Hati-Hati Guna Internet


Berhati-hatilah bila guna internet ni. Alam maya macam-macam boleh jadi. Kita boleh jadi sesiapa saja di alam maya. Alam realiti ni pun banyak salah faham yang terjadi apatah lagi kalau alam yang kita tak nampak seperti ini.


Hati-hati 1:


Contohnya peristiwa salah faham yang berlaku ke atas saya yang kalau tak di selesaikan lebih awal mungkin saya ni dah kena belasah, akibat ada seorang muslim baya-baya kita yang salah faham dengan saya.


Dalam dua tiga bulan juga muslim itu menyimpan bara dendam terhadap saya sedangkan saya berbahagia di UIA tak tahu cerita, dia jauh di suatu negeri di Malaysia. Selepas dua tiga bulan tu barulah saya dapat tahu akan perkara ni. Dia bengang kerana saya dikatakan mengadu kepada ustaz dia bahawa dia cuba mengorat saya. Aduii bila masa pula dia nak mengorat saya ni?


Sampai dia dipanggil pihak atasan supaya jangan ganggu saya lagi. Dan dia kena keluar dari tempat dia belajar. Dan ustaz dia arahkan supaya blog dia ditutup kerana saya. Astaghfirullah! Saya kenal ustaz itu tapi saya pun tak faham sebab saya tak pernah mengadu apa-apa pun kat ustaz sebab muslim tu tak berniat pun mahu mengganggu. Saya tak kenal pun dia. Hai macam cerita Hindustan.


Mungkin juga ustaz tu yang salah faham dengan saya. Bak kata muslim tu sewaktu pencerahan, dia kata kalau nak ikut marah dia, malam tu juga dia nak datang UIA cari saya dan bagi penumbuk salam perkenalan. Huisy, ngeri betul!


Silap dia ialah dia tak tanya saya. Saya tak tahu apa-apa yang belaku antara dia dan ustaz dia. Walaubagaimanapun alhamdulillah semua dah setel. Mungkin sekarang dia dah sambung belajar di Europe barangkali. Saya pun dah terputus hubungan dengan dia.


Hati-hati 2:


Kalau kita nak approve id seseorang dalam Yahoo!Messenger maka eloklah jika diselidik dahulu siapa orangnya.


Ada seorang makhluk yang saya approve id dia. Mungkin dia singgah blog saya. Dia mengaku dia seorang gadis yang belajar di Johor. Seronok la kalau kita boleh berkenalan kan. Ditambah chatting rancak dia pasal Kak Fatimah Syarha. Waa.. mesti baik budaknya ni, kata hati saya.


Tengah-tengah chat tu saya dah mula rasa curiga, sebab dia tanya rambut saya panjang mana. Hai lain macam je ni. Ada ke orang pertama kali sembang dengan kita lepas tu tiba-tiba tanya pasal rambut? Ni sah-sah ada orang nak spy or stalk aku ni. Barulah saya sedar yang dia bukan seorang perempuan.


Lepas tu dia keep asking the same question sampai saya jadi bengang. Apalagi kena fire la barulah dia senyap. Ganas tak ganas shakirah ni. Sape suruh cari pasal! Maka terus ku block nama dia dari list Y!M.


Kesimpulan:


Kisah-kisah ni hanya sebahagian contoh saja yang berlaku sem-sem lepas zaman muda-muda.. Tak perlu cerita semua. Mungkin kalian pun ada kisah masing-masing. Internet ni banyak fitnahnya. Berhati-hati ok.


Jadi jka kita mengalami konflik dan sebagainya kita seharusnya periksa dahulu asal usul. apatahlagi jika berkaitan dengan maruah Seperti kisah muslim itu. Supaya kita tidak menyesal dengan tindakan kita yang terburu-buru, sedangkan semua ni hanya salah faham.


Tu tak cerita lagi bab meyamar nama orang lain seperti apa yang terjadi kepada rakan-rakan dan ustaz-ustaz saya yang kena fitnah dengan dahsyat sekali. Hai, kenapa senang sangat nak jual maruah saudara sendiri ni? Kepada Ustaz-ustaz dan rakan-rakan saya bersabarlah. Allah bersama dengan orang yang benar.



Marilah bertaubat dan sedarkan diri sendiri bahawa kalau orang tak tahu siapa kita di alam maya ini, tapi Allah SWT tahu dan lihat serta Dia kira apa fitnah yang kita tabur di sini (naudzubillah min dzalik!)


Pandai-pandai la hidup ya!

Nak Balik UIA

Nak balik UIA..
Kerana ada sesuatu yang dirindui di sana.
i know that it might sound more than a little crazy but i believe
i trully believe it..

Selamat Hari Raya



EID MUBARAK

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

TAQABBALA ALLAHU MINNA WA MINKUM

KULLU AAM WA ANTUM BIKHAYR


Ramadhan sudah meninggalkan kita. Rasa pedih seperti berpisah dengan orang yang tersayang. Semoga kita masih bernafas lagi untuk merasa nikmat Ramadhan akan datang. Namun jika tak bernafas, kita berharap agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita dan bebas dari api neraka.


"seharian waktu bersamamu

tak terasa saat yang berlalu

bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua"

(pelangi petang)


-shakirah a.k.a alex-


Testing



Ramadhan Kareem. Cuaca Ramadhan yang sentiasa terasa sejuk. Allah rahmat.


Entah kenapa sejak akhir-akhir ini saya kurang nak menulis dalam blog. Dah sangat lama tak pedulikan ia lagi. Dan saya tahu bila saya tak menulis pasti akan ada yang tak kena pada diri saya. Saya dah tahu bahwa menulis itu boleh merawat perasaan.


Perempuan. Dia suka menceritakan macam-macam. Sebab itulah kalau lihat blog perempuan, kisah-kisah yang diceritakan lebih terperinci daripada blog lelaki. Kerana perempuan suka berkongsi. Dia tak gemar memendam perasaan.


Betul ke ada kajian yan mengatakan bahwa lelaki lebih mudah diserang penyakit strok berbanding perempuan kerana lelaki lebih banyak memendam?


Berkongsilah walaupun tak mendapat solusi daripada masalahnya. Sedikit sebanyak ia dapat menghilangkan lara dalam hati.


Sesetengah pula suka menulis puisi. Contohnya jika saya sedih, secara automatiknya saya akan menulis puisi atau sajak. Yang kadangkala oran pun tak faham apa yang saya nak sampaikan. Tak kesah. Yang penting saya luahkan isi hati, dan hanya difahami secara samar-samar.


Kalau perkara sedih pun mahu diceritakan, apatah lagi jika ada peristiwa yang menggembirakan. Lagilah dia mahu bercerita. Kalau rajin..


.............................


Saya rasa saya sudah kembali kepada bahasa normal.


Posting untuk testing saja. :) pulang dari fobia dikutuk orang. Kenapa orang suka mengutuk orang ya?