Sesuci Kasih Norlina Alawi


“Korang bacalah buku ni. Sesuci kasih Norlina Alawi. Ummi baca menitik ayaq mata sebak...”, kata ummiku kepada kami adik beradik semasa aku pulang ke rumah baru-baru ini.

“Ok lah. Adik bawak balik UIA dulu buku ni. Nanti baru baca.”, ujarku.

Sebelum ini aku pernah terbaca di Majalah Nur atau Dara.com, tak ingat, tentang kisah wanita tabah ini menubuhkan pusat penjagaan anak-anak HIV/AIDS, iaitu Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM). Dan baru sahaja aku selesai membaca buku setebal 152 muka surat ini yang sarat dengan perjalanan hidup Puan Norlina berserta gambar-gambar. Buku ini hasil wawancara wartawan bernama Lily Haslina Nasir terbitan Alaf 21.

Jika dibandingkan kisah hidup Rasul Kesayangan kita, Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, memang tiada tolok bandingnya lagi penderitaan yang Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah pun lalui, demi menyebarkan tauhid agar ummatnya selamat di hujung hayat. Kita mengaku dan kita sedar bahawa tiada lagi ujian terbesar yang diturunkan kepada manusia selain daripada Rasul Ulul Azmi.

Tetapi sekali-sekala marilah kita lihat juga perjuangan orang lain, yang hanya manusia biasa, yang Allah berikan kekuatan dan perasaan belas ke dalam hatinya. Hatta dia sanggup mengisi hidupnya dengan membantu insan lain yang amat memerlukan, walaupun hidupnya sendiri yang tak berapa mencukupi. Atas rasa kekosongan dalam hidup memaksa dia ingin berbakti.

Di sini sukalah aku nak bercerita serba sedikit hasil pembacaanku. Sejak akhir-akhir ini air mata memang cukup murah nak keluar. Ada sale agaknya. Hemm..

Puan Norlina hanyalah wanita biasa yang berasal dari Johor. Merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Tidak pun menjejakkan kaki ke universiti sebagaimana kita ni. Berkahwin pada usia yang kukira agak muda iaitu 19 tahun. Suaminya pada ketika itu berjawatan sebagai Leftenan Muda Roslan Zakaria.

Semasa mengandungkan anak yang kelima, perasaannya membuak-buak ingin membantu anak-anak malang yang kehilangan ibu bapa akibat dadah. Juga di atas desakan berita-berita yang menghiasi akhbar-akhbar tempatan. Kes buang anak. Bayi dijumpai di tong sampah dengan kesan gigitan anjing dan cakaran kucing, terhurung oleh semut-semut dan macam-macam lagi.

Semua orang menghalang, menasihati dia supaya berfikir panjang. Hatta suaminya pun menolak dan mereka bertegang urat dalam rumah tangga. Tapi itu semua tidak dia hiraukan kerana perasaan tanggungjawab dan tidak mahu menyesal sekiranya anak-anak ini dibuang ke tong sampah lagi.

“Mama dah gila agaknya? Kalau nak bantu orang pun banyak cara lain!”, suaminya benar-benar berang.

“Kenapa nak menyusahkan diri? Kenapa nak haru-birukan keluarga kita? Kita dah ada lima anak...jaga yang ada ni pun dah besar pahala mama dapat!!”, jerkah suaminya lagi.

“Awak pilih antara dua..nak teruskan juga semua kerja gila ni atau nak teruskan katering! Cubalah fikir sikit, kita boleh hidup mewah kalau awak terus buat katering! Apa yang dah rasuk awak ni?”

“Katering tu semua daki dunia, tak ke mana wang ringgit yang ada ni.. bila kita mati, semuanya tinggal. Tapi kalau bela budak-budak ni.. doa diorang lah yang menjadi penahan seksa kubur kita.”, jawabnya yang dirasakan jawapan itu amat menikam hati.

Sungguh aku terkesima dengan pengorbanan beliau. Ini adalah keputusan yang amat besar dibuat dalam hidupnya. Bukan mudah nak membela anak orang. Berpenyakit pula. Penyakit yang bukan sebarang penyakit pula tu. Walaupun ramai yang mencemuh, menganggap beliau hanya mahu mencari glamour, mengejar nama, tapi dia telan semuanya. Suaminya juga akhirnya redha dengan kemahuannya dan sama-sama membantu dan memberikan sokongan padu.

Malah dia juga ditikam dari belakang oleh kawan-kawannya. Mereka menggunakan nama dia kononnya hendak mencari dana dan derma untuk anak-anak HIV. Tetapi sebaliknya mereka makan duit tu. Astaghfirullah.. dan kesannya terpalit padanya juga. Tapi Allah itu Maha Adil. Dia mengetahui segalanya lalu memudahkan urusannya.

Aku hairan melihat mereka yang mencemuh. Kenapa harus mencemuh? Adakah kita sudah cerminkan diri sebelum nak mencemuh orang melakukan kebaikan? Banyak sangatkah sumbangan yang sudah kita sumbangkan dalam hidup? Kenapa hati itu terlalu hasad terhadap orang lain? Sama-samalah kita bermuhasabah. Setiap manusia mencuba lakukan apa sahaja untuk meraih redha Tuhannya..

Terlalu banyak nak diceritakan di sini. Aku cadangkankan agar sahabat-sahabat semua ambillah sedikit waktu untuk membeli dan membaca sendiri buku ini. Kerana RM 1 daripada setiap jualan naskah ini iakan disalurkan kepada PERNIM.

Di sini aku coretkan luahan perasaaan anak-anak malang ini yang sangat meruntun jiwa, yang dipetik daripada buku ini. Bersyukurlah kerana kita diberikan kesenangan dan kebaikan yang amat banyak sekali oleh Allah SWT. Maka, kasihanilah mereka. Jangan dihina anak-anak ini jika kita tidak mampu untuk berbuat baik kepada mereka.. Kasihanilah mereka..

“Dalam hidup kami memang tiada siapa-siapa. Bukanlah kata tak ada saudara-mara tapi entahlah. Saudara-mara pun tak pernah jengah kami. Yang kami tahu kami cuma ada Mama, Papa dan keluarga di sini. Memanglah Mama tak kaya. Tapi kami cukup senang hati tinggal dengan Mama. Kalau tak ada Mama kami tak tahu apa agaknya yang jadi pada kami. Agaknya tanpa Mama dan Papa, kami mungkin jadi anak terbiar.

Masa mula-mula tinggal dengan Mama, kami memang tak tahu apa. Rasanya kami tak peduli dengan apa yang akan terjadi pada kami. Selama ini pun sewaktu mak dan abah ada, tak ada siapa pun yang pernah ambil tahu pasal kami. Pergi sekolah ke, makan ke, tahu membaca ke, tak kisah pun. Tak ada siapa yang nak marah. Kami lagilah tak ambil tahu. Kalau tak pergi sekolah lagi seronok. Sebab kalau pergi sekolah pun asyik kena marah.

Kawan-kawan memang biasa ejek kami. Kami tak boleh nak kata apa-apa sebab mak dan abah kami memang mati sebab dadah. Kami tahu dadah tu benda tak baik. Tapi nak buat macam mana..takkan kami nak tegur arwah mak dan arwah abah dulu. Kalau kami mengintai-intai pun, silap-silap kena tengking atau kena pukul dengan mereka.

Dahulu kami selalu tak ada duit nak makan. Kalau ada duit sikit-sikit, arwah emak dan arwah abah guna untuk beli beli dadah. Kami tak boleh nak kata apa. Kadang-kadang tu menangis jugak sebab perut lapar sangat. Kalau dah tak ada benda langsung nak makan, kami tidur je. Itupun bukan boleh tidur sangat.

Bila ada peluang, kami curi-curi pergi rumah jiran. Kalau nasib baik dapatlah makan biskut dan minum air teh. Kalau dah tak tahan sangat, masa kawan kami tu makan nasi kami jengah-jengah. Untung-untung, dia ajak makan sekali. Tapi kami pun tahu tak boleh buat selalu.

Kalau jiran yang baik hati, memang diajak makan. Tapi kalau dah selalu sangat, jiran-jiran halau kami balik. Kata mereka, kami ni busuk dan kotor. Nak balik mandi macamana.. ada masa rumah kami tak ada air, sebab arwah mak tak bayar bil. Nak gosok gigi atau sabun badan lagilah tak ada. Manalah arwah maka mampu nak beli macam-macam. Kalau mandi tu, kita orang siram badan setakat dua tiga gayung aje.

Bila arwah emak dan abah meninggal dunia, kami memang susah. Kalau ada saudara ynag ajak tinggal bersama pun, tak lama. Semuanya tak sanggup bela kami. Kadang-kadang tu rasa juga sedih. Tapi kami malas nak fikir. Kalau dah tak ada orang nak jaga kami, kami tidur kat tepi jalan ke, kat tempat tunggu bas ke, kami tak kisah. Mana-mana pun boleh tidur.

Makan? Kalau nak senang makan, tunggu dekat kedai makan. Kalau ada baki nasi atau lauk yang dia orang buang, kami kutip. Memanglah kotor. Tapi kalau perut dah lapar sangat kami tak kisah. Ada masa, sedap-sedap juga makanan yang kami jumpa. Lebih sedap daripada apa yang pernah arwah mak berikan untuk kami.

Bila kami kena hantar dekat rumah Mama, kami takut juga. Kami ingatkan duduk rumah Mama ni macam asrama anak yatim. Tapi bila duduk sehari dua, memang lain daripada asrama anak yatim. Rumah Mama ni memang rumah dia. Makan minum semua dengan Mama.

Masa baru-baru tu takut juga. Mama memang garang kalau kami degil. Yalah, dekat sini ramai anak Mama. Semua Mama layan sama sahaja. Tapi kalau degil sangat, Mama gigit jari kami. Kata Mama, dia tak sampai hati nak rotan sebab kami semua kurus-kurus sangat, jadi dia gigit jari kami. Rasa kelakar pun ada, takut pun ada... tapi yang paling payah nak ikut bila Mama suruh kami mandi, gosok gigi, solat dan pergi sekolah.

Mula-mula tu memang tak suka sebab Mama suka berleter kalau kami tak mandi. Mama akan jeritkan pada kami kalau kami bau busuk, tak gosok gigi atau tak sikat rambut. Tapi lama-lama tu macam ok pulak sebab memang tak selesa bila tak gosok gigi. Mulut busuk dan gigi pun selalu sakit, nak makan tak selesa.

Sejak tinggal dengan Mama, barulah kami dapat pakai cantik-cantik. Mama belikan kami baju sama saja dengan apa yang dia beli untuk anak sendiri. Kalau pagi ni kami pakai hijau, semua anak Mama yang lain akan pakai baju warna hijau. Kalau esok pakai warna biru, semua akan pakai warna biru. Pakai mesti kemas, Mama tak suka anak Mama nampak comot. Pakai baju mesti kemaskan dan masukkan hujung baju dalam seluar.

Makan pun sedap. Makan ramai-ramai lagi sedap. Memang selalunya laju aje kami makan. Kalau makan, Mama suruh kami baca doa daulu. Lepas tu tak boleh buat sepah. Sesiapa buat sepah kena marah dengan Mama. Selain itu Mama ajar kami kemas tempat makan sendiri. Tapi masa mula-mula datang dulu, kami paling tak suka bila kena belajar. Tak kiralah belajar mengaji ke, belajar solat ke atau sekolah, memang kami benci. Tapi Mama paksa juga. Mama hantar kami belajar macam-macam. Belajar tae kwon do, belajar mengaji, belajar mental arithmetic. Selalu kami menangis bila belajar susah. Tapi Mama paksa kami sampai boleh. Bila dapat A dalam semua pelajaran kat sekolah, Mama peluk cium kami.

Kalau dulu tak pandai sembahyang, sekarang setiap kali solat kami tak pernah ponteng. Masa Maghrib, kami sembahyang jemaah. Mama dan Papa mengajar kami mendoakan untuk arwah emak dan arwah ayah kami. Mama selalu pesan, biar apapun yang berlaku, mereka tetap ayah dan ibu kandung kami. Kalau mereka tak ada, beerti kami pun tak ada di dunia ini.

Kami memang tahu Mama selalu kena kata dengan orang ramai pasal menjaga kami. Macam-macam orang kutuk Mama. Ada kata Mama gila, ada cakap Mama orang tak betul. Tapi Mama selalu suruh kami sabar. Mama jaga kami. Mama tak suka tengok kami sedih. Kalau ada orang ejek kami di sekolah, Mama pesan suruh beritahu. Bukan Mama nak mengamuk atau marah orang tu balik, tapi Mama akan cakap cara elok. Mama bukan sahaja nasihatkan budak yang ejek kami, selalunya Mama akan berkenalan dengan emak budak yang mengejek kami tu. Mama terangkan pada mereka masalah kami. Lepas tu jarang orang mengejek kami. Semua dah berkawan dengan kami. Cikgu-cikgu pun sayang kami. Lebih-lebih lagi bila kami selalu dapat cemerlang dalam peperiksaan.

Kami selalu menagis bila berdoa ramai-ramai selepas solat jemaah. Tak tahulah kenapa kami nangis. Bila salam Mama, kucup tangan Mama, kami rasa sedih sangat. Mama selalu ingatkan kami, apa juga kami buat, ingatkan Allah. Mama pesan kalau kami buat baik dan jaga solat, arwah emak dan arwah ayah kami akan sejuk di kubur. Lagi satu perkara yang menyebabkan kami rasa sedih, bila kenangkan sebab kami, Mama selalu susah. Mama selalu tak cukup duit belanja untuk kami. Belanja makan, belanja sekolah dan duit ubat kami. Mama cuma kata, kami tak perlu fikir semua tu. Itu urusan Mama. Kalau Mama kena kutuk pun, Mama selalu pesan, diam dan ingat Allah.

Orang pernah tuduh Mama dera kami. Orang kata Mama tak jaga kami. Tapi semua orang tu cuma pandai cakap aje, pandai mengutuk aje. Kalaulah Mama biarkan kami, rasanya sampai sekarang kami tak pandai membaca. Mengira duit pun kami tak reti. Kalau betul Mama dera kami, rasanya kami pun tak mahu peluk cium Mama macam biasa. Mama memang garang dengan kami, tapi itupun kalau kami degil dan tak ikut cakap.

Paling Mama marah kalau ada antara kami yang sakit dan tak makan ubat ikut jadual. Mama memang akan jeritkan nama kami kalau tak makan ubat. Mama selalu pesan, ubat kami bukannya murah. Kalau kami sakit dan pengsan di sekolah, itu nanti akan menyusahkan Mama juga. Kami tak kecil hati kalau Mama marah kami sebab itu. Yalah, kami ada HIV, kami tahu penyakit itu bahaya. Kalau tak jaga boleh bawa mati. Mama sayangkan kami sebab tu Mama selalu ingatkan kami berkali-kali., “Makan ubat! Makan ubat! Kalau tak makan ubat, nanti boleh mati. Tahu tak M A T I !"

Selalunya kalau Mama dah marah macam tu, kami peluk dan cium Mama. Kami minta ampun dengan Mama. Kami janji tak nak degil-degil. Kami tahu Mama sayangkan kami. Kami tahu Mama tak mahu kami pergi terlalu cepat. Kami tahu semua tu. Kalau tak, takkan Mama sanggup susukan anak orang yang ada HIV/AIDS. Buat apa Mama nak susah-susah. Tapi Mama selalu cakap, dia buat semua itu sebab dia memang sayangkan kami. Dia nak kami yang sakit boleh hidup lama sikit. Kalau tanya pada kami, entahlah..kadang-kadang rasa takut ingatkan pasal mati, kadang-kadang macam tak rasa apa-apa.

Mama selalu pesan, kalau orang yang selalu solat, Allah sayangkan mereka. Orang yang rajin mengaji dan solat, tak akan diseksa dalam kubur. Sejak bersama Mama, kami tak pernah tinggal solat. Harap-harap Allah ampunkan dosa kami. Kami memang nakal dulu. Kami tak pernah mengaji atau solat. Tapi kini semua kami dah buat.

Ada masanya kalau tengah malam, kami susah nak tidur. Kami selalu teringat kisah lama kami. Zaman kami susah dahulu. Bila teringat kampung memang sedih, tapi bila teringat Mama yang baik hati sanggup susah payah sebab kami, kami lagi sedih. Kami selalu terbayang ...macam manalah kami boleh balas jasa Mama.

Kami selalu berdoa, minta-minta Allah panjangkan sikit umur kami. Biar kami dapat masuk universiti, biar kami dapat kerja bagus, dapat gaji. Kami nak beri Mama duit, nak belikan Mama baju, nak belikan Mama kek..seperti apa yang Mama pernah beri kami.

Kami nak Mama senang. Kami nak Mama rehat. Mama dah penat jaga kami. Kami selalu doa sendiri-sendiri dalam hati. Mama tak tahu tapi kami cerita pada Auntie Lily aje..

Kami teringin hidup lama sikit..bukan sebab takut mati, bukan sebab seronok nak hidup lama macam orang lain, tapi kami teringin nak tolong Mama. Harap-harap Allah dengar doa kami. Harap-harap kami sempat balas jasa Mama sebelum kami pergi....


Manusia itu..



Tiba-tiba sahaja teringat kata-kataUstaz Majid, iaitu lecturer saya semasa di matrik UIA PJ dahulu.

“Manusia ni kurang bersabar, banyak meminta, kurang bersyukur..”

Memang benar tak dinafikan lagi.

Sangat-sangat benar.

Ya Allah, ampunilah kami..! Tiada siapa yang dapat mengampuni dosa kami melainkan Engkau sahaja..

Iraq vs Palestin


“ Ya Syakira, kami ini orang Arab. Dari tanah Arab. Kami tahu hal yang sebenarnya terjadi.”, jelas Ameerah.

Aku menarik nafas dan menghela perlahan.



Ameerah ialah sahabat yang aku kenal di bumi UIA ini pada bulan Ramadhan tahun lepas. Ada beberapa peristiwa menjurus kepada perkenalan kami di masjid. Dia merupakan pelajar Master dalam jurusan Undang-undang.

Pagi tadi usai kelas Political Science, aku terus pulang ke Mahallah Saffiyah. Cadangnya nak baca Ulum Quran. Esok ada mid term. Berselisih dengan Ameera si pipi merah bermata biru. Salam dihulur. Pipi bertemu.

“I miss you, ukhti. Sudah lama tak berjumpa”, katanya kepadaku. Aku tersenyum membalas.

Lantas kutanyakan kepadanya.

“Sekarang inikan minggu memperingati Al-Quds, Filastin? Kamu tak sertai mereka buka booth?”

“Ooh..saya ada juga dengar tentangnya.” Jawabnya dengan muka bersahaja. Aku jadi hairan melihat reaksinya itu. Sepatutnya dia perlu bersemangat kerana bukankah Palestin adalah negaranya yang perlu dilindungi? Lalu kutanyakan lagi.

“Kamu bukankah orang Palestin?”

“Tidak ya ukhti. Ana min Iraq”

Masya Allah.. Aku jadi terlupa bahawa Ameerah sebenarnya berasal dari Baghdad. Ini mesti aku telah tercampur aduk dengan Sameer, Na’il dan David yang dari Palestin itu. Benar. Ameerah berasal dari Baghad. Lantas cerita-cerita lama tentangnya bermain di fikiranku. Tentang ibunya yang sudah tua tinggal keseorangan di sana. Yang tinggal hanya dia dan adik perempuannya sahaja. Ayah dan saudara-saudara lelakinya telah terbunuh.

“Isu di Iraq lebih besar, Syakira. Lebih besar daripada isu Palestin”

Aku terdiam. Membesarkan mata tanda perlukan penjelasan.

“Puak-puak Syiah membunuh kami orang-orang Sunnah. Mereka bukan membunuh secara biasa, tetapi mereka menyeksa kami dengan seksaan yang dahsyat. Mereka mencungkil mata kami, menggerudi tubuh kami sehingga kami mati.”

Aku beristighfar. Aku keliru. Apakah Syiah ini Muslim?

Semasa semester satu tahun lepas, Syiah ialah tajuk assignment yang aku pilih untuk subjek Introduction to Fiqh. Mungkin 5 buah buku rujukan yang aku baca masih tidak mencukupi untuk aku memahami situasi sebenar. Aku maklum dengan firqah mereka. Zaidiyyah, Ismailiah, Fatimiyah dan lain-lain lagi, serta 12 imam mereka. Aku maklum dengan ajaran-ajaran mereka yang aneh-aneh lagi gharib itu. Rupanya apa yang aku maklum itu hanyalah makluman yang secebis cuma. Rupanya apa yang aku maklum itu hanya serba berdikit sahaja.

“Tidak. Mereka bukan Muslim. Asalnya mereka adalah agama dari Parsi” jawab Ameerah menghilangkan kegusaranku.

“Di hadapan kamu, mereka mengaku mereka Muslim, tetapi pada hakikatnya, mereka ingin menghancurkan Islam. Mereka ingin menghancurkan Al-Quran. Mereka ingin menghancurkan Sunnah. Mereka menolak Nabi Muhammad Sallahu alaihi wa Sallam”, sambungnya lagi dengan penuh semangat.

Aku mendengar penuh teliti.

“Mereka menutup isu ini daripada pengetahuan umum. Dahulunya banyak puak Sunni yang tinggal di Iraq. Tetapi sekarang sudah semakin berkurang kerana mereka membunuh kami setiap hari. Cuba kamu bayangkan kami berjiran dengan Syiah, lalu mereka masuk ke dalam rumah kami dan menyeksa kami sebelum membunuh. Kanak-kanak, orang tua dan semua orang-orang Sunni. Sehinggakan kami sangat takut untuk mengaku kami ini Sunni di hadapan mereka. Hatta sekarang kemudahan air puak Sunni sedang dipotong oleh mereka.”

“Mereka kata Saddam Hussein itu zalim. Sedangkan hak-hak mereka telah Saddam penuhi. Dia memberi kemudahan dan kedudukan kepada mereka. Tapi akhirnya mereka mendakwa Saddam tidak memberikan mereka hak apa pun. Saddam berpemikiran tentera. Walaupun dia tidak begitu Islamic tetapi dia tetap golongan Sunni.”

“Ramai orang tak tahu, Syakira.”

“Apabila keadaaan sudah jadi begini, tiada siapakah yang datang membantu kamu, Ameerah?”, tanyaku.

Perbualan kami menjadi semakin panjang. Campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab melancarkan perpincangan. Berbincang di tengah panas mentari pagi pada jam 1015 di hadapan pondok pengawal Mahallah Saffiyyah, tidaklah sepanas hati Ameerah menceritakan segala kekejaman Syiah kepadaku.

“Tiada siapa datang membantu. Ini semua hanya permainan politik. Mereka Syiah bekerjasama dengan US. Malah Tanah Arab di sekitarnya turut berkerjasama dengan US. Mereka tidak bisa berkata apa-apa”, jawabnya sambil tersenyum.

Senyumannya yang kurasakan hanya untuk menyembunyikan perasaannya sebenar. Kagum. Aku kagum melihat dia yang masih mampu tersenyum. Jika aku di tempatnya mungkin sudah basah kain kerudungku menyapu air mata. Apatah lagi mengenang ibunya yang keseorangan di Baghdad.

“Di Palestin situasinya berbeza. Mereka mendapat simpati dari seluruh dunia. Kerajaan Arab di sekitar datang membantu mereka. Orang-orang Yahudi membunuh hanya segolongan daripada mereka sahaja. Golongan mujahidin yang mempertahankan Al-Aqsa sahaja dibunuh, serta ahli keluarga mereka yang terlibat dihalau dari tanah mereka. Sesetengahnya tidak dibunuh tapi hanya dihalau. Sekiranya dibunuh, mereka akan dibunuh dengan senang menggunakan senapang dengan tembakan sahaja. Tetapi kami? Mereka menyeksa, mencungkil biji mata kami hidup-hidup. Seksaan Yahudi itu lebih ringan jika dibandingkan dengan apa yang Syiah lakukan. Apa yang Yahudi mahukan hanyalah tanah Palestin dan tapak Haikal di Al-Aqsa”, terangnya.

Aku perhatikan betul-betul butir bicaranya.
.
“Tetapi situasi kami di Iraq sangat-sangat genting. Mereka membunuh SEMUA orang Sunni. Mereka mahu menghapuskan Sunni dari tanah Iraq. Ketahuilah Syakira, apabila mereka sudah selesai di Iraq, mereka pasti akan beralih ke negeri lain pula.”

“Jadi saya ingin tanyakan kepada kamu, Syakira. Yang mana satu perkara yang lebih berbahaya antara dua keadaan ini? Palestin atau keselamatan Islam dan Sunni di Iraq? Ya Syakira, kamu foreigners. Mungkin kamu tidak tahu. Kami ini orang Arab. Dari tanah Arab. Kami tahu hal yang sebenarnya terjadi.”, jelas Ameera.

“Jika kamu tanyakan kepada orang Palestin bagaimana kehidupan mereka sekarang, mereka pasti akan mejawab, “kami hidup dengan tenang”..”

Dalam perkara ini mungkin ada benarnya juga. Aku sudahpun singgah di booth Palestin dan bertanya keadaan Palestin sekarang. Mereka menjawab 50% 50%.

Sambung Ameerah lagi. “ gambar-gambar kekejaman yang mereka tunjuk itu adalah gambar-gambar lama. Lihatlah pada tarikhnya. Sekarang ianya sudah tiada lagi. Saya hairan dengan orang Palestin yang mempromosikan hal ini. Mereka kata mereka bersedih. Tetapi jika ditanya, adakah mereka berjuang menentang Yahudi? Mereka menjawab tidak. Akan tetapi, jika kamu tanya mereka tentang Iraq, mereka tidak tahu. Cuba kamu tanyakan mereka tentang gambar-gambar kekejaman yang berlaku sekarang. Mereka tidak ada.” Terangnya panjang lebar.

Sekali lagi mungkin ada benarnya juga kata-kata Ameerah ini. Aku pernah bersembang dengan beberapa brothers Palestin. Aku tanyakan adakah mereka berperang dengan Yahudi? Mereka katakan tidak. Mereka punyai anggota mujahidin tersendiri. Entah lah. Aku pun tak pasti.

Aku teringin benar mahu melihat gambar-gambar kekejaman Syiah di Iraq. Walaupun akau tahu aku tidak sanggup, mungkin menjeling sikit-sikit boleh lah.

“Saya ada gambarnya dalam laptop saya. Suatu hari nanti saya akan tunjukkan pada kamu. Syakira, apa yang saya ceritakan ini bukannya mahu menagih simpati atau belas kasihan orang ramai. Tetapi saya berharap benar agar orang ramai akan tahu situasi yang menggugat Islam sedang berlaku.”, ujarnya mengakhiri kalam.

Masa berlalu tak kusedari. Sudah sejam kami berdiri berbual. Ameerah terpaksa mengundur diri kerana sudah berjanji dengan rakannya untuk berbincang subjek Malaysian Civil Law di library. Kalau diikutkan mahu sahaja aku memanjangkan bicara. Mungkin lain kali kami berjumpa lagi, apatah lagi aku sudah berjanji untuk ke biliknya dalam minggu ini untuk melihat gambar.

Huhu. Tersilap maklumat pula aku khabarkan pada Ameerah bahawa pada hari Sabtu ini,23 Ogos, ada seminar Syiah dan Khawarij di Taman Sri Ukay. Rupa-rupanya tersilap tarikh. Seminar itu pada 20 September nanti. Ini mesti aku dah terpening dengan pengumuman Abg Syarief semalam ketika di penghujung kuliyyah Ustaz Fadlan, yang menyebut banyak sangat program.

Kesimpulannya...

Anda simpul lah sendiri. Aku terkedu dan terharu mendengar cerita ini. Tidak tahu apa yang harus dikatakan melainkan berdoa agar mereka dilindungi oleh Allah SWT. Kedua-dua isu Iraq dan Palestin tak boleh diketepikan. Prioriti?

Kita yang berada jauh daripada kedua-dua mereka patut menyokong apa-apa perjuangan mereka menyelamatkan Islam. Dalam hal ini, Ameerah mungkin berasa negaranya disisihkan daripada pengetahuan umum, jadi dia terasa sedikit dengan orang Palestin..

Really nice to meet her.

Wallahu a’lamu bis sowaab..

Marilah Remaja..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Serabut aku serabut!

Sudah lama tidak baca majalah Mastika. Aku kira sudah empat tahun tak membeli langsung majalah itu. Dan baru-baru ini berkesempatan membaca edisi Julai dan Ogos.

Isu-isu yang menyesakkan. Semuanya berkaitan kegiatan remaja yang sudah tidak bermoral. Zina sampai membuang anak. Khayal hidu gam. Rogol. Homoseksual. Macam-macam lagi.

Salah siapa ni? Wahai remaja, kalaulah ibu dan ayah yang mahu kau salahkan, berfikirlah sekali lagi. Mungkin benar ibu dan ayahmu tidak mengambil tahu perihalmu, membiarkan kau tanpa arah tuju, tapi sampai bila? Sampai bila harus kau salahkan mereka?

Apabila usiamu sudah sampai balighnya, kau harus sedar. Dirimu adalah tanggungjawabmu sendiri. Berbaloikah kau asyik menyalahkan mereka, lalu melontarkan dirimu ke jalan binasa, dan penghujungnya adalah neraka? Tak berbaloi wahai sahabat.

Alamak, ter mendayu plak bahasa aku ni. Tapi itulah hakikatnya sahabat. Jangan diturutkan nafsu. Jangan jadikan kesalahan ibu bapa sebagai alasan untuk kau nak berseronok. Itu semua hanyalah alasan! Alasan semata-mata! Jangan diikut bisikan syaitan itu.

Aku ada je kawan-kawan yang mak ayah bercerai, masalah keluarga itu ini. Tapi mereka berfikir dan berfikir. Mereka berjaya dengan cemerlang melebihi budak yang hidup bahagia dengan keluarga tercinta. Jadi apa perbezaan antara kedua mereka ni?

Tapi ada juga keluarga yang memberi perhatian, didik dengan ilmu agama, tapi akhirnya terjerumus juga. Jadi kita tak boleh mengatakan seratus peratus salah ibu bapa mendidik.

Kesimpulannya, letaklah pada diri sendiri sebagai timbangannya. Selalulah soal diri sendiri, apakah ini jalan yang aku mahu? Adakah ini jalan yang aku pilih? Mari sama-sama kita bertaubat. Open up your heart and accept the truth. Insya Allah, He will guide you through the right path.

Ingat, YOU TAKE CHARGE OF YOURSELVE!

Wallahu a’lamu bis sowab..

Retorik kah ia?

Ya Allah..

Adakah semua ini hanyalah retorik semata-mata?

Aku mengaku, tapi banyak sekali benda yang tidak kutahu.

Asyik bermain-main menggangu fikiranku.

Aku mahu bertanya.

Bertanya kepada bukan sebarang orangnya.

Mestilah aku mahu bertanya kepada orang yang aku percaya..

Tetapi…

Kenapa aku rasa seperti orang yang aku percaya

itu seolah-olah semakin jauh ?

Bantulah aku Ya Allah...

Ya Allah..

Tentang Sumpah

Assalamualaikum..
Ini ialah kiriman email yang aku terima. Silalah baca..
Sila baca point penting di bawah, buat renungan dan pedoman especially yang berkaitan dengan isu semasa yang melanda umat Islam masa kini.. sumber dipetik dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia.*
Semua pihak bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa sumpah dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.*
Hakikatnya sumpah yang dilafazkan Saiful bukanlah mubahalah kerana sumpah mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan pada satu majlis.*
Dalam Islam, sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah berkenaan dipanggil sumpah tohmah. Sumpah itu besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknah Allah akan menimpa pembuat sumpah di dunia dan akhirat.*
Mengikut undang-undang jenayah syariah, kaedah ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengah pihak pendakwa atau orang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke mahkamah.*
Sesuatu dakwaan atau pertuduhan hendaklah dibuat di mahkamah bukannya di tempat awam atau di masjid kerana masjid adalah tempat suci untuk umat Islam beribadat, bukan menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan sesuatu dakwaan itu adalah benar.*
Sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kene dakwa, dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam, iaitu "keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpahan kepada pihak yang mengingkarinya" .*
Dalam jenayah Islam, kes membabitkan qisos seperti membunuh, ahli fuqaha' masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mentsabitkan jenayah.*
Dalam kes membabitkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta pertuduhan luar nikah, hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di mahkamah dan pihak yang dituduh boleh menafikan tuduhan menerusi keterangan dan bersumpah jika diperintah hakim berbuat demikian.
Namun, sumpah itu tidak mengikat hakim dalam membuat keputusan sabitan kesnya. Kesimpulannya, ilmu itu untaian hikmah yang memandu kita untuk membuat keputusan dan penilaian dengan bijak dan tepat. Jika tidak, jadilah ianya satu tindakan yang akan menampakkan kejahilan diri yang mungkin hanya berasaskan nafsu atau atas faktor-faktor kepentingan peribadi/kumpulan pihak tertentu.
Wallahu a'lam..

.........PTPTN.....


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Tak kira lah 4% ke, 3% ke, hatta turun ke 1% pun, riba tetap riba. Cane nak wat nih?


Dengar talk on Ptptn ritu organized by IRKHSS.


Cari alternatif..


Tukar kerajaan..? ayat panas ni. dilontarkan oleh sorang bro master science stream yang outspoken giler.


...................................................speechless..............

Cerita Seorang Isteri

Kisah ini di emailkan oleh seorang akak PISA kepada aku, iaitu persatuan anak-anak Perlis. (eh, aku ni masih budak Perlis ke?). Sebuah kisah menyentuh. Selamat membaca!

"Abang nak minta izin untuk nikah seorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.Kemudian dia
ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. "Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah
Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis
Masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?"
Pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk
menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yangminta," masih lembut dia memujuk Qis."Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin."Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,"Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungiQistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.
Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.

Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.bret bret... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir
saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.

Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, ia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana, apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua
makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak.
Menunggu abang...
Aliyah sayangkan abang...Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang
hebat untuk abang..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihahbersama-sama
hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!"

Saiful Bersumpah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Aku pulak jadi seram bila Saiful ni bersumpah. Kita memang tak pasti siapa yang benar dan siapa yang salah. Tapi terasa takut bila membayangkan hukuman Allah yang bakal turun seandainya salah seorang daripada mereka berdusta.
Kenapa pulak harus aku yang seram? Tak tau la kenapa. Tapi itulah perasaan aku bila tengok Saiful bermubahalah kat Masjid Wilayah Jalan Duta (tengok dalam tv je). Sebaya dengan abang aku pulak tu. Kesian pulak aku kat dia. Muda-muda lagi dah terlibat dalam politik sebegini.
Ada hikmah jugak hal ni terjadi. Binnisbati li lah. Selama ni memang aku tak tahu menahu pun tentang mubahalah. Bila isu dah gempar, alhamdulillah Mufti Perlis sarankan sesuatu yang bisa menguatkan aqidah orang Islam. Bagaimana pula? Mubahalah ini menjadikan kita hamba yang benar-benar bertawakal kepada Allah SWT kerana apa yang berlaku adalah di luar pengetahuan kita. Hanya diketahui oleh orang-orang yang terlibat sahaja. Jadi dalam hal ini kita memang benar-benar menyerahkan urusan ini kepada Alah SWT Yang Maha Mengetahui. Bak kata Ustaz Fathul Bari dalam kuliyyahnya, kita sebagai orang biasa tidak patut bercakap apa-apa tentang hal ini, atau apa-apa fitnah sekailpun kerana kita sememangnya tidak tahu hakikat kisah sebenar. Contoh cerita-cerita kesan daripada mubahalah ini seperti yang disiarkan di dalam Majalah I keluaran Ogos. Lagi aku jadik seram. Subhanallahil Azim.. Subhanallahi wabihamdih! Allah Yang Maha Mengetahui..
p/s: Masih heran nape Dato Seri Anwar Ibrahim tak bersumpah juga? Wahai Dato' Seri, pergilah bersumpah kalau yakin berada di pihak yang benar!

Sekiranya Dia



sekiranya Dia menguji aku sebagaimana Dia menguji dia, aku tak pasti adakah aku dapat mengharunginya setabah dia..

kerana aku sedar aku ini bukan tahan diuji sebegitu berpanjangan..

atas kerana itu Dia tidak menguji aku seberat Dia menguji dia..

wahai dia my dear..

bersabarlah!

sudah tiada kata yang dapat kuungkapkan

untuk memujukkmu menyimpan lebih banyak kesabaran

sekiranya Dia menguji aku sebagaimana Dia menguji dia, aku tak pasti adakah aku dapat mengharunginya setabah dia..

kerana aku tahu dia adalah insan yang amat tabah

pengalaman seiring keyakinan

namun, dalam gelora lautan itu juga

Dia menemukan dia dengan mutiara

jauh di dasar sana

dalam gelora lautan itu juga

Dia menemukan perasaan berganda

perasaan yang mesti disyukuri

aku melihat perasaan itu pada sinar matanya

sekiranya Dia menguji aku sepertimana Dia menguji dia

mungkin tiada kata yang mampu dilafazkan

habis atas apa aku diuji?

senang tiada susah

susah sedikit lantas menjadi sempit

namun kumaklum

ruangan kaca tak mungkin menjadi lembaran

terima dengan rela

dengan hati yang redha

kerna kutahu,

dan aku mengerti

apa yang tersimpan untukku

adalah yang terbaik untuk disyukuri

terima kasih kepada Dia..


Biarkan Aku Di Daerah Ini..



Selain suka membaca tulisan Dr MAZA, aku juga sangat suka membaca puisi-puisi beliau. Jelas dan mendalam, menyentuh hati, mudah difahami. Ni salah satu puisi karyanya yang aku amik dari website beliau.


biarkan saja aku di daerah ini
sekalipun ada yang tidak gemari
daerah ini daerah tenang,
sekalipun ada yang kata usang
daerah ini daerah damai
sekalipun sukar untuk sampai
daerah ini daerah merdeka
sekalipun ada yang memeranginya
mereka kata: kau akan sayu di daerah itu
jawab: aku selalu bersama Tuhanku
kupasrah padaNya, sehening tiupan salju
kernaNya, aku rasa jitu dan mampu
melebihi manusia beribu
kata mereka: ah, daerahmu itu jauh
jawabku: pada Tuhan aku bersauh kukuh
yang jauh itu jiwa yang mungkir
padaku, daerah ini amat hampir
kata mereka: daerah kau itu sepi
jawabku: aku tidak pernah sunyi
dengan alunan murni Ilahi
yang sepi itu jiwa yang inginkan jeritan pujian
padaku, cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan
Daerah ini daerah berpendirian
berpaksikan firman Tuhan
bukan hukum insan
bukan gema sorakan
bukan riuh tepukan
daerah ini tidak pernah peduli
apa kata abdi atau pembesar negeri
daerah ini berpasakkan nabi
bagindalah mimpi, bagindalah realiti
biarlah aku di daerah ini,
sendiri, membawa diri dan sanubari
kerna aku mengerti,
ia amat suci dan abadi
..Dr. MAZA 08..

Tangisan..





Menangislah di hadapan Allah..
Dia mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati..
Dan apa yang kita zahirkan..
Bersangka baiklah..

NOTHING'S GONNA CHANGE MY LOVE FOR YOU



If I had to live my life without you near me

The days would all be empty

The nights would seem so long

With you I see forever oh so clearly

I might have been in lovebefore
But it never felt this strong

Our dreams are young

And we both know

they'll take us where we want to go

Hold me now

Touch me now

I don't want to live without you

Nothing's gonna change my love for you

You ought know by now how much I love you

One thing you can be sure of

I'll never ask for more than your love

Nothing's gonna change my love for you

You ought know by now how much I love you

The world may change my whole life through

But nothing's gonna change my love for you


If the road ahead is not so easy,

Our love will lead the way for us

Like a guiding star

I'll be there for you if you should need me

You don't have to change a thing

I love you just the way you are

So come with me and share the view

I'll help you see forever too


(Glenn Medeiros)