Penghubung

Ini sebiji tomato. It's fresh and juicy..
adakah blogku fresh seperti tomato nan sebiji ini?


Kelmarin. Aku pergi ke kelas Principle of Teaching Foreign Language. Ustaz Saupi Man demam lalu kelas cancel.

Kemudian ke kelas Issues in Malaysian Politics. Sir Tunku Mohar ada. Ajarkan kepada kami ilmu yang aku banyak tak tahu. Sekarang ni aku terasa ingin jadi seperti tanah. Menyerap segala ilmu yang mampu aku hadiri pengajiannya. Jika aku merasakan diri ini umpama empangan, mesti aku sudah tidak akan mahu menakung air lagi kerana kononnya ilmu sudah banyak dan cukup untuk dibuat bekalan sepanjang hidup. Usahlah perasan! Tapi aku tidak mahu menjadi empangan. Jadi tanah lebih molek. Supaya terus mahu dan mahu menuntut ilmu.

Semester ini terasa agak sayu. Adakah kerana ini adalah semester terakhirku di sini? Atau rasa menuntut ilmu semakin membuak-buak, lalu terasa sungguh sedih jika harus berpisah dengan pengajian?

Kerana saat ini doa sangat tak putus untuk Tuhanku Yang Satu itu. Kerana subjek terasa sukar. Gerun untuk jatuh itu semakin ada. Tapi kepada Allah Azza Wa Jalla jua yang kita pohon agar diberi daya.

Berdoa dengan yakin dan bersungguh, pasti Dia akan memberinya. Perkara yang kita tidak minta pun Dia boleh beri, apatah lagi jika kita minta. Lebih-lebih lagi Dia akan beri. Kuncinya, yakin.

Lepas tu, kelas Itijahat Hadithah. Menjadi mustami’. Iaitu pendengar sahaja. Bukan subjek berdaftar rasmi. Ustaz Mojtaba kata, jagalah diri dan agama kita. Untuk masuk syurga. Zaman sekarang orang selalu memperlekehkan sunnah Nabi kita Sallallahu Alaihi Wasallam. Mereka mendakwa sunnah ni klasik dan ketinggalan zaman. Tapi bukankah Nabi kita tu ialah seorang pembina tamadun terhebat di dunia? Lekeh kah perbuatannya selaku orang terhebat? Kalau nak jadikan jalan hidup, jadikan sunnah Nabi sebagai jalan hidup. Sepenuhnya. Bukannya seperti kepala melihat arah ini, tapi badan menghala arah lain.

Hari ini. Kelas Abbasid Poetry. Kena tasmi’ 7 bait syeir. Ustat Maahad ku sungguh kelakar. Ustaz pesan rajinkan diri baca Quran. Jangan asyik dengar Syeikh Ghamidi dalam henpon saja. Nanti henpon pula yang masuk syurga. Ustaz beri contoh.

Contohnya, terjumpa henpon yg kita kenal di bawah pohon di syurga di akhirat nanti. Mana Yusof tuannya? Kitorang dah siap komen.. “ Haisyy.. ustat ni..” dengan sangkaan bahawa ustaz akan kata Yusof masuk neraka. Cuma tak sebut je la. Jawapan ustaz “ Rupanya Yusof di syurga tingkat atas lagi. Henpon tinggal kat syurga bawah.” LOL. Apa punya contoh la ustat bagi ni.

Lepas tu kelas International Political Economy. Bagai nak terkeluar mataku ini mendengar butiran jelas Sir Moniruzzaman.

Lepas tu, kelas Sorof 3. Ustaz Fauzi ku yang baik itu mengajar lagi. Kena present minggu depan.

Dan kelas Nahu 4. Menjadi mustami’ Ustaz Wahab. Hampir jatuh embun-embun jernih dari mata ini mendengar nasihat ustaz. Tentang nasihat ustaz-ustaz boleh dibuat entry khas agaknya.

Oh lupa. Tadi solat jenazah lepas zohor. Tapi tak sure siapa yang meninggal dunia. Dia seorang lelaki. Tiba-tiba tubuh aku yang menggigil. Tak pasti kenapa air mata cukup murah kebelakangan ini.

Dan kuliyah ustaz Subhan tentang hadith hukum. Dah nak pitam sebenarnya. Tapi gagahkan juge ^^

Kena prepare jadi emcee sebuah program. Doakan kelancaran tutur bicara saya.

Kenapa tajuk entry ni “Penghubung”?

Untuk menghubungkan sesuatu yang terputus. Iaitu posting entry ku di blog tomato ini. :)



Luruh


Ringtone telefon bimbitku menjerit-jerit melaungkan suaranya. Kuseluk dalam beg dan lihat pada skrin.

Amir!

Serta merta senyuman di bibir terukir.

“Assalamualaikum..Abir”

“Waalaikumussalam..”

“Abir kat mana tu?”

“Kat Kinokuniya ni. Awalnya Amir call Abir.”

“A’a. Cuma nak cakap, hari ni kan Amir final exam. Doakan. Jam 9 nanti mula.”

“Oo.. a’a la. Abir lupa. Ok ensha Allah.. Atamanna lakum dawamat taufeeq! Mesti ok punya. Abang Abir ni kan cemerlang? Heh!”

“Ameen. Syukran!.. Abir dengan sapa tu?”

“Err.. sorang”

“Haa.. Abir....”

“Sorry la. Nak cepat tadi. Takde siapa kawan-kawan Abir yang free. Jangan la risau. Kat sini ramai orang. Abir tak gi tempat bukan-bukan la.”

“Jaga diri ok. Baca doa. Lain kali bawak kawan. Amir tak suka Abir keluar sorang macam ni.”

“Ye ye baiklah. Dah la tu. Amir pergilah sambung baca buku. Nanti sembang dengan Abir tak pergi exam pulak nanti”

“Ok. Hati-hati”

“Baiklah., ma’an najaah! Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam..”

Amir Fawwaz! Semoga berjaya.

Kadangkala aku rasa terharu dengan perhatian yang Amir berikan kepadaku selaku satu-satunya adik perempuan yang dia miliki. Katanya aku ini amanah arwah kedua orang tuaku sehinggalah aku bernikah suatu hari nanti.

Perhatian dari jauh. Dia di Madinah. Aku pula di Gombak. Dan aku pun sedar betapa sayangnya dia terhadapku. Dan aku juga amat sayangkan dia. Kerana aku tidak punya sesiapa dalam kehidupan ini melainkan dia. Bila kuungkapkan ayat begini pada Amir, dia akan marah dan menjawab,

“Amir tau Abir sayangkan Amir. Tapi Abir tak boleh cakap macam ni. Abir ada Allah yang akan jaga Abir. Abir tak boleh cakap Abir tak ada sesiapa. Ingat tu!”

Dengan mata terkebil-kebil aku hanya mengangguk. Sebenarnya aku hanya maksudkan tak punya sesiapa hanya dari segi luaran. Aku faham aku punya Allah yang akan menjaga aku selamanya. Amir cakap sebegitu kerana dia mahu mendidik hati aku sebenarnya. Dia mahu menguatkan hati aku setelah kehilangan orang tua kami. Dia sememangnya amat tabah.

Sejak mama dan papa meninggal, Ayah Man dan Mama Ati di Perlis yang menjaga kami. Ayah Man ialah adik kepada papaku, merangkap pamanku. Tapi kami tinggal di asrama. Sewaktu itu aku Tingkatan Dua di sekolah agama perempuan di daerah Kangar. Amir pula Tingkatan Tiga di salah sebuah sekolah agama di Arau. Dan hujung minggu kami akan berjumpa di pekan Kangar dan makan nasi goreng di kedai bersebelahan The Store.

Teringat lagi ketika baru berpindah ke sekolah itu, kawan-kawanku melaporkan kepada ustazah perihalku makan dengan seorang lelaki. Apalagi terus aku dipanggil oleh ustazah dan dileteri selama sejam. Aku yang masih kabur hanya mampu mendengar. Aku faham. Ustazah tersangat mahu menjaga anak-anak perempuan di sekolah ini. Menekankan isu akhlak dan peribadi dalam diri kami.

Semakin lama aku di sekolah itu aku dapat lihat kelainannya. Salah satunya yang takkan kulupa ialah kami ini dilarang makan di warung bersebelahan sekolah, yang amat terkenal dengan “Gulai Ikan Termenung Perut Labuh” dan bihun sup maha lazat itu. Kata ustazah,

“Hodoh bebenar rupa anak-anak perempuan bertudung labuh warna biru langit ini bertenggek di warung macam anak teruna. Tak malu ka kat pakcik-pakcik situ? Kalau teringin sangat nak makan nasi tu, beli bungkuih bawak balik!”

Begitulah perhimpunan pagi kami di sekolah. Akan ada sesi ustazah berleter. Bukan berleter. Memberi nasihatlah. Kata ustazah lagi, para senior kakak-kakak kami dulu, umur baru Tingkatan Tiga sudah layak dibuat menantu. Bahkan ada makcik-makcik yang menyamar jual kerepek semata-mata nak melihat dan merisik anak-anak perempuan di asrama sekolah.

Walaubagaimanapun, zaman sudah berubah. Anak-anak perempuan ini makin moden dan banyak pendedahan. Maka harus dikawal dan dijaga dengan sedikit ketat. Subjek Kemahiran Hidup sudah tentu cenderung kepada aktiviti kewanitaan, bukan perkebunan. Belajar pelbagai jahitan tangan, jahit kia, sembat susup dan pelabagai sembat lagi, jahit baju kurung Kedah, jahit beg buku, buat Kek nanas, ujian memasak dan macam-macam lagi.

Tazkirah pula sudah berbakul-bakul dan berguni-guni dipersembahkan buat kami. Kalau masih nakal tak tahulah nak kata apa. Ustaz Baihaqi dengan tazkirah tentang “Wahai Anak Perempuan, Taatilah Suamimu” pada suatu pagi sewaktu perhimpunan.

Kata ustaz bersempena dia berjumpa dengan kakak kami yang dah habis sekolah dan mahu nikah, lantas ustaz beri nasihat kepadanya. Justeru, kami juga sekaligus diberi nasihat pernikahan. Taati suami betul-betul. Jika suami mahu bersama di atas tempat pemanggang api sekalipun, turuti kemahuannya. Hatta, jika ayah meninggal, tapi suami tak benarkan pulang ke rumah, jangan sesekali pulang! Apalagi, berkerutlah wajah kami menahan ngeri waktu itu. Ekstrem sungguh contoh yang ustaz beri. Ustaz kata, itu contoh saja. Mana ada lelaki kejam sampai tara tu! Namun maksud sebenar ustaz ialah patuhilah suami.

Dan Amir pula, tak kusangka akan sampai ke Madinah selepas habis SPM. Pada mulanya dia sama-sama masuk ke pusat matrikulasi denganku, tapi ustaznya menasihati agar teruskan pengajian di universiti di sana. Dengan berat hati aku sedih melepaskan abangku ke sana.

Walaubagaimanapun sejuk hatiku melihat Amir bila dia pulang dengan wajah yang cukup jernih di mataku. Bila aku berjalan beriringan dengannya di kampus, gosip lama terkeluar kembali. Ramai pula kawan-kawanku yang merisik Amir. Kata mereka, Amir itu wajahnya kacak seperti Yusri KRU tapi versi soleh. Berjubah dan berkopiah. Aku nak gelak, handsome sangatkah Yusri itu?

Amir sangat kuat pengaruhnya dalam hidupku. Dialah yang mengajarku pelbagai perkara. Daripada perihal game sampai ke sukan, memang banyak terpengaruh dengan abangku ini. Jika zaman kanak-kanak perempuan bermain masak-masak dan patung-patung, aku dan Amir bermain game ketenteraan iaitu Mission IGI. Misi Si David yang menyeludup masuk ke kem militari Russia untuk merampas kembali cip milik militari US. Entah jalan cerita apa pun aku kurang mengerti. Main sajalah. Sebanyak beberapa level yang semakin susah itu sudah kuhabiskan atas tunjuk ajar Amir.

Kemudian, ketika kanak-kanak perempuan bermain mekap-mekap, aku pula menghabiskan game kesemua litar F1 yang ada di dunia ini. Berlumba kereta aku memandu watak Mika Hakkinen, manakala Amir memandu Ferarri Michael Schumacher. Memecut mengalahkan antara satu sama lain.

Jika Amir menyokong Manchester United, aku pula menyokong Chelsea. Sengaja kupilih Chelsea bagi mewujudkan suasana pertempuran, walaupun sebenarnya aku juga suka kepada Manchester United.

Jika Amir menyokong Houston Rocket, sudah pasti aku akan memilih bertentangan dengannya iaitu Los Angeles Lakers. Maka, perlawanan NBA menjadi sangat genting dengan sorakanku yang terputus jantung kerana pada lima saat terakhir, pasukanku menjaringkan gol tiga mata. Fuh!

Tambahan lagi segala komik Gempak, Starz, Kreko dan Under 18 tulisan Zint dan Kaoru’s Cake House, manga, anime, Kindaichi sudah pun kami khatam setiap edisi.

Sungguhpun begitu, segalanya hanya tinggal kenangan kerana kami sudah tidak lagi bermain game-game sebegitu atau menonton sukan gila-gila. Sudah besar, maka sudah hilang minat barangkali. Kini pengaruh Amir terhadapku bertukar kepada keislaman dan banyak menekankan perihal menjaga aqidah dan ikutlah sunnah Nabi. Banyak kitab-kitab yang dia bawa untukkku dari Madinah. Katanya,

“Hidup ni tak lama, Abir. Jangan buang masa lagi. Kerjalah untuk Islam. Bantu agama Allah, Allah akan bantu Abir!”

Nampaknya Amir sudah berubah menjadi ala-ala ustaz pada pandanganku. Jurusan Syariah yang dia ambil mungkin membentuk dirinya menjadi insan kamil. Lalu diperturunkan kepadaku satu-satunya waris yang dia ada. Walaupun aku ini bekas sekolah agama, nakalnya tetap ada. Jahil itu serba-serbi. Tersenyum aku mengenang kembali cerita kami.

......................

Lamunanku berkecai apabila seseorang terlanggar bahuku.

“Minta maaf, saya tak sengaja..” katanya.

“Tak mengapa”, jawabku.

Habis berterabur buku gadis itu. Lalu kukutipkan untuknya. Ada kad nama di situ yang tercampak dari salah satu bukunya.

Fidelia Aldern.

Aku membesarkan mataku membaca kad nama itu. Aku kenal nama ini. Terus ku ajukan kepadanya.

“Fidelia? Fidelia Aldern?”

“Ya, saya Fidelia. Adakah kita kenal?”

Aku lantas memeluknya. Dia terperanjat dengan reaksiku.

“Fidelia, ingat lagi tak Abir Farhah binti Fauzun? Ini Abir!”

Maka, reaksinya pun sama dengan sepertiku.

....

Subhanallah. Maha Suci Allah yang menemukan aku dengan kawan lama ini. Fidelia Aldern. Kawan lamaku zaman sekolah rendah di negeri Sabah Di Bawah Bayu. Kali terakhir aku berjumpa dia ialah ketika Darjah Enam di salah sebuah sekolah di kawasan Kudat.

“So, Fidelia bagaimana sekarang?”

“Life is good. Sekarang saya masih menuntut di Universiti of Berlin”, katanya sambil menguak rambut lurusnya ke belakang.

“University of Berlin? Germany? Seperti tempat Hegel dan Karl Marx?”

“Ya, saya mengambil jurusan falsafah. Sekarang cuti semester dan balik Malaysia untuk rehat sebentar. Abir bagaimana?”

“Oo.. philosophy, seperti Hegel, Marx dan Engels. Fidel ni macam menurut jejak langkah mereka je? Abir ambil jurusan Bahasa Arab Linguistik di UIA”

“Hem, sort of. Memang Fidel adore mereka.

“Abir suka nama Fidel. Fidelia. Macam nama bunga. Dedillia.”

“Bukan macam Fidel Castro?”

Pecah gelakku. Fidelia menyamakannya seperti Presiden Cuba itu.

“A’a la. Sama macam Fidel Castro. Tapi nama Fidel maksudnya Kesetiaan bukan?”

“Ya! 100 makah untuk Abir”

Mama Papa Abir sihat?”

Aku menarik nafas. Seraya menjawab,

“Bagusnya Fidel masih ingat papa mama Abir..”

“Tentulah. Fidel tak lupa kek coklat yang Aunty beri masa sukan sekolah. Its finger’s lickin good”.

“Hehe.. thank you. Tapi, kalau Fidel nak tahu, papa mama Abir dah tiada..”

Fidelia kelihatan terkejut.

“Abir, i’m so sorry. Fidel tak tahu..”

“its ok..” balasku tersenyum.

“Kalau Abir tak keberatan, bila ya?”

“Waktu tu Abir Tingkatan Satu. Dan Amir Tingkatan Dua. Habis sekolah rendah di Kudat, papa mama hantar ke Ranau. Sekolah agama di sana. Tapi taqdir Allah, semasa mereka mahu melawat kami, mereka kemalangan kereta jatuh gaung. Ada satu jalan short cut ke Ranau yang lebih dekat, tapi jalannya tak berapa bagus. Berbatu-batu tanpa tar dan agak bergaung.”

“Abir, bersabar ya..”

“Tak apa. Perkara tu dah lama berlalu. Sekarang Abir dan Amir tinggal di KL. Rumah peninggalan Papa Mama sebelum kami pindah ke Sabah.”

“Ooo.. Ingat lagi waktu itu, Abir budak baru dalam kelas Dua Raya. Waktu tu, kami lihat Abir ni budak Semenanjung yang sombong. Tak mahu bercakap dengan orang. Berlagak! Haha..”

“Haha..bila dah kenal baru tahu kan Abir ni peramah? Hah”

Sekolah rendahku seperti nama Kristian. Sejarahnya sudah pasti diasaskan oleh golongan Kristian yang aku sendiri tak pasti bila. Tapi zaman berganti zaman, semakin ramai orang Islam yang masuk ke sekolah itu, walaupun bersebelahan dengan gereja. Selalu saja aku mendengar loceng gereja berdenting, tapi untuk berlaku adil harus kunyatakan bahwa tidak ada sedikitpun unsur-unsur Kristian yang cuba diterapkan dalam pemikiran kami walaupun zaman kanak-kanak. Silibus pembelajaran tetap sama. Malah aku dan Fidelia berkawan baik dahulu walaupun berlainan agama.

Kelihatannya Islam yang mendominasi sekolah itu. Contohnya ketika subjek Pendidikan Islam, murid-murid Islam akan kekal di kelas, manakala murid-murid Kristian yang akan bergerak keluar ke Pusat Sumber.

“Ibu ayah Fidel pula bagaimana? Fidel tengah cuti kenapa tak balik Sabah?”

“Fidel dan family dah pindah Semenanjung lepas kita habis sekolah rendah. Sekarang tinggal di Melaka. Mommy daddy sambung bizness di sini”

Angin bertiup sepoi-sepoi di taman KLCC tempat kami melabuhkan punggung. Sayup-sayup kedengaran suara kanak-kanak menjerti keriangan di kolam renang. Kupandang Fidelia sambil membetulkan tudungku yang ditiup angin. Sedang tersenyum memandangku.

“Kenapa Fidel senyum-senyum ni? Muka Abir lekat coklat ke?”

“Tak adalah. Fidel suka tengok Abir pakai tudung begini. Nampak cantik dan comel.”

“Ye ke. Terima kasih”

“Kenapa harus pakai tudung? Fidel hairan dengan kes terbaru di Germany, wanita yang ditikam mati berbelas kali. Fidel tak faham kenapa dia sanggup mati hanya kerana tudung? But, i have to admit, she was a beautiful woman with that veil!”

“Oo.. Marwa Al-Sherbini. Semoga Allah merahmati beliau. Sebelum Abir jawab tentang tudung, ada perkara lain yang lebih besar dari isu tudung. Tudung ialah perkara yang kesepuluh atau kesebelas sebenarnya. Its a matter of faith, Fidel”

Bersambung...

Kursus Pengurusan Jenazah

(sila klik untuk paparan lebih jelas )

Dijemput datang beramai-ramai!

Meraban


Assalamualaikum wbt.. selamat pagi.


Hari ni saya terasa macam nak meraban sikit.


Saya rasa blog tomato ni semakin masam, dah tak manis. Kelat dan berkerut je muka bila menikmatinya. Posting kelihatannya gegundah gulana, dan laras bahasa yang maha serius sejak dua menjak ni. Jadi harini nak buat posting ceria sikit. Selama ni bukan sedih sangat pun, tapi nak buat cenggana, bila sayu mesti rasa nak tulis kat blog. Kesian blog ni. Ayik jadi kuali yang masakannya hanya tomyam dan asam pedas saja! Bila nak wat serawa labu atau bubur kacang hijau campur durian? Waa..


Sot sem dah mula setelah cuti dua minggu selepas final exam yang lalu. Tukar bilik dan tukar rumet. Suasana baru dalam bilik skarang di mahallah safiyah teratak blok D yang sepoi-sepoi bahasa wifi yang cemerlang.


Pertukaran suasana yang cukup berbeza ni memang menarik. Dari bilik lama yang teramat sunyi dan ahli rumet yang pendiam, saya berpindah ke bilik yang sangat kecoh dan ahli-ahli yang riang. Semua budak Law. Dan sekarang banyak cakap loghat Sabah di bilik sebab ada dua orang rumet yang berasal dari Timur Malaysia.. Heheh.. best kan.


Term-term yang dah lama saya tak dengar, sekarang terkeluar kembali. Contohnya “tapuk” dengan sebutan qalqalah sughra yang pekat pada huruf K di hujung itu. Maksud tapuk ialah sorok. “bubut-bubut” ialah kejar-kejar. Hehe.. sukaku! Bila jumpa bekas serumpun memang akan terkeluar loghat Sabah.


Sabah tetap di hati saya. Perlis pun di hati saya. Walaupun saya bukan orang Sabah dan Perlis, namun kedua-duanya tempat ini meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam jiwa saya. Masakan tidak, separuh dari kehidupan saya mengenal dunia adalah di dua negeri ini. Dan sesungguhnya Sabah dan Perlis adalah negeri yang amat indah. Kepada bakal-bakal guru Semenanjung yang akan dihantar posting ke Sabah, sebaiknya janganlah menolak. Seperti cita-cita kakak ini :) Sabah sangat indah. Betul ni saya cakap!


Itu tentang satu perkara. Perkara kedua, nak citer.


Setelah tiga empat bulan orang ramai dah pun menonton filem Ketika Cinta Bertasbih, saya ni ketinggalan. Baru je tengok citer ni recently. Ya Allah, nangis teruk kot! Ustaz Habiburrahaman ni memang terer nangiskan orang. Saya tau, kalau tengok movie pun boleh habis tisu lap ayaq mata, apatah lagi kalau baca novel dia. Tak tau la awat saya tak berkesempatan nak baca novel KCB. Sebab tamau keluaq duit ka atau maleh nak baca? Ni pasai apa cakap Kedah la pulak ni..


Perkara ketiga, kita tinggalkan hal-hal keduniaan. Mari kita ingatkan akhirat pula. Dengan sukacitanya, saya ingin menjemput para hadirin sekalian untuk menghadiri:


Kuliyah Hadith Umdatul Ahkam,

Selasa,

9PM

Adm Lr 9,

Ustaz Subhan Khadafi


Kuliyyah Tauhid

Rabu

9PM

Adm lr 9

Ustaz Hasyimi Che Pa


Kedua-dua ustaz ini grad dari Universitas Islam Medina, KSA.


Nak tau? Ni lah university idaman saya semenjak Tingkatan Satu. Bercita -cita nak blaja kat U ni lepas dengar citer ustaz saya dia grade Madinah, ajar Arab masa Form 1 dulu. Tapi apakan daya, bila saya masuk UIA Gombak barulah saya tau yang U ni utk rijal saja sebab tanya kat Ustaz Nik Saiful Azizi yang ajar Tilawah masa first year. Tak apa. UIA pun best jugak!


Ni dok mengarut apa pulak dah? Kembali kepada tajuk kulliyyah tadi,

Jemput datang semua ya!


Nak tau? Kenapa saya suka pergi kuliyyah? Suka ke? Suka!


Selain nak mencedok ilmu, saya fikir tentang perkara lain. Tentang selawat ke atas Nabi Sallahu Alaihi Wasallam. Saya tau. Dalam sehari kalau nak selawat saja-saja teringat tu memang payah sikit. Orang Perlih kata “baloq liat”. Selawat tu hanya dalam solat saja yang baca. Adapun waktu lain tak selawat pun. Senang citer, mulut ni akan selawat bila dengar orang sebut nama Nabi, then akan otomatik terselawat. Kalau tak dengar orang sebut, payah sikit nak selawat. Lagi satu situasi ialah apabila terlupa tentang sesuatu, dan berusaha nak ingat kembali, barulah akan selawat. Apalah punya ummat!


Oleh yang demikian, untuk menggalakkan diri ini berselawat ke atas Nabi kita Sallahu Alaihi Wassalam, datanglah ke kuliyyah kita. Sebab bila ustat sebut perkataan Nabi Sallallahu Alaihi wasallam, maka kita yang mendengar tidak dapat tidak, wajib menjawab dan berselawat. Sehinggakan bila tak menjawab kita akan rasa ganjil ya ampun!


Dalam kuliyyah macam ni lah yang ustat sebut nama Nabi banyak kali (Sallallahu Alaihi Wasallam). Maka kita pun jawab banyak kali. Kan dah dapat pahala tu? Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam kata sape yang dengar nama beliau, tapi tak berselawat, itulah orang yang paling bakhil. Kedukut!


"Sesiapa yg berselawat kepada aku sekali maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh selawat, akan dihapuskan sepuluh dosa dan dia diangkatkan 3 kali darjat." (Hr Ahmad - sahih)


"Sesungguhnya sesiapa yg berselawat sekali kepada ku maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali." (Hr Muslim)


"Sesungguhnya org yg bersangatan bakhil adalah org yg tidak berselawat kepadaku bila disebut namaku." (Hr Ahmad - sahih)


Ok, setakat ni dulu rabanan saya pada hari ini. Nantikan karangan terbaru akan datang. Dikarang semasa cuti.


Wassalam..