Suluh Hati

shakirah / safa
berjumpa setelah 3 bulan tak jumpa akibat bizinya kerja. RINDU, seb tu kena dok dekat2, pegang2 bahu. Ni kat IKEA. patutnya kena snap gambar suap-suap kan safa??


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. :)


Sashiburi genki? Marhaban! Salam aidil fitri. Taqabbalallahu minna wa minkum. Eid mubarak.


Nampaknya, setiap empat bulan sekali barulah saya akan update blog tomato ini. Saya rasa saya dah mengalami amnesia. Boleh pulak saya lupa apa email yang saya guna untuk blog ni. Dan saya juga dah lupa apa passwordnya. Maka dengan sedikit usaha gigih dan semangat nak menjadikan jemari ini kembali menari di papan kunci ini, maka saya pun meminta bantuan Google Team ape tah untuk reset balik password saya. Aha!


Empat bulan dah berlalu, banyak cerita yang terpendam. Mungkin sejak akhir-akhir ini, saya juga kurang ingin meluahkan rasa agaknya. Mungkin la..


Empat bulan lalu, saya dah habis final exam untuk semester terakhir di UIA. Dua minggu selepas itu, saya pergi ke temuduga. Seminggu selepas itu, syarikat pun memanggil saya untuk mula bertugas.


Cari pengalaman. Cari pelajaran. Kenal dunia. Cari input. Buka mata luas-luas. Dalam masa ynag sama, setiap hari yang dijalani di tempat kerja itu harus disuluh dengan pandangan hati. Apa sebab pencipta kita menyusun begini.


Tempat kerja saya majority pekerjanya berbangsa Cina. Dan memang syarikat ni milik orang Cina. Ia sebuah syarikat pelancongan. Dan saya harus mengendalikan pelancong-pelancong Arab yang datang ke Malaysia. Tapi dok kat office je.


Bercakap tentang tempat kerja, ada sedikit goosebump gitu. Kenapa?


Kerana dibahu kita terpikul suatu nama iaitu “Duta Islam”. Dan nama itu bukanlah suatu yang ringan untuk dikendong. Jika selama ini kita hanya bergaul dengan orang Islam, itu dinamakan zon selesa. Kena jaga nama Islam di mata mereka. Walaupun negara kita berbilang bangsa dan agama, tapi berapa kerap kita bermuamalah dengan mereka secara lebih dekat?


Sungguh saya mengasihi saudara Islam saya melebihi mereka. namun, saya kadangkala terasa terkilan kerana melihat kebaikan mereka, keramahan mereka dan bantuan yang mereka hulurkan.. hanya aqidah mengesakan Allah sahaja yang mereka tertinggal. Kadangkala, jauh di lubuk hati, saya berdoa agar Allah memberikan hidayah kepada mereka memeluk Islam dan mentauhidkanNya. Ameen..


Minggu pertama di sini, saya diperkenalkan dengan semua staf. Bersalaman dengan semua orang. Alamak, macam mana saya nak lari ni? Salam dengan staf perempuan takde masalah. Dengan lelaki Melayu, mereka faham saya kira. Tetapi dengan yang sebaliknya. Tak ape, kuatkan semangat. Kukuhkan prinsip. Lalu, saya pun berkata” i am so sorry but i cannot shake hands with u”. dan kadang-kadang saya beri isyarat cannot shake hands laa. Yes..~


Mereka pun faham, dan tak kesah. Kalau mereka kesah sekalipun, ada aku kesah? Hehes


Dan akhirnya, kawan-kawan Cina inilah juga yang meyelamat dan membela saya bila ada lelaki lain nak bersalam dengan saya. :)


Saya bukannya apa. Bukannya tak mau salam. Tatkala depa hulurkan tangan, saya tak dapat menghilangkan dari ingatan saya sebuah hadis yang Nabi sebut lebih kurang “tertusuk besi panas itu lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya”


Ini sudah serius larangan bersentuh bukan mahram ni!



Kalau dengan abang ipar dan sepupu lelaki yang dgt dekat pertalian darah dengan kita, yang memang ahli keluarga kita pun, Nabi tak bagi salam, takkan pula lelaki asing saya boleh salam kot, iye tak?


Di sini, untuk mempraktik Islam tidak menjadi suatu halangan. Di dapurnya ada dua bijik pencuci pinggan mangkuk. Untuk Musim and non Muslim. Ada dua bijik oven. Untuk Muslim and non Muslim. Comel kan? Ada surau, boleh pergi semayang. Terpulang kepada kita je nak solat ke tak.


Alhamdulillah.


Kerjanya macam mana? Alhamdulilllah ala kulli haal.


Stress juge sebenarnya. I lose weight dah 7 kilos!


Itulah hikmahnya.


Dan banyak lagi hikmah-hikmah lain. Kenapa mudah benar Allah halakan jalan ke sini.


Saya major Arabic language. Sejak bekerja ni, saya rasa saya cakap arab lagi banyak berbanding ketika masa blaja dulu. Aha. Takde la terer benar cam orang Arab real, saya bukan org Arab. Tak hidup pun kat negara Arab. tapi tak kira apa, saya kena cakap jugak.


Agak sakit kepala sebenarnya nak menguruskan orang Arab ni. Tambah kalau yg datang dari negara org kekaya tu lagi la tebal kecerewetannya.


Tapi baik hati dan berbudi bahasa pun ada. Yeay, dapat hadiah dari client. (*______________*)


Begitulah serba sedikit. Saya pun tak pasti macam mana boleh tercampak dalam lapangan tourism ni. Walaupun sebenarnya, tourism memang pernah menjadi salah satu cita-cita saya, tapi taklah begitu serius.


Kerana apa yang saya belajar dahulu tu, adalah untuk belajar dan kenal Allah. Dan Allah juga punya hak mutlaq sepenuhnya untuk mencampakkan saya di mana-mana.


Teringat ayat Ustaz Dr Asri, semoga kita ni menjadi benih yang bila dicampak ke laut, akan menjadi pulau. Beliau pesan, Sampaikanlah ayat-ayat Allah walau di mana pun berada.


Bila sedang melebarkan dakwah dari sisi tepi terhadap seseorang di sini, nak tinggal tempat kerja ni terasa berat sekali.


Biarlah Allah sahaja yang menentukan.. Saya sungguh terasa rahmat dan belas kasihan Allah kepada saya yang mencurah-curah. Ada suatu perasaan rindu yang tak terluah dalam jiwa saya sebenarnya. tak reti bagimana nak explennya.


(T_________________T)



Sebenarnya saya nak tukar template blog. Lain kali saya membebel lagi ye. ada lagi nak citer ni. huhu


Sekian dahulu, unit berita media Shakiraz del Tomatim!



Ilal liqa' wa maas salamah ~

4 kata-kata mereka:

Dua-dua kelihatan semakin me-mancis-kan diri yea.. Kekanda di sini sungguh jelessss.. Hehehehe

 

takdenye mancis kak..
mancis tiruan diperbuat daripada kayu tanaman sebentar. aha!

 

apakah kemaerapuan yg berlaku diantara kekanda berdua ini? hahaha :D
My bitot lemak berkrim disukai ramai solihin...
takdak gambaq hak molek siket ka? >_<
sungguh kagum dengan entri ini. baru sempat nak komen, baca lama dah. ternyata, hidup dalam 'bilik hawa dingin bertemankan buku dan suara pensyarah bukan lagi buatmu saat in. selamat bermujahadah menelusi setiap corak yg muncul di kornea matamu. teguhkan iman, kentalkan hati. Do'a dari adikmu yg chomel ini sentiasa mengiringi :)

 

safa deer..

macam awak tak kenal kemerapuan saya ni. :)

tima kasih berkasih kasih atas doamu itu. sesungguhnya dunia ini bukan sikit godaannya.