Tidak Mengapa, Syakira.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ini ialah email yang saya hantar kepada Kak Lily Haslina, iaitu penulis buku “Sesuci Kasih Norlina Alawi”. Peristiwa ini berlaku dari minggu lepas lagi. Di sini saya suka nak berkongsi sedikit perasaan.

...........................................................................................................................

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

kak lily haslina, sebenarnya saya tak perasan kalau apa yang saya dah buat ni ialah perbuatan yang dah mencuri karya akak. baru2 ni sy macam tersedar. saya terbaca kat chatters box akak tentang novel akak yang dirompak. adakah entry dalam blog saya tentang buku puan norlina tu juga akak consider sebagai rompak? sekiranya ya, saya minta maaf banyak2 daripada akak. sy tak bermaksud mcm tu.niat saya cuma nak mengulas buku itu agar rakn2 saya juga akan maklum dgn keadaan anak2 AIDS itu dan beli untuk menyumbang kepada mereka. sekiranya ia menimbulkan ketidakpuasan di dlm hati akak, saya akan serta merta delete entry tu. sekali lagi sy minta maaf banyak2..

..............................................................................................................................

Jawapan Kak Lily:

salam ummu lutfiah,
terima kasih sebab meluangkan masa beremel dgn akak.
jangan susah hati. bukan blog ummu lutfiah yg dimaksudkan.
sebenarnya ada salah seorang blogger di alam maya ni yg menawarkan khidmat mencetak dan menjual novel novel tertentu kepada pembaca novel dgn harga rm10.
novel akak, kak lina, kak aisya, novel dear yayah dan byk lagi sudah dibisneskan begitu.


akak sebenarnya amat menghargai ummu lutfiah sebab sudi buat review buku akak tu. malah akak bercadang kalau ada kelapangan akak nak 'pinjam' review adik itu dan paste di blog akak. nantilah.. akak sedikit sibuk sekarang.

dah baca karya akak yg lain?

kalau belum sudi sudikanlah..
lepas tu review ya! akak amat berbesar hati

salam ramadan,
kak lily haslina nasir

.....................................................................................................................................

Huh..! Barulah lega sedikit hati saya.

Jadi, the moral of the story :

1) Dibenarkan review buku yang bermanfaat dan sebarkan. Dengan syarat mestilah mengikut kaedah-kaedah yang betul, serta sifat-sifat yang betul seperti amanah ilmiyyah.
2) Jangan rompak hasil usaha orang lain. Haram beb!
3) Usah rasa bersalah kalau yakin berada di pihak yang benar.
4) Mesti berani. Jangan gentar!

Hemm, ayat ketiga dan keempat ini lebih umum aplikasinya. Kedua-dua ayat ini diluahkan atas beberapa peristiwa yang terjadi baru-baru ini, bukan peristiwa di atas. Tetapi peristiwa yang mengusung saya ke dunia celaru. Dan tajuk entry ini " Tidak Mengapa, Syakira." selain merupakan jawapan keresahan saya tentang kes rompakan karya Kak Lily, ia juga adalah jawapan kepada banyak perkara yang saya alami. Maaf, hanya mampu meluahkan perasaan sekadar separuh sahaja. Alhamdulillah, kerana segalanya berada di bawah kawalan. Apa-apa pun saya bersyukur kepada Allah yang menemukan saya dengan permata berharga, malah lebih berharga dari apa pun. Manhaj ini suatu kefahaman, bukan suatu pilihan! Subhanallahil ‘azim. Subhanallahi wa bihamdih!

Wallahu A’lam..

0 kata-kata mereka: