Tidak Seperti Harapan

Kita selalu berharap

Agar ia sepatutnya begini

Tapi ia bukan begini

Namun jadinya begitu

Ia adalah begitu

Kita selalu berharap

Agar ia sentiasa tersenyum

Melempiaskan aura

Aura yang segar

Buat menyinar bagi semua

Namun ia takkan selalu senyum

Kerana ia takkan senyum

Seperti yang kita harapkan

Maafkan aku

Bukan maksudku

Aku telah merasa

Bagaimana pahit itu

Apa yang kau rasa

Sekelumit daripadamu

Kita adalah satu

Kerna ia bukan begini

Namun jadinya begitu

Tak seperti kita harapkan

Teruskan saja

Apa yang kauharapkan




Warkah Bukan Bintang

Warkah itu

Tidak begitu panjang

Namun berat pada kandungnya

Tersekat nafas

tak berdaya

Tapi terus mencuba

Andai ini caranya

Risau jika jauh

Apakah jika bukan warkah

Segalanya jadi dekat?

Risau jika bukan ini gayanya

Risau jika jauh

Apakah jika bukan warkah

Segalanya akan jadi dekat?

Sudah lelah menanggung

Hampir pecah yang ditanggung

Melihat bulan

Terimalah

Semoga warkah

Bisa mengubah

Atas kehendakNya

Bukan atas kuasa warkah

Tapi kuasa Dia

Pernah menjauh

Atas suatu yang dirasa betul

Tiada siapa katakan ia salah

Kecuali bulan

Tapi benarkah pada hakikat

bulan itu betul?

Andai bulan itu yang salah

Mengapa bukan bintang dipersalah?

Terimalah bulan

Kerna

Cahayamu peroleh

Dari matahari jua

Andai warkah itu

Tiba pada bulan

doakan kesejahteraan

Meski bukanlah bintang

Tidak secerah bulan

Tidak seberat bulan

Namun dalam warkah

Matahari itu jua yang menyala

Pada Tuhan dipinta

Semoga warkah itu

Terang pada bulan

Semoga bulan bisa menerima

Apa yang bukan bintang

Cuba perkata

Sedikit Aduan



Sedikit aduan,

Sangat best masuk kelas Comparative Politics. Ingatkan boleh study tentang Negara Zimbabwe. Padahal mana ada pun. Kena cari sendiri la nampaknya. Dr Moniruzzaman dari Bangladesh, penerangannya sangat jelas. Mungkin kerana saya duduk di hadapan, atau mata jam 11 hingga jam 12 belum lagi menandakan kekuyuannnya.

Jadi apa aduannya? Kerana saya sekelas dengan brothers yang tengah buat Master Political Science. Jadi soalan-soalan depa kepada lecturer kedengaran ngeri pada telinga saya. Memang canggih la punya soalan. Takde la soalan standard kanak-kanak ribena seperti “Sir, what is the different bt social movement and interest group?” seperti yang kitorang ni tanyakan.

Bila sir tanya apa-apa soalan pasal international country asyik dorang je yang jawab. Contohnya sir tanya, apakah negara yang mengamalkan system “Ruling or Dictatorial Monarchies”? kitorang apa lagi. Diam seribu bahasa lah. Pastu dorang la yang jawab. Jordan, Bhutan, Brunei, Swaziland. Pastu mulalah saya dok fikir, ‘Apasal lah aku tak tahu pun benda ni?”. Pastu bila sir tanya siapakah populist presidential monarchies (maksudnya the president came into power becoz of his popularity, and the nation give full support to him as if he had second life, people would only choose him to be the president.) maka depa jugak yang jawab, Si Hugo tu President of Venezuela, and Vladimir Putin, Russian punya Perdana Menteri. Adoi, tension tul aku! Adakah kerana saya hanya buat minor maka tahap pengetahuan saya sangat la narrow.

Saya tengah memuji depa la ni. Soalan gempak-gempak, saya pun kecut. Sorila sape baca ayat saya tunggang langgang. Tanda cuak la tu!

Teringat masa Ogy cerita, bila first time masuk main campus ni, first time amik final exam kat dewan CAC yang serba besar dan indah di tepi sungai tu. Memang lawak. Mana la kitorang tahu yang dewan tu campur semua level. Waktu tu dia amik Intro to Phsycology. bila dah start boleh jawab, dia heran la tengok apasal akak sebelah dia tu, bukak-bukak soalan terus buat soalan esei, yang dia MCQ. dalam hati ingatkan mungkin dia buat esei dulu la kot. Pastu bila sampai soalan esei si Ogy, jawapan kena pendek je ekceli, tapi dia tengok akak sebelah tu jawab berjela-jela. Cuak la dia.

Bila dah habis exam barulah dia tahu yang akak sebelah dia tu dah Major pun in Phsycology. Yang kita ni baru nak intro. Hai! Buat penat je kalut.

Jadi itulah aduannya. Sekadar menghilangkan rasa tensen aku melihat brother-brother foreigner kelas aku yang macam banyak giler ilmu. Bukan jeles, tapi sebagai motivation supaya kena banyak baca buku lagi, bukan buku teks aje! Fatahallahu lahum.

Apalah Sangat Kita Ini


Kenapa kami berdemonstrasi pada hari Jumaat lepas? Selepas solat Jumaat kami berkumpul di KLCC di hadapan Masjid Asy-Syakirin. Menunjukkan rasa tidak puas hati, rasa marah dan benci terhadap kebinatangan Zionis Israel. Serasa mereka itu lebih zalim daripada binatang. Kerana mereka yang gila, telah menjerumuskan manusia lain ke dalam dunia gila mereka. La’natullahi Alaihim!! Qunut nazilah jangan dilupakan.

Berjalan dan berlari-lari anak menuju ke Pejabat Kedutaan Mesir di Jalan Rhu, Ampang. Menghantar memorandum meminta negara Mesir membuka laluan terhadap kemasukan bekalan bantuan ke Palestin. Bukankah ini penganiayaan besar saudara Islam terhadap saudara seislamnya?? Mesir itu negara Islam tapi harus tunduk kepada Zionis. Bayangkanlah apa yang dirasakan oleh saudara Palestin kita?

Apalah sangat jika nak dibandingkan fitnah yang kita alami secara peribadinya, dengan fitnah yang mereka hadapi. Setakat dituduh mengkafirkan seseorang, atau pun difitnah dengan beberapa perkara yang saya tidak lakukan pun, sehingga dia menyimpan bara kemarahan terhadap saya selama berbulan-bulan, tetapi itu semua hanyalah fitnah! Malah lebih teruk jika fitnah itu datang daripada orang yang sepatutnya kita percaya. Dan beberapa fitnah yang melanda, apalah sangat fitnah-fitnah ini jika nak dibandingkan dengan fitnah yang saudara Palestin kita hadapi? Dianiaya oleh musuh Yahudi Zionis, dianiaya pula oleh saudara sendiri, apalah sangat kita ini?

Apalah sangat termenungnya kita, nak dibandingkan dengan termenungnya mereka memikirkan masa depan yang tak pasti. Setiap detik memikirkan bagaimana harus berjihad melindungi Masjidul Aqsa. Setiap detik menahan sakit, mengelap darah tak berhenti mengalir. Setakat tangan kita terhiris pisau ketika menyiang ikan pun sudah mengaduh, berapa besar aduhnya mereka disembelih di tengkok secara sedar? Setakat tangan terpercik air panas dari water heater pun sudah pedih, berapa besar pula rasa pedih mereka terkena percikan bom, tertimbus di sebalik batu-bata bangunan musnah? Jadi, marilah ubah diri kita agar jangan terlalu merungut atas perkara yang remeh.

Maka, kita ini sementara masih aman, usahlah kita berhasad dengki sesama kita. Setakat rasa tak puas hati sesama kawan, usahlah dipanjang-panjangkan cerita. Dan semalam menghadiri kuliyyah tafsir Ustaz Fadhil, beliau menerangkan kita sebagai manusia ini jauhilah diri daripada terlibat dengan ghibah atau mengumpat. Mengutuk dan mencaci. Memang mudah mengata orang lain, tapi ingatlah hari akhirat jika kita persembahkan amalan yang banyak sekalipun kepada Allah, tapi akibat ghibah ini, mangsa umpatan kita itu akan mengambil sedikit demi sedikit pahala kita. Malah lebih teruk jika pahala kita sudah habis diambil, terpaksa pula menanggung dosa mangsa umpatan kita itu. Bukankah ini dinamakan muflis? Naudzubillahi min dzalik. Maka, ustaz kata cubalah merendah diri. Elakkan bercakap mengenai manusia kerana kita tidak tahu hakikat sebenarnya dia itu bagaimana.

Dan teringat juga kata-kata Ustaz Adli di dalam kelas saya dua sem lepas, beliau menyebut riya’ itu bukanlah semata-mata memakai pakaian yang cantik-cantik untuk tujuan bermegah. Ada orang yang dia memang sukakan kekemasan dan berpakaian elok. Akan tetapi riya’ itu ialah apabila kita menjatuhkan orang lain dan memandang hina terhadap sesama saudara. Itulah riya’. Kenapa? Kerana bila dia rasa orang lain itu hina, maka dia akan mengangkat dirinya sendiri dan dia rasakan dirinya jauh lebih baik dari orang lain.

Berbalik kepada cerita Palestin di atas, apalah sangat nak dibandingkan dengan kita ini?

Wallahu a’lam bissowab..

Palestin Bukan Milik Nenek Moyang Yahudi

Oleh: Dr Juanda Jaya


MEMANDANG wajah bayi dan kanak-kanak yang terkorban di Gaza menimbulkan perasaan amat bersalah dalam hati kerana tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan saudara yang ditindas. Soalan datang menerjah nurani keimanan, apakah bentuk bantuan paling relevan disumbangkan kepada mereka supaya kita terlepas daripada tanggungjawab sebagai Muslim di hadapan Allah SWT nanti?Mengapa kamu membiarkan agamamu diperangi? Mengapa kamu berdiam diri menonton keganasan dan kekejaman menumpahkan darah Muslimin di atas tanah suci yang melahirkan para nabi? Apakah sumbanganmu untuk agama Allah SWT, apakah perananmu memastikan kalimah Allah SWT tertegak di atas bumi tanpa penghinaan?


Tidak mampu rasanya menjawab soalan tajam umpama peluru yang mengoyak jantung hati kita. Betapa selama ini keselesaan hidup sudah melayukan semangat Islam dalam diri yang lena. Seluruh bumi Allah SWT ini adalah tanggungjawab kita, di mana seorang Muslim lahir di situlah tanah air kita. Amat menyedihkan, ramai di kalangan umat Islam yang jahil terhadap isu Palestin. Padahal, mereka cukup bijak dalam menempa kejayaan peribadi, kerjaya dan kedudukan selesa yang seharusnya mencelikkan hati nurani untuk memandang dengan serius isu kemanusiaan sejagat. Bermula daripada kesedaran memahami bahawa peperangan di Palestin adalah isu agama dan keimanan. Walaupun media sentiasa memaparkan perbalahan yang terjadi antara dua kubu Fatah dan Hamas yang seolah-olah mahu menunjukkan perebutan kuasa politik, ketamakan dan kotornya peperangan sesama umat Islam sendiri.


Tujuan media Barat memaparkan isu itu supaya umat Islam yang melihat daripada kaca televisyen berputus asa terhadap masa depan Palestin dan tidak mahu lagi campur tangan kerana letih melihat pertumpahan darah sesama Muslim yang mencalarkan imej perjuangan mereka. Padahal, isu perebutan kuasa di Gaza sebenarnya sudah selesai dengan keputusan pilihan raya yang dimenangi Hamas. Yang membangkitkan peperangan lagi adalah Israel dan sekutu kuatnya Amerika yang mahu Fatah memerintah supaya terjadi konflik berlanjutan. Sengketa Fatah dan Hamas adalah tipu daya dan rancangan busuk Israel serta sekutunya untuk menciptakan ketidakstabilan politik dalam Palestin. Juga, menipu dunia Islam supaya mereka mempersoalkan keikhlasan pejuang Palestin itu. Akhirnya, umat Islam seluruh dunia melupakan Palestin. Jika seorang Muslim yang mengikuti dari jauh kisah perjuangan Palestin sudah rasa bosan, tidak terdetik hati untuk berniat memberi sokongan dan pertolongan, maka dikhuatiri keadaan itu akan mencabut keimanan dalam hatinya.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW juga menyuruh umatnya untuk sentiasa berada dalam keadaan membela saudara muslimnya dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah SWT akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud)


Kelemahan umat Islam dalam menyampaikan maklumat sahih mengenai isu Palestin dimanfaatkan Zionis yang mampu memutarbelitkan fakta dalam berita yang mereka sebar luaskan melalui media masa. Mereka menyatakan tanah Palestin adalah milik nenek moyang mereka, sedangkan jika diteliti, sejarah dunia sudah mencatatkan pembohongan mereka itu.
Asal bangsa Palestin dikenali sebagai bangsa Kan’an dan keturunannya sudah mendiami tanah itu sejak 1500 tahun sebelum bani Israel menetap di sana.


Islam pula datang dan memerdekakan Palestin daripada cengkaman penjajahan dan berkuasa selama 1200 tahun. Sejarah tamadun Islam merekodkan pembebasan Palestin daripada cengkaman Rom pada zaman Umar bin al-Khattab. Islam memberi kedamaian selama 500 tahun di mana Kristian dan Yahudi dilindungi status kerakyatan mereka sebagai kafir Zimmi yang diberi hak sebagai warga negara.


Berdasarkan fakta penyelidikan seorang ahli akademik Yahudi sendiri bernama Arthur Koestler, lebih daripada 80 peratus Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan Palestin. Majoriti Yahudi sekarang sebenarnya berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno yang asalnya bukanlah Yahudi. Mereka mendiami bahagian utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang sudah memeluk agama Yahudi pada kurun ke-8 Masihi, mereka sepatutnya pulang ke selatan Russia bukannya Palestin. Jadi, mengapa Zionis amat berminat dengan bumi Palestin? Zionis Antarabangsa sudah merangka dengan teliti tanah jajahan yang paling strategik dan berharga dengan menciptakan negara Yahudi.


Suatu ketika mereka pernah merancang memilih Uganda sebagai jajahannya tetapi di situ tidak ada nilai sentimental seperti di Baitulmaqdis yang menyimpan sejarah Bani Israel bertapak suatu ketika dulu. Mereka juga beriman bahawa di Al-Quds akan muncul Messiah (penyelamat) dan akan mengasaskan kerajaan Yahudi yang besar seperti yang dibina oleh Sulaiman, menurut dakwaan dongeng mereka. Sikap umat Islam terhadap penjajahan Israel ke atas Palestin tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Kita wajib menentang sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan ke atas kaum Muslimin.


Ulama sedunia sudah memfatwakan haram mengakui kedaulatan Israel di bumi Palestin yang terjajah. Pada 1947, fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagikan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan negara Israel di Palestin. Pada 1956 fatwa Syaikhul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara negara. Perdamaian dengan Israel untuk merelakan mereka menindas dan membunuh kaum muslimin, perdamaian sebegini adalah haram.


