Seputar Perjalanan Political Thought 1

Assalamualaikum wbt.

Home sweet home!

Aku sedang menghadap laptop ini di rumah. Senang hati. Aku dah lepas satu paper iaitu Political Thought 1 pada hari Jumaat baru ni. Alhamdulillah tak terlepas tarikh. Disebabkan betapa lambatnya aku print exam slip, maka mati-matian aku ingat exam itu pada hari Khamis. Sebab tak silap aku Dr. Danial kata hari Khamis. Exam ini decentralized sebab Sir nak pergi oversea sambung jadi Prof. Wah, hebat betul Sir aku nih. Muda lagi dah nak jadi prof. umur dia baru 35 kot.

Apa-apa pun semuanya ok. Alhamdulillah. Allah Al-Musta3an.. And the next paper will be on 1,5,6,8 November 2008. Suka hati je aku bersenang hati. Bukan apa. Dah lama rasanya tak balik rumah. Rasa tensen pulak dok UIA tak keluar-keluar. Kena sambung study jugak pasni.

Mengenai exam PoLitical Thought 1, rasa nak tergelak bila diingat semula. Tulisan! Tulisan aku ni memang la buruk. Aku mengaku. Agak seperti ayam mencakar tanah juga. Tapi memang la boleh baca. Entah. Pada mata aku tulisan aku memang tak cantik. Tak secantik tulisan Tiqah. Peduli apa aku! Huh.

Disebabkan perasan tegang dan agak menggigil juga tangan aku masa mula menulis jawapan maka aku takut kalau-kalau Sir tak dapat nak baca tulisan aku. Selepas habis soalan kujawab, lalu pada kulit answer book sebelah dalam, aku pun menulis ‘nota cinta’ untuk Sir:

“Assalamualaikum,
Sir, I wanna apologize for I’ve screwed up my writings. But this is the best writings I can perform, Sir. I hope you will be patient and ‘berlapang dada’ reading my answer sheet. Barakallau fik.. (^_~)

Hahaha. Selamba gila aku ni rupanya. Tak pe. Aku dan Sir memang kamcing. Masa amik class history dengan Dr. Hafiz sem lepas, dia ada juga berpesan. Semasa final exam janganlah menulis nota yang bukan-bukan seperti minta dikasihani bagi markah lebih. Siap bagi contoh lagi. Ada sis tu tulis agar sir jangan bagi dia fail. Nanti kena bunuh dengan parents la. Macam-macam!

Tapi aku bukannya nak minta markah lebih. Cuma nak bagi Sir bersedia sebelum sakit kepala membaca tulisan aku. Maka apakah soalan yang sudah kujwab itu? Tiga soalan 40 markah.

1. Compare the political ideas of St. Agustine and St . Aquinas on human nature and reason.
2. Explain Ibn Khladun’s concept of society and politic.
3. Explain the theory of Cicero on “ On The Commonwealth”

Lebih kureng camtu lah soklan dia. Ayat dia takde la macam ni. Aku pun memutahkan jawapan dari kepala otak aku yang rasa dah tepu. Lebih-lebih lagi baca pasal Uncle Agustine tu. Ingat senang ke nak explen? Susah beb! Aku dah terstuck beberapa kali. Setelah istighfar dan selawat2 sikit, alhamdulillah semua jalan. Di sini aku pun senang hati nak cerita serba sedikit pasal scholars yang aku dah belajar dari kelas politic ni. Political Thought 1 ni blaja ancient and medieval scholars je. Nanti dah amik PT2 nant baru blaja modern n postmodern shcolarz.

Plato – Uncle Plato, u memang comel. Aku suka u punya semangat mengembangkan ilmu di kalangan rakyat. Dan u menekankan ilmu itu kepada ruler agar dia boleh memimpin the subject. Tapi, betulkah wujud watak Socrates dalam u punya major work “ The Republic” tu?

Aristotle – Uncle Aristotle, u pun comel jugak. Aku suka bila u kata education ni penting untuk mecapai kebahagiaan, di mana kebahagiaan itulah matlamat utama bagi seorang manusia. Dan kita sekepala dalam menentang Uncle Plato punya teori pasal communism. Aku pun tak faham juga kenapa Uncle plato kata ruler tak patut owns family and property. Bukankah itu salah satu daripada fitrah? Uncle Aristotle, aku suka gak kat engkau sebab walaupun kau anak murid Uncle Plato yang setia, tapi ko tak betah untuk berselisih pendapat dengan tok guru engkau tu.

Stoic and Cicero – Mengikut timeline Plato, Aristotle and Cicero ni, sebenarnya zaman dorang ni takde agama lagi. Pagan. Tapi dorang ni suka bercakap tentang spiritual. Engku kata manusia ni secara nalurinya memerlukan antara satu sama lain untuk hidup sama-sama. Itulah teori engaku pasal commonwealth. Major works engkau “On The Commonwealth” dan “On The Law”. Semua orang sama tarafnya dan persamaan hak Semua orang has to perform the best in every field whateva position u hold, even the ruler or slave. Dan ko menekankan kepentingan pentadbiran kerajaan bercampur antara monarchy, aristocracy and democracy. Ah! Aku malas nak explen. Dah nak termuntah aku tulis jawapan dalam answer sheet ritu.


Al-Farabi
– Pak Cik Farabi, hem.. Sufism.. No comment. Aku pun dah tak ingat sangat pasal Pak Cik Farabi ni. Banyak comment pasal Aristotle’s works. Tapi dia kata pentingnya orang Islam untuk punyai sebuah negara. dan walaupun kau ni digelar Neoplatonist, tapi aku suka bila kau pun mereject Plato tentang communism. Hidup Pak Cik Farabi! Er, tapi ada sedikit kesufism nya jugak.

St. Agustine – Uncle Augustine, kenapalah kau ni pesimis sangat? Ni mesti sebab pengaruh Kristian yang kau pelopori kan? Kenapalah kau cakap sebuah negara ni terbentuk hasil daripada original sin bila Adam makan the Forbidden Apple? Dan juga bila Adam and Eve dturunkan daripada syurga. Aku pun tak faham apa yang ada dalam pemikiran kau ni. Dan kau menekankan kepantingan beragama Kristian dan gereja sebagai pusat pentadbiran. Dan kau kata Commonwealth tu sepatutnya tercipta atas dasar cintakan Jesus Christ. Ha? Bukan kerana human instinct sebagaimana Uncle Cicero cakap ritu.

St. Aquinas – Uncle Aquinas, kau ni lebih positif kot berbanding Uncle Agustine. dalam isu negara terbentuk bukan kerana original sin la. Sebab apa? Sebab kau ni secular. Cuba nak reconcile antara churh dengan government. Ni pun aku malas nak explen sebab nak termuntah aku tulis dalam answer sheet. Tapi, u ni interesting jugak sebab bertanggungjawab semasa peristiwa Renaissance dulu.

Ibn Khaldun
– Pak Cik Khaldun, ramai yang kata pak cik ni tak Islamic. Engkau seorang historian, socialist, philosopher and even an economist. Mantap! Tapi aku suka cara pakcik kritik ahli sejarawan yang tak telus dalam memberitahu maklumat. Dan banyak kontroversi pasal pakcik. Pak cik yang mengemukakan teori asabiyyah. Betapa pentingnya bagimu konsep ini agar kita dapat mencapai kemajuan dan kemenangan. Aku pernah tanya Dr Danial kenapa dia kata asabiyyah ni penting? Bukankah Rasulullah SAW has mentioned in hadith sohih, yang asabiyyah itu menolong kaumnya melakukan kezaliman.(HR Abu Daud dan Ibn Majah). “Sir, was he practicing what Rasulullah has forbidden in his hadeeth? Or he just swicth the literally meaning of asabiyyah to lead for the goodness only?” maka Sir aku pun menjawab. “ No, he doesn’t mean to the righteous only but he was just describing the human behaviour of asabiyyah, not the content as mentioned by Rasulullah. Because what we’ve studied, there were also the negative results of asabiyyah when the society is no longer unite then the dynasty fall. But dun worry. bukan u sorang je yang kata dia ni kurang Islamic. Dah ramai yang kata macam tu” Lebih kurang camtu la. Dan ada teori tentang siyasah diniah, siyasah aqliah dan lain-lain siyasah lagi. Papepun.. layann…

Al- Mawardi – Pak cik Mawardi, kau la yang paling best sebab kau menentang syiah Buwaihids tu dan menegakkan sunna, kalau tak silap aku la. PakCik Mawardi kalau nak tau, dia ni Qadi kat Baghdad. Hidup Pak Cik Mawardi! Nanti aku cari semula maklumat pasal syiah ni. Betul ke tak. Dan banyak teori dan usaha dia dalam menegakkan syariat Islam. Dia tak setuju dengan syiah dalam pemilihan khalifah melalui designation. Tapi sepatutnya kena pilih khalifah oleh orang-orang tertentu yang berkualiti dan the reigning khalifah je. Tapi sorry pakcik sebab masa exam ritu aku tak pilih soalan tentang pakcik kerana aku baca tak detail pasal tajuk wazir tu. Jadi tak tau nak jawab apa. Huhu.

