Syurga

sudah tentu ini bukan Four Season.


Muqaddimah.

Adoi.

Sakitnya kaki ni. Gara-gara nak kasut cantik punya pasal. Semua kasut yang dibeli pasti ada yang tak kena. Mungkin saya kena tempah kasut special handmaking khas untuk kaki ini. Aha.

Muqaddimah 2.

Tadi ada orang dari Hotel Four Seasons Langkawi datang buat presentation.

Ya Allaaaahhh…

Cantiknya hotel dia. Tak dapat nak diungkapakan dengan kata-kata. Dan harganya teramatlah mahal. Satu malam RM 1000++ ok. Itu untuk the lowest category punya bilik. Yang paling mahal ialah harga boleh membeli sebijik kereta.

Mahaallll nyaa…

Isi penting.

Makanya, harga syurga tentulah mahal berganda-ganda. Berpadanan dengan keindahan dan kecantikan yang tiada taranya dengan seisi alam ini.

Iman dan ketaatanlah bayarannya. Kerana itulah, iman tak boleh ditukar ganti dengan apa sekalipun. Kerana iman adalah harga bagi sebuah syurga Allah.

Penutup.

Oh, sayunya.




0 kata-kata mereka: