Aikido.. The Way Of Harmony


Aikido.. The Way Of Harmony
Ingat saya tak sayangkan aikido ke? Saya sangat sayangkan martial art ni. Sangat lembut, tak guna banyak strength. Kalau awak bertubuh kecil pun awak boleh tumbangkan orang yang lebih besar dari awak. tak kisah awak gemuk atau kurus awak boleh join yang penting stamina kena ada.
Aikido berasal dari Jepun. Morihei Ueshiba ialah sensei selepas sensei yang dah tua saya tak ingat nama dia. Sensei ialah gelaran kami panggil kepada tok guru yang mengajar, memang maksudnya cikgu. Agak kagum juga lihat pakcik dah tua-tua pun masih kuat untuk buat martial art ni. Dia ada banyak cabang. Aikikai , Kaishin kai, San do kai, Yoshinkan, Shitokan, Aikikenryukai dan lain-lain lagi. Di UIA ni Aikido Aikikai. Orang Barat pun banyak yang join benda ni. Siapa kenal Steven Seagal, Hollywood star tu, dia adalah salah satu tokoh juga dalam aikido.
Aikido bukan teknik melawan atau menyerang orang. Bukan juga menahan serangan. Tapi ialah suatu teknik yang bermain dengan sendi lawan. Pergelangan tangan pihak lawan, bahu dan lengan. Kalau awak dapat pegang sendi-sendi ni, pihak lawan sudah takkan mampu bergerak. Jadi apabila pihak lawan menyerang kita, kita akan mengelak dan tangkap tangan dia, tak perlu melawan atau menahan diri. Tapi teruskan sahaja gerakan dia dan kilas tangannya ke suatu sudut yang dia akan takkan dapat melawan kita. Ini adalah definisi saya sebagai orang yang masih baru dan setahun jagung dalam aikido.
Menarik bukan? Dia tak seperti tae kwon do, karate atau silat yang memerlukan kekuatan yang padu. Aikido tidak begitu memenatkan. Cuma semasa warming up memang letih la. Aikido teknik boleh baling-baling orang. Kalau nak tahu macam mana silalah tanya pada pakcik Youtube. Ada cara jatuh yang betul agar kita tak sakit. Orang yang belajar akan tahu. Tapi kalau apply kepada outsider yang tak tahu, memang sakit gila. Ingat lagi ketika first time belajar, memang lebam-lebam dah badan saya sewaktu balik training.
Kena rolling cara yang betul, back rolling, flip, kena jaga postur tulang belakang. Sensei selalu marah kalau kami duduk secara bongkok. Macam mana nak luruskan tulang belakang ialah, bayangkan ada orang sedang cucuk pisau kat belakang awak. Takkan la awak nak bongkok kan?
Yang menariknya semua pelajar atau sensei, pakai tali pinggang berwarna putih. Tidak ada perbezaan warna tali pinggang mengikut level-level tertentu. Daripada serendah-rendah level, sehinggalah setinggi-tinggi level, semuanya belt putih. Dan kain seluar longgar warna hitam, separas pinggang yang dipakai di luar gi (nama baju aikido), dinamakan hakama, sangat cantik dan smart serta elegen. Tapi harga pun elegen juga kerana kain dia buatan Jepun. RM 100 atau RM200. Tapi selalunya hakama ni dipakai sensei ataupun orang dah level tinggi. Sebenarnya sensei menggalakkan semua level pakai hakama supaya kita lebih bersemangat. Tapi, mahal babe! Tak de duit nak beli.
Namun, sekarang sudah tidak lagi. Tak sempat habis saya sudah mengambil keputusan untuk quit. Baju dia masih ada dan masih putih bersih. Belt pun masih sedikit keras lagi. Sebenarnya sudah dua semester saya quit. Sampai sekarang saya masih terkenang-kenang aikido. Kenapa saya quit ya? Adalah sebab-sebab tertentu. Mungkin jika ada training class untu sister sahaja, saya akan join semula. Benar. Dari matrik UIA lagi saya join aikido.

Antara faktor ialah training telah clash dengan kuliyah ustaz Fathul Bari, ustaz Roesfan pada waktu itu. Jadi saya rasa saya lebih sayang dan perlukan ilmu agama berbanding ilmu mempertahankan diri. Cukuplah jika saya dapat sedikit basic daripada aikido. At least saya tahu jika saya diserang orang jahat (naudzu billahi min dzalik), ensha Allah saya cuba apply yang sedikit ni.
Sahabat-sahabat ada yang kata saya mudah jatuh semangat setelah fail dulu. Mungkin ya mungkin tidak. Teringat perbualan dengan ustaz saya bila saya tanyakan hukum perempuan sertai martial art begini (ada brothers). Ustaz kata tak semua keadaan. Contohnya jika kita ni ada situasi-situasi yang memerlukan kita tahu martial art,seperti jika perlu pulang seorang diri di tengah malam dan sebagainya, jadi perlu belajar. Tapi jika aman tak perlu lah.

Tapi pendapat saya ialah perempuan perlu sertai martial art kerana keadaan sekarang yang kurang selamat yang tidak dijangka-jangka. Doa tetap doa. Tapi ikhtiar belajar pun mesti ada. Banyak kes terjadi pasti mengundang risau di kalangan kita bukan? Tapi saya harap suatu hari nanti kawan saya akan tubuhkan kelas hanya untuk sisters. Chayok Husna! (if u read diz).
Dan sekarang sudah dua semester saya tak turun training. Kenangan masih tersimpan rapi. Sayonara aikido.. Sayonara dayi sukina hito. (selamat tinggal kekasih yang kucintai. Lebih kurang cenggitu lah maksudnya)

1 kata-kata mereka:

nice! suka sangat bace post akak yg ni..and for ur info, sy aikidoka jgk..hehe new generation..pengalaman akak mula2 masuk akido same mcm sy smpai luka kecil bahu kanan. tp tu tak mematahkan semangat sy. after all, i'm still in love with aikido =)