Cerita-CeritaKu

Laptop saya sekarang tak dapat nak hidup. Sejak dari Jumaat minggu lepas lagi. Saya fikir mungkin sebab charger rosak. Jadi sudah puas saya tanyakan kawan-kawan sesiapa yang ada charger Dell saya nak pinjam untuk test. Akhirnya saya tanyakan kepada technician di IRK Department. Memang sah charger saya rosak. Ada dua helai dawai halus dah terkeluar daripada wayarnya. Herk2. Kena gigit tikus ke?

Tetapi rupa-rupanya bukan itu sahaja. Bila abang technician tu try guna charger dia yang ok, laptop saya masih tak boleh hidup. Tinggal kat dia sekejap. Selepas solat Jumaat saya pergi amik, dan natijahnya:

"Motherboard yang rosak. Kalau nak ganti baru harga dia dalam RM900. Lebih baik beli laptop baru", kata technician itu.

Ya. Mungkin sebab usianya dah terlalu lama. Laptop kelabu itu sudah nak bertukar menjadi hitam kelihatannya. Lagipun, sebenarnya itu bukan laptop saya but my mom yang punya. Tapi boleh dikira sebagai laptop saya je lah.

Maka, sekarang ini saya sudah habis exam. Librarylah tempat saya berkunjung untuk surf internet. Kenapa saya tak balik rumah lagi ya? Kerana mengikut pelannya, saya sudah berjanji dengan Muqaddas untuk mengajarnya Al-Quran(walau diri ini masih kurang kualiti bacaannya.huk2).

Apabila saya sudah menaip mesej, saya cari nombor telefon dia tetapi sudah tidak ada dalam handphone saya. Alamak, macam mana ni? Dan nampaknya bukan laptop sahaja yang rosak, tetapi handphone juga membuat hal. Ramai juga nombor telefon kawan-kawan saya yang sudah ghaib. Virus kah?

Sekarang saya masih tersangkut di UIA. Tak mengapa. Nanti nak berziarah rumah Kakwani pada 11 Nov. Malamnya pula nak pergi meeting INTIS. Begitu melekat saya dengan UIA ini. Sayakan pencinta UIA?

Dan mungkin apabila saya pulang ke rumah nanti, aktiviti beronline akan dihentikan buat sementara. Kerana kakak saya pindah ke Shah Alam sekejap untuk mengambil lesen kereta, dan dia mengangkut laptop dan Maxis Broadband sekali. Dia kata tunggulah dia balik rumah lepas dapat lesen P. Sekarang dia dah ada lesen L. Haha. Berpuasa internet la saya nampaknya. Saya doakan kakak saya tu cepat-cepat dapat lesen. Jangan fail-fail ok (hihih. ada niat tersembunyi la tu!)

2 kata-kata mereka:

pc kt rumah akk dulu once ade infection kt motherboard. lepas tu p cc, diorg tukarkan. natijahnya, banyak benda2 asal cpu i.e tmpt cocok usb xleh guna. so, better to send it dekat DELL, if u wish to tukar the m.board. experience-based je neh. heh. otherwise, sile minta pendapat 3aalim fi hazihil qadhiyyah :)

p/s : dpt lappy baru pun ape salahnye kan? utk kemudahan sendiri. hehe.

 

oo... tengokla. nanti saya cuba2 contact dgn uncle dell. kot2 dia nak bagi murah. muahaahaaha..

kalau dapat lappy baru pun ok juge. ngeh4! akan saya tatang seperti menatang seraga penuh! buah tomato! (kalo ada rejeki)