Marsilius of Padua – Uncle Padua orang Paris. Belajar Medic, pastu jadi Rector kat universiti. Hebat.. Aku pun tak faham sangat pasal Padua ni kerana masa dalam kelas sir ajar tajuk ni aku faham terlebih. Banyak mengangguk. Hark2. Tapi sefaham dan seingat aku, dia ni secular. Banyak menentang Pope sampai kena expell oleh church. Kesian..

Al-Ghazali – Pak cik Ghazali ni sangat famous. Semua orang kenal dia. Dia ni ada Sufism. Mula-mula tak. Dia berubah jadik Sufism sebab dia kata kehidupan dunia ni telah mengganggu jiwa raganya untuk dekat kepad Tuhan. Ini hanya serba sedikit. Malas nak komen lagi. Buku famous dia apalagi kalau bukan Ihya’ Ulumuddin.

Ibn Taimiyyah – Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. Ustaz, aku frust sebab kami tak belajar pasal ustaz. (dengan Ibn Taimiyyah kena bersopan sikit ye panggil ustaz. Tajdid bro! Tajdid!) Disebabkan tajuk Ibn Taimiyyah ialah tajuk last sekali, maka Sir kata kita tak payah belajar sebab kertas soalan dah siap. Dan takda ditanya mengenai Ibn taimiyyah. Sedih aku. Takpe. Jom bukak Website Darul Kausar atau Al-Ahkam. Belambak maklumat tentang Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah Al-Mahbuub ladaina.

Nicollo Machiavelli – Kelas tajuk ni aku tak datang. Walaupun dalam buku nota kitorang tak sebut sangat, tapi aku tahu kau ni KEJAM!!! Aku menyampah kat kau tahap dewa tahu tak?? Bukan menyampah je, tapi benci gila sebab kau ni maha zalim! Kau dah bunuh beratus juta manusia untuk kepentingan kau! Nak tahu apa salah satu ayat dia dalam major work dia? “A ruler must possesses a brain of the fox and a heart of the lion”. Aku bengang! Ko, Hitler, Lenin, Stalin tu semua seangkatan kau. Maka, kau serta seangkatan kau aku benci walaupun korang dah mati! Sorry, aku teremosi. Aku rasa tak salah kita menghina orang yang zalim lagi takde hati perut lagi pagan! Tapi serius dorang ni zalim gila. Macam orang gila! Sila cari buku Harun Yahya “ Malapetaka Darwinisme Terhadap Kemanusiaan”. Ada je aku tulis review buku tu. Posting bulan July kot.

Al-Juwaini – Pakcik Juwaini, aku minta maaf sebab masa sir ajar tentang pakcik, aku pun tersengguk jugak. Dia berfahaman Ash’ari. He was a Persian. Aku tak ingat sangat pasal dia. Tak dapat explen panjang.


Habis la sudah scholarz yang aku belajar untuk sem ni. Aku pun heran kenapa aku suka sangat cerita pasal dorang. Tiba-tiba aku rasa seperti aku ni budak HS bukan budak BARB. Tolong!

Papepun seronok blaja pasal mereka ni! Sebab tu aku seronok nak cerita. Ini sekadar ulasan daripada kefahaman aku yang cetek ni. Mungkin ada yang terlebih perasaan aku dalam mengulas mereka. Kalau ada salah silap, saya minta maaf. Ilal liqa’..

p/s : Sorry, posting kali ini ber”aku” “engkau” pula. Sekadar merapatkan hubungan dengan pakcik-pakcik di atas. :) (tak termasuk Machiavelli ok!)

5 kata-kata mereka:

ur next paper on 1st of nov?
wah, goyang-kaki should be ok kot?
naaaa.. bace buku!!!

akk nye next paper will be on 28th of oct, sgt best betul.
sekarang masih berhati perut mahu bergoyang kaki!
huwah, sungguh tiada semangat~

 

Bestnya dapat belajar political science. Cerita pasal Plato, ni mesti dah khatam The Republic ni kan? Saya sendiri masih merangkak tergolek-golek cuba mengkhatamkannya. Maklumla IQ takda tinggi mana hehe. Jadi ambik banyak masa nak hadam antara karya agung beliau.

Aristotle mati dihukum makan racun? Setahu saya beliau mati kerana penyakit di bahagian perut ketika di Chalcis (tidak silap atas tujuan bersembunyi). Yang terkenal mati dihukum lalu makan racun Socrates. Correct me if I am wrong :)

Mengenai al-Ghazali tu rasanya pengenalannya terlalu pendek untuk tokoh hebat macam beliau :D Sekalipin dicop 'sufism', bagi yang berlaku adil padanya pasti akan jauh daripada 'skeptik mudah' terhadap tokoh hebat tu. Kehebatan beliau meruntuhkan berhala falsafah seperti mana Syaikhul Islam Ibn Taimiyah meruntuhkan berhala Syiah. Ni pengetahuan cetek setakat pembacaan saya yang serba kurang. Maybe banyak silap hehe.

 

Memang best blaja political science. Tapi subject Political Thought 1 ni ialah subjek kedua saya selepas Intro to Political Science. Wat minor je. Cetek bebenar. Tu yang banyak salah tu.

Betul la cakap awak. Socrates yang mati makan racun, bukan Aristotle. Saya da edit dia. Ooo.. dia sakit perut rupanya. Ni baru tau. Kes blaja Aristotle tak habis la ni..hem.

Nak khatam The republic? Saya khatam kulit buku depan belakang je. Huhu.. Entah lah. Sir saya kata ada yang mempertikaikan samada Socrates tu betul-betul wujud ke. Dia kata Socrates tu hanya watak dalam major work Plato, The Republic. Dan Plato banyak influenced by him. Sebab Plato kan lebih berteori tak seperti Aristotle yang lebih prefer kepada praktikal.

Tapi kan, kalau la Socrates tu tak wujud, macam mana pulak dia boleh mati kena makan racun eh? Hentah la. Apakata awak tolong baca The Republic sampai habis, pastu citer kat saya ttg cerita sebenar. Bagus kan idea saya? Huhu

Tentang Al-Ghazali, saya berlaku tak adil ke? Maaf, saya tak bermaksud.

Terima kasih atas kritikan dan teguran yang membina.

 

Sepengetahuan saya, Socrates dan watak-watak dalam setiap dialog itu wujud. Cumanya yang menjadi persoalan para ilmuan adalah dalam setiap dialog falsafah itu, yang mana merupakan milik Socrates yang direkodkan. Yang mana pula falsafah Plato. Masalah ni seringkali disebut Socratic Problem. Sebab ada yang berpandangan terdapat bahagian yang mana Plato menjadikan watak Socrates sebagai 'orang tengah' untuk menyampaikan pandangannya.

Haha doakanlah saya dapat habiskan buku tu cepat. Tengok gaya macam lambat habis. Baca sikit...renung, fikir. Baca sikit lagi...renung...bila mau abis daaa :D

Mengenai al-Ghazali, bukan maksud saya awak tak berlaku adil. Cumanya lebih adil kalau komentar ke atas tokoh hebat tu lebih sekadar "dia ada sufism" atau dulu dia tak sufism kemudian dia menerima idea sufism. Sebab ada banyak sudut hebat beliau yang saya suatu ketika dulu sewenang-swenangnya skeptik juga. Just my two cents :)

 

Oo.. gitu rupanya. Waa.. terernya. Awak boleh jadi mentor saya dalam political thought la. Xifu AlFaisal!Nampaknya saya kena mulakan juga operasi godek-menggodek kitab The Republic tuh. Sigh..(ini dinamakan keluhan kemalasan.huhu)

Baguslah awak menekankan pembacaan berkualiti. Baca, fikir, baca, fikir. Ala-ala tadabbur gitu, selain tadabbur Al-Quran. Biar lambat asalkan selamat.

Malahan, saya patut kaji lebih dalam tentang Al-ghazali ni. Otak saya masih dangkal tentang dia dan mereka. Jadi agak skeptik dan pressure to conform! Biasalah budak tak banyak ilmu. Huhu.