Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah. Kelmarin, 14 September 2008 pada hari Ahad, INTIS mengajurkan Kursus Sifat Solat Nabi Sallallahu A’alaihi Wasallam. Majlis berlangsung di Admin Lr5 UIA, bermula jam 9 pagi hingga waktu berbuka. Penyampainya ialah Ustaz Mohd Khairul Anwar atau dikenali sebagai Abu Syuaib. Berumur 27 tahun kalau tidak silap saya. Sekarang bekerja dengan Mufti Perlis, dan baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Tidak dapat dinafikan bahawa kami peserta-peserta yang mendengar ni serasa dah tegang perut sebab asyik gelak. Pipi pun dah lenguh. Mulut pun dah tak larat nak senyum. Ustaz tak henti-henti buat lawak bersahaja. Tetapi bersyukur sebab dalam gelak-gelak pun, banyak manfaat yang kami dapat melalui program ini.
Sesi pertama bagi program ialah mengenai manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ustaz menerangkan mengenai kepentingan kita berpegang kepada manhaj ini. Kalau nak diikutkan, semua pihak mengaku berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. Tetapi apabila sampai kepada masa praktikal, mulalah mereka nak mengikut jalan sendiri. Mula nak mengikut apa kata ‘ustaz’ mereka. “Takkan salah kot. Masjid Negara pun buat!”
Apa yang membezakan Ahlus Sunnah sebenar ialah mereka yang berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah mengikut tafsiran para salafussoleh. Para salafussoleh ialah mereka yang hidup pada zaman Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi Wasallam, pada zaman para sahabat, tabi’ein dan tabi’ tabi’ien. Bukan tafsiran kita-kita yang hidup pada zaman sekarang ini, atau tafsiran ahlul bid’ah dan ahlul ahwa’.
Kenapa kita perlu mengikut para salafussoleh? Kerana mereka ini telah Allah jamin keamanahan mereka. Mereka adalah golongan yang amat mencintai Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi Wasallam. Jadi kita mesti mengikut mereka yang mengikut Baginda. Kita ini generasi khalaf atau terkebelakang ini sangat jauh dengan Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi Wasallam. Jadi risiko kita nak berpaling ni sangat mudah. Peratus risiko aqidah kita nak terpesong sangat tinggi. Jadi sekiranya mahu selamat, maka hendaklah kita kembali kepada Al-Quran dan mengikut sunnah Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi Wasallam. Kerana apa? Kerana hanya baginda satu-satunya manusia yang tahu menunjukkan jalan ke syurga.
Firman Allah SWT :
“Orang-orang yang terdahulu lagi pertama-tama masuk Islam di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan mereka yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah, dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar” (At-Taubah:100)
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Maka, sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepasku dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahnu dan sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin, gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham, dan hendakalah kamu jauhi perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama)kerana ia adalah bi’ah sedangkan setiap bid’ah itu adalah sesat.” (hadis dinilai sohih oleh Al-Albani).
Saya faham. Apabila sebut sahaja perkataan bid’ah, sesetengah orang mula rasa tak sedap hati. Rasa tak senang kerana hatinya mengatakan, “ Takkan benda baik pun bid’ah?” atau “Alah, sikit-sikit bid’ah! Itu bid’ah, ini bid’ah! Habis kita nak buat apa?”
Saya pun pernah rasa benda yang sama. Malah jika nak diceritakan di sini, saya sampai menangis tak berhenti dalam kelas. (Tapi cover-cover lah sedikit). Sampai basah kain tudung saya kerana saya sangat-sangat tidak dapat menerima apa yang lecturer saya katakan semasa saya di Pusat Matrikulasi dahulu, iaitu Xifu. Cuba bayangkan, otak saya yang masih fresh dan kanak-kanak ribena yang baru masuk universiti untuk kelas pertama pada semester itu, sudah diterjah soalan yang pelik-pelik? Serasa seperti ada batu besar telah menghempap tubuh saya kerana rasa berat yang teramat apabila dikhabarkan apa yang kita buat selama ini tidak betul. Tapi saya merasakan bahawa sekarang saya perlu berterima kasih kepada beliau kerana membuatkan otak saya trigger untuk berfikir.
Dan perkara ini saya tidak ambil peduli sangat, tetapi dalam tak menerima itu pun, saya tetap menerima pemikiran “baru” ini yang mengatakan apa-apa pun hukum, sila tunjukkan dalil yang sohih kepada saya. Itu sahaja yang dipegang. Inilah yang Xifu ajar sampai sekarang saya ingat.
