Testing



Ramadhan Kareem. Cuaca Ramadhan yang sentiasa terasa sejuk. Allah rahmat.


Entah kenapa sejak akhir-akhir ini saya kurang nak menulis dalam blog. Dah sangat lama tak pedulikan ia lagi. Dan saya tahu bila saya tak menulis pasti akan ada yang tak kena pada diri saya. Saya dah tahu bahwa menulis itu boleh merawat perasaan.


Perempuan. Dia suka menceritakan macam-macam. Sebab itulah kalau lihat blog perempuan, kisah-kisah yang diceritakan lebih terperinci daripada blog lelaki. Kerana perempuan suka berkongsi. Dia tak gemar memendam perasaan.


Betul ke ada kajian yan mengatakan bahwa lelaki lebih mudah diserang penyakit strok berbanding perempuan kerana lelaki lebih banyak memendam?


Berkongsilah walaupun tak mendapat solusi daripada masalahnya. Sedikit sebanyak ia dapat menghilangkan lara dalam hati.


Sesetengah pula suka menulis puisi. Contohnya jika saya sedih, secara automatiknya saya akan menulis puisi atau sajak. Yang kadangkala oran pun tak faham apa yang saya nak sampaikan. Tak kesah. Yang penting saya luahkan isi hati, dan hanya difahami secara samar-samar.


Kalau perkara sedih pun mahu diceritakan, apatah lagi jika ada peristiwa yang menggembirakan. Lagilah dia mahu bercerita. Kalau rajin..


.............................


Saya rasa saya sudah kembali kepada bahasa normal.


Posting untuk testing saja. :) pulang dari fobia dikutuk orang. Kenapa orang suka mengutuk orang ya?



5 kata-kata mereka:

salam'alaikum

salam ramadhan kareem

 

kenapa orang suka mengutuk orang ya..?? hm... satu persoalan yang mungkin variasi jawapannya..

ada yg tidak sedar sebenarnya diri sedang mengutuk..

ada yg memang mahu mengutuk kerana penyakit yg ada pada hatinya..

mcm2 lagi.. tapi buat yg menerima kutukan, sabar jela ye.. huuu...

 

Dr Fadzillah Kamsah pernah menyentuh bab perempuan suka membebel (termasuk bercerita kot) ni. he said that, perempuan mmg sifatnya suka meluah, samada dalam bentuk bebelan atau cerita, atau apa sahaja. dan lelaki pula jenis yang mendengar dan menerima). kudrat perempuan untuk menyimpan 'sesuatu' terlalu lemah. sebab itu mereka cenderung untuk bercerita, membebel. atau, kalau kita tgk, perempuan yang lebih rajin untuk buat 'check list' berbanding lelaki. salah satu sebab, daya ingatan perempuan ni lemah. ni kajian yang Dr Fadzillah Kamsah kongsikan lah. hehe

cuba bayangkan dalam dunia ni (rumahtangga khususnya), kalau lelaki dan perempuan sama2 membebel atau sama2 diam. haru biru..

 

nur fragrant musk a.k.a wana,

salam ramadhan kareem. Allahu akram!

mi ji da:

hehe.. diriku sudah lama bersabar! kritik la jgn kutuk. kritik itu membina, tapi kutuk itu menjatuhkan. tul tak?

tapi ada orang suka krutuk!

kak wani:

wah3... panjang lebar sungguh explenantion mu kak..
tapi dirimulah orang yang sentiasa mendengar celoteh ku..

dalam rumah tangga saya nanti, agak2 la kan, sape yang kena diam, dan sape yang kena banyak celoteh?

hehe

 

sebenarnya, saya lihat saya dikutuk sedikit, dan saya juga lihat ada orang yang dikutuk.

sang pengutuk itu terlalu mengikut perasaan dan menghukum dengan melulu..

sedih saya tengok camni..

sob3..