Fatwa Syaikhul Azhar terkini, Syaikh Muhammad Tantawi, ulama ulung sedunia, al-Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Mesir Syaikh Nasr Farid Wasil pula menyatakan aksi serangan berani mati ke atas Yahudi penjajah adalah satu aksi jihad dan pelakunya adalah mati syahid. Antara tindakan minimum yang wajib dilakukan umat Islam di seluruh dunia adalah memboikot barangan Israel dan sekutu. Mereka juga haram menjalankan hubungan dagang dan memberi apa-apa bekalan musuh, termasuk memboikot Amerika yang juga sekutu utama Israel.


Dr Yusuf Al-Qaradawi menyatakan: “Satu riyal yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera Zionis untuk membunuh anak kecil di Palestin.” Inilah jihad minimum yang wajib dilakukan. Apakah fatwa itu mampu menggerakkan umat Islam untuk menyokong perjuangan Palestin? Setiap kali kita membaca surah al-Isra dan mengingati peristiwa Israk dan Mikraj, muncul satu pertanyaan mengenai pembabitan kita dalam isu Baitulmaqdis, adakah cukup sokongan yang diberi untuk melayakkan kita sebaris dengan mereka yang berjihad di sana?


Terdetik ketakutan atas kelalaian, memandangkan Palestin adalah tanah air kita juga kerana Rasulullah SAW sudah memberi amaran dalam hadis Baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Palestin adalah sejarah kita, perjuangan dan impian umat Islam seluruh dunia. Sudahkah kita memastikan generasi selepas kita nanti masih menjaga nilai sejarah dan kedaulatan Islam di sana? Atau anak kita akan menjadi pemuda-pemudi yang buta maklumat mengenainya? Bahkan akan melupakan cita-cita tertinggi dalam kehidupan seorang Muslim iaitu berjihad di jalan Allah SWT. Apabila sudah terhakis semangat menegakkan agama Allah SWT dalam diri generasi Islam, tidak mustahil mereka akan mengikut jejak tali barut kuffar memerangi umat Islam sendiri. Tidak peduli dengan agama, mencampakkan al-Quran dari dada mereka dan mengejek kemuliaan hadis Rasulullah SAW kerana terlalu taksub dengan kitab dari Amerika, Eropah dan bangsa lain.


Dan menjadi kewajipan umat Islam untuk menyokong Palestin dengan harta, jiwa, ilmu dan kepakaran yang diperlukan bagi sebuah negara Islam merdeka. Allah berfirman yang bermaksud:


“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15) .

Dipetik daripada blog Ustaz MKA

Ziarah Mahabbah Ke Rumah Solehah


Trip kami ke Rumah Solehah pada hari Ahad, 3 Januari 2009.

Di mana Rumah Solehah ni? Terletak di No.2, Jalan Budiman 11, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Taman Tasik Permaisuri yang indah, berdekatan dengan Masjid Saidina Othman yang tersergam, berdekatan dengan HUKM, berdekatan dengan Stadium Badminton Cheras, berdekatan dengan Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor, berdekatan dengan Maktab Perguruan Teknik dan Maktab Perguruan Ilmu khas, berdekatan dengan pejabat pusat Majlis Belia Malaysia dan yang paling penting ialah berdekatan dengan rumah saya, tapi kena naik kereta juga.

Mungkin kerana terlalu dekat, maka saya pun tidak perasan dengan kewujudan rumah ini . Alasan saya ialah kerana saya jarang keluar rumah dan tidak tahu sangat selok-belok jalan walaupun area rumah sendiri. Maka sebab itulah apabila sahabat saya Ariff menelefon kerana tersesat jalan, maka saya yang buta jalan ini telah pass kan telefon kepada emak saya.

Ziarah ini merupakan anjuran Kelab Minda Tajdid (KMT). Pelajar UIA, UITM, UTM Jalan Semarak dan beberapa main board KMT berkumpul dahulu di Masjid Saidina Othman untuk sedikit taklimat. Kami sampai di Rumah Solehah pada jam 9.45 pagi. Bersalam-salaman dan majlis dimulakan dengan ucapan pengasas rumah ini iaitu Puan Fadilah yang sudah mempunyai 5 orang cucu. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai rumah ini yang sekarang dihuni oleh lima orang wanita dan kanak-kanak seramai lebih kurang 15 orang yang menghidap penyakit AIDS.

Rumah ini sudah 10 tahun diasaskan dan penghuninya sudah 18 orang meninggal dunia akibat virus ini. Puan Fadilah juga menceritakan betapa susahnya mereka pada awal-awal penubuhan rumah ini di mana mereka kekurangan sumber kewangan dan sebagainya. Sudah banyak para misionari Kristian yang datang menghulurkan bantuan dan meminta agar sebahagian kanak-kanak di sini, dihantar ke rumah AIDS milik Kristian. Tetapi Puan Fadilah menolak dalam masa yang sama cuba mencari dana. Setelah enam bulan bermesyuarat dan berbincang dengan menteri, barulah dapat hanya sekampit beras. Akan tetapi, apabila misionari Kristian ini mendapat tahu sahaja dengan satu panggilan telefon, tak lama selepas itu sampai satu van yang sarat dengan bekalan makanan. Maka, kita boleh lihat betapa bersungguhnya orang Kristian dalam nak berdakwah kepada kita orang Islam. Mereka mengambil kesempatan ke atas orang-orang sebegini untuk menarik masuk ke dalam agama mereka. Di mana kita saat saudara seagama ini memerlukan bantuan? Tepuk dada marilah bertanya pada iman dan kemampuan.

Mak Wan pula merupakan penyelia yang tak penat-penat menguruskan rumah ini. Berusia 60 tahun tapi wajahnya kelihatan muda dari usianya. Setiap pagi dia harus menghantar kanak-kanak ini ke empat buah sekolah yang berlainan iaitu sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah kanak-kanak cacat dan sekolah kanak-kanak spastik. Mak Wan menceritakan bahawa bukan mudah kanak-kanak ini mahu ke sekolah. Akibat stigma masyarakat. Ada segelintir ibu bapa yang tidak mahu kanak-kanak ini bersekolah di sini kerana takut anak mereka terjangkit. Jadi dalam situasi begini Mak wan perlu datang berbincang dan bermesyuarat dengan ibu bapa dan guru. Manakala, murid-murid sekolah ini jika mereka tahu kanak-kanak ini menghidap penyakit AIDS, maka akan dipulaukan.

Tambahannya lagi, beliau harus mengkaji perubahan sikap kanak-kanak ini. Seperti contoh ada yang tiba-tiba murung balik dari sekolah tapi tak menceritakan apa-apa. Yang dikhuatiri jika mereka tidak mahu makan ubat. Kadang-kadang depan Mak Wan mereka makan ubat tapi selepas itu akan diluahkan semula ubat itu. Dan jika tak makan ubat, boleh mengancam kesihatan mereka dan Mak Wan akan dipersalahkan oleh doktor kerana tak beri mereka ubat.

Mak Wan menerangkan lagi kanak-kanak ini sangat berjiwa sensitif. Kita tak boleh bertutur kasar dengan mereka. Contohnya ada seorang budak apabila mak Wan nak tegur tentang kerja sekolah, Mak Wan tak marah pun cuma tertinggi sedikit suara, maka bercucuran air mata dia tak berenti-henti. Jiwa mereka sangat halus. Mereka ini adalah mangsa keadaan. Yang sesetengahnya dihantar ke sini kerana ditinggalkan ibu bapa, tak tahu ke mana menghilang. Dan ada yang kehilangan ibu bapa kerana meninggal dunia akibat virus ini. Maka kata Mak Wan, nasib merekalah yang cuba dibela. Ini bukan salah mereka. Mak Wan meminta kami melayan mereka sebaiknya. Jangan tersalah cakap atau bertanyakan soalan-soalan sensiif kepada mereka. Setiap tindakan dan gerak laku kami akan mereka perhatikan.

Mengiku rancangan awal, kami mahu mengadakan sesi bercerita kisah nabi seperti Tongkat Nabi Musa, Semut dan Sulaiman, tetapi kerana aktifnya kanak-kanak ini kisah itu tidak dapat dihabiskan. Dan akhirnya kami membuat aktiviti sendiri dengan kanak-kanak ini. Bersembang-sembang, main-main dan sebagainya. Ada seorang budak namanya Balqis berusia 10 tahun, menunjukkan kepada saya Barbie Doll dia lengkap dengan sekotak aksesori. Secara tak langsung di sini kita boleh ceritakan kat dia nanti bila Balqis dah besar tak boleh pakai macam Barbie ni. Jangan warna rambut macam Barbie ni nanti tak boleh solat Allah marah. Balqis besar nanti kena pakai tudung elok-elok barulah cantik. Dan macam-macam lagi. Mereka suka main kamera dan handphone saya untuk tangkap gambar.

Jika direnung jauh ke dalam mata mereka memang sangat kasihan. Kekurangan belaian kasih sayang. Sebab itulah mereka sangat manja dengan kami kakak-kakak dan abang-abang ni. Mereka nak kita sentuh mereka, biar duduk di atas riba, main dengan mereka. Suasana ini mengingatkan saya tentang kunjungan ke rumah anak yatim di Kuantan, ketika saya di Pusat Matrilkulasi UIA dahulu. Sangat sama, yang bezanya kanak-kanak Rumah Solehah lebih kasihan kerana mereka menghidap AIDS.

Selepas itu abang-abang pula memasang lagu nasyid berkartun kanak-kanak di laptop. Mereka sangat suka dan suruh ulang banyak kali. Pasang lagu ‘Assalamualaikum’ kumpulan Rabbani dan lagu ‘Thank You Allah’. Terkagum jugak saya sebab dorang tahu nyanyi lagu-lagu ni.

Bagi grup dewasa aktiviti halaqah dan sharing moment dijalankan. Saya tidak join sesi ini. Jadi tak dapat nak citer.

Selepas makan tengahari, bersembang-sembang dengan Mak Wan di dapur. Katanya mereka tak boleh makan makanan semalam. Maksudnya hari ni masak kena makan habis. Tak boleh simpan untuk esok. Jika tidak mereka akan cirit-birit dan muntah-muntah. Dan mereka tidak boleh makan beberapa makanan laut seperti kerang dan sebagainya.

Kunjungan kami berakhir selepas solat zohor berjemaah dan sesi tangkap gambar di hadapan Rumah Solehah. Ensha Allah kunjungan ini akan menjadi aktiviti bulanan bagi KMT. Mak Wan meminta kami datang lagi walaupun secara perseorangan untuk menjenguk mereka atau mengajar mereka beberapa matapelajaran jika ada kelapangan. Jadi sesiapa yang mahu datang ke sini untuk mencurah sedikit bakti membantu kanak-kanak ini dalam pembelajaran, adalah sangat dialu-alukan.

Itu sahaja serba sedikit yang saya dapat ceritakan. Jangan memandang serong kepada mereka. Layanlah mereka seperti orang biasa kerana mereka juga hamba Tuhan seperti kita. Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa keadaan atas kesilapan ibu bapa mereka.


p/s : saya nak bubuh gambar-gambar tapi tak tahu lah kenapa laptop ni cam tak boleh download pulak. next posting enshaAllah..

Induction dan Konvensyen


26 dan 27 Disember 2008, iaitu hari Jumaat dan Sabtu saya berinduksi di UIA. Lebih spesifik lagi Program Induksi Pimpinan WAFA iaitu Women Affairs Association. Persatuan ini satu-satunya persatuan yang keahliannya hanya terbuka kepada sisters UIA. Ada yang bertanya “Korang ni memperjuangkan feminism dan persamaan hak macam Sisters in Islam ke?” Astagfirullah. Naudzubillahi min dzalik.


Tak ade lah sampai cenggitu. Persatuan ni lebih mementingkan program yang tertumpu kepada sisters di UIA. Seperti Women’s Week di dalamnya minggu tersebut ada exhibition on women’s healthy, talk dan sebagainya. Aurah Awareness Campaign, One Trip Doing Dakwah kat Masjid Jamek dan Puduraya. Tetapi jika kuliyyah mingguan setiap semester, walaupun namanya Fiqh Mar’ah, tetap boleh dihadiri oleh brothers juga. Kita dah buat Fiqh Az-Zawaj iaitu Fiqh Perkahwinan, Fiqh Syakhsiah dan semester ini kita akan adakan Fiqh Thoharah ikut perancangannyalah. Tak tahu pula jika Biro Dakwah And Tarbiyyah nak tukar tajuk lain pula.


Sepatutnya induksi ini berakhir pada hari Ahad, 28 Disember 2008. Tetapi saya memutuskan untuk beransur diri pada hari itu untuk pergi ke Konvensyen Sunnah di UniKL Melaka. Meminta keizinan daripada Kak Syida selaku presiden WAFa dengan muka menagih simpati. Konvensyen ini dianjurkan oleh Institut Ibn Hajar. Sangat teringin nak pergi kerana tentatif induksi pada hari Ahad tidak begitu crucial secrucial hari Sabtu. Saya nak pergi konvensyen, bukan nak pergi bershopping atau makan angin.


Bertemankan Kak Fizah, Kak Hajar, Kak Raudah, kami pun keluar dari UIA pada jam 7.45 pagi kerana menunggu bas dan menunggu saya yang lambat. Kami dijemput oleh Kak Amni di Stesyen Komuter Kajang dan terus ke Melaka. Seperti biasa kami memang sinonim dengan kesesatan jalan. Sepatutnya masuk lane roundabout jam 12, kami masuk jam 3, maka tersasarlah ke jalan kampung madrasah apa entah.


Tema konvensyen tahun ini ialah “Ahlus Sunnah Wal Jamaah: Hubungan Sesama Mereka dan Hubungan Dengan Masyarakat”. Kami sampai di UniKL jam 11 pagi. Waktu itu Dato’ Seri Shahidan Kassim sedang berucap. Tak sempat mendengar ucapan wakil dari setiap negeri termasuk INTIS sendiri. Dato Seri berkata sekarang ni terlalu banyak orang mengata kita Wahabbi. Senang-senang jom kita tubuhkan sahaja institut yang diberi nama Institut Ibn Taimiyyah. Ataupun nanti akan ada taman perumahan baru di Kangar, Perlis yang boleh dinamakan sebagai Taman Muhammad Bin Abdul Wahab. Kan senang. Kalau dorang nak mengutuk biar mengutuk sampai habis. Kelakar lah Dato’. Tapi yang tu je yang sempat saya dengar.


Seterusnya ialah pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya. Ustaz sarankan agar biarlah kita ini dikenali dengan orang yang membawa panji-panji aqidah sohihah. Jadikan matlamat kita atas dasar aqidah. Jika nak tahu aqidah seseorang, tanyakan kepada di a, di mana Allah? Jawapan seharusnya ialah Allah di langit atau di arasy sebab ada hadith yang sohih. Kita tak boleh katakan Allah itu di mana-mana.


Dalam hal ni teringat Ustaz Fadhil dalam kuliyyahnya di UIA pernah sebut, bagaimana dia nak memahamkan ibunya yang percaya bahawa Allah itu ada di mana-mana. Kesimpulan cerita, dia bertanya kepada ibunya semula adakah Allah juga berada di dalam tandas? Tentulah tidak kan.
Berbalik kepada Ustaz Fathul lagi, jika kita mahu berdakwah, mestilah berhikmah. Hikmah ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya (Syeikh Said bin Ali bin Wahf Al-Qohthoni). Hikmah mempunyai tiga syarat iaitu:


1) Ilmu – Daie atau pendakwah mestilah berilmu. Inilah tunjang bagi apa-apa pun.


2) Hilm – Bijaksana. Daie mesti faham level mad’u iaitu orang yang didakwahkan.


3) Inaa’ah/ At-Ta’anni – Jangan tergesa-gesa.


Agama kita adalah tasfiyyah (penyucian) dan tarbiyyah (pendidikan). Para nabi dari dulu lagi berdakwah untuk tauhid mengesakan Allah dan aqidah yang benar. Jadi kita kena teruskan perjuangan ini. Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab mengulang mengajarkan tentang Usul Tsalasah sebanyak 30 kali yang menerangkan tentang Allah, Rasul dan agama. Sebab hanya dengan aqidah yang benar sahaja barulah umat Islam dapat disatukan. Bukan bermula dengan fiqh atau akhlaq. Dalam masa yang sama tak dinafikan akhlaq memainkan peranan penting dalam dakwah.


Ustaz juga menerangkan bagaimana dan apa yang perlu kita lakukan untuk menghubungan kita dengan masyarakat tentang sunnah.


1) Pengurusan jenazah
Sepatutnya di kawasan perumahan kita ada team atau pasukan yang boleh uruskan jenazah secara sunnah.


2) Berbekam
Berbekam adalah sunnah nabi sallallahu alaihi wasallam. Jadi harus ada di antara kita yang boleh membuka pusat rawatan yang menawarkan khidmat berbekam secara bersih dan efisyen.


3) Sekolah sunnah
Kita harus menubuhkan sekolah sunnah untu anak-anak kita supaya tidak berlaku pertembungan fikrah terhadap mereka. Kerana kadangkala jika seorang guru ini berfahaman salafi mengajar subjek agama misalnya, selepas itu masuk pula guru bahasa Melayu lalu menafikan kepada murid-murid ini tentang apa yang diajarkan oleh guru agama tadi. Jadi yang akan keliru tentulah anak-anak kita. Ustaz kata ada satu sekolah sunnah di Indonesia, dari guru besar hinggalah jaga semuanya berfahaman salafi. Kan bagus camni?


4) Bahan bacaan untu anak-anak
Ustaz kata kita asyik memikirkan bahan bacaan sunnah hanya untuk kita. Tetapi bagainmana pula dengan anak-anak kita? Kita baca buku sunnah, tetapi anak-anak diberikan buku Ciderella, Snow White, Red Riding Hood dan sebagainya. Jadi sepatutnya ada bahan bacaan sunnah sesuai untuk level kanak-kanak.


5) Kenduri kahwin
Seharusnya ada team yang mahu menjadi penanggah untuk upacara kenduri kahwin yang berlandaskan sunnah. Lelaki dan perempuan diasingkan. Tidak perlu pasang lagu-lagu, tapi ditukarkan dengan ceramah yang bermanfaat sepeerti mengapa perlu berkahwin dan sebagainya. Seperti ustaz sendiri berceramah di kenduri kahwin Ustaz MKA pada tahun lepas.

Menurut ustaz, kita jangan lari dan mengasingkan diri daripada masyarakat. Tetapi kena buat perubahan atas dasar sunnah.


Program diteruskan dengan forum yang dikendalikan oleh Ustaz (tak ingat nama). Ahli pane l ialah Ustaz Minghat Mahmut, Ustaz Abdullah Yassin dan Ustaz Adli bin Musa. Ustaz Abdullah Yassin mengeluarkan ayat Al-Quran dari Surah Ali Imran,


Ayat 19:
“Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam. Tidak berselisih orang yang telah diberi Al-kitab, kecuali setelah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian yang ada pada mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNya”


Ayat 85:
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima agama itu daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”


Ayat 102:
“ Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepadanya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”


Menurut ustaz terdapat dua jenis umat. Pertama umat dakwah iaitu golongan non muslim. Kedua, umat istijabah iaitu umat Islam yang respon terhadap dakwah. Tambahnya lagi, mengapa dalam Surah Al-Hujurat ayat 10 : “ Innamal mukminuna ikhwah..” Kenapa bukan ikhwan. Kerana mengikut maksud Bahasa Arab ikhwah membawa erti saudara kandung, manakala ikhwan pula bermaksud saudara bukan saudara kandung. Jadi dalam ayat itu Allah menyarankan bahawa orang-orang beriman itu ibarat saudara kandung..


Kesimpulan dari seluruh forum yang saya salin ialah:


· Kita kena hapuskan barriers ataupun jurang sesama muslim ni. Kita kena cintakan saudara islam walaupun berlainan manhaj atau fahaman.
· Buatlah bekalan ke akhirat. Sebaik baik-baik bekalan ialah taqwa
· Dakwah para salaf menekankan tauhid, ittiba’ dan tazkiyatun nafsi.


Sebenarnya ada banyak lagi yang disampaikan, tapi ada perkara yang saya tak faham dan tak dapat menangkap emosi situasi pada masa itu, apabila ada seorang daripada ikhwah bertanyakan soalan. Tak yahlah citer sebab saya pun tak faham. Nak explen pun tak reti.


Seterusnya selepas solat asar ada ceramah daripada Ustaz Ghazali. Yang saya ingat hanya tiga perkara ini.


1) Jangan anggap apa yang sudah digazetkan oleh Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam, adalah remeh. Seperti tahrik jari dalam tasyahhud, isbal, dan membela janggut. Jika tidak penting tentu Rasul tak sebut. Tul tak?


2) Dalam dakwah tiada tarikh kejayaan. Kita takkan tahu, maka teruskan sahaja berdakwah dan berjuang. Nabi Nuh pun berdakwah sampai 900 tahun tapi berapa kerat sahaja yang mahu ikut?


3) Dalam dakwah kena utamakan solat. Ajarkan solat juga dahulu kerana itulah perkara pertama Allah akan soalkan.


Tak habis pun ceramah kami terpaksa beransur kerana Kak Amni tak berani bermusafir malam-malam. Jadi kami pun pulang dalam keadaan highway yang sangat jammed. Singgah solat magrib di Masjid Hasaniah Bangi, tempat berprogram untuk Kem Solat Remaja nanti. Masjid yang sangat cantik. Lepas tu makan di Restoran Sharifah yang dibelanja oleh Kak Hajar. Tapi Kak Fizah dan Kak Raudah nak bayar seniri. Then, trus balik UIA dengan komuter. Sampai pada jam 12 malam.


End of story.. wallahu a’lam.

Tiga Minggu

Semester baru 2008/2009 sudah pun tiga minggu bermula. Dan tiga minggu ini jugalah saya tidak melayari internet. Dan sudah tiga minggu juga saya membela dua ekor kura-kura yang diamanahkan oleh kakak saya untuk menjaganya, sementara dia sedang sibuk dengan kursus di UiTM, Shah Alam.


Dan sudah tiga minggu jugalah saya memegang amanah orang tua agar menimba ilmu dengan sehabis daya. Semester baru azam juga baru. Sudah tidak pantas main-main lagi. Harus sentiasa fokus walaupun otak agak serabut menyertai aktiviti persatuan rasmi di kampus, mahupun bukan rasmi di luar kampus, akan tetapi rasmi pada definisi ibadah kepada Tuhan, dan rasmi pada definisi perjuangan agar teguh di atas manhaj yang diyakini.


Maka tahun baru masihi ini bisa juga mengundang hiba. Jika pemimpin berkata memerlukan pemuda-pemudi berjiwa handal berteraskan modal insan, mengapa terlalu banyak hedonisme dilambakkan di hadapan mata mereka dan mata kita? Sudah lemahkah kudrat untuk menghalang? Saya menghargai dan mengucapkan sekalung tahniah kepada sahabat-sahabat yang pergi beramar makruf nahi mungkar di beberapa red spot di ibu negara sempena ‘tahun baru’. Tidak betah agaknya jika akhawat berkeliaran di waktu malam untuk menasihat, walaupun pada hakikatnya berniat baik. Perlu juga memikirkan risiko keselamatan dan sebagainya.


Maka, LRT Putra dan Star juga memanjangkan tempoh perkhidmatan sehingga jam 2 pagi. Dengan alasan, remaja-remaja yang menyambut tahun baru itu berkeliaran di tempat-tempat itu kerana ketiadaan pengangkutan balik. Maka terjadilah perkara-perkara yang tak diingini. Bukankah lebih senang jika dihazafkan sahaja sambutan sebegini? Pada malam sambutan itu saya pulang ke rumah dengan menaiki LRT, betapa sesaknya manusia berbondong-bondong ke KLCC dan Dataran Merdeka. Polis-polis bertugas. Saya rasa kecelaruan yang amat sangat. Mengapa harus mereka bersusah payah begini?


Tak perlu diulas panjang. Semua sudah ada aqal untuk berfikir secara waras di mana rasionalnya kita menyambut tahun baru. Jika tidak dibentangkan dengan dalil-dalil yang mengharamkan sambutan tahun baru pun, kita sudah mampu melihat betapa menggunungnya mafsadah yang timbul.


Ghazah oh Ghazah! Israel la’natullahi ‘alaihim!


Khaibar-khaibar ya Yahuud!


Jaisyu Muhammad Saufa Ya3uud!


Hancur-hancur wahai yahudi!


Tentera Muhammad akan kembali!


Di sana mereka ketakutan dilontarkan dentuman, tetapi kita di sini bersorak dengan dentuman perayaan. Adakah ingin merasa sehingga dentuman itu sampai di tanah air kita baru kita akan membuka mata?


Kita ini beragama Islam. Mengapa harus jadi seperti mereka yang kafir?