Assalamualakum warahmatullahhi wabarakatuh.
I’ve ruined the Political Thought 1 midterm last week. It was disaster.
Sebenarnya saya terlupa nak baca Al-Farabi. Dr. Danial dah bagitahu tajuk yang masuk ialah Plato, Aristotle, Stoic n Cicero, Al-Farabi. The last chapter itu. Tidak.....!!!! Akhirnya saya memulakan resipi baru, meletakkan perencah dan menggoreng dengan gembira dalam perasaan yang tidak redha. Cuma mampu recall apa yang Sir sudah ajar di dalam kelas. Khusuk baca pasal Uncle Aristotle yang baik agaknya sampai terlupa kat Pak Cik Farabi! Apa nak jadi dengan budak ni.. Memang saya tak teringat langsung pasal Islamic scholar yang seorang ini.
Mulanya saya nak lupakan saja. Tapi dalam kelas tadi Sir tanya pula.
“Hows your midterm exam?”
“It was disaster, Sir.!”
Waa.. ma madha faat..! Yang berlalu biarkan berlalu. Maju ke hadapan!
Saya mula terkenang-kenang zaman sekolah dulu. Teringatkan Cikgu Aisyah iaitu guru subjek Kimia yang nyaris menampar pipi saya sewaktu di Tingkatan Empat. Tinggal seinchi sahaja lagi sebelum dia menarik semula tangannya. Brutal tak brutal saya ni? Kenapa? Kerana saya tidak buat nota Kimia. Orang lain sudah sampai chapter 3, yang saya masih terkedek-kedek pada tajuk pengenalan. Cikgu mana tak marah? Lagipun Cikgu Aisyah memang seorang yang sangat strict dan berdisiplin. Beliau merupakan guru pakar Kimia di Perlis. Semua sekolah berebut nakkan dia. Tetapi, cikgu Aisyah tetap sayangkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar..
Tapi itu lah dia. Kalau guru yang mengajar itu tahap pakar dan hebat sekalipun, kalau anak murid yang tak mahu usaha memang tak jalan juga. Apalagi saya pun insaflah. Lepas tu dah rajin buat nota. Bila teringat semula rasa kelakar pula. Selepas kejadian itu, Teacher Salmah, guru Bahasa Inggeris saya pun menegur.
“Atiqah, what happen to tou? You look sad and lonely.”
Teacher tak tahu apa yang telah menimpa saya. Mungkin dia hairan melihat saya yang kebiasaannya seceria kanak-kanak ribena, tiba-tiba jadi pendiam. Saya memang telan ini adalah kesalahan kemalasan saya sendiri. Tapi waktu itu saya rasa seperti saya sudah berperwatakan biasa, dan membuat muka yang habis selamba. Namun begitu, orang masih dapat cam rupanya riak di wajah. Atau saya ni memang tak pandai menyimpan perasaan. Perasaan saya akan diekspresikan pada wajah.
Pernah di dalam kelas Matematik Moden pula, Cikgu Zeti Akhtar mengajar. Saya dalam kelas duduk paling hadapan, straight dengan papan hitam. Fikiran saya melayang agaknya teringatkan peristiwa tamparan itu. Membayangkan perkara yang lebih buruk daripada ditampar iaitu cikgu campak buku nota ke dalam kolam ikan depan makmal. Padahal mana ada pun. Khayalan semat-mata. Sedar-sedar cikgu dah panggil saya dengan suara yang kuat. Bermakna sebelum itu memang cikgu sudah memanggil saya beberapa kali. Aduhai! Tidak syak lagi bahawa saya sudah terbang ke alam lain.
“Ha, Atiqah dok teringat apa tu? Sampai tembus papan hitam!”
Tapi, cikgu memang baik hati kerana dia ulang semula apa yang saya sudah terlepas tadi. Terima kasih, cikgu!
Sebenarnya saya teringatkan sekolah saya. Lima tahun saya dok kat sekolah ni. Ada banyak kenangan yang terpahat. Sampai hari ini saya masih ingat hari pertama pendaftaran semasa Tingkatan Satu. Kenangan dengan cikgu-cikgu. Gelak tangis semua di sini. Ye lah. Saya tinggal di asrama. Family jauh di KL. Jadi berdikarilah untuk tiga tahun terakhir.
Kawan saya pernah menyebut. Kita dok zaman sekolah ni mesti buat yang macam-macam, seperti langgar peraturan sekolah, fly dll. Barulah tinggal kenangan terindah. Tapi saya tidaklah se otai ini. Tak maulah saya. Lebih baik tinggalkan kenangan lain yang elok sedikit. Heheh!
Teringat kepada Ustaz Balki Hj Kassim, ustaz pakar Bahasa Arab saya. Cikgu Zubair, cikgu Fizik yang sudah pening dengan saya yang sering bertanya soalan pelik-pelik tentang alam semesta.
Cikgu oh cikgu..!
Ya Allah, rahmatilah semua guru-guruku dari dahulu sampai sekarang.

moral : Rajin-rajin lah buat nota!
4 kata-kata mereka:
wahh, nasik goreng berperencah ke ni? ade resipi x? k.wani nak! =P
hehe.
mmg masa2 yg dh lepas tu, kalo igt, banyak kenangan kan..
especially time bljr ni..
mmg sesungguhnya masa2 yg lepas itu sangat enak jika diingat kembali..
bukan dalam bentuk penyesalan, tp lebih kepada muhasabah dan ingin maju ke hadapan.. wah, aku tazkirah free plak kt cni. eheh
ps : k.wani pn ade pengalaman hampir di'bantai' cegu sbb x buat nota! alahai, mmg sejak azali x suka buat nota lah! sampai la ni! eheh :D
hahah.. kakwani pun ada pengalaman nyaris dibantai rupanya. manarik!
tu lah..
tapi bagi saya tak semestinya semua student universiti ni kena buat nota. ikut kepada kemampuan dan cara belajar masing-masing. kalau style boleh baca buku tebal last2 minute, atau faham ayat berjela-jela, silakan tak perlu buat nota. macam Kak Maryam yang Atiqah Talib pernah cerita kat kita dulu tu, dia tak pernah buat nota pun sebab tak ada masa n sibuk program. tapi daya ingatan kena tinggi lah. akak tu hafizah sama. bley la.
kakwani pun hafizah! bleh la jugak tu..
hurm.. yabdu anna hunaka shakhs tatakallam 'anni!
na'am, mmg mcm2 jadi kt skolah dulu..
tapi rasanya seingat sy x pernah plak berdepan dgn pengalaman-pengalaman yang sungguh mendebarkan ni..
mungkin cikgu2 sy xla setegas cikgu2 kamu berdua..
tegas lain cara kot..
hmm.. terkenang masa dahulu, memori silamku..
:)
Assalam. Saya juga bekas murid arwah Ustaz Balki Hj Kassim. Semoga beliau bersama para solehin.
Post a Comment