah-hujah kita yang menyebut kaitan antara perlantikan ini dengan struktur ekonomi dan sosial. Kita memang berharap agar Rumah Putih Tidak Cuma Bertukar Warna. Manakala Bahasa Arab membahaskan tajuk " Kewajaran Bergantung Kepada Harga Dunia Bagi Petrol". Yang ni UIAM vs UIAM. Tak best sangat sebab keduanya pasukan kita yang ke final.

Sudah namanya pun pertandingan debat. Jadi banyak benar perang psikologi dan manipulasi hujah dilontarkan oleh pihak masing-masing dari setiap kategori. Cuma kategori Bahasa Inggeris sahaja yang saya tidak pergi menonton langsung, kerana sepanjang peringkat saringan, suku akhir, separuh akhir dan peringkat akhir saya hanya meluangkan masa menyaksikan debat Bahasa Arab sahaja. Manakala Debat Akhir Bahasa Melayu itu bisa ditonton kerana itu adalah pertandingan yang terakhir sekali bagi semua kategori.

Saya bukan debator. Tapi salah seorang committee untuk program ini. Bertugas pada waktu pagi, petang dan malam menguruskan pengangkutan peserta-peserta dari mahallah ke tempat berdebat. Saya tak pernah lagi menjadi komiti Transportation and Accomodation. Ni lah pertama kali. Sangat best dan menarik. Head Com Muiz tapi panggil Mumu, dia dah split kepada dua. Dia dan anak buah dia uruskan accommodation, dan Ahmad ( Asst. 1) serta anak buah uruskan transportation. Senarai nama budak-budak transport:

Ahmad – IRK
Ismail- BARB
Sufi – LAWS
Azam – IRK
Ku Afif – LAWS
Mohd Siraj Munir – IRK
Kak Wani – BARB
Kak Isma – ECONS + IRK
Naza – Maths
Intan- Maths (import dari UIA Kuantan)
Atiqah - a.k.a saya la tu. Sepanjang program ni orang tak panggil saya Syakira. Tapi saya senang dorang panggil saya Atiqah. Tak pe. Kedua-duanya kan ialah nama saya.

Kebanyakan daripada mereka memang saya kenal. Kak Wani dan Kak Isma tu dah lama saya kenal dari matric lagi. Ahmad pula classmate Arabic Level 2 kat matric dulu. Sufi pula classmate Arabic Level 4 kat matric jugak. Siraj, classmate Ulum Quran sem ni. Ismail pula dari kat matric sampai sekarang dia classmate saya. Kiranya Azam n Afif je baru kenal kat sini. Semua happy go lucky. Best keje dgn dorang semua. Afif yang komited. Azam yang sentiasa ada idea nak buat lawak bangang. Kak Wani yang off campus bawak bekal roti home made yang dia buat seniri pagi-pagi buta. Fuh, macam roti kat Bakers’ Cottage! Dan selalu tumpang keta Perdana V6 dia pegi tempat debat Arabic.

Dan sekarang Alhamdulilah saya dapat mengatasi perasaan takut naik motor (fobia sebab ada kisahnya pada 2 semester lepas), terdesak kena naik motor dengan Kak Isma dari Mahallah Safiyyah ke Mahallah Ameenah, pada jam 7 pagi setiap hari. Jauh tu. Takkan nak jalan kaki kot pagi-pagi! Duduk versi sopan dan pegang Kak Isma kuat-kuat. Haha. Tak leh tahan gelak bila Afif tegur, “Ya Allah, kenapa tak duduk elok-elok?” Hai la Afif, ko nak aku duduk elok-elok macam mana lagi? Duduk elok lah ni. Bukankah duduk versi sopan itu lebih selesa, lebih selamat, senang nak naik motor, senang nak turun. Tak payah susah-susah nak memanjat motor tu.

Dan yang paling penting dapat jumpa semula Firdaus, sedara yang sebaya saya tu dari UMP, setelah empat tahun tak jumpa. Last kali jumpa masa selepas SPM. Sekarang amik kos Chemical Engineering. Dia wakil debat utama Bahasa Melayu. Tapi dia tak masuk pun final. Tangkap gambar tak leh blah! Bukan senang nak jumpa dia.

Dan kesimpulannya, saya pula teringin nak masuk debat. Banyak kebaikan yang saya dapat lihat untuk masa hadapan. Mesti berlatih untuk ada sifat tahan apabila di provoke. Salah satu daripada methods of dakwah juga. Kena trigger otak agar mampu berfikir dengan cepat. Kena sedia hujah yang bisa mematahkan lawan tak kira internal or external assaults. Kena tambahkan ilmu pengetahuan, agama, politik, ekonomi dan sebagainya, malah soft skills juga. Jadi, daftarlah nama untuk masuk kelas debat.




final arabic debate di senate hall admin building



pasukan USIM semasa saringan. vs UIAM




team UIAM nak mudakhalah




dari kiri: ahmad, sufi, afif, azam





dari kiri: siraj, sufi, ahmad
































4 kata-kata mereka:

Salam.
Wow.Mesti best kan boley tgk debat kn. Sy dah lame xtengok debat or masuk debat. Last time pun mase sekolah dulu. Tapi sy masuk English debate r. I was just gonna ask camne debate English time tu.
Pasni nak take up debating ke?Goodluck ye! Ganbatte ne!

 

betul2 sy pun kurg setuju upm mng.. bkn sbb nk bias kt uia tapi mmg kes upm tak kuat.. sng2 je uia bleh pthkan hujah yg bersifat spekulatif... huhu, tapi silap uia jgk ada byk kesilapan kecil yg diorg wat, kesilapan pertama, time second speaker die tak explain hujah ngan panjang lebar,focus more on rebuttals, second, third speaker, minor mistakes, kerajaan kata 42 kerusi, die kt 42 peratus n so on so forth, terigt ckp ust majdi 'la makan lil khata' fil mnazarah'.. mgkin tu sbb kot uia kalah...

 

syazwaniadnan:
ngeh ngeh ngeh :)

TheDreamer:
wsalam.
best sangat tenmgok debat. bagusnya awak masuk debate. tamau sambung masuk debate japanese ke? huhu

enshaAllah. saya dah register clas debate sem ni. arigato gozaimashta!

Nurhuda Ramli:
Tu dia pendebat UIA melontarkan hujah kenapa tak puas hati.
boleh bagi tunjuk ajar pasni huda!
saya baru nak masuk kelas arabic debate ni