Seputar Perjalanan Political Thought 1

Assalamualaikum wbt.

Home sweet home!

Aku sedang menghadap laptop ini di rumah. Senang hati. Aku dah lepas satu paper iaitu Political Thought 1 pada hari Jumaat baru ni. Alhamdulillah tak terlepas tarikh. Disebabkan betapa lambatnya aku print exam slip, maka mati-matian aku ingat exam itu pada hari Khamis. Sebab tak silap aku Dr. Danial kata hari Khamis. Exam ini decentralized sebab Sir nak pergi oversea sambung jadi Prof. Wah, hebat betul Sir aku nih. Muda lagi dah nak jadi prof. umur dia baru 35 kot.

Apa-apa pun semuanya ok. Alhamdulillah. Allah Al-Musta3an.. And the next paper will be on 1,5,6,8 November 2008. Suka hati je aku bersenang hati. Bukan apa. Dah lama rasanya tak balik rumah. Rasa tensen pulak dok UIA tak keluar-keluar. Kena sambung study jugak pasni.

Mengenai exam PoLitical Thought 1, rasa nak tergelak bila diingat semula. Tulisan! Tulisan aku ni memang la buruk. Aku mengaku. Agak seperti ayam mencakar tanah juga. Tapi memang la boleh baca. Entah. Pada mata aku tulisan aku memang tak cantik. Tak secantik tulisan Tiqah. Peduli apa aku! Huh.

Disebabkan perasan tegang dan agak menggigil juga tangan aku masa mula menulis jawapan maka aku takut kalau-kalau Sir tak dapat nak baca tulisan aku. Selepas habis soalan kujawab, lalu pada kulit answer book sebelah dalam, aku pun menulis ‘nota cinta’ untuk Sir:

“Assalamualaikum,
Sir, I wanna apologize for I’ve screwed up my writings. But this is the best writings I can perform, Sir. I hope you will be patient and ‘berlapang dada’ reading my answer sheet. Barakallau fik.. (^_~)

Hahaha. Selamba gila aku ni rupanya. Tak pe. Aku dan Sir memang kamcing. Masa amik class history dengan Dr. Hafiz sem lepas, dia ada juga berpesan. Semasa final exam janganlah menulis nota yang bukan-bukan seperti minta dikasihani bagi markah lebih. Siap bagi contoh lagi. Ada sis tu tulis agar sir jangan bagi dia fail. Nanti kena bunuh dengan parents la. Macam-macam!

Tapi aku bukannya nak minta markah lebih. Cuma nak bagi Sir bersedia sebelum sakit kepala membaca tulisan aku. Maka apakah soalan yang sudah kujwab itu? Tiga soalan 40 markah.

1. Compare the political ideas of St. Agustine and St . Aquinas on human nature and reason.
2. Explain Ibn Khladun’s concept of society and politic.
3. Explain the theory of Cicero on “ On The Commonwealth”

Lebih kureng camtu lah soklan dia. Ayat dia takde la macam ni. Aku pun memutahkan jawapan dari kepala otak aku yang rasa dah tepu. Lebih-lebih lagi baca pasal Uncle Agustine tu. Ingat senang ke nak explen? Susah beb! Aku dah terstuck beberapa kali. Setelah istighfar dan selawat2 sikit, alhamdulillah semua jalan. Di sini aku pun senang hati nak cerita serba sedikit pasal scholars yang aku dah belajar dari kelas politic ni. Political Thought 1 ni blaja ancient and medieval scholars je. Nanti dah amik PT2 nant baru blaja modern n postmodern shcolarz.

Plato – Uncle Plato, u memang comel. Aku suka u punya semangat mengembangkan ilmu di kalangan rakyat. Dan u menekankan ilmu itu kepada ruler agar dia boleh memimpin the subject. Tapi, betulkah wujud watak Socrates dalam u punya major work “ The Republic” tu?

