Saya rasa seram.
Saya mengalami déjà vu.
Seakan-akan mengalami suasana yang pernah dilalui. Cuma tak dapat diingati bila waktunya.
Kakak saya pun alami perkara yang sama. Malah lebih dahsyat ceritanya.
Atau saya pernah bermimpi melihat bangunan yang saya tak pernah lihat. Tak lama selepas itu saya nampak bangunan yang sama di alam reality.
Atau bermimpi berada di suatu kawasan yang tak pernah saya kunjungi. Kemudian saya benar-benar pergi ke situ.
Dah banyak kali terjadi begini.
Atau, saya bermimipi berjumpa dengan seseorang yang tidak saya kenali. Tak lama selepas itu saya jumpa dia di alam reality.
Dan sejak akhir-akhir ini saya kerap bermimpi tentang sebuah rumah. Saya tak pernah datang ke rumah ni. Dan tak tahu di mana letaknya. Rumah yang sangat besar dan cantik. Dalam mimpi tu saya sangat sukakan rumah tu.
Adakah maksudnya lepas ni saya akan melihat rumah ini secara realiti? Really hope so.
Cuma satu je yang belum lagi menjadi realiti. Ada suatu tempat yang saya mimipi. Saya berada di situ. Suasana yang sangat syahdu dan tenang. Sampai sekarang belum saya temui tempat tu. Dan saya sangat berharap boleh pergi ke situ.
Adakah saya terlalu memikirkan tentang tempat itu, dan terlalu menggambarkannya, kerana sangat teringin ke situ, sehinggakan saya termimipi-mimpi?
Mungkin.
Layan perasaan.
0 kata-kata mereka:
Post a Comment