Fly Away

nasik mandy kat Saba.. banyak betul portion dia.


Kelmarin. Atau kelmarin dulu. Tak ingat.

Abang yang sama yang saya cerita dalam entry sebelum ni menyapa di pagi hari, ketika bertembung di pantry untuk membancuh Milo. Ye lah. Dah jarang-jarang saya berbual dengan dia akibat pertukaran tempat duduk yang sangat jauh kini.

“Amboi, ceria je hari ni. Awak dating dengan boyfriend ke semalam?”

“Aha. Ape la abang ni. Saya mana ada boyfriend. Orang nak ceria, kan bagus. “

Lalu dia pun menjawab.

“Awak ni.. mari sini abang bagi tips. Awak kena tukar cara awak pakai baju ni. Jangan la berselubung hitam macam ni. Kita bukan dekat Saudi. Awak tahu tak, lelaki tak suka sangat fesyen yang macam ni”

Yang kebetulannya saya memakai abaya hitam selendang corak motif kelabu pada hari itu. Padahal pakai je baju kurung bunga-bunga warna biru, hijau, kuning pada hari-hari lain.

Pada waktu yang sama, saya lantas teringat sebuah insiden di mana saya pernah dituduh bertabarruj hanya kerana saya memakin selendang lilit. Dan selendang besar itu berwarna hitam, berserta abaya hitam. Dan yang mendakwa saya bertabarruj itu adalah sahabat muslimin daripada jemaah yang sama. Adoi, nak gelak. Kisah lama tak boleh nak lupa.

Ok. Abaikan.

Berbalik kepada abang tadi, saya tahu dia bukan maksudkan suruh saya pakai yang bukan-bukan yang seksi meksi itu.Sepertimana dia pernah menyuruh saya memakainya suatu ketika dahulu pada awal pertemuan kami. Amboi ayat.

Mungkin dia hanya nak memikirkan kebaikan saya yang risau kalau saya jadi andartu agaknya. Takut kalau saya yang selalu pakai baju kurung ni tak dipinang orang.

Awal-awal dahulu saya pekakkan telinga. Pernah dengar tak peribahasa yang menyebut, batu pun boleh berlekuk jika ada air yang menitis setiap hari. Agaknya, kalau setiap hari saya disogokkan dengan nasihat begini, agak berlekuk juga jadinya otak saya. Oh!

Kalau tanda-tanda begitu dah keluar, maka bye bye la to company.

Walaupun sebenarnya tanda-tanda bye bye tu sudah muncul, bukan kerana faktor di atas. Aha, janganlah sesiapa dari company ku yang jumpa belog ini.

Wallahi. Dalam kestressan saya berada dalam company ni, sebenarnya terlau, terlalu, terlalu, terlalu banyak yang saya dah belajar perkara baru. Yang dahulu saya tak tahu, kini dah tahu. Bersyukur atas peluang yang Allah dah tunjukkan kepada saya. Hubungan saya dengan kawan-kawan di sini semakin baik.

Sungguhpun begitu, saya rasa saya harus berundur diri. Kenapa? Untuk kemaslahatan diri.

Kemaslahatan yang bagaimana? Susah nak explen. Hmm bakal tanam anggur la saya tak lama lagi.

Beberapa kawan yang agak rapat dengan saya tahu apa puncanya . Dalam blog tak mungkin nak cerita semua.

Sebenarnya saya belum beristikharah lagi. Tapi, inilah idea yang telah lama tercetus sejak dahulu lagi iaitu untuk quit. Cuma tindakannya sahaja yang belum nyata kerana belum ada kekuatan.

Sekarang, saya rasa tindakan itu seolah-olah akan menjadi sedikit masa lagi. Walaupun belum terlalu jelas. Bukankah solat istikharah itu dibuat, selepas kita memikirkan pro dan kons? Bila sudah ada keputusan, lalu bersolat untuk diberi keyakinan dalam berkeputusan.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada saya.










3 kata-kata mereka:

totally captivated with this entry honey! huaaa..
<3 <3 <3
may Allah ease your path. Indeed, you are great solehah, intelligent, patient women i adored the most.
fi amaanillah :)

 

captivated? hehe.. puji melambung sangat tu.. i have to recite doa bacnyak-banyak ni. :) thanx dear. the most dear to my heart..

 

my pleasure..mari menuntut hadiah hari lahirmu di bilikku.. sudah dibalut kemas untuk diberikan kepadamu ..bersama keindahan itu ku selitkan kad jemputan khas buatmu..:D