Rendang Si Pohon, Sabar pun Rendangkah?


tapak perkuburan yang nyata. kami akan menyusul ya ahli qubuur..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dan selamat sejahtera..

Apa? Shakira hapdate blog lagi? Ada la member tu siap post kat wall fesbuk sebab terharu saya akhirnya hapdet blog setelah 4 bulan dibiarkan sepi sendiri, berteman pohon yang kian mereput.

Shakira kembali setelah ingin menamatkan kemalasan (baca: kelelahan) mengupdate blog.

Apa punya tajuk ni? Setahu saya ada rendang daging, rendang ayam, rendang dendeng, rendang tok, rendang nogori.. Sejak bila ada rendang si pohon? Rendang apakah itu?

Sebenarnya, perkataan rendang itu sila dibaca denga “E” taling. Usah dibaca dengan “E” pepet. Sesiapa yang kurang pasti dengan makna E taling dan E pepet, silalah rujuk kamus atau Google dan sebagainya.

Maka, Rendang Si Pohon itu bermakna, pohon yang rendang. Maknanya pohon yang rendah. Makanya, sabar yang harus tinggi.

Begitulah serba sedikit olahan definisi bagi tajuk entry kali ini.

.............

Ritu saya pergi ke Hotel Royale Bintang. Yang terletak di Bukit Bintang. Saya pun turun di Stesen Monorail Imbi. Melimpasi Hotel Melia. Lalu masuk ke bangunan Low Yat. Berjalan sendiri bertemankan manusia yang lalu lalang tanpa menghiraukan hiruk pikuk dunia. Amboih, ni macam ayat novel. Ok.

Dan akhirnya sampai.

Tujuan saya ke situ adalah untuk bertemu dengan orang Arab. Dua beradik. Kakaknya seorang Medical Technologist bekerja di Saudi. Manakala adiknya sedang belajar Fizik di Ukraine. Patutlah Si Noza Russian ni terperanjat, kenapa orang Jordan ni boleh cakap bahasa Rusia dengan dia semalam. Tapi saya sembang2 dengan kakaknya saja. Adik lelakinya itu saya pinggirkan sebab segan (baca: malas nak cakap dengan u). Oho.

Mereka ni orang Palestin sebenarnya. Tapi keluarganya dan nenek moyang telah keluar dari Palestin sejak tahun 1960-an. Semua orang dah maklum dengan apa yang terjadi di sana. Even mereka sendiri lahir di Saudi, menetap di Jordan dan tak pernah pun pulang ke negara asal. Tak pernah pun menjejakkan kaki di Palestin.

Namun, sekarang mereka mempunyai kehidupan yang baik sekarang berbanding berada di negara sendiri. Sehingga mampu belajar tinggi-tinggi. Pekerjaan yang baik. Mampu melancong ke sana sini.

Allah itu Maha Pengasih. Biarpun Dia telah menghilangkan sesuatu daripada hambaNya, tetapi tak terhitungkah berapa banyak nikmat yang telah Dia kurnia?

Allah itu suka memberi. Dia beri apa yang kita perlu. Apa yang kita mahu kemungkinan bukan yang kita perlu. Atau apa yang kita mahu belum cukup untuk menjadikan kita ini jitu. Mana tahu, apa yang kita selalu tak mahu itu membuatkan kita lebih mampu. Mampu dalam menyeru hati supaya mengisi segenapnya dengan rasa sabar, secerah-cerahnya ibarat lampu.

Bagi sesiapa yang selalu merungut. Saya nasihatkan diri sendiri juga. Faham-faham sajalah ayat stereotaip yang selalu orang sebut. Muhasabahlah diri.

Saya selalu juga kadang-kadang menyesali diri sendiri kerana kerap terlepas rasa. Apakah contoh-contoh rasa itu? Iaitu rasa nak lempang je orang-orang Arab. Lebih spesifik yang datang dari UAE. Inilah contoh-contoh rasa yang kurang elok untuk diimplimentasikan. Baru saja disebut itu semua ujian. Maka kena sabar. Jangan ikut rasa macam ni ok. Saya juga manusia. Sayalah manusia. Astaghfirullahal azim.

Itu adalah contoh sedikit rasa yang disiarkan. Kisah dalaman yang bagaimana kena sabar yang lebih besar, masih dalam simpanan.

Seperti ayat pendahuluan blog tomato di sebelah kanan di bahagian atas. (baru nak add gadget)

“ Telah lama kita bersyukur. Kelmarin, semalam dan hari-hari lampau telah pun kita bersyukur. Adakah patut pada hari ini kita kufur?”

Sekian dulu unit berita Shakiraz Del Tomatim.

3 kata-kata mereka:

shakirah... rindu kamu dan rakan2 muslimat intis.. huhuhu...

 

ala....
sajidah.. kite miss you more...
:(
teringat mabit..

 

sangat merindui kamu berdua :')