Deep Inside


It was so deep.


Saya tak tahu bagaimana harus saya ceritakan betapa indahnya rupa bahasa Arab ini. Subjek Al-Ma3ani bermaksud ‘makna-makna’. Ianya sangat mendalam. Sungguh saya tak menyangka. Bukan belajar tentang makna kalimah, tetapi makna yang mengapa kalimah itu letaknya di situ dan mengapa harusnya dia di situ. Bulat saja mata saya menadah ilmu ini daripada Dr Badri Najib Zubir. Baru belajar chapter 1.


Saya rasa sangat sentimental belajar subjek ni kerana kami belajar ayat Al-Quran dari segi bahasa. Dan setiap kata dan letak setiap kalimah dalam Al-Quran itu membawa maksud yang berbeza. Jika kalimah itu letaknya di situ, maka impak dan kesannya amat berbeza sekali. Subhanallah! Semakin belajar saya rasa semakin jahil.


Wahai Tuhanku Yang Maha Bijaksana, aku mengaku diriku serba serbi jahil..tambahilah daku ilmu.


Allah SWT sudah menitipkan warkah bertulis ayat-ayat nan indah nian, tapi seolah-olah menjadi suatu pembaziran yang amat kerana hambaNya tidak memahami. Tidak semestinya. Dia tahu ramai hambaNya yang tidak tahu. Maka, bertasbihlah selalu atas keagungan dan kebesaranNya yang tidak semua kita ketahui itu.


Ilmu Ma3ani tidak akan dapat difahami melainkan jika memahami Syntax (Nahu=Arabic Grammar).


Itu baru belajar Al-Quran dari segi bahasa. Belum lagi belajar syarah tafsir dan hokum hakam secara detil. Pasti lebih meluluhkan perasaan.


Maka, berilah waktu untuk mendalami bahasa Arab.


Nak tahu bagaimana nak belajar bahasa Arab? Mungkin berminat belajar menggunakan method Orientalist? Jika anda mengenali Xifu Naser, dialah yang mengajar method ini. Hubungilah saya. I will tell you how to contact him bagi sesiapa yang berminat.

1 kata-kata mereka:

salam perjuangan.

insya allah saya akan ambil subjek ni dgn beliau sem 1 nt