Semester baru 2008/2009 sudah pun tiga minggu bermula. Dan tiga minggu ini jugalah saya tidak melayari internet. Dan sudah tiga minggu juga saya membela dua ekor kura-kura yang diamanahkan oleh kakak saya untuk menjaganya, sementara dia sedang sibuk dengan kursus di UiTM, Shah Alam.
Dan sudah tiga minggu jugalah saya memegang amanah orang tua agar menimba ilmu dengan sehabis daya. Semester baru azam juga baru. Sudah tidak pantas main-main lagi. Harus sentiasa fokus walaupun otak agak serabut menyertai aktiviti persatuan rasmi di kampus, mahupun bukan rasmi di luar kampus, akan tetapi rasmi pada definisi ibadah kepada Tuhan, dan rasmi pada definisi perjuangan agar teguh di atas manhaj yang diyakini.
Maka tahun baru masihi ini bisa juga mengundang hiba. Jika pemimpin berkata memerlukan pemuda-pemudi berjiwa handal berteraskan modal insan, mengapa terlalu banyak hedonisme dilambakkan di hadapan mata mereka dan mata kita? Sudah lemahkah kudrat untuk menghalang? Saya menghargai dan mengucapkan sekalung tahniah kepada sahabat-sahabat yang pergi beramar makruf nahi mungkar di beberapa red spot di ibu negara sempena ‘tahun baru’. Tidak betah agaknya jika akhawat berkeliaran di waktu malam untuk menasihat, walaupun pada hakikatnya berniat baik. Perlu juga memikirkan risiko keselamatan dan sebagainya.
Maka, LRT Putra dan Star juga memanjangkan tempoh perkhidmatan sehingga jam 2 pagi. Dengan alasan, remaja-remaja yang menyambut tahun baru itu berkeliaran di tempat-tempat itu kerana ketiadaan pengangkutan balik. Maka terjadilah perkara-perkara yang tak diingini. Bukankah lebih senang jika dihazafkan sahaja sambutan sebegini? Pada malam sambutan itu saya pulang ke rumah dengan menaiki LRT, betapa sesaknya manusia berbondong-bondong ke KLCC dan Dataran Merdeka. Polis-polis bertugas. Saya rasa kecelaruan yang amat sangat. Mengapa harus mereka bersusah payah begini?
Tak perlu diulas panjang. Semua sudah ada aqal untuk berfikir secara waras di mana rasionalnya kita menyambut tahun baru. Jika tidak dibentangkan dengan dalil-dalil yang mengharamkan sambutan tahun baru pun, kita sudah mampu melihat betapa menggunungnya mafsadah yang timbul.
Ghazah oh Ghazah! Israel la’natullahi ‘alaihim!
Khaibar-khaibar ya Yahuud!
Jaisyu Muhammad Saufa Ya3uud!
Hancur-hancur wahai yahudi!
Tentera Muhammad akan kembali!
Di sana mereka ketakutan dilontarkan dentuman, tetapi kita di sini bersorak dengan dentuman perayaan. Adakah ingin merasa sehingga dentuman itu sampai di tanah air kita baru kita akan membuka mata?
Kita ini beragama Islam. Mengapa harus jadi seperti mereka yang kafir?
0 kata-kata mereka:
Post a Comment