Aristotle – Uncle Aristotle, u pun comel jugak. Aku suka bila u kata education ni penting untuk mecapai kebahagiaan, di mana kebahagiaan itulah matlamat utama bagi seorang manusia. Dan kita sekepala dalam menentang Uncle Plato punya teori pasal communism. Aku pun tak faham juga kenapa Uncle plato kata ruler tak patut owns family and property. Bukankah itu salah satu daripada fitrah? Uncle Aristotle, aku suka gak kat engkau sebab walaupun kau anak murid Uncle Plato yang setia, tapi ko tak betah untuk berselisih pendapat dengan tok guru engkau tu.

Stoic and Cicero – Mengikut timeline Plato, Aristotle and Cicero ni, sebenarnya zaman dorang ni takde agama lagi. Pagan. Tapi dorang ni suka bercakap tentang spiritual. Engku kata manusia ni secara nalurinya memerlukan antara satu sama lain untuk hidup sama-sama. Itulah teori engaku pasal commonwealth. Major works engkau “On The Commonwealth” dan “On The Law”. Semua orang sama tarafnya dan persamaan hak Semua orang has to perform the best in every field whateva position u hold, even the ruler or slave. Dan ko menekankan kepentingan pentadbiran kerajaan bercampur antara monarchy, aristocracy and democracy. Ah! Aku malas nak explen. Dah nak termuntah aku tulis jawapan dalam answer sheet ritu.


Al-Farabi
– Pak Cik Farabi, hem.. Sufism.. No comment. Aku pun dah tak ingat sangat pasal Pak Cik Farabi ni. Banyak comment pasal Aristotle’s works. Tapi dia kata pentingnya orang Islam untuk punyai sebuah negara. dan walaupun kau ni digelar Neoplatonist, tapi aku suka bila kau pun mereject Plato tentang communism. Hidup Pak Cik Farabi! Er, tapi ada sedikit kesufism nya jugak.

St. Agustine – Uncle Augustine, kenapalah kau ni pesimis sangat? Ni mesti sebab pengaruh Kristian yang kau pelopori kan? Kenapalah kau cakap sebuah negara ni terbentuk hasil daripada original sin bila Adam makan the Forbidden Apple? Dan juga bila Adam and Eve dturunkan daripada syurga. Aku pun tak faham apa yang ada dalam pemikiran kau ni. Dan kau menekankan kepantingan beragama Kristian dan gereja sebagai pusat pentadbiran. Dan kau kata Commonwealth tu sepatutnya tercipta atas dasar cintakan Jesus Christ. Ha? Bukan kerana human instinct sebagaimana Uncle Cicero cakap ritu.

St. Aquinas – Uncle Aquinas, kau ni lebih positif kot berbanding Uncle Agustine. dalam isu negara terbentuk bukan kerana original sin la. Sebab apa? Sebab kau ni secular. Cuba nak reconcile antara churh dengan government. Ni pun aku malas nak explen sebab nak termuntah aku tulis dalam answer sheet. Tapi, u ni interesting jugak sebab bertanggungjawab semasa peristiwa Renaissance dulu.

Ibn Khaldun
– Pak Cik Khaldun, ramai yang kata pak cik ni tak Islamic. Engkau seorang historian, socialist, philosopher and even an economist. Mantap! Tapi aku suka cara pakcik kritik ahli sejarawan yang tak telus dalam memberitahu maklumat. Dan banyak kontroversi pasal pakcik. Pak cik yang mengemukakan teori asabiyyah. Betapa pentingnya bagimu konsep ini agar kita dapat mencapai kemajuan dan kemenangan. Aku pernah tanya Dr Danial kenapa dia kata asabiyyah ni penting? Bukankah Rasulullah SAW has mentioned in hadith sohih, yang asabiyyah itu menolong kaumnya melakukan kezaliman.(HR Abu Daud dan Ibn Majah). “Sir, was he practicing what Rasulullah has forbidden in his hadeeth? Or he just swicth the literally meaning of asabiyyah to lead for the goodness only?” maka Sir aku pun menjawab. “ No, he doesn’t mean to the righteous only but he was just describing the human behaviour of asabiyyah, not the content as mentioned by Rasulullah. Because what we’ve studied, there were also the negative results of asabiyyah when the society is no longer unite then the dynasty fall. But dun worry. bukan u sorang je yang kata dia ni kurang Islamic. Dah ramai yang kata macam tu” Lebih kurang camtu la. Dan ada teori tentang siyasah diniah, siyasah aqliah dan lain-lain siyasah lagi. Papepun.. layann…

Al- Mawardi – Pak cik Mawardi, kau la yang paling best sebab kau menentang syiah Buwaihids tu dan menegakkan sunna, kalau tak silap aku la. PakCik Mawardi kalau nak tau, dia ni Qadi kat Baghdad. Hidup Pak Cik Mawardi! Nanti aku cari semula maklumat pasal syiah ni. Betul ke tak. Dan banyak teori dan usaha dia dalam menegakkan syariat Islam. Dia tak setuju dengan syiah dalam pemilihan khalifah melalui designation. Tapi sepatutnya kena pilih khalifah oleh orang-orang tertentu yang berkualiti dan the reigning khalifah je. Tapi sorry pakcik sebab masa exam ritu aku tak pilih soalan tentang pakcik kerana aku baca tak detail pasal tajuk wazir tu. Jadi tak tau nak jawab apa. Huhu.

Marsilius of Padua – Uncle Padua orang Paris. Belajar Medic, pastu jadi Rector kat universiti. Hebat.. Aku pun tak faham sangat pasal Padua ni kerana masa dalam kelas sir ajar tajuk ni aku faham terlebih. Banyak mengangguk. Hark2. Tapi sefaham dan seingat aku, dia ni secular. Banyak menentang Pope sampai kena expell oleh church. Kesian..

Al-Ghazali – Pak cik Ghazali ni sangat famous. Semua orang kenal dia. Dia ni ada Sufism. Mula-mula tak. Dia berubah jadik Sufism sebab dia kata kehidupan dunia ni telah mengganggu jiwa raganya untuk dekat kepad Tuhan. Ini hanya serba sedikit. Malas nak komen lagi. Buku famous dia apalagi kalau bukan Ihya’ Ulumuddin.

Ibn Taimiyyah – Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. Ustaz, aku frust sebab kami tak belajar pasal ustaz. (dengan Ibn Taimiyyah kena bersopan sikit ye panggil ustaz. Tajdid bro! Tajdid!) Disebabkan tajuk Ibn Taimiyyah ialah tajuk last sekali, maka Sir kata kita tak payah belajar sebab kertas soalan dah siap. Dan takda ditanya mengenai Ibn taimiyyah. Sedih aku. Takpe. Jom bukak Website Darul Kausar atau Al-Ahkam. Belambak maklumat tentang Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah Al-Mahbuub ladaina.

Nicollo Machiavelli – Kelas tajuk ni aku tak datang. Walaupun dalam buku nota kitorang tak sebut sangat, tapi aku tahu kau ni KEJAM!!! Aku menyampah kat kau tahap dewa tahu tak?? Bukan menyampah je, tapi benci gila sebab kau ni maha zalim! Kau dah bunuh beratus juta manusia untuk kepentingan kau! Nak tahu apa salah satu ayat dia dalam major work dia? “A ruler must possesses a brain of the fox and a heart of the lion”. Aku bengang! Ko, Hitler, Lenin, Stalin tu semua seangkatan kau. Maka, kau serta seangkatan kau aku benci walaupun korang dah mati! Sorry, aku teremosi. Aku rasa tak salah kita menghina orang yang zalim lagi takde hati perut lagi pagan! Tapi serius dorang ni zalim gila. Macam orang gila! Sila cari buku Harun Yahya “ Malapetaka Darwinisme Terhadap Kemanusiaan”. Ada je aku tulis review buku tu. Posting bulan July kot.

Al-Juwaini – Pakcik Juwaini, aku minta maaf sebab masa sir ajar tentang pakcik, aku pun tersengguk jugak. Dia berfahaman Ash’ari. He was a Persian. Aku tak ingat sangat pasal dia. Tak dapat explen panjang.


Habis la sudah scholarz yang aku belajar untuk sem ni. Aku pun heran kenapa aku suka sangat cerita pasal dorang. Tiba-tiba aku rasa seperti aku ni budak HS bukan budak BARB. Tolong!

Papepun seronok blaja pasal mereka ni! Sebab tu aku seronok nak cerita. Ini sekadar ulasan daripada kefahaman aku yang cetek ni. Mungkin ada yang terlebih perasaan aku dalam mengulas mereka. Kalau ada salah silap, saya minta maaf. Ilal liqa’..

p/s : Sorry, posting kali ini ber”aku” “engkau” pula. Sekadar merapatkan hubungan dengan pakcik-pakcik di atas. :) (tak termasuk Machiavelli ok!)

Kurang


Tangisilah diri sendiri kerana kurangnya hati mencintai Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
(terkenang kembali ayat Kak Ili)
Nian aku sedih

Adlina.. The First Mess Maker



Ini ialah gambar-gambar anak menakan saya. Anak menakan tu loghat Kedah yang bermaksud anak buah atau anak saudara. Inilah Adlina, cucu sulung dalam family saya. Sekarang umurnya 3 tahun. Anak kakak saya, Kakyong dan abang ipar saya, Abang Long. She is the first mess maker selepas kami adik beradik semua dah besar panjang. Suka buat sepah. Punggah barang sana sini. Mana taknya. Barang-barang kat atas dia bawak turun. Barang-barang kat bawah dia bawak naik atas. Barang-barang dalam kabinet kat dapur semua dia dah explore buat main masak-masak. Adoii.. yang nak mengemasnya siapa lagi kalau bukan saya selaku Mama Tikah dan Mama Waf, kakak saya. Ada pantun sesuai untuk dia : "Ada selipar di belakang pintu, budak-budak memang begitu".
Hem, silalah tengok mimik-mimik muka dia yang macam-macam ni..












Itulah dia Adlina. Suka gigit orang. Yang menjadi mangsa ialah kitorang lah mak dan ayah sedara dia. Saya pun dah kena gigit kat lengan. Tak cukup belah kiri, belah kanan pun dia nak gigit. Obviously nampak biru dan lebam. Dia gigit bukannya nak mengacah. Tapi gigit seikhlas hati pulak tu! Adoi laa..
Bila jadi cucu sulung, tahap kejelesan dia memang tinggi. Kitorang dan mak ayah saya tak boleh main dengan budak lain depan dia. Pernah sekali tu sepupu saya datang bawak anak dia, Ben, umur setahun setengah. Mak saya riba la dia. Apalagi lagi kena lempang la budak tu. Kesian! tak pasal-pasal. Dah ramai budak lain yang dah kena lempang dengan dia. Hem, tak taulah macam mana dia nak dapat adik tak lama lagi ni. Kena kepung betul-betul lepas ni!
Manja tu tak payah sebut la. Kalau kitorang marah ke atau larang dia, atau tak bagi dia benda yang dia nak, cara dia nak menang menangis je lah. Lalu mak saya yang Adlina panggil Ummi Tok pun datang membela. Biasalah tu. Cucu kesayangan! Sekarang dah pandai cakap, banyak benda dia nak sembang. Semua benda dia cerita. Layan je la.. Seronok cakap dengan di ni.
Walaubagaimanapun, itulah dia penyejuk hati, penikam kalbu. Bila dia senyum semua orang akan happy. Permata, emas, berlian, intan payung khemah jantung hati, pengubat lara, semuanya Adlina. Tok Ki, Ummi Tok, Mommy, Daddy, Ayah Nan, Ayah Ni, Mama Ash, Mama Waf, Mama Tikah, semuanya sayang dekat kakak. Semoga kakak menjadi anak yang solehah. Amiin..
p/s: Sebenarnya saya teringat kat dia. Sebab tu tengah bz buat assignment pun ada masa pulak nak posting. Heh!































So Long Dr. Asri

Rasa nak menangis bila Dr. Asri bakal bersara tak lama saja lagi. Kenapa? Dan kenapa? Kenyataan rasmi yang tak memuaskan hati. Absurdity!

Bukan mengagungkan tapi kami perlukan mufti seperti ustaz. Kenapa begitu singkat tempohnya? Rasa seperti dah terpatah sayap. Memang benar fikrah dan dakwahnya akan tetap mengalir, tetapi kuasa dan autoritinya pasti tidak akan setajam sebagaimana jawatan seorang mufti.

Terima kasih atas pandangan-pandangan ustaz yang berpaksikan prinsip. Mahal benar harga yang perlu dibayar. (mengulang kenyataan rasmi no. 9 di website beliau)

So long ustaz.. Berat kami nak menerima hakikat ini.

Beruntungnya Menjadi Seorang Muslim


Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh

Sekadar nak membuka mata bagi sesiapa yang tidak sedar. Dan sekadar nak membesarkan lagi mata bagi sesiapa yang sudah sedar. Perkara itu ialah betapa beruntungnya kita menjadi seorang Muslim/Muslimah, iaitu seorang yang beragama Islam. Kadangkala manusia takkan nampak betapa cantiknya sesuatu itu selagi dia tidak nampak betapa buruknya sesuatu yang berlawanan dengan yang indah itu.

Rumah saya dekat saja. Memang dekat kalau tak jammed naik kereta tempohnya hanya 20 minit. Kalau naik LRT dari UIA sampai di depan pintu rumah memakan masa satu jam lima belas minit. Dan jika saya sehelai sepinggang melenggang kangkung balik rumah tak bawa apa-apa barang berat, memang saya akan naik LRT.

Di dalam LRT inilah tersingkap perasaan bertuah yang sebutkan sebentar tadi. Kerana apa? Kerana di sini saya dapat melihat gelagat pelbagai manusia. Yang saya cuba fokuskan ialah mereka yang bukan Islam atau bahasa sebenarnya sebagai kafir. Cina, India, Cina Kristian, Sikh, orang putih Western. Kasihan!

Kadan-kadang saya berdiri, tapi selalunya saya dapat tempat duduk. Bila malas nak baca buku, saya pun termenung-menung la melihat mereka. Saya sering tertanya-tanya, mereka tak pernah terfikir ke apa tujuan mereka hidup ni? Adakah mereka rasa berbaloi dengan urusan dunia yang mereka kerjakan? Pergi kerja waktu pagi, balik petang, penat-penat. Dan esok melakukan perkara yang sama berulang-ulang sampai bila-bila. Mereka tak bosan ke bila terasa kosong? Apa yang mereka dapat jika mereka berlaku jujur sekalipun dalam urusan dunia? Bukannya manusia lain tahu jika mereka mahu corrupt secara senyap-senyap. Takkan berpuas hati hanya sekadar dunia? Bila dah mati habis semuanya. Macam tu ke?

Itulah perkara yang saya sering tertanya-tanya jika melihat orang kafir. Dan kasihan bila melihat kanak-kanak yang belum baligh ini hidup dalam keluarga kafir. Sangat comel dan bercahaya muka mereka. Tetapi jika sudah baligh, jadilah mereka kafir semula dan hilanglah cahaya kecomelan itu.

Lagi satu perkara ialah jika berkunjung ke hospital. Tahun lepas memang saya selalu juga berulang alik ke IJN kerana Kak Izzati iaitu anak Mak Anjang dan Pak Anjang saya, jantungnya dibedah. Tapi sekarang alhamdulillah dah ok.

Sorry to say sebenarnya saya tak sukakan hospital. Bukan kerana bau hospital. Tapi suasana hospital tu penuh kesuraman. Saya jadi sedih bila masuk hospital. Dan saya jadi bosan bila duduk menunggu giliran di kaunter ubat, menyaksikan nurse memberikan ubat sampai berplastik-plastik banyaknya. Tengok muka ibu bapa yang risaukan anak mereka yang masih kecil dibedah. Sang isteri menunggu suami sebab jantung berlubang. Macam tak patut saya berperasaan sebegini, lalu saya pun cuba melawan perasaan dan cuba membayangkan saya di tempat mereka. Dan di kala itu juga masih sempat bermenung-menung melihat orang kafir. Kepada siapa mereka berdoa? Jika mereka risau, bisa padamkah dengan membakar colok-colok?

