Hati Bukan Bersegi.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Dua bulan lepas saya bermeja bersebelahan dengannya. Saya lihat dia tidak solat. Dia lihat saya seorang yang solat. Zuhur dan Asar. Akan ambil sedikit masa untuk naik ke rooftop menuju ke surau. Saya tak pernah ajak dia solat. Segan. Kerana usianya jauh, jauh, jauh lebih tua daripada saya. Saya diamkan saja.

Tetapi saya tahu dia juga segan dengan saya.

Suatu hari. Dia berkata:

“Abang tengok ramai orang yang sembahyang, tapi buruk sangat perangainya.mengumpat sana sini. Tak jaga perasaan orang lain”

Suatu hari yang lain. Dia berkata:

“Orang yang berjubah, berbaju kurung dan pakai tutup litup macam awak ni, belum tentu hati baik!”

Saya diamkan saja. Tersenyum.

Suatu hari yang lain dia berkata:

‘Abang tak suka dengan imam kampung abang dulu. Dia status imam, tapi menuduh orang, mencaci memaki hamun family kitorang ni tanpa usul periksa!”

Suatu hari yang lain dia berkata:

“Ubahlah fesyen baju awak ni. Kekalkan ciri wanita dan Muslimah, tapi bagi fesyen sikit macam Kak …. awak tu” (merujuk kepada kakak yang pakaiannya sungguh moden berselendang transparent totally nampak rambut, berbaju ketat dan terbelah)

Suatu hari yang lain dia berkata:

“Buat apa nak sembahyang kalau hati tak ikhlas. Bagi abang, kalau nak solat, biar hati kita ni betul-betul serahkan kepada Allah. ikhlas bukan buat-buat nak tunjuk kat orang. Buat apa nak solat kalau dipaksa-paksa?”

Sudah terlalu lama saya diam. Sudah terlalu lama saya hanya tersenyum. Sudah terlalu lama saya mendengar hujah-hujahnya. Sudah terlalu lama juga saya cuba memahami hati, perasaan dan pendapatnya.

Dalam nada tenang akhirnya saya berkata,

“Abang, boleh saya beri satu analogi? Ada seorang pemandu kereta ni, sangat samseng, dia tak suka peraturan jalan raya. Semua dia redah. Tak ikut langsung undang-undang. Satu hari, dia ke UK. Walau sesamseng mana pun dia di Malaysia, tetapi bila dia ke UK, samada suka atau tidak, dia TERPAKSA ikut undang-undang jalan raya di UK. Kerana, di UK pemandu-pemandu sangat berhemah dan menjaga keselamatan. Tak dapat tidak, dia pun TERPAKSA kena ikut peraturan juga. Dalam hal ni, abang rasa-rasalah, dia ikhlas ke ikut undang-undang jalan raya tu?”

Dia diam.

“Macam tu jugalah perintah Allah. Suka tau tidak. Ikhlas atau tidak. Tetap kena buat. Ikhlas itu kena pupuk. Bukan boleh datang sendiri. Sekurang-kurangnya, bila kita buat perintah Allah, kita ada peluang untuk ikhlas. Kalau “ter”ikhlas macam mana? Tapi kalau tak buat langsung? Kita dah tak ada peluang nak dapat ikhlas.”

Dia diam. Lalu topic telah bertukar.

Esoknya.

Saya nampak dia menuju ke surau. Sampai sekarang. Alhamdulillah.

Suatu hari terkemudian. Dia berkata”

“Apa nak jadi dengan perempuan zaman sekarang. Pakai tudung, tapi baju ketat, Nampak lurah-lurah ghairah tu. Nak tunjuk kat sape? Ni semua tak faham konsep menutup aurat”

Saya hanya tersenyum.

Kerap.



Engkaukah itu
yang memanggil namaku
Atau
akukah itu
yang terlalu hidup imaginasinya?




[puisi pinjaman Raja Ahmad Aminullah.
pinjam, kerana puisi ini di jiwa terasa serasi..]