Kemaafan


Ummi(bondaku) mendapat sms daripada kawan kepada arwah kakak saya.


“Hayati apa khabar makcik? Sakit dia macam mana sekarang?”


“Hayati dah meninggal, nak..”


“Betul ke ni makcik? Makcik bergurau ke?”


“Benda mati boleh bawa bergurau ke?”


“Ya Allah.. makcik, saya pernah berdosa kepada Hayati makcik, saya tak tahu dia dah meninggal…!”


……………….


Pesan ummi,


“Kita dalam hidup ni jangan buat dosa dekat orang. Kalau ada cepat-cepatlah minta maaf. Tengok macam kawan Kakngah tu. Mesti dia sengsara sangat tak sempat minta maaf. Kakngah meninggal dulu..”


………………..


Kesimpulannya,


Saya minta maaf.


Dari lubuk hati ini saya minta maaf sekiranya pernah melukai sesiapa. Mungkin ada perkara yang saya dah commit tapi saya tak sedar dah melukakan perasaan orang. Kalau ada, tolonglah private msg saya. tell me how can I repay. I’ll do what ever it takes. Please tell me. Sebelum waktu berakhir. Maafkan saya.


Memaafkan itu bukankah sifat Nabi kita sallallahu alaihi wasallam?


Saya pun sedang cuba memaafkan orang dan cuba selalu redha.


Nanti kita pun akan mati.


Bukankah dah lama Shakirah bersyukur?


2 kata-kata mereka:

sama juga saya. maaf atas segala yang sengaja atau yang tidak disengajakan...:)