Kami Lagi


Ya Tuhan kami,

Kami ini jahil..

Buta itu ini

Tapi kami cuba dan cuba lebih mencari-gali

Ampunilah kami..

Pada hari-hari berbilangan 30 ini,

Tanda Engkau rahmati kami

Tanda Engkau kasihankan kami

Tanda Engkau mahu beri peluang untuk kami

Mengaku kesalahan kami,

Memohon kepada Engkau Yang Maha Kaya melebihi

Maka ampunilah kami Ya Allah

Tiada siapa yang dapat mengampuni kami

Melainkan Engkau sahaja..

0 kata-kata mereka: