Ritu. Saya nak bergurau dengan kawan saya.
“Awak nak tengok gambar boyfriend saya? Semalam saya tangkap gambar dengan dia.”
Dia pun dengan exited, “Mana, mana?”
Handphone bertukar tangan. Lalu dia berkata.
“Eh samalah muka korang. Jodoh dekat ni!”, katanya dengan bersungguh-sungguh.
Saya apalagi. Berkerut la muka menengok dia. Dengan muka tak percaya saya menjawab kepada dia.
“Isy isy isy.. Ni Ahmad Fedtri Yahya la!”
“Ahmad Fedtri Yahya? Sape tu?”
Bertambah lagi muka tak percayaku! Oh no. Betapa famesnya Ahmad Fedtri Yahya dia boleh tak kenal. Adakah ini kes tak pernah bangun pagi tengok Malaysia Hari Ini?
Hesy, nak buat lawak tapi tak jadi. Hampeh. Tengok-tengok, saya pulak terkena balik.
Sebenarnya, dia nak kata pipi Ahmad Fedtri dah tembam sikit sekarang. Tu la yang sama macam saya. Aha. Maafkan ketembaman kecomelanku yang tak dapat diselamatkan lagi.
Alkisahnya menangkap gambar dengan beliau itu terjadi apabila saya sebenarnya mahu ke UIA untuk menyaksikan pengarang jantung pisangku, ulam, pucuk paku, ayaq asamku, Cik Safawati mendeklamasikan sajaknya. Sungguh bersungguh dindaku menyampaikannya. Bergerak ke kiri dan ke kanan. Tersenyum saya di kerusi belakang dewan itu melihatnya. Nasib baik tak buat ombak-ombak, atau menyalakan lighter dan dihayunkan tangan ke sana dan ke mari.
Akhirnya tanpa dirancang, tapi taqdir Allah sudah dirancang, saya juga yang turut mendeklmasi sajak. Bila pengerusi majlis mengumumkan ada open floor, maka daku dengan tidak membuang masa lagi lantas mencapai pen dan menulis di kertas yang ala kadar.
Gemuruh. Sebab dah lama tak bercakap di khalayak ramai.
Maka puisinya tiadalah gaya-gaya seperti Kelab Deklamator Negara, atau sebagaimana Ahmad Fedtri Yahya menyampaikan puisi mereka. Ada gaya berserta nada suara dan tangan-tangannya.
Puisi saya bertajuk “Harapan Dari Tuhan”. Dengarkan.. atau, bacakan..
Kita, pernah merasa, terasa berdosa
Kata, kita cinta kepada Dia
Dia Yang Maha Kuasa
Sejauh mana bukti kita
Sedalam mana cinta kasih kita.
Besar harapan kita
Ingin mengetuk pintu syurga
Tapi tersungkur di perdu noda
Tuhan diperdu-dua
Tuhan kita tak pernah jemu
Menunggu hamba datang bertamu
rahmatNya tak perlu diragu
seluas langit segenap penjuru
sebanyak butir pasir di pantai
KasihNya tidak berandai-andai
Andai malam rindukan siang
Matahari datang memberi sinaran
Andai hamba rindukan Tuhan
Dia datang memberi harapan..
---------
Semenjak malam itu, saya sudah jatuh cinta untuk menyaksikan persembahan membaca puisi. Siapa sudi temani saya? :)
2 kata-kata mereka:
hahaha..ni me ngan jing namanyer..
mana ada tangan ke kiri ke kanan.
anak mata je ok kanan kiri.
gagaga..
awesome! saya cemburu dengan bakat anda yg bisa mengarang sebuah sajak dalam masa tak lebih setengah jam.
perhhh..angkat tangan dua-dua ke atas dan lompat! tadaa~ :D
bukan mengan jing la yang.
itu namanya mengiau. aha!
Post a Comment