Jika Tak Suka

Bismillah..

Apabila segalanya sudah selesai, barulah kita akan sedar bahawa segala yang kita tak suka itu adalah perkara yang terbaik untuk kita.

Sekiranya ustaz debate saya masih mahu membuat kelas selepas cuti hari raya seperti sekarang, pasti saya akan lebih serabut kerana banyak assignment kena buat sekarang ni.

Dulu saya dan kawan-kawan saya sangat tak setuju bila ustaz menetapkan kelas debate selepas solat tarawih semasa ramadhan yang lalu. Kelas bermula selepas rakaat kelapan. Ustaz mahu habiskan sekaligus. Kelas yang sepatutnya dua kali seminggu, menjadi setiap malam. Dan kelas akan berakhir jam 12 tengah malam. Kadangkala lebih dari jam 12, barulah saya dan Kak Aishah akan pulang ke mahalah seperti biawak pulang ke lubuk di sungai UIA.

Tak suka sebab kelas habis sangat lambat. Nak baca buku, nak bangun awal untuk sahur dan beberapa ibadah yang nak di topup semasa ramadhan terasa terganggu dengan kehadiran kelas debate ni.

Inilah perasaan sewaktu itu.

Masuk kelas debate saya rasa macam hampeh je. Tekanan melebihi segalanya. Saya rasa down bila masuk kelas ni atas beberapa sebab. Bila ada taklifan lain selain kelas ini menyebabkan saya rasa lebih down. Waktu itu saya sedang diserang perasaan pesimis yang membunuh. Pesimis itu hadir akibat dari kegagalan yