Bersemadi dan Memahami


Ashraff Hayati binti Mohamad Shauki

8 Januari 1983 – 27 April 2009

Masa kematian : 3.25am


Selang dua posting di bawah, masih lagi tertulis bahawa saya mahu lihat kakngah kerana saya sudah lama tidak balik rumah. Kerana dia sudah sihat sedikit. Akan tetapi, siapa yang sangka?


Sepanjang menjaga dia di wad semenjak 13 April 2009, tidak pernah terlintas di pemikiran kami bahawa dia akan pergi dalam usia begini muda, 26 tahun.


Benarlah dia milik Allah. Daripada Dia kita datang dan kepadaNya jugalah kita akan kembali. Berat benar saya merasa, berat lagi ibu saya menanggung.


Saya menyaksikan segalanya. Daripada 14 hari dia di wad kerana demam yang tak tahu punca, selepas itu masuk ICU, wayar berselirat sana-sini, saya lihat bagaimana doktor bertungkus lumus mengembalikan pernafasan dia, sebagaimana kita tonton di tv, begitulah. Sejuk dan menggiggil kaki saya bila lihat dia sudah pun kaku.


Turun ke bilik mayat buat pertama kalinya dalam hidup saya. Pertama kali memandikan jenazah. Dengan bantuan ustazah-ustazah kawan mak saya datang membantu. Dengan linangan air mata saya siram air ke tubuhnya. Sangat tak sanggup melihat wajah pucat dia.


Sudah tak terkira istirja3 dan 2 kalimah yang ringan, berat pada mizan, dan disukai Ar-Rahman yang keluar dari mulut saya tetapi kenapa air mata ini tak mahu berhenti mengalir?


Seusai solat di Masjid Saidina Othman, van jenazah terus bawanya ke tanah perkuburan Lebuhraya Karak di Gombak.


Pulang ke rumah tiba-tiba jadi keliru. Terlupa yang kakngah sudah tiada lagi. Hairan lihat ummi, abah, kakak-kakak dan abang-abang saya. Kenapa menangis ni? Hairan kenapa banyak sangat orang datang rumah? Saudara-mara pun saya dah tak perasan lagi. Saya lihat manusia dengan pandangan yang kosong. Hairan kenapa banyak sangat mesej takziah dlm handphone saya? Berpuluh-puluh mesej saya baca secara blur. Sahabat-sahabat datang menziarah.


Saya kembali ingat hanya apabila saya ingat bahawa saya yang menyaksikan saat-saat kematian dia ICU. Bahawa saya yang memandikan jenazah dia. Dan bahawa saya sudah lihat jasad kakunya masuk ke liang lahad. Barulah saya teringat yang dia sudah tiada.


Sudah habis tenaga dikerah supaya dipaksa bersabar. Sehingga demam panas jadinya. Tapi nak buat bagaimana ya? Lihat semua barang-barang di rumah ini pasti akan teringatkan dia. Kerusi kat ruang tamu, meja makan, peti ais, mesin basuh, semua dia yang pilih.


80 peratus barang-barang dalam bilik ini adalah kepunyaan dia. Buka almari nampak baju-baju dia, tengok katil teringat dia, beg-beg, kasut-kasut, masuk bilik air nampak syampu dan botol sabun mandi pun akan ingat dia kerana segalanya ada kisah berkaitan dia. Jadi, kebanyakan pekerjaan yang ambil masa sedikit pasti akan drag masa yang panjang, tak kira di mana pun. Dan saat teringat dia, air mata ini takkan tahan lagi.


Dan apabila saya menyoal diri sendiri tentang musibah ini, “ Aku ni tak bersabar kah?”, juga akan teringatkan dia, kerana dia pernah meluahkan hatinya bertanya soalan yang sama kepada saya.


Sesungguhnya kakngah adalah orang yang paling sabar dan tabah. Sakit Rheumatoid Arthritis yang dia alami bukan calang-calang orang boleh menanggung. Tapi rupanya ada sakit lain yang tidak dikesan. Sudah tiba ajalnya, samada sakit atau sihat Allah akan menjemput juga.


Dialah yang mengurus kami adik-beradik dari kecil lagi dan uruskan rumah semasa dia sihat. Siapa yang tidak terasa dengan kehilangan dia?


Benar. Kami terima pemergian dia. Dia milik Allah. Ikut suka Allah lah Dia nak ambil semula. Nanti kita akan menyusul dia juga. Mati itu bila-bila sahaja. Marilah bersedia.


Nabi sallallahu alaihi Wasallam sebut ketika puteranya meninggal:


“ Sesungguhnya air mata berlinang, dan hati ini amat sayu, tetapi kami tidak akan mengatakan kecuali apa yang meredhakan Tuhan kami”


Selama ini kita hanya melihat orang. Hari ini barulah kita merasa perasaan mereka yang sebenar. Biasalah tu. Ramai lagi orang yang sudah mengalaminya.


Harus sedar segalanya bukan milik kita.


"Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNyalah kami kembali. Ya Allah, ganjarilah daku atas musibah ini, dan gantikanlah bagiku suatu yang lebih baik daripadanya" (HR Muslim)


Ya Allah, sesungguhnya aku sudah memahami..


6 kata-kata mereka:

Bismillah,

Salamun'alaikum wbt adik akak tersayang di bumi kejauhan...mashaAllah, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...membacakan entri ini satu baris demi satu baris...membawakan diri akak di posisi syakira....Ishbiri ya ukhti habibati...isbiri...li anna fi kulli shai'in hikmah...fasabrun jameel, wallahul musta'anu 'ala maa tashifuun...spt kata Yaakub.

Salam takziah dari akak di bumi Queensland...siapa tahu, kalau akak mampir ke BTR, inshaAllah blh ziarah syakira dan family di Jln Ikhlas 8 kan? rumah cousin akak cuma di jln ikhlas 7...no 20.

InshaAllah, doakan pertemuan nanti...barakallahu fiikum...

Redha dan Senyum ye dik? (nasihat utk akak juga yg tak sunyi dgn rantaian ujian...)Wallahu a'laam

 

salam buat syakira dn keluarga..

ya..segalanya milik Allah...dan segalanya harus kita terima..
Saya juga pernah merasainya..kehilangan orang tersayang, setiap hari seakan tidak percaya akan pemergiannya...tetapi lama kelamaan, insyaAllah...kita akan dapat menerimanya..kerana kita juga akan kembali pada Allah..

moga sentiasa tabah..insyaAllah..

 

salam,

kak yusrina, terima kasih. ya rumah saya di jalan ikhlas 8. rumah nombor 16. jemput datang.

kak raudah, terima kasih. masih selalu lupa yang dia sudah tiada.

 

assalamu'alaikum kak...
takziah yer...

sesungguhnya kematian itu akan berlaku pada sesiapapun...

sebagai hambaNya...
kita perlu akur akan ketentuanNya..
DIA yg menghidupkan dan DIA juga yg mematikan...
ALLAHU AKBAR...

banyakkan berdo'a agar
Allah meletakkan dirinya di sisi
orang2 yg beramal soleh...
amin...

jgn menangis lagi yer???
ti muka akak chomot...
tisu kat kiosk tu cpt habis=P
hehe...
salam ziarah....

 

safa, tu lah. dah sembap mata ni masa nangis bnyk2 dulu. skg dah xbanyak nangis lagi.

skg tisu dihulurkan kepada orang lain yang menangis pulak.

tima kasih atas dorongan safa dan pisangnya. akak pun suka pisang. hehe

 

Al-Fatihah buat sahabat yang paling disayangi...pergi mu tiada pengganti...