Muqaddimah.
Kita nak delete orang kat facebook tak sampai hati. Maka, kita pun memilih untuk mendelete diri sendiri. Ok la tu. Tapi sekarang dah activate semula account kerana situasi dah kembali normal.
Kahwin.
Apabila abang saya menyatakan hasratnya untuk berkahwin, dalam hati saya terbinalah suatu taman yang subur mekar bunga-bungaannya, dihiasi dengan rama-rama yang girang berterbangan menyayikan lagu cinta dan kasih sayang.
Masakan tidak. Abang saya itu amat payah untuk membicarakan soal-soal begini. You know, bab-bab hati dan perasaan ni. Kelihatannya seperti hati kering. Tapi saya tahu, jauh dalam sudut hatinya punya perasaan yang mendalam terhadap orang yang dikasihinya.
Dalam pada kegembiraaan saya menerima khabar ini, sebenarnya saya juga berasa sedih. Kerana terasa akan kehilangannya. Kini pun, saya seperti kehilangannya kerana betapa bizinya dia bekerja.
Namun begitu, apabila saya dan orang tua serta kakak dan anak buah datang menziarahi rumah bujangnya di Chemor pada cuti tahun baru, ayat pertama yang saya lontarkan kepadanya ialah, “ You should get marry as soon as possible, bro!” dan bukan sekali ayat itu saya ucapkan.
Kerana rumahnya sungguh... haisy.. lelaki yang bizi bekerja begitulah. Jika di rumah kami, makannya disedia, bajunya dibasuh, biliknya dikemas oleh tidak lain dan tidak bukan, adiknya inilah. Ataupun adiknya yang lagi seorang.
Oh my brother, I love you so much I have to say. Get marry so there will be someone whom gonna take care of you. Allah will ease your way and grant u with loads of rezqi, enshallah..