Mungkin juga kerana saya ini berdarah Indonesia. Arwah ayahanda kepada bonda saya iaitu merangkap tok wan saya ialah berketurunan Banjar.
Empat lima enam tujuh bulan kebelakangan ini saya berminat dengan apa-apa yang berkaitan dengan Indonesia. Contohnya:
- Pertama, buku-buku tulisan Indonesia dalam e-book tiga bahasa perihal agama berkaitan metod Ahl Sunnah Wal Jamaah. Kredit kepada akh ini yang tolong mencopykan untuk saya ketika saya first year. Tapi sehingga sekarang saya belum habis baca kesemuanya. Sedang berusaha!
- Kedua, novel-novel penulis Indonesia seperti Andrea Hirata yang membuka mata saya betapa indahnya Bahasa Melayu. Tajuknya ialah “Lasykar Pelangi”, ‘Sang Pemimpi”, “Edensor”. Dan “Maryamah Karpov”. Bacalah buku-buku ini. Amat disarankan. Tentang semangat dan keazaman.
- Ketiga, Lagu nasheed Indonesia. Semenjak saya menjejakkan kaki ke UIA Gombak, saya sudah tidak berminat dengan nasyid. Bukan seperti di zaman sekolah dan zaman matrik yang fanatic dan obsess. Bila sudah third year, baru saya perasan yang nasyid Indonesia lain dengan Malaysia. Seperti “Rapuh’ dan ‘Takdir” oleh Opick. Dan ‘Muhasabah Cinta” oleh Edcoustic.
Lagu tak elok didengar terlalu kerap. Tak bagus untuk kesihatan iman. Bukan sehingga perlu ke mana-mana telinga disumbat dengan earphone. Bagi saya cukup mendengar kadang-kadang dan waktu yang tertentu sahaja, jika tidak kita akan hanyut dalam dunia sendiri dan tidak kisah akan persekitaran. Percayalah. Ada perbincangan tentang hukum musika, tapi ampuni daku wahai Tuhanku! Susah aku hindari lagu. Aku mengaku diriku lemah.
Sebenarnya apa yang saya nak sampaikan ni?
Sebenarnya, dengan berbesar hati saya ingin menjemput dan mempelawa saudara saudari, tuan-tuan dan puan-puan untuk menghadiri:
Majlis Ilmu:
Kuliyyah Fiqh Hadith oleh Ustaz Subhan Khadafi pada malam ini, selepas Isya’ jam 9 malam. Kitab Umdatul Ahkam. Admin LT 1. Tentang hukum hakam.
Kuliyyah berlangsung setiap Selasa.
Ustaz Subhan ialah orang Indonesia dari Yogjakarta. Maka perkara keempat yang saya suka tentang Indonesia ialah Kuliyyah Ustaz ini. Datanglah beramai-ramai. Penjelasannya sangat kemas.
Manakala kuliyyah Ustaz Hasyimi berkaitan dengan 200 Soal Jawab Aqidah setiap Isnin. Waktu dan tempat yang sama. Kuliyyah ini pun saya suka. Butir bicara ustaz teratur dan rapi.
Ketahuilah bahwa semua kuliyyah ini berlangsung berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW yang sohih lagi benar dan tiada keraguan lagi. Bukan atas fikiran logika akal manusia.
Apa lagi yang lebih benar daripada Allah SWT dan rasulNya?
Jemput datang. Jika anda tersesat jalan sila hubungi saudara Abu Usamah: 013-2506391. beliau adalah penyelaras kuliyyah.
2 kata-kata mereka:
akak...bisa kita pergi sekali ya setiap kali kuliyah...
kemudian kita ngomong bahasa indonesia...
waduh...hebat sekali kakakku ini...
...
p/s: baca slang indonesia ye kak, akak cakap indonesia bunyinya sangat sedap...=)
bisa saja neng!
bunyi indonesia sudah ada. tinggal mahu sampai ke sana saja lagi belum!
Post a Comment