Sajak Buat Gay

sajak buat sahabat ku yang gay

wahai sahabatku,
ku cuba selami hatimu
apa yang kau rasa

renung dalam mataku
tidaklah aku menghinamu
jauh sekali ingin mencerca
kita sama-sama berpangkat hamba
di sisiNya taqwa itu yang utama
bukan rupamu
bukan licin kulitmu
atau sasanya tubuhmu
atau kacaknya wajahmu
bukan semua itu

apa yang kupinta
kau hitung kembali hatimu
apa di lubuk hatimu
jika kau katakan kau bahagia
aku akan suka
aku suka jika kau bahagia
tapi bukan bahagia kerana itu
tapi Dia Yang Esa tidak redha
mungkin kau rasa kau bahagia
bersama teman-teman seangkatan
percayalah sahabat
bahagiamu itu tidak lama
ketahuilah hakikatnya
hatimu itu gersang dan hiba
kutahu hatimu resah
mengenangkan apa yang kau lakukan ini
berlawanan fitrahmu sebenar

kembalilah sahabat
jangan diteruskan hubungan itu
tidak mengapa jika hatimu lembut
perwatakanmu sopan
bicaramu santun
aku senang
namun
hilangkanlah perasaan songsang itu
wahai sahabat,
lelaki tidak bisa bersama lelaki
tidakkah kau ingat bagaimana
Allah membalikkan kaum Nabi Luth?
hatta tetamu baginda yang malaikat itupun
ingin mereka noda?
tidakkah kau percaya sahabatku?
tidakkah kau percaya?
mungkin kau tak nampak sekarang

marilah kita kembali sahabat
takutlah kepada Allah
hari pembalasan makin hampir kiranya
tidak mengapa kita salah
kerana kitakan hamba?
tapi Dia paling suka
kita yang salah ini mengaku
dan kembali kepadaNya
masih ada waktu sahabatku
untuk kita ubah segalanya
jika kau dihina
bersabarlah
kerna yang menghina itu juga hamba
hamba yang tak faham hatimu
tapi Allah faham hatimu
usahamu untuk berubah
jika benar kau takutkan Allah
jika benar kau ikhlas
Allah akan membantumu
masih ada waktu
sehingga nyawa di tenggorokanmu

jika kau sudi,
aku mahu berkawan denganmu
wahai sahabatku

4 kata-kata mereka:

Hai syakira... Assalamu'alaikum, u have a great poem there... puisinya bagus...

minta izin untuk ditampilkan di blog saya, nama syakira tetap akan saya tulis sebagai pembuat puisi ini..

salam kenal,

sintingmaut
gay from Indonesia

 

Waalaikumussalam Sinting Maut. Silakan tampil puisi ini ke blog anda. Saya amat berbesar hati.

Salam kenal kembali. Jemput datang lagi ke blog saya yang usang ini.

 

i cant say anyword

it's so deep

T_T

 

Dr Pr, hati yang hidup ialah hati yang bergetar apabila disebutkan kebenaran.

Kita patut risau jika hati tak berasa apa-apa jika kebenaran telah terbukti. itulah tandanya hati yang mati.

kita berharap agar hati sentiasa hidup. bukan begitu?