Persoalan.


buku yang mencuri hatiku. setelah selesai membacanya, rupanya ada embun yang meniti di tubir mata.



gambar buku di atas diambil oleh kamera henpon di bawah ini.




inilah henpon kesayangan saya yang berharga RM 420 termasuk memory card. Blackberry patut bagi saya royalti kerana membantu dalam mempromosi produk mereka.

Muqaddimah.

Walaupun Merlin tidak hensem, tapi semua orang sukakan Merlin. Saya juga sangat sukakan Merlin. Saya pun tidak tahu kenapa. Suka tu kena bersebab ke?

Muqaddimah 2.

Baiklah. Gambar buku di atas diambil melalui kamera henpon Blackberry saya yang tidak mahal seperti orang lain yang beribu-ribu itu. Sebab tu dia tak terang sangat. Sungguhpun begitu, saya sangat menyayanginya, setelah kehilangan henpon Motorola pada bulan kedua saya bekerja.

Shakira ni nak cakap pasal Merlin atau nak bercakap pasal henpon? Dua-dua tidak.

Sebenarnya, ia berkisar mengenai buku di dalam gambar tersebut. Bukan lagi berkisar ayat cinta jiwang seperti entri sebelum ini, yang terhasil setelah Shakira Singapura dilanggar todak. Tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku. Unit berita Shakiraz Del Tomatim melaporkan keadaan baik-baik sahaja. Mungkin. He.

Tentang buku.

Berbalik kepada buku tadi. Wallahi. Saya sangat sukakannya. Saya membelinya di Berjaya Times Square tiga empat hari lepas ketika pulang dari kerja. Dan saya dah jumpa port baru nak melepak di situ untuk membaca. Iaitu di kedai di mana saya membeli buku ini.

Kitab ini mengisahkan tentang seorang guru atau professor kepada penulis. Thesis tidak rasmi mereka adalah mengenai kematian. Setiap bait ayat dari buku ini sungguh menyentuh jiwa saya. Sungguh berperikemanusiaan dan sungguh berperasaan. Gurunya sudah melangkah usia menghampiri kematian di hari tua. Dan perbualan mereka berkisar tentang cinta, kasih sayang dan hubungan sesama manusia.

Sayangnya, dia bukan seorang Muslim. Tapi, apa yang baik eloklah kita ambil. Dan ia telah berjaya mengambil hati saya.

Persoalan.

Saya sering tertanya-tanya. Pemikiran saya selalu berlegar-legar.

Bagaimanakah seseorang itu boleh hidup, dan dia bukan seorang Muslim? Saya tidak berniat mahu mengguris hati sesiapa. Saya tahu hidayah milik Allah.

Bagaimanakah seseorang itu boleh hidup, dan dia bukan seorang Muslim?

Kerana, bagi saya, apabila kita terasa jauh sekejap dengan Allah, atau melupakan Allah dalam selang waktu yang tak terduga, atau kelalaian melanda hati dan jiwa, senang cerita, kita lalai. Bukankah tempoh waktu itu kita rasakan sungguh serabutnya hidup? Sungguh resahnya hidup jika kita lalai kepada Allah. akibat hati terasa kosong dan suram, kerana tidak mengingati Allah.

Maka, apabila saya melihat kepada mereka yang bukan Muslim, bagaimanakah mereka bisa hidup dengan keadaan yang tidak mentauhidkan Allah? Tidak terasakah kehidupan ini seolah tiada pergantungan? Tiada matlamat? Tidak terfikirkah apa yang berlaku setelah mati? Tidak melihatkah mereka terhadap langit dan bumi, siapa yang layak disembah jika bukan kepada Allah semata-mata? Apakah yang menjadikan mereka sungguh positif untuk hidup?

Adakah saya seorang sahaja yang terfikir perkara ini, atau anda juga merasai pemikiran yang sama? Bolehkan sesiapa memberikan jawapan kepada saya?

0 kata-kata mereka: