Saya mahu pulang ke rumah.
Mahu semahu-mahunya!
Sebab 1
Dah lama tak bertemu kedua orang tua saya. Bagaimana rupa rumah saya. Terasa nak makan tebu kuning kat belakang rumah. (Ni mengidam ke ape?)
Sebab 2
Kakyong saya baru saja melahirkan anak kedua. Baby girl! Adilah namanya. Kakngah kata ummi sangat teruja dapat cucu baru. Huhu. Abah cool je. Adlina kalut serba-serbi nak buat. Nak jaga adik la tu.
Alhamdulillah. Semua dilaporkan selamat.
Sebab 3
Kakngah sudah sihat sedikit. Sihat banyak. Lebih kuat daripada dahulu. Saya mahu lihat dia.
Mahal benar harga sebuah kesihatan. Jika Allah SWT menginginkan harganya setinggi RM48 ribu, maka itulah dia harganya.
Walaupun dengan hanya beberapa suntikan sahaja.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penyembuh.
Segala puji hanya bagi ALLAH.
Dan beberapa sebab lagi.
Apa yang penting??
Balik rumah! Balik rumah!
Malangnya, segala examinations itu sedang mencekik saya dengan segala kepelekikannya (kepelikan) ..
Allahumma la sahla illa ma ja3altahu sahla, wa anta taj3al al-hazna iza syi’ta sahla
0 kata-kata mereka:
Post a Comment