Maka, apa bezanya kita orang Islam dengan mereka dalam situasi sebegini? Perbezaan yang sangat dan terlalu besar. Iaitu jika kita berdoa penuh harap dan yakin, Allah akan makbulkan. Jika Dia tidak makbulkan sekalipun, kita punya alasan untuk bersabar. Jika kita bersabar, pahala yang bertimbun menanti yang penting kita tidak mensyirikkan Allah. Tapi bagaimana dengan mereka? Jika mereka masih hampa “doa tak termakbul” supaya mereka sembuh, adakah berbayar beban mereka kerana bersabar? Sama sekali tidak.

Jadi, kesimpulannya ialah kehidupan kita dan oang kafir jalani secara fizikalnya adalah sama melainkan ibadah khusus. Tetapi kita memiliki “detector” yang membezakan pekerjaan seharian kita dengan mereka, iaitu ISLAM. Kerana kita orang Islam. Segala perlakuan kita walaupun serupa mereka, kita akan dinilai bergantung niat. Kita kerja, mereka pun kerja. Yang membezakannya ialah kerana apa kita bekerja? Dan setiap pekerjaan itulah bakal dinilai.

Mungkin saya tidak turun kepada masyarakat sebenar yang berbilang bangsa. Area rumah saya majoritinya Melayu. Semasa tinggal di Perlis dulu lagilah ramai Melayu. Pastu masuk sekolah agama yang tak bercampur dengan orang bukan Islam. Duduk hostel lagilah tak keluar. Maka sebab itulah mungkin ada sedikit perasaan janggal melihat orang kafir ini. Sewaktu tinggal di Sabah dulu memang lah bercampur dengan orang Kristian. Ramai orang Kristian di tempat saya. Main kejar-kejar lagi dengan depa. Malah sekolah saya bersebelah saja dengan gereja. Dari dalam kelas siap boleh nampak palang salib besar tu. Tapi disebabkan waktu tu kecil lagi, jadi tak terasa pun nak berfikiran sebegini.

Namun begitu, orang kafir yang saya maksudkan tentulah kafir dzimmi, iaitu orang kafir yang hidup tidak memerangi orang Islam. Kalau kafir seperti Yahudi Zionis itu, tak de nya saya nak kesian! Lantak depa lah.

Pada saat ini, saya amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam. Kasihan mereka. Semoga Allah memberikan hidayah ke dalam hati mereka setelah mungkin melihat kepada kehidupan yang terasa tidak bermakna. Tiada agama yang lebih tinggi daripada Islam. Dan soalan cepucemas untuk saya dan kita, apa pula peranan kita? Mulut senang berkata-kata. Adakah usaha di sebaliknya untuk menyedarkan mereka? Pang!

Wallahu ‘alam

Oh Thou, My Future Half!





Oh Thou, My Future Half or Thou My Future Spouse!

Wahai Dikau Bakal Separuhku!

Tak perlu kau jadi secantik pelakon
Cukup padaku kau sukakan aku
Begitu juga dengan keluargamu

Bukanlah kerana kau sekaya King Abdullah Fahad
Rumah sebesar mahligai, nak kemas pun aku tak larat.

Yang penting kau sayangkan aku
Selepas yang berhak kau sayangi dahulu
Makin banyak kau beri, makin banyak juga kan ku bagi

Yang penting kau sayangkan aku!
Kerna tanggungjawab terlaksana dari sayang itu.

Yang penting kau sayangkan aku!
Mengertilah wahai separuhku akan diriku..

Yang penting kau lebih sudi membimbing aku
Kerna menggunung tidak kutahu
Genggam erat tanganku atas jalan yang satu
Bukan jalan di sana dan di situ
Untuk menuju destinasi baldu
Andai jalan itu jalan yang berliku
Sudilah kau menjadi perisaiku

Itu sahaja yang kumahu..
Apa demand kah aku?

Andai aku tidak kau tunggu
Aku pun sama takkan menunggu
Jika benar kau pilihanku
Wa ilallahi tawakkaltu..

Jika kita sukar berkira
Hanya Allah menimbang tara
Jika memang ini waktunya
Tiadalah Allah menangguhkannya
Andai kita berhati luhur
Semoga Allah memudahkan juhud
Jika kau dan aku rasa tertiris
Mungkin awalnya lagi sudah tertulis
Jangan ada hati yang terhiris
Atau menangis lagi terguris

Mungkin ada mungkin tiada
Bezanya hanya cepat dan lambat
Mungkin dapat atau tak sempat
Doa kita sering terpahat
KepadaNya semata Allah As-Somad
Hatta tiba di hujung hayat
Belum tersingkap apa yang dihajat
Mungkin Allah menyediakan tempat
Taman di syurga tiada siapa melihat
Walau doa berguni-guni
Mungkin Allah sudah mengganti
Yang berguni itu di negeri nan abadi

p/s:
Puisi ini dipetik daripada website HatiSyakira dot com. Anda tidak perlu bersusah-payah mencari website ini kerana ia hanya terdapat pada pemilik blog tomatosyakira.blogspot.com. Dah lama ia tersimpan sebagai draft, baru sekarang ia disiarkan.

Mungkin puisi ini juga terdapat pada website HatiOrangLain dot com. Cuma tak dapat dikesan kerana tak dijumpai pemiliknya.

Sekian terima kasih.








Tajwid in English Version?


Bagaimana kita nak mengajar tajwid di dalam Bahasa Inggeris?

Peristiwa di bulan Ramadhan baru-baru ini yang saya kenang.

Saya pernah membaca tulisan Ustaz Hasrizal mengenai beliau perlu mengajar tajwid dalam bahasa Inggeris kepada murid-murinya di Ireland. Sewaktu membaca itu memang kuh kah kuh kah saya gelak sebab ustaz pening macam mana nak ajar mereka. Nun mati. Nak kata apa? Dead nun? Dan sekarang perkara itu terjadi kepada saya.

Selepas berbuka puasa yang dianjurkan INTIS di bangunan Admin UIA, seperti biasa saya pun pergilah bersolat di masjid yang bersebelah saja. Usai solat, baca Quran. Ketika saya berhenti membaca itulah rupanya ada seorang sister yang memerhati dan mendengar, lalu menegur saya. Dia meminta saya mengajarnya membaca Al-Quran. Ya Allah, terharunya!

Muqaddas namanya. Dia berasal dari China, tetapi dia berketurunan Turki. Course Engineering. Tengah buat Master. Yang disucikan. Namanya secantik tuannya. Biasalah. Orang Turki mana tak comel. Pertama kali saya dengar orang bernama ini. Maqdis adalah. Baitul Maqdis!

Berbalik kepada cerita tadi. Saya terharu sebab dia tak malu untuk belajar dan dia memang bersemangat nak belajar. Jika dia tak faham dia akan tanya, atau jika dia sudah faham dia akan minta kepastian. Saya dengar bacaannya. Bermula pada Surah An-Nas, saya kalau boleh tak mahu menyebut istilah Izhar halqi, ikhfa’ haqiqi, iqlab dan istilah-istilah selain itu. Saya cuma beritahu cara nak baca. Izhar tu baca macam mana tanpa menyebut nama Izhar itu.

Kenapa saya tak mahu menyebut istilah-istilah itu adalah kerana saya tidak mahu dia diserabutkan lagi. Ada sebabnya mengapa saya buat begini berdasarkan pengalaman saya belajar tajwid dari sekolah rendah lagi.

Hukum tajwid seperti Izhar, ikhfa’, iqlab, hukun nun sakinah dan mim mati mungkin mudah. Tapi bila belajar detail itu yang payah. Setelah masuk sekolah menengah lalu diulang pula. Sewaktu saya di Tingkatan Empat saya tasmi’ surah Al-Waqi’ah depan Ustazah Fudzla. Belajar tajwid, tapi saya tak berapa nak ikut pun. Lancar memang lancar. Apalagi kena sound la dengan ustazah yang sangat sifat strict dan disiplin.

“Apa yang anti baca ni? Kenapa anti tak dengung? Mim mati bertemu min baca macam mana? Nun mati bertemu ba' baca macam mana? Nun mati bertemu sin macam mana? Ana nak anti balik hafal semula bagi betul!!”

Selepas ditegur ustazah secara personal dan makan dalam itu, barulah saya terbuka mata dan baru saya nampak apa yang saya belajar selama ini. Apalagi, selepas itu memang jadi amat berhati-hati. Semasa di sekolah menengah dahulu, Ustaz Abdullah Sabu memanglah ajar dalam kelas dengan betul, cuma mungkin saya tak perasan selama ni. Dan waktu di dalam kelas waktu untuk subjek Tilawah sangat singkat dan student pula ramai. Ustaz mungkin tak mampu nak kepung semua.

Berbalik kepada cerita Muqaddas, maka sebab itulah saya lakukan begini. Saya takut dia tak nampak jika saya terlalu menekankan teori berbanding praktikal. Entahlah. Mungkin inilah yang dikatakan fobia.

Apakah praktikal yang saya maksudkan tu? Contohnya. Buka Surah An-Nas. Baca dengan dengung dan mesti beritahu dia yang pada bahagian itu kena baca dengung. Jika saya sekadar baca, mungkin dia tak nampak. Lepas tu dengar dia baca. Dari segi panjang pendek memang tegur terus. Tapi saya tak la stern sangat. Saya mahu dia nampak Quran sebenar dan dia melihat ayat dan beritahu kaedahnya dari situ, bukan dari kitab tajwid. Saya harap dia dapat gambaran.

Sebenarnya dalam nak mengajar tu pun ada juga kepeningan telah berlaku. Faktor bahasa. Orang Turki manalah nak cakap Melayu atau Arab. Dan seumur hidup saya, saya belajar tajwid dalam Bahasa Melayu. Apabila masuk UIA Gombak ini, kena ambil subjek Tilawah 1, haruslah belajar tajwid dalam Bahasa Arab. Manakala sekarang perlu ajar dalam Bahasa Inggeris. Mula-mula saya sebut nun mati sebagai "nun without the harakah". Tapi banyak kali jumpa nun mati, sakit tekak jugak nak sebut panjang-panjang. Akhirnya terkeluar jugalah "the dead nun"! Waktu saya istilahkan the dead nun itulah saya gelak sorang-sorang dalam hati. Teringat kat artikel Ustaz Hasrizal. Keh3!

Tu tak masuk lagi bab qalqalah. Macam-macam! Buat geli hati saja bila saya mereka istilahkannya kepada Bahasa Inggeris. Nak tau apa? Bounce! Kan qalqalah sebutan dia seperti melantun semula. Saya tak ingat melantun in English apa. Saya tanya Muqaddas dengan bagi contoh. Macam mana kita nak kata apabila dibaling bola ke dinding dan ia datang semula kepada kita? Melantun la tu kan.

“Do you mean bounce?” jawabnya

“Yeah, that’s the word I guess for the example. Ahadddd! Falaqqq! You must recite it with bounce. It is not just Ahad or Falaq.”

Dan saya rasa dia nampak apa yang saya maksudkan. Selepas itu dia pun baca dengan “bounce” tanpa diperingat. Apa-apalah! Asalkan dia faham.

Huhu. Dan macam-macam lagi. Saya pun banyak lagi kekurangan. Dari segi tadabburnya bagaimana? Walaubagaimanapun saya cuba memberikan apa yang saya ada. Kalau dia tak dapat banyak sekalipun, at least sikit pun jadilah. Tapi saya hanya sempat ajar dia untuk empat hari sahaja kerana UIA dah cuti raya. Dan ketahuilah bahawa selama saya bersembang-sembang dengan Muqaddas, saya terlupa nak ambil num phone dia. Ramadhan sudah tiada. Masjid UIA tetap ada. EnshaAllah akan bertemu lagi di tapak perkenalan ramai saudara seagama ini.

Mungkin sahabat-sahabat ada apa-apa cadangan nak mempermudahkan pengajaran Al-Quran?

Ya Allah semoga dia faham!

Wallahu a’lam bissowab..