Beruntungnya Menjadi Seorang Muslim


Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh

Sekadar nak membuka mata bagi sesiapa yang tidak sedar. Dan sekadar nak membesarkan lagi mata bagi sesiapa yang sudah sedar. Perkara itu ialah betapa beruntungnya kita menjadi seorang Muslim/Muslimah, iaitu seorang yang beragama Islam. Kadangkala manusia takkan nampak betapa cantiknya sesuatu itu selagi dia tidak nampak betapa buruknya sesuatu yang berlawanan dengan yang indah itu.

Rumah saya dekat saja. Memang dekat kalau tak jammed naik kereta tempohnya hanya 20 minit. Kalau naik LRT dari UIA sampai di depan pintu rumah memakan masa satu jam lima belas minit. Dan jika saya sehelai sepinggang melenggang kangkung balik rumah tak bawa apa-apa barang berat, memang saya akan naik LRT.

Di dalam LRT inilah tersingkap perasaan bertuah yang sebutkan sebentar tadi. Kerana apa? Kerana di sini saya dapat melihat gelagat pelbagai manusia. Yang saya cuba fokuskan ialah mereka yang bukan Islam atau bahasa sebenarnya sebagai kafir. Cina, India, Cina Kristian, Sikh, orang putih Western. Kasihan!

Kadan-kadang saya berdiri, tapi selalunya saya dapat tempat duduk. Bila malas nak baca buku, saya pun termenung-menung la melihat mereka. Saya sering tertanya-tanya, mereka tak pernah terfikir ke apa tujuan mereka hidup ni? Adakah mereka rasa berbaloi dengan urusan dunia yang mereka kerjakan? Pergi kerja waktu pagi, balik petang, penat-penat. Dan esok melakukan perkara yang sama berulang-ulang sampai bila-bila. Mereka tak bosan ke bila terasa kosong? Apa yang mereka dapat jika mereka berlaku jujur sekalipun dalam urusan dunia? Bukannya manusia lain tahu jika mereka mahu corrupt secara senyap-senyap. Takkan berpuas hati hanya sekadar dunia? Bila dah mati habis semuanya. Macam tu ke?

Itulah perkara yang saya sering tertanya-tanya jika melihat orang kafir. Dan kasihan bila melihat kanak-kanak yang belum baligh ini hidup dalam keluarga kafir. Sangat comel dan bercahaya muka mereka. Tetapi jika sudah baligh, jadilah mereka kafir semula dan hilanglah cahaya kecomelan itu.

Lagi satu perkara ialah jika berkunjung ke hospital. Tahun lepas memang saya selalu juga berulang alik ke IJN kerana Kak Izzati iaitu anak Mak Anjang dan Pak Anjang saya, jantungnya dibedah. Tapi sekarang alhamdulillah dah ok.

Sorry to say sebenarnya saya tak sukakan hospital. Bukan kerana bau hospital. Tapi suasana hospital tu penuh kesuraman. Saya jadi sedih bila masuk hospital. Dan saya jadi bosan bila duduk menunggu giliran di kaunter ubat, menyaksikan nurse memberikan ubat sampai berplastik-plastik banyaknya. Tengok muka ibu bapa yang risaukan anak mereka yang masih kecil dibedah. Sang isteri menunggu suami sebab jantung berlubang. Macam tak patut saya berperasaan sebegini, lalu saya pun cuba melawan perasaan dan cuba membayangkan saya di tempat mereka. Dan di kala itu juga masih sempat bermenung-menung melihat orang kafir. Kepada siapa mereka berdoa? Jika mereka risau, bisa padamkah dengan membakar colok-colok?

Maka, apa bezanya kita orang Islam dengan mereka dalam situasi sebegini? Perbezaan yang sangat dan terlalu besar. Iaitu jika kita berdoa penuh harap dan yakin, Allah akan makbulkan. Jika Dia tidak makbulkan sekalipun, kita punya alasan untuk bersabar. Jika kita bersabar, pahala yang bertimbun menanti yang penting kita tidak mensyirikkan Allah. Tapi bagaimana dengan mereka? Jika mereka masih hampa “doa tak termakbul” supaya mereka sembuh, adakah berbayar beban mereka kerana bersabar? Sama sekali tidak.

Jadi, kesimpulannya ialah kehidupan kita dan oang kafir jalani secara fizikalnya adalah sama melainkan ibadah khusus. Tetapi kita memiliki “detector” yang membezakan pekerjaan seharian kita dengan mereka, iaitu ISLAM. Kerana kita orang Islam. Segala perlakuan kita walaupun serupa mereka, kita akan dinilai bergantung niat. Kita kerja, mereka pun kerja. Yang membezakannya ialah kerana apa kita bekerja? Dan setiap pekerjaan itulah bakal dinilai.

Mungkin saya tidak turun kepada masyarakat sebenar yang berbilang bangsa. Area rumah saya majoritinya Melayu. Semasa tinggal di Perlis dulu lagilah ramai Melayu. Pastu masuk sekolah agama yang tak bercampur dengan orang bukan Islam. Duduk hostel lagilah tak keluar. Maka sebab itulah mungkin ada sedikit perasaan janggal melihat orang kafir ini. Sewaktu tinggal di Sabah dulu memang lah bercampur dengan orang Kristian. Ramai orang Kristian di tempat saya. Main kejar-kejar lagi dengan depa. Malah sekolah saya bersebelah saja dengan gereja. Dari dalam kelas siap boleh nampak palang salib besar tu. Tapi disebabkan waktu tu kecil lagi, jadi tak terasa pun nak berfikiran sebegini.

Namun begitu, orang kafir yang saya maksudkan tentulah kafir dzimmi, iaitu orang kafir yang hidup tidak memerangi orang Islam. Kalau kafir seperti Yahudi Zionis itu, tak de nya saya nak kesian! Lantak depa lah.

Pada saat ini, saya amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam. Kasihan mereka. Semoga Allah memberikan hidayah ke dalam hati mereka setelah mungkin melihat kepada kehidupan yang terasa tidak bermakna. Tiada agama yang lebih tinggi daripada Islam. Dan soalan cepucemas untuk saya dan kita, apa pula peranan kita? Mulut senang berkata-kata. Adakah usaha di sebaliknya untuk menyedarkan mereka? Pang!

Wallahu ‘alam

0 kata-kata mereka: