Oleh: Ustaz Che Abdul Majid Che Omar
Jika Allah yang Maha Pemurah Pemberi Rezeki
Masih ada yang kufur berlaku syirik
Jika rasul menyampaikan tanpa bayaran
Masih ada menolak segala ajaran
Jika kitab suci menunjuk jalan
Masih ada yang mencemarkan dan tersesat jalan
Jika para sahabat bagaikan bintang
Masih ada mencela tak kurang menentang
Jika pemimpin yang adil lagi jujur
Masih ada yang ditikam mati terbujur
Jika ulama’ ikhlas menasihat
Masih ada di penjara seperti penjahat
Jika pejuang sanggup mati
Masih ada yang menganggapnya tidak bererti
Jika berumahtangga atas cinta
Masih ada hidup bersengketa
Jika ibu yang bertarung nyawa
Masih ada di tangan anak ibu merana
Jika ayah berkorban segala
Masih ada menconteng arang di muka
Jika sesama adik-beradik seibu sebapa
Masih ada yang berbalah tak bertegur sapa
Apakah erti semuanya ini?
Jika diri ini ada berbudi
Masih ada hati ingin dipuji
Lupankanlah..
Sekiranya masih ada yang mengutuk mengeji
Biarkanlah
Teruslah hidup berbakti
Lakukan ia seikhlas hati
Terus hidup sesudah mati
Semoga diri ini dirahmati
Nukilan:
Ambo
1 Januari 2006
11:58 malam
0 kata-kata mereka:
Post a Comment