Tak terluah dengan kata-kata
sebuah masterpiece
Shakirah
pada
Thursday, August 23, 2007
Kadangkala ada perkara dalam dunia ni yang kita nak lafazkan tapi tetap tak terluah dengan kata-kata. Benda tu terpaksa kita simpan sendiri dan hanya Allah je yang tahu betapa peritnya ia. Tapi Allah jualah satu-satunya Yang Memahami perasaan kita yang tak terluah itu. Sebab bila kita cuba nak meluahkan kepada manusia mungkin ibu bapa, adik beradik atau kawan-kawan, kita tak akan berpuas hati. Kerana mungkin kita tersalah menyusun bahasa atau memang tidak tahu cara menyusun bahasa sampaikan mereka sendiri yang akan salah faham dengan apa yang kita cuba nak ungkapkan tu. Jadi sebaik2 pendengar ialah Allah swt. Kerana jika kita tersilap cakap atau kurang mahir menyusun ayat sekalipun, Dia tetap faham apa yang kita maksudkan. Menagis, meratap dan merayulah kepada Allah. Walaupun kita tahu tak akan ada bahasa terus yang akan Allah jawab kepada kita mengenai kegusaran itu, tapi cara lain Allah akan sampaikan. Iaitu dengan cara Dia menghantar seseorang untuk membantu kita. Seperti yang disebutkan tadi mungkin dia akan kurang faham tetapi, enshallah setelah kita memohon kepada Allah, Dia akan memudahkan segalanya bagi kita yang lemah lagi kerdil nih. Justeru, point utama yang nak disampaikan di sini ialah, apa2 pun pertamanya kita mesti minta pertolongan daripada Allah dahulu. Tak kira susah atau senang. Allah tak pernah kecewakan hambaNya2. Jadi jangan risau. La tahzan innallah ma'ana....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kata-kata mereka:
Post a Comment