Silakan percaya bagi sesiapa yang membaca. Percaya adalah suatu rasa yang tak boleh dibuat-buat. Tapi ia sangat dekat dalam hati. Lebih-lebih lagi jika harus percaya pada Tuhan kita dan segala kata-kataNya.
Maka percayalah!
Percayalah juga bahwa posting ini sudah begitu lama berada dalam kantung simpanan komputer riba ini. Sudah tiba masanya dia harus keluar untuk mungkin mengubati hati beberapa insan yang sedang bersedih.
Ok, here it goes..
Jika bukan dia kataNya,
Serapat mana kita berada,
Bertahun juga kita bersua,
Sedekat mana negeri kita,
Jika bukan, pasti adalah bukan.
Jika memang dia kataNya,
Sejauh mana kita berlari,
Merentasi benua kita sembunyi,
Di tengah lautan kita menyendiri,
Setinggi gunung kita menghuni,
Sebentar saja kita mengenali.
Pasti saja adalah dia.
Percaya.
Jika hanya si cantik dan si kacak saja bersatu
Bukankah sedih bagi yang kurang dari itu?
Segalanya kuasa Dia dan kehendak.
Kerana pada mata manusia, cantik itu berbeza
Bukankah ada si capik bertemu cinta?
Atau si kudung berjumpa pilihannya?
Dan si buta rasa ikhlas kasih dari isterinya?
Atau sang isteri derita sakitnya,
Suami tetap setia bersamanya?
Bukankah ada?
Di sana juga lelaki yang wajahnya bak rembulan
Persis model iklan
Akan tetapi hatinya jatuh kepada
Gadis rupanya biasa saja
Pada pandangan kita pasti tertanya-tanya.
Namun tidak pada pandangan jajaka itu.
Di sana juga wanita yang teramat cinta
Kepada walau lelaki itu teruk sakitnya
Dia masih menerima walau tahu akibatnya
Menjadi janda di usia yang muda.
Mudah saja jawapannya,
Kerana dalam hati setiap manusia sudah ada suatu fitrah
Cinta yang luhur walau bagi kita banyak nian lemahnya
Percaya.
Maha Suci Dia yang menjadikan uniknya rasa ini.
Jauhi menghina
Kerana jika besar kata takut termakan sendiri
Sang penutur itu pun belum berumah tangga
Ikatannya masih belum terbukti
Takdir sendiri pun dia tak pasti
pantas pula membaca takdir orang
Usahlah ungkapkan sebegitu
kerana ada hati yang sudah terasa.
Bukankah segalanya ketentuan Dia?
Hanya menunggu masa.
Bukan dia tidak berusaha
Tapi belum tiba waktu baginya.
Ini bukan kisah saya.
Sekadar jadi iktibar
Agar semua orang percaya
Pada kuasa Dia dan takdirNya.
Puisi yang mengundang ini
Kerana saya seakan mengerti
betapa uniknya perasaan cinta.
Jika dahulu kita sering merungut
kenapa si dara kahwini si duda beranak tiga?
Dalamilah.
Manusia hatinya berbeza.
Cinta tak kenal usia
Tidak mengenal usia
Cinta itu tak kenal di mana.
Jika ruang sudah tersedia,
maka tumpahlah kasih itu kepadanya.
Cinta tak kenal paras rupa.
Ada yang melihat perilaku sebagai nilai.
Ada juga yang mahu jodohnya berwajah secantik Maya Karin.
Ataupun setampan Fahrin Ahmad.
Ada juga segelintir mata
yang melihat kecantikan bukan secara kelazimannya.
Mungkin kerna ketenangan dan kematangannya
Atau kelembutan dan kehalusan budi
Subjektif.
Benar-benar subjektif.
Moralnya ialah, masing-masing punya pilihan masing-masing
Tapi usah hanya kerna cinta semata
Salurkan biar tepat pada tempat
Jika ada hati yang merana kerana dia cinta kepada dia,
Tetapi dia itu tidak pula bersatu dengan dia
Maka si dia yang merana
Harus pacakkan dalam hati, bahawa
“dia bukan untuk kita”
Pasakkan dengan kukuh
Agar tidak goyah
Pada dunia yang sementara
Jika bersabar,
Ramai lagi bidadari syurga menanti.
Sedangkah dia bersabar?
Percayalah agar tetap sabar..