Semester

Kosa kata:

Hatif= telefon bimbit

Pertarungan baru sudah bermula. Semester 1,2009/2010 menjelma. Credit Hour 17 sahaja. Tiada subjek dalam Bahasa Inggeris kerana tiada satu pun subjek Politik yang diambil sem ini. Semuanya subjek dalam Bahasa Arab. Mahu berehat dari politik gara-gara merajuk barangkali. Politik teori dan politik realiti. Antara idealis dan realis. Bagaimana dengan Manek Urai?

Sebelum buka semester,

Kami diajar cara berdakwah yang efektif. Cara berkomunikasi dengan berhemah. Apa yang saya lihat adalah mesti ringankan mulut untuk bercakap. Duduk di mana-mana usah rasa malu untuk beramah mesra dengan manusia sekeliling khususnya sesama jantina. Matlamat dakwah. Bagaimana mahu berdakwah jika tidak membuka jalan? Jalannya dalah dengan mulakan bicara. Bak kata penceramah iaitu Saudara Fadzli Yusof, alangkah bagusnya jika kita dapat mengenali lebih ramai orang.

Mungkin adakalanya sesetengah daripada kita tidak punya masalah, tapi selebihnya mungkin punya. Adakalanya bukan kerana tidak mahu berbicara, tapi tiada rasa untuk mengeluarkan suara dek berfikir. Mungkin berfikir tentang masalah. Lantaran itu masalah tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi ekspresi wajah. Ada manusia yang pintar menyembunyikan perasaan, lalu pada wajahnya hanya biasa seperti tiada apa-apa. Namun ada juga yang sangat mudah dibaca isi hatinya kerana ia terpancar jelas pada wajah.

Katanya lagi kita mesti bijak menentukan hala hidup. Kenali diri sendiri. Terokai nilai yang ada dalam diri. Apa sebenarnya yang kita minat. Apa personaliti sebenar. Kita akan menjadi lebih hebat dari apa yang kita sangka.

Seterusnya ialah pembelian buku-buku penceramah ini. Saya cuma membantu dia meningkatkan jualan, dan paling penting saya membantu diri sendiri. Jika diri sudah terbantu, mungkin bisa disalur telepati ini kepada saudara yang lain.

Dan banyak lagi yang diajar, apa yang penting? Praktikkan ia.

Sebelum buka semester,

Ada sahabat pernah berkata bahawa saya ini berpenyakit short term memory lost. Mudah lupa bawa charger hatif apabila pulang rumah atau ke program. Saat itu saya kira itu hanyalah gurauan. Akhirnya saya sudah melihat realiti yang menggerunkan apabila pada waktu subuh hari kedua program berdakwah itu, hatif meraung-raung dipanggil kanda.

“Kandamu kemalangan. Ingatan jangka pendeknya hilang. Setiap lima minit dia bertanyakan soalan yang sama, dan dia tidak ingat bahawa dia sudah bertanya akan soalan itu.”

Kesimpulannya, saya baru percaya bahawa penyakit ini benar-benar wujud. Dan terlihat suatu filem yang mengesahkan ia. Saya tidak akan main-main lagi. Kanda sudah sihat, tinggal luka-luka jejak kemalangan masih ada.

Semester baru.

Fokus. Noktah.

0 kata-kata mereka: