Daurah Musim Cuti 5


Alhamdulillah.

Pujian syukur hanya untuk Allah yang mentakdirkan saya dapat juga menghadiri Daurah Musim Cuti 5 di Madrasah Darul Hadis, Kampung Brisu, Melaka Bandar Bersejarah, Bandar Sunnah enshaAllah. Sangat eager nak datang sebab tahun lepas saya cukup beriya nak pergi di IQ, akhirnya last minute tak dapat join sebab emak saya tak benarkan pergi seorang diri.

Jumaat, 12 Disember 08.

Saya bertolak dari rumah ke Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan dan bertemu dengan Kak Hajar dan Kak Hafizah di KL Central. Menaiki kereta Kak Amni di Kajang menuju ke Melaka. Demi memberikan semangat kepada Kak Amni tegar memandu, kami bertiga selaku penumpang berazam untuk tidak tidur di sepanjang perjalanan. Berbincang, bersembang, hatta semasa menunggu kereta brothers di tol Simpang Empat, saya dan Kak Hajar sempat bergambar di sign board tepi jalan.

Apabila sampai di Kampung Brisu, usai solat zohor, kami dijemput oleh penduduk kampung untuk makan tengah hari, yang kami sendiri tak pasti majlis apa. Makan je lah. Dah orang jemput. Yang pasti makanan dia sangat sedap, bersama dengan bubur kacang hitam yang cukup segala rasa lemak manisnya.

Kemas-kemas tempat berdaurah, vakum-vakum dan sedikit taklimat untuk komiti program. Malamnya taaruf antara peserta daurah secara berasingan gender. Sangat best, sebab di sinilah terjadi ice breaking. Rata-rata daripada peserta mengatakan harapan agar dapat menimba ilmu, berkongsi ilmu, berukhuwwah, mardhatillah dan sebagainya. Mula-mula tak kenal, lepas taaruf dengan sedikit modul barulah sama-sama boleh mesra gitu. Sampai ke bilik tak habis berbual.

Bagi peserta perempuan kami tidur di Markaz PAS. Bilik air, dapur sejadah tikar semua ada. Cuma di belakang tu ada bukit tinggi yang kami sangkakan hutan belantara. Beriya suruh komiti brother belikan sulfur atau nama lainnya ialah belerang. Malam itu juga kami komiti berempat tawaf markaz itu untuk menabur belerang kuning, bagi mengelakkan kala jenking, ular atau serangga berbahaya masuk ke markaz. Biawak tak termasuk ok!

Dan tidur dalam keadaan menggigil sebab sejuk sangat. Saya tak dapat tidur malam tu. Sudah habis segala zikir sebelum tidur yang nabi ajar saya dah baca, masih tak dapat lelap mata. Tak tahulah perkara apa yang saya fikirkan. Kali terakhir saya lihat jam ialah pada jam 330 pagi.

Akhirnya pengsan juga!

Sabtu, 13 Disember 2008.

Terjaga dari tidur kerana alarm henpon sape entah yang berbunyi segar pada jam 430 pagi. Terasa nak beku pergi juga mandi dan qiyamullail. Semua orang bangun qiyam juga. Tak de qiyamullail berjemaah ni. Semua buat sengsorang je. Lebih khusyu’ enshaAllah dan boleh minta apa-apa sahaja daripada Allah Yang Maha Kaya.

Slot 1: Aqidah Asyairah dan Maturidiah Di Sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Yang disampaikan oleh Ustaz Ariff Nazri pensyarah UKM. Ceramah ustaz memang menarik yang menerangkan sejarah aliran Asyairah ini yang sebenarnya mempunyai tiga marhalah atau peringkat berasal dari Abul Hassan Al-Asyari.

Jadi takrif aliran ini ialah:

Firqah kalamiyah iaitu libatan ilmu kalam islamiah yang dinisbahkan kepada Abul Hassan Al-Asyari marhalah kedua yang mendakwa berpegang teguh kepada Al-Quran dn Sunnah cara Ibn Kullab yang menetapkan dengan aqal sifat-sifat Allah yang tujuh iaitu, Al-Hayah, Al-Ilm, Al-Qudrah, Al-Iradah, As-Sam’u, Al-Basar, Al-Kalam.

Adapun sifat-sifat ikhtiyariah bagi Allah yang berkaitan dengan kehendak seperti marah, suka, gembira, mereka nafikan. Tetapi sifat-sifat khabariyah seperti mata, muka, tangan, mereka tukarkan maksudnya.

