Sudah lama rasanya saya tidak menulis dan mengarang dalam blog usang saya ini. Terasa merajuk sebenarnya sebab nak buat blog yang cantik-cantik macam Arif.Ariffin, Masri dan kengkawan mereka. Tapi tak retilah. Bak kata Kak Wani, "I will teach you how on one fine day.." hahaha. Bilalah agaknya ye.
Tapi sebenarnya hati ini meronta-ronta nak mengarang dan meluah perasaan. Inilah saatnya..
Semester baru dah hampir sebulan bermula. Azam baru yang tak tertulis di layar teknologi mahupun di kertas kajang. Hanya tertancap di dalam hati dan tertulis pada angin yang berdesir. Biarlah sekadar menjadi pengukuh yang diingati samapai bila-bila.
Pengajaran sudah pun didapati melalui semester lepas. Dan sepatutnya dijadikan peringatan dan lampu merah pada saat ini di semester baru. Patut dijadikan pertimbangan dalam setiap langkah yang diorak demi mencapai satu tujuan. Matlamat masuk ke universiti yang serba indah ini adalah untuk mecari ilmu, menimba, mengorek, menggali. Jadi dalam usaha nak menggali tu gunakanlah alatan yang ada samada baru atau lama. Cangkul, penyodok, sabit dan lain-lain. Bukan hanya menggali dengan tangan yang kosong.
Selamat berjuang dan selamat beristiqamah. Walaubagaimanapun, hidup ini bukan hanya belajar. Belajar dari konteks pelajar universiti yang harus menyiapkan assignments yang bertimbun-timbun. Kenalah jua bukakan minda untuk melihat dari jendela yang lain. Bukan selalu dari jendela yang sama. Sertai pelbagai aktiviti. Tetapi pastikan dahulu apa matlamatnya. Kadang-kadang ramai yang terlalu sibuk menguruskan program, join persatuan sana-sini tapi dia sendiri tak tahu apa yang dia buat. Rugi tak begini? Seharusnya stop smelling the rose. Take a break and take a deep breath and think on what you are doing now.
Perkara yang paling pokok kena selesai dulu. Kenapa kita buat semua ni? Tak boleh ke hanya masuk universiti, pergi kelas, balik kelas, buat assingnments, balik bilik, tidur, dengar lagu, tengok movie, hang out dengan kawan-kawan? Jawapan dia: Boleh je kalau nak. Tapi hidup harus membuat pilihan. Hidup bukan sekadar itu. Mesti diisi sesuatu yang boleh menjadi hujjah di negeri 'sana'. Yang boleh membantu kita di saat yang sangat-sangat memerlukannya.
Cubalah buat yang terbaik. Saya tak menganggap diri terbaik tapi inilah yang mampu saya lakukan. Bila kita melakukan sesuatu kerana Dia, kita dah tak akan kisah dengan pandangan orang lain. Biarlah orang nak kata apa. Kita tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. Tapi kita boleh berusaha untuk puaskan 'hati' Allah supaya Dia redha kepada kita. Sesungguh nya Allah 'Azza wa Jalla sahaja yang tahu apa yang tersirat di hati dan minda kita.
Yosh.. Ganbarre..!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kata-kata mereka:
Post a Comment