Wahai Syiah, Kita Boleh Bersatu!

Wahai Syiah, kita boleh bersatu jika kamu ikut Sunnah seperti kami!


Sifirku mudah. Jika wanita atau lelaki itu Sunni, dia kelihatan cantik dan kacak di mataku. Akan tetapi, jika dia wanita atau lelaki Syi’e, segalanya akan terbalik 180 darjah.


Dia memang kacak, tapi sudah hilang kekacakannya pada mataku. Tolonglah jangan menyokong dakyah Syiah di hadapanku.


Di dalam kelas nombor 17 di bangunan Human Science, aku faham Sir cuba mengharmonikan suasana yang terasa tegang. Kedudukanku di hadapan sekali, dan lelaki Iraq itu di belakang sekali. Hanya suaraku, suara dia dan suara Sir sahaja yang kedengaran di dalam kelas itu.


Aku bertanya Sir,


“ Sir, Syeikh Jamaluddin Al-Afghani hakikatnya seorang Syi’e, jika kita lihat pada perjuangan beliau untuk menyatukan Sunni dan Syi’e, saya cuma nak bertanya, adakah bisa Sunni dan Syi’e ini bersatu? Bukankah mereka telah membunuh ramai puak Sunni?


Lelaki Iraq itu pun mencelah,


“Sister, pembunuhan yang berlaku bukan kerana awak Sunni atau Syi’e, tetapi ia adalah kerana pergolakan politik yang terjadi. Bukan bermaksud jika awak ialah Sunni, lalu di hadapan Syi'e maka dia akan menetak awak. Segalanya hanya pergeseran politik sahaja”


Dan banyak lagi yang dia sebutkan untuk mempertahankan Syiah itu.


Huh, kalau sekadar pergolakan politik, kenapa ulama’ Sunni juga harus dibunuh?


Aku ingin melontarkannya tapi suara tersangkut kerana masa tidak mengizinkan untuk perbincangan lanjut, dan kelas harus disambung untuk presentasi tajuk seterusnya iaitu tentang Syeikh Muhammad Abduh.


Ayat terakhir dia:


“Sir, kita boleh mengamalkan nikah mut’ah”


Aku hanya berpura-pura tersenyum dan mengangguk-angguk, tapi dalam hati Allah SWT saja yang tahu betapa jantungku rasa nak meletup. Tersenyum untuk menjaga air mukaku di hadapan Sir dan rakan-rakan, bukan untuk menjaga perasaan dia.


Mukaku sudah terasa panas. Aku tahu Sir telah mengesan perubahan riak di wajah semenjak soalan pertama kulontarkan lagi. Dan rakan-rakanku sudah terdiam mendengar soalanku yang kelihatannya seperti memecah belahkan umat dan ingkar kepada penyatuan.


Memang benar aku ingkar kepada penyatuan Sunni dan Sy’ie. Sunni dan Syi’e boleh bersatu hanya dengan syarat : ikutlah Sunnah seperti kami, barulah kita boleh bersatu.


Aku terasa beremosi bila terdengar mengenai Syia’ah. Memang sudah lama aku tidak mengendahkan mereka. Aku sangka aku sudah sembuh dari luka. Sudah terluka semenjak aku kenal Syiah dua tahun lalu.


Hakikatnya, aku mahu melupakan Syiah. Tapi taqdir Allah menemukan aku dengan figura kesyiahannya menjadikan aku kembali alert bahawa aku sebenarnya takkan rasa aman dengan mereka.


Selama satu semester aku ceria dan bahagia belajar di kelas itu, tapi pada hari itu euforia di dalam kelas tersebut seperti diragut oleh perkataan Syi’ah. Lagi dirobek dengan sokongan lelaki itu terhadap pegangan Syiah. Sungguh tak kusangka.


Berjalan ke kelas seterusnya di bangunan Education. Otakku ligat memikirkan suasana di kelas tadi. Jenuh otakku berfikir. Apakah erti Islam di sisi Syiah sebenarnya? Islamkah jika mereka menghina Nabiku Sallahu Alaihi Wasallam? Islamkah lagi jika mereka mencaci sahabat Nabiku ridwanullahi Alaihim?


Perkara yang paling pokok lagi asas ini pun sudah lebih dari cukup untuk dijadikan kayu ukur samada patutkah lagi kita mengikut Syiah? Tak sampai pemikiranku bagaimana mereka boleh menerima dakyah-dakyah sebegini. Menolak dan mengutuk sahabat yang paling dekat dengan Nabi, mencaci sahabat utama yang mewarisi Islam itu dari Nabi, maka apakah makna Islam di sisi Syiah sebenarnya??


Ada seseorang yang pernah menyebut kepadaku, bila aku menceritakan kejelekan Syiah:


“Buat apalah kita dok kisah lagi tentang Syiah tu. Memang sejak berkurun lagi kita dah tahu dorang tu memang sesat, Malaysia pun tak iktiraf Syiah di sini. Jadi tak perlu ambil peduli tentang mereka lagi. Biarkan saja.”


Sesungguhnya, aku mengambil peduli tentang mereka bukan kerana aku mengambil berat urusan mereka . Aku mengambil peduli kerana aku mahu menjaga aqidahku. Aqidah kita yang sebenar. Supaya kita tahu di mana salahnya Syia’ah dan supaya kita berhati-hati dengan susup-sasap mereka yang halus meracuni Islam kita yang hakiki. Supaya tak terjerumus ke lembah sesat seperti mereka.


Samalah juga seperti orang yang belajar jurusan perbandingan agama atau Comparative Religion.


“Buat apalah sibuk-sibuk nak tahu tentang agama Kristian, Hindu, Buddha yang memang sah-sah kafir tu? Islam lah yang betulnya, kenapa nak heran belajar Bible mereka pula?”


Maka, ketahuilah sesungguhnya kita belajar tentang agama selain Islam itu adalah semata-mata mahu mengenali Islam yang sebenarnya. Untuk lihat betapa cantik dan sucinya Islam. Kita takkan nampak nilai suatu perkara itu, melainkan setelah kita nampak betapa buruknya perkara selainnya. Kita mungkin tak nampak betapa indahnya Islam jika kita tak nampak betapa hodohnya agama lain itu. Supaya kita tahu di mana salah mereka lalu kita tidak akan melakukan sepertimana mereka lakukan yang boleh merosakkan aqidah kita. Mengertikah? Masih belum nampakkah lagi kepentingan menjaga aqidah sohihah?


Kelas nombor 3 di bangunan Education. Kelas terakhir untuk petang ini. Aku menunggu ustaz di luar kelas. Memandang jauh ke sungai.


Serasa nak kucampakkan sahaja lelaki Iraq itu ke dalam sungai ini!


Mendidih masih belum habis . Apa salahnya aku mendidih? Mereka dah menginjak-injakkan orang yang paling aku cinta.


“Shakirah kenapa termenung kat luar ni? Macam tengah tunggu suami!”, tegur rakanku.


Blur! Apakah?


20 minit ustaz masih belum sampai. Baguslah kelas batal. Kalau ada pun, pasti susah kukekalkan konsentrasi.


Rosak euforia petangku gara-gara Syiah!


5 kata-kata mereka:

subjek islah tajdid ke kak? sy pon mengalami situasi ini pd awal mac dulu... tp yg menentang sy LELAKI malaysia.

 

safa,
ni subjek Political Thought 2
clas terakhir sebelum examination period.

 

maksud dalam kisah ini berjaya di tonjolkan dengan baik, disamping emosi yang dapat di jiwai dengan baik..huhu, tulis lah lagi, bagus kisah macam ni

 

busyro, terima kasih. ensha Allah..

 

Salam, polemik Sunni-Syiah nyata tercetus besar-besaran setelah kekalahan Israel di Lubnan dan kejatuhan Saddam di Iraq. Musuh Islam memang mahukan peperangan antara Mazhab berlaku. Saya optimis bahawa Taqrib Bainal Mazahib telah banyak mencapai kesepakatan atas perpaduan, bukan hanya di atas kertas shj. Ikhtilaf telah dibincang melalui dialog yang damai, bukan dengan emosi.