Jadi kesimpulannya, tak perlulah ikut aliran ini

Slot 2 : Bagaimana Berinteraksi Dengan Sunnah. Disampaikan oleh Ustaz Adli bin Menhat.

Slot 3 : Forum : Pendakwah Bermasalah? Dr Abd Rahim dari UiTM Melaka, dan Ustaz Khairil Irza dari Negeri Sembilan.

Slot 4 : Fiqh Politik oleh Ustaz Menhat

Slot 5 : Menggapai Keluarga Sunnah oleh Ustaz Menhat

Untuk mendengar ceramah kuliyah dasar ini akan di upload oleh sahabat saya dan kuliyah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz berkenaan di blog Masri.

Maklumat tentang Darul Hadis di blog Masri lagi.

Untuk melihat gambar-gambar peserta sila klik di blog Ariff. (gambar ikhwah sahaja)

Untuk membaca lebih lanjut mengenai slot sila klik di blog Ezry

Overall, ukhuwwah antara akhawat ni ok. Walaupun ada sesetengah perkara yang kita tak sehaluan, tapi kita masih boleh mesra dan berbicara kerana saya lihat mereka tak jemu-jemu bertanya jika tak faham. Mungkin ada di kalangan mereka baru mendengar manhaj dan kefahaman ini. Kita sebagai komiti bukan mampu menerangkan segalanya kepada mereka, kerana kita juga datang ke sini untuk menimba dan menambahkan ilmu. Apa yang kita faham kita beritahu mereka. Apa yang kita tak mampu explen, kita minta ustaz atau ikwah tolong jelaskan, seperti bab tareqat dan sufism.

Pada hari Ahad malam Isnin, akhawat yang tinggal hanyalah saya, Kak Amni dan Kak Hafizah sahaja bertiga tidur di markaz. Keesokan harinya kami dijemput sarapan pagi oleh MakCik, isteri kepada Pak Cik yang rumah mereka hanya bersebelahan dengan markaz. Makan dengan Makcik, Aminah iaitu anak Makcik dan Farihin cucu Makcik Form 1. Nasik lemak, goreng pisang, karipaptelur, kuih wajik. Kenyang-kenyang!

Selesai makan, kitorang petik ulam, petik limau, tengok tanduk kambing jemur, tengok kandang kambing kat atas bukit. Comel. Depa gembira lihat kedatangan saya dan Kak Amni. Ada seekor kambing tu kekurangan belaian kasih sayang agaknya. Dia je suka saya usap kepala dia. Orang jarang tengok lembu kambing n biri-biri memang camni. Terserlah kejakunannya. Excited sebab dorang sangat comel. Subhanallah.. Tu tak masuk lagi adik-adik monyet yang telah me’ransack’ bilik air kami sewaktu kami tiada.

Setelah habis mengemas markaz dan madrasah, kami pun berangkat pulang. Tapi Masri pelawa singgah makan tengah hari di rumahnya di Tampin Kakak dia peramah sangat. Tak kering gusi. Mak dia pun sama. Hari Ahad ni ada walimah kakaknya. Pastu tangkap gambar baru balik.

Dalam kereta selepas Kak Amni memecut melepasi kereta ihkwah kerana nak rush, mata saya dah terpejam. Dan tersedar Kak Hafizah kejut, sejam setengah selepas itu apabila sudah sampai di Stesen Kajang.

Begitulah serba sedikit mengenai program ini yang dapat saya ceritakan secara luaran sahaja. Manakala secara dalamannya saya mengharapkan agar sahabat-sahabat yang menbaca, dapat mendengar kuliyah yang dirakam itu. Yang bakal di download oleh rakan saya tak lama lagi.

Daurah kali ini mungkin boleh lepas. Tak pasti daurah akan datang boleh pergi lagi atau tidak. Saya berdoa agar dapat join lagi daurah akan datang. Ensha Allah.

Dan akhir-akhir ini saya telah dianugerahkan dengan pelbagai kegembiraan yang tak putus-putus. Alhamdulilah. Di daurah saya gembira, pulang dari daurah pun gembira. Hati sangat berbunga-bunga. Kegembiraan ini Allah kurnia untuk menghapuskan rasa duka agaknya.

Subhanallhahi wa Bihamdih. Subhanallahil 3Azim

p/s: gambar lembu di atas diambil dari dalam kereta sebab takut kena tanduk. huhu

0 kata-kata mereka: