Penghubung

Ini sebiji tomato. It's fresh and juicy..
adakah blogku fresh seperti tomato nan sebiji ini?


Kelmarin. Aku pergi ke kelas Principle of Teaching Foreign Language. Ustaz Saupi Man demam lalu kelas cancel.

Kemudian ke kelas Issues in Malaysian Politics. Sir Tunku Mohar ada. Ajarkan kepada kami ilmu yang aku banyak tak tahu. Sekarang ni aku terasa ingin jadi seperti tanah. Menyerap segala ilmu yang mampu aku hadiri pengajiannya. Jika aku merasakan diri ini umpama empangan, mesti aku sudah tidak akan mahu menakung air lagi kerana kononnya ilmu sudah banyak dan cukup untuk dibuat bekalan sepanjang hidup. Usahlah perasan! Tapi aku tidak mahu menjadi empangan. Jadi tanah lebih molek. Supaya terus mahu dan mahu menuntut ilmu.

Semester ini terasa agak sayu. Adakah kerana ini adalah semester terakhirku di sini? Atau rasa menuntut ilmu semakin membuak-buak, lalu terasa sungguh sedih jika harus berpisah dengan pengajian?

Kerana saat ini doa sangat tak putus untuk Tuhanku Yang Satu itu. Kerana subjek terasa sukar. Gerun untuk jatuh itu semakin ada. Tapi kepada Allah Azza Wa Jalla jua yang kita pohon agar diberi daya.

Berdoa dengan yakin dan bersungguh, pasti Dia akan memberinya. Perkara yang kita tidak minta pun Dia boleh beri, apatah lagi jika kita minta. Lebih-lebih lagi Dia akan beri. Kuncinya, yakin.

Lepas tu, kelas Itijahat Hadithah. Menjadi mustami’. Iaitu pendengar sahaja. Bukan subjek berdaftar rasmi. Ustaz Mojtaba kata, jagalah diri dan agama kita. Untuk masuk syurga. Zaman sekarang orang selalu memperlekehkan sunnah Nabi kita Sallallahu Alaihi Wasallam. Mereka mendakwa sunnah ni klasik dan ketinggalan zaman. Tapi bukankah Nabi kita tu ialah seorang pembina tamadun terhebat di dunia? Lekeh kah perbuatannya selaku orang terhebat? Kalau nak jadikan jalan hidup, jadikan sunnah Nabi sebagai jalan hidup. Sepenuhnya. Bukannya seperti kepala melihat arah ini, tapi badan menghala arah lain.

Hari ini. Kelas Abbasid Poetry. Kena tasmi’ 7 bait syeir. Ustat Maahad ku sungguh kelakar. Ustaz pesan rajinkan diri baca Quran. Jangan asyik dengar Syeikh Ghamidi dalam henpon saja. Nanti henpon pula yang masuk syurga. Ustaz beri contoh.

Contohnya, terjumpa henpon yg kita kenal di bawah pohon di syurga di akhirat nanti. Mana Yusof tuannya? Kitorang dah siap komen.. “ Haisyy.. ustat ni..” dengan sangkaan bahawa ustaz akan kata Yusof masuk neraka. Cuma tak sebut je la. Jawapan ustaz “ Rupanya Yusof di syurga tingkat atas lagi. Henpon tinggal kat syurga bawah.” LOL. Apa punya contoh la ustat bagi ni.

Lepas tu kelas International Political Economy. Bagai nak terkeluar mataku ini mendengar butiran jelas Sir Moniruzzaman.

Lepas tu, kelas Sorof 3. Ustaz Fauzi ku yang baik itu mengajar lagi. Kena present minggu depan.

Dan kelas Nahu 4. Menjadi mustami’ Ustaz Wahab. Hampir jatuh embun-embun jernih dari mata ini mendengar nasihat ustaz. Tentang nasihat ustaz-ustaz boleh dibuat entry khas agaknya.

Oh lupa. Tadi solat jenazah lepas zohor. Tapi tak sure siapa yang meninggal dunia. Dia seorang lelaki. Tiba-tiba tubuh aku yang menggigil. Tak pasti kenapa air mata cukup murah kebelakangan ini.

Dan kuliyah ustaz Subhan tentang hadith hukum. Dah nak pitam sebenarnya. Tapi gagahkan juge ^^

Kena prepare jadi emcee sebuah program. Doakan kelancaran tutur bicara saya.

Kenapa tajuk entry ni “Penghubung”?

Untuk menghubungkan sesuatu yang terputus. Iaitu posting entry ku di blog tomato ini. :)