Exam-Examku

EXAM-EXAM KU SEM 2 TAHUN KEDUA PENGAJIAN KAT UIA NIH:

30 MARCH 2009 - 2ND MIDTERM ULUM HADITH, , 2PM

1 APRIL 2009 - FINAL EXAM BAYAN, 9AM

3 APRIL 2009 - FINAL EXAM NUSUS SYE3RIYYAH, 9AM

3 APRIL 2009 - FINAL EXAM CREATIVE THINKING, 3PM

5 APRL 2009 - FINAL EXAM ULUM HADITH, 3PM

17 APRIL 2009 - FINAL EXAM NAHU 3, 9AM

17 APRIL 2009 - FINAL EXAM COMPARATIVE POLITICS, 3PM

........................

I feel like choking!

.........................

Ada lagi 4 sem panjang, dan 2 sem pendek, sebelum berakhirnya degree ku.

Setiap exam yang melanda menandakan bertambahnya waktu yang sudah berlalu, dan berkuranglah hayatku di UIA.

Oleh itu, marilah aku nikmati setiap detikku di sini. Sebelum mengenang-ngenang bila dah melangkah keluar nanti.

Live life the fullest! (tapi kena parallel la dgn syariat. jangan bantai semua walaupun kengkadang rasa nak bantai je. mujahadah2 ^_^)

Promosi Cinta Terhebat

Nampaknya “Qalam sudah lama tidak berbicara”.

Sepanjang kesenyapan qalam itu, banyak rupanya perkara yang berlaku. Kenikmatan yang melimpah, kegembiraan yang juga merupakan suatu ujian, bukan sekadar susah saja dinamakan ujian. Banyak benar nikmat Tuhan yang kita terima. Iman, Islam yang ada. Malah udara yang dihirup ini juga nikmat ‘biasa’ yang sudah kerap didapati sehingga kita terlupa untuk mengungkapkan syukur.

Barangkali kerana ‘rapatnya’ kita dengan nikmat-nikmat yang dianggap sudah serasi lagi biasa itu, maka manusia ini memerlukan nikmat yang luar biasa agaknya supaya dia sedar betapa Pemurahnya Sang Pemberi Nikmat. Betapa Pengasihnya Sang Pemberi Rezeki tak putus-putus.

Begitu jugalah pemilik qalam yang hina ini, segunung dan selautan dosa namun Tuhan tetap Pemurah kepadanya. Keharuan yang terlalu sehingga tersungkur di ambang syukur. Itulah nikmat luar biasa yang dia maksudkan.

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah lah (datangnya)..” (An-Nahl : 53)

Terasa bahagia kerana doa kita selama ini dimakbulkan Allah Subhanahu Wa Taala. Dengan rahmat dan belasnya, mahu juga Dia melunaskan permintaan kita yang kerdil ini. Marilah berdoa dengan kehadiran hati.

Buat sahabat yang sedang dilanda duka akibat kehilangan, bersabarlah. Segalanya adalah ujian daripada Allah. Apa yang kita ada, bukan mutlaknya milik kita.

“Dan sungguh Kami akan berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raji3uun*” (Al-Baqarah :155-156)

*Ertinya: kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali.

Buat sahabat yang meluahkan masalah hati dan cinta, bertenanglah. Jika sudah tertulis di Lauh Mahfuz, maka bersatu jua dua hati suatu hari nanti. Usah gusar kerana masa dan siapa Dia Yang Lebih Tahu.

Kerana pemilik qalam yang sudah lama tidak berbicara ini terasa ingin melakukan suatu promosi. Promosi cinta terhebat dari Allah Yang Maha Esa lagi Maha Penyayang..

Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil a3zhim..

Mencari Jalan Kembali-Masih Ada Yang Sayang


Jauh sudah perjalananmu

Menurut langkah kaki, mengikut kata hati

Jalan hidup yang dirasakan murni

Membawa diri ke alam mimpi

Masih adakah sinar menanti di hujung jalan ini

Atau perlu kau cari jalan untuk kembali?


Di mana jalan pulang yang dicari

Jalan kanan ataupun kiri

Atau lurus tak berbelok lagi?


Engkau memandang sekeliling

Merenung ke langit sepi

Mengapa bumi tempat berdiri terasa asing

Sedangkan di sini ibu pertiwi


Hidup ini memang celaru

Jika tiada iman di kalbu

Menyuluh jalan yang gelap berliku


Jalan kembali perlu dicari

Walau menempuh onak dan duri

Tersesat sekali bukan beerti tewas abadi

Menyalahkan takdir menunggu mati


Biar langkah bertatih, bukan meratap sedih

Semadikan detik hitam kelmarin dalam sejarah

Semoga esok terbit pelangi nan indah


Setinggi gunung seluas lautan

Kami penyeru penuh harapan

Kembalilah ke pangkal jalan

Usah bimbang berhati walang

Kerana di sini

MASIH ADA YANG SAYANG


Nukilan : Baharuddin bin Idris

Kompleks Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur. 27 Mei 2008

Sajak ini dideklamasikan oleh Y.B. Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sempena Program Salam Hadhari JAWI & MAIWP : Masih Ada Yang Sayang pada 8 Jun 2008, bertempat di Lorong Haji Taib 3, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur

Aikido.. The Way Of Harmony


Aikido.. The Way Of Harmony
Ingat saya tak sayangkan aikido ke? Saya sangat sayangkan martial art ni. Sangat lembut, tak guna banyak strength. Kalau awak bertubuh kecil pun awak boleh tumbangkan orang yang lebih besar dari awak. tak kisah awak gemuk atau kurus awak boleh join yang penting stamina kena ada.
Aikido berasal dari Jepun. Morihei Ueshiba ialah sensei selepas sensei yang dah tua saya tak ingat nama dia. Sensei ialah gelaran kami panggil kepada tok guru yang mengajar, memang maksudnya cikgu. Agak kagum juga lihat pakcik dah tua-tua pun masih kuat untuk buat martial art ni. Dia ada banyak cabang. Aikikai , Kaishin kai, San do kai, Yoshinkan, Shitokan, Aikikenryukai dan lain-lain lagi. Di UIA ni Aikido Aikikai. Orang Barat pun banyak yang join benda ni. Siapa kenal Steven Seagal, Hollywood star tu, dia adalah salah satu tokoh juga dalam aikido.
Aikido bukan teknik melawan atau menyerang orang. Bukan juga menahan serangan. Tapi ialah suatu teknik yang bermain dengan sendi lawan. Pergelangan tangan pihak lawan, bahu dan lengan. Kalau awak dapat pegang sendi-sendi ni, pihak lawan sudah takkan mampu bergerak. Jadi apabila pihak lawan menyerang kita, kita akan mengelak dan tangkap tangan dia, tak perlu melawan atau menahan diri. Tapi teruskan sahaja gerakan dia dan kilas tangannya ke suatu sudut yang dia akan takkan dapat melawan kita. Ini adalah definisi saya sebagai orang yang masih baru dan setahun jagung dalam aikido.
Menarik bukan? Dia tak seperti tae kwon do, karate atau silat yang memerlukan kekuatan yang padu. Aikido tidak begitu memenatkan. Cuma semasa warming up memang letih la. Aikido teknik boleh baling-baling orang. Kalau nak tahu macam mana silalah tanya pada pakcik Youtube. Ada cara jatuh yang betul agar kita tak sakit. Orang yang belajar akan tahu. Tapi kalau apply kepada outsider yang tak tahu, memang sakit gila. Ingat lagi ketika first time belajar, memang lebam-lebam dah badan saya sewaktu balik training.
Kena rolling cara yang betul, back rolling, flip, kena jaga postur tulang belakang. Sensei selalu marah kalau kami duduk secara bongkok. Macam mana nak luruskan tulang belakang ialah, bayangkan ada orang sedang cucuk pisau kat belakang awak. Takkan la awak nak bongkok kan?
Yang menariknya semua pelajar atau sensei, pakai tali pinggang berwarna putih. Tidak ada perbezaan warna tali pinggang mengikut level-level tertentu. Daripada serendah-rendah level, sehinggalah setinggi-tinggi level, semuanya belt putih. Dan kain seluar longgar warna hitam, separas pinggang yang dipakai di luar gi (nama baju aikido), dinamakan hakama, sangat cantik dan smart serta elegen. Tapi harga pun elegen juga kerana kain dia buatan Jepun. RM 100 atau RM200. Tapi selalunya hakama ni dipakai sensei ataupun orang dah level tinggi. Sebenarnya sensei menggalakkan semua level pakai hakama supaya kita lebih bersemangat. Tapi, mahal babe! Tak de duit nak beli.
Namun, sekarang sudah tidak lagi. Tak sempat habis saya sudah mengambil keputusan untuk quit. Baju dia masih ada dan masih putih bersih. Belt pun masih sedikit keras lagi. Sebenarnya sudah dua semester saya quit. Sampai sekarang saya masih terkenang-kenang aikido. Kenapa saya quit ya? Adalah sebab-sebab tertentu. Mungkin jika ada training class untu sister sahaja, saya akan join semula. Benar. Dari matrik UIA lagi saya join aikido.

Antara faktor ialah training telah clash dengan kuliyah ustaz Fathul Bari, ustaz Roesfan pada waktu itu. Jadi saya rasa saya lebih sayang dan perlukan ilmu agama berbanding ilmu mempertahankan diri. Cukuplah jika saya dapat sedikit basic daripada aikido. At least saya tahu jika saya diserang orang jahat (naudzu billahi min dzalik), ensha Allah saya cuba apply yang sedikit ni.
Sahabat-sahabat ada yang kata saya mudah jatuh semangat setelah fail dulu. Mungkin ya mungkin tidak. Teringat perbualan dengan ustaz saya bila saya tanyakan hukum perempuan sertai martial art begini (ada brothers). Ustaz kata tak semua keadaan. Contohnya jika kita ni ada situasi-situasi yang memerlukan kita tahu martial art,seperti jika perlu pulang seorang diri di tengah malam dan sebagainya, jadi perlu belajar. Tapi jika aman tak perlu lah.

Tapi pendapat saya ialah perempuan perlu sertai martial art kerana keadaan sekarang yang kurang selamat yang tidak dijangka-jangka. Doa tetap doa. Tapi ikhtiar belajar pun mesti ada. Banyak kes terjadi pasti mengundang risau di kalangan kita bukan? Tapi saya harap suatu hari nanti kawan saya akan tubuhkan kelas hanya untuk sisters. Chayok Husna! (if u read diz).
Dan sekarang sudah dua semester saya tak turun training. Kenangan masih tersimpan rapi. Sayonara aikido.. Sayonara dayi sukina hito. (selamat tinggal kekasih yang kucintai. Lebih kurang cenggitu lah maksudnya)