Tentang Sumpah

Assalamualaikum..
Ini ialah kiriman email yang aku terima. Silalah baca..
Sila baca point penting di bawah, buat renungan dan pedoman especially yang berkaitan dengan isu semasa yang melanda umat Islam masa kini.. sumber dipetik dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia.*
Semua pihak bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa sumpah dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.*
Hakikatnya sumpah yang dilafazkan Saiful bukanlah mubahalah kerana sumpah mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan pada satu majlis.*
Dalam Islam, sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah berkenaan dipanggil sumpah tohmah. Sumpah itu besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknah Allah akan menimpa pembuat sumpah di dunia dan akhirat.*
Mengikut undang-undang jenayah syariah, kaedah ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengah pihak pendakwa atau orang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke mahkamah.*
Sesuatu dakwaan atau pertuduhan hendaklah dibuat di mahkamah bukannya di tempat awam atau di masjid kerana masjid adalah tempat suci untuk umat Islam beribadat, bukan menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan sesuatu dakwaan itu adalah benar.*
Sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kene dakwa, dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam, iaitu "keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpahan kepada pihak yang mengingkarinya" .*
Dalam jenayah Islam, kes membabitkan qisos seperti membunuh, ahli fuqaha' masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mentsabitkan jenayah.*
Dalam kes membabitkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta pertuduhan luar nikah, hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di mahkamah dan pihak yang dituduh boleh menafikan tuduhan menerusi keterangan dan bersumpah jika diperintah hakim berbuat demikian.
Namun, sumpah itu tidak mengikat hakim dalam membuat keputusan sabitan kesnya. Kesimpulannya, ilmu itu untaian hikmah yang memandu kita untuk membuat keputusan dan penilaian dengan bijak dan tepat. Jika tidak, jadilah ianya satu tindakan yang akan menampakkan kejahilan diri yang mungkin hanya berasaskan nafsu atau atas faktor-faktor kepentingan peribadi/kumpulan pihak tertentu.
Wallahu a'lam..

0 kata-kata mereka: