dia Kekasih Allah



dia kekasih Allah.
Jatuhkanlah ego di hadapannya
Walau ia setinggi mana
Kerna kita bukan siapa-siapa
Turunkan suara
Hatta suara..
Sudah dilarang Dia
Apatah lagi jika lain-lain perkara
Sebaik-baik penunjuk ialah dia
Kekasih dia ialah Allah
Dia kasihankan kita
Merendah dirilah sahaja
Agama ini bukan datang dari kita
Tapi dari Dia
Mengapa harus kita mereka-reka
Siapa yang memecahbelah?
Mengikut sunnah itu memecahbelahkah?
Apakah kita maksudkannya
Nabi itu memecahbelah?
Jika benar cinta, ikut sajalah
Kita ini datangnya sesudah
Maka siapa yang memecahbelah?
Mengapa harus melihat mereka itu hanya pembid’ah?
Tidak nampakkah mereka itu cuba perjuangkan sunnah?
Bercakap memang mudah
Mengamal itu yang payah
Hamba paling sempurna hanyalah dia
Sallallahu ‘alaihi Wasallam
Antara kita tiada yang sempurna
Hanya mampu mengikut hamba paling sempurna
Untuk menuju Dia Yang Maha Sempurna SifatNya

(label : sedey)

2 kata-kata mereka:

sejurus selepas munaqashah ilmiah td kah?
subhanallah..

barakAllahu fiik adikku ;)
ukhwah kite dlm doa k.wani sokmo!

 

emm,
tak jugak.
dah lama ia tersimpan, baru skrg terpublish.

syukran jazeelan...