Apabila saya melangkahkan kaki ke kampus utama UIA Gombak, barulah saya mula faham sedikit demi sedikit apa manhaj ini. Saya ni tidak lah sefaham tahap core seperti Ustaz Abu Syuaib atau siapa-siapa yang sudah core tahap pemahamannya. Tapi saya rasa mungkin saya sudah berenang di surface atau permukaan lautan manhaj ini. Maka, ustaz-ustaz saya itu tentulah sudah berenang sampai ke dasar. Jadi, saya ini pun sedang cuba dengan termengah-mengah berenang ke tempat yang sama, walaupun ada banyak batu karang tajam, dan ikan-ikan yang mengerikan sepanjang perenangan saya menuju ke sana. Dan kadang-kadang arus ombak pun datang menghumban saya kembali ke pantai, dan kadang-kadang rasa terhenti di tengah lautan ini, berehat-rehat di atas pelampung yang selesa. Dan saya rasa kadang-kadang pelampung itu macam nak pecah.
Eh, kenapa cerita pasal pelampung ni?
Berbalik kepada kursus tadi, selepas daripada sesi pertama, Abg Syarief selaku pengerusi majlis pun mengeluarkan soalan kuiz untuk peserta. Antara soalan-soalannya ialah :
1- Apakah itu manhaj?
2- Apa itu Usul dan furu’?
3- Apakah kefahaman anda tentang mazhab?
4- Apakah sikap kita dalam menerima suatu berita?
5- Bagaimana sesorang itu mahu berfahaman salafi?
Sama-samalah kita menjawab. Kalau rasa tak bisa menjawab, mungkin itu tandanya kita kurang faham. Haha. Ada jugak yang saya tak dapat jawab sangat iaitu soalan ketiga. Kena buat seminar mazhab pula selepas ni!
Selepas daripada sesi kuiz, maka kursus sifat solat nabi pun dimulakan. Panjang kalau nak cerita di sini. Sahabat-sahabat bolehlah mencari kitab Syeikh Al-Albani atau menonton video sifat solat nabi. Tapi saya bersyukur dapat menghadiri kursus ini , kerana segala kekeliruan dan ketidakfahaman sebelum ini sudah pun terjawab. Sebab boleh tanya on the spot kepada ustaz. Setelah dikira-kira, hanya 20 soalan sudah saya tanyakan kepada ustaz, berkisar solat, ibadah lain dan aqidah. Saya lihat ustaz seperti ditembak. Ditembak dengan soalan bertubi-tubi oleh kebanyakan muslimat. Jangan salahkan kami kerana kami cuma nak mencontohi wanita Ansar. :) . Saya berterima kasih kepada ustaz kerana menyediakan medium selesa buat kami bertanya. Fatahallahu lah!
Kebanyakan soalan yang saya tanya, sebenarnya saya tahu tak boleh buat atau tidak boleh ikut, tapi saya nakkan kepastian yang keluar dari mulut ustaz sendiri. Sudah macam-macam yang didengar, hatta tak tahu akan kesahihannya. Bak kata ustaz, apabila sesuatu itu direka-reka maka banyaklah cara pelaksanaannya. Jadi, jika kita mengikut hanya satu jalan, tidakkah ia lebih mudah? Lebih tenang dan yakin kerana kita mengikut contoh daripada seseorang sangat mulia di sisi Allah SWT, yang kepadaNya kita jua akan kembali.
Sehingga saat-saat bebuka puasa pun tak habis soalan ditanya kepada ustaz. Sebenarnya saya pun ada lagi perkara yang nak ditanya. InsyaAllah lain kali.
Apa-apa pun saya bersyukur! Terima kasih kepada penganjur program. Semoga tahun hadapan akan dianjurkan lagi.
Wallahu A’lam..

5 kata-kata mereka:
teringat kat Xifu.... walaupn sangatla gile2 namun ape yg diajar sangat memberi effect.. sbb sy pun buat jugak cam awak (kadang2 pun amik lewa jgk) thanx for this post, mengingatkan diri ini supaya lebih berhati2 dan membuat penaakulan yg teliti sebelum menerima sesuatu, pastu gak remind sy utk pi kuliah hehe, lama dh skip kuliahs ni ... huhu. kene pi la pas ni
Aduh cik Syakira. Tak berapa bagus dan beradab la bila kita buang komen/pertanyaan blogger lain yang tak berselindung di sebalik identiti misteri.
Tiada kena-mengena dgn berselindung atau tidak. Hanya untuk kemaslahatan umum, En. Tawel. Rasanya tak perlu saya nak jelaskan mengapa.
Ataupun, mungkin touchpad lappy ni yang sensitif sangat. Sentuh sikit dia dah bertindak. Mendalam maksudnya tu.
Post a Comment