Manusia diciptakan oleh Allah Azza wa Jalla dengan ciri-ciri yang berbeza, potensi, kebolehan, minat, sifat dan peribadi yang pelbagai. Cuba kita bayangkan jika semua manusia dilahirkan sama, mempunyai kriteria dan ciri yang serupa, tentulah terasa bosan kehidupan ini seolah-olah melihat skrin televisyen hitam putih di zaman 60-an. Maka di sinilah terhasil pelbagai bidang dan cabang yang berlainan dalam dunia ini secara amnya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya cabang-cabang inilah yang menjadikan kehidupan manusia berwarna-warni dan meriah. Melalui cabang-cabang inilah manusia bisa menghubungkaitkan sesama mereka dan menjadikan mereka benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain.
Manusia juga tidak boleh lari daripada dicorakkan oleh persekitaran yang ada di sekelilingnya. Pembelajaran yang bermula di peringkat sekolah merupakan suatu asas bagi setiap insan untuk memenuhi keperluan seorang manusia memiliki ilmu pengetahuan yang pokok. Akan tetapi apabila usia semakin meningkat dan kehidupan mula berkembang, setiap insan mempunyai pilihan tersendiri dalam menentukan jalan hidupnya. Definisi pembelajaran juga semakin meluas dengan bukan sahaja meletakkan suatu syarat bahawa pembelajaran harus berlaku di universiti atau kolej. Sebenarnya pembelajaran mempunyai makna dan erti yang lebih daripada itu. Selain itu, definisi setiap manusia mengecap kejayaan dalam hidupnya juga berbeza antara satu sama lain. Ada orang yang memilih untuk meneruskan ‘perhubungannya’ dengan buku dan kitab, dan ada orang yang memilih untuk menjadikan kehidupannya lebih paktikal melalui tangannya.
Tetapi saya memilih untuk meneruskan kehidupan saya dengan pembelajaran di universiti setelah habis zaman persekolahan. Ketika awal kemasukan saya di universiti, saya merasakan perjuangan menuntut ilmu adalah suatu yang sukar dan liku-likunya terasa sungguh panjang sekali. Tetapi zaman berlalu dan saya apa yang saya rasakan pada awalnya semakin pudar. Pudar dipadam oleh keseronokan dan keindahan zaman belajar.
Kehidupan di universiti bukan sahaja mengajar saya lembaran-lembaran akademik, malah jauh lebih banyak daripada itu. Universiti mengajar saya cara untuk hidup, cara berfikir, cara mengurus, cara menghadapi masalah dan cara membuat keputusan. Cara yang saya maksudkan bukanlah suatu indikator yang rigid, tetapi ia merujuk kepada kejadian, sebab dan kesan dari suatu yang terjadi itu. Di sinilah fasa di mana pelbagai kesilapan boleh berlaku. Di sinilah jua di mana kemenangan dan kejatuhan bagi seorang pelajar boleh dilihat. Di universitilah merupakan tempat di mana mengajar pelajar untuk berdikari dan menentukan hala tuju hidupnya. Di sinilah di mana seorang pelajar harus mengmbil alih terhadap diri sendiri setelah terlepas daripada kawalan ibu bapanya.
Maka, inilah peranan universiti untuk memberikan pilihan kepada pelajar tersebut. Samada dia mahu atau tidak. Walaupun dari beberapa segi, tidak dapat saya nafikan bahawa ada sesetengah paksaan yang dikenakan ke atas pelajar dari segi teknikalnya. Tetapi itu hanyalah suatu sisi yang tidak begitu berat.
Pembelajaran di dalam kelas merupakan saat terindah bagi saya kerana saya seorang yang sukakan kepada kuliyah. Kerana ilmu yang disampaikan oleh para pensyarah umpama emas bagi saya. Kadang-kadang saya merasakan bahawa mereka adalah anugerah bagi saya. Dan mengenali mereka merupakan suatu yang terhebat. Butir bicara mereka dalam menerangkan ilmu dan maklumat sungguh membantu perkembangan minda saya ke arah yang lebih praktikal dan kritis. Mungkin agak keterlaluan jika saya mengatakan tidak pernah bosan. Sebagai manusia biasa, bosan itu kadangkala hadir. Dan cubaan dan ujian dalam meneruskan pengajian adalah seperti menggenggam bara. Terlalu banyak gangguan yang hadir di sepanjang perjalanan yang mengganggu perhatian dari fokus sebenar.
Selain itu, aktiviti persatuan dan penekanan terhadap minat dan kecenderungan juga merupakan pilihan kepada pelajar, yang ditawarkan oleh universiti. Melalui aktiviti sebeginilah saya belajar untuk membuat keputusan, cara berkerjasama dengan orang yang berbeza pendapat dan persefahaman dan cara kepimpinanan. Saya merasakan bahawa aktiviti sebegini memenuhkan masa saya supaya lebih bermakna.
Dalam masa yang sama, pertemuan dengan ramai kenalan juga menjadi medium kepada pembelajaran secara tidak langsung, di mana kita boleh belajar dari karakter orang lain untuk memajukan diri. Kerana selain daripada aktiviti yang dikredit oleh universiti, ada juga aktiviti yang tidak mendapat markah atau kredit langsung dalam rekod unoversiti. Akan tetapi, rekod itu yang tersimpan dalam memori seorang saya, yang mencari erti sebuah ketulusan. Dan sering berharap agar rekod itu terus kekal di dalam catitan buku yang bakal diterima di penghujung dunia kelak.
Sungguhpun begitu, saya faham dan mengerti bahwa dunia universiti hanyalah secebis daripada realiti dunia sebenar. Dunia pasca universiti adalah cabaran sebenar bagi seorang pelajar seperti saya. Dan berharap dengan sedikit persediaan yang ada, memungkinkan saya menjadi insan kamil, yang sentiasa mencari ruang memperbaiki dan memuhasabah diri.
p/s :
Hari ini merupakan hari ketiga selepas tamat peperiksaan akhir untuk ijazah muda saya dalam Bahasa Arab berminorkan Politik. Oh, sayunya!
4 kata-kata mereka:
Salam. Akhirnya blog kau kembali bernafas :D
Nice entry sufi. Ala-ala ilmiah gitu.
Kau dah ada dunia baru sekarang. Selamat menempuhinya. Dan
selamat meninggalkan alam universiti. Kalau boleh sambung master, sambung la lagi ye ;)
wsalam. shahir, hehe sebenarnya aku nak tergelak pun ada. entry sebelum ery ni adalah 4 bulan lepas pada awal semester. posting yang ni cerita bila dah hujung sem. dan bahasa pun macam berevolusi. kebiasaannya aku tak tulis cenggini. heh
sambung master? seperti yang telah kita bincangkan dahulu.:)
banyak input yang boleh diambil daripada post ni..teruskan berkongsi idea..sila lawati blog saya untuk sebarang penambahbaikan. http://cikpangkah.blogspot.com
banyak input yang boleh diambil daripada post ni..teruskan berkongsi idea..sila lawati blog saya untuk sebarang penambahbaikan. http://cikpangkah.blogspot.com
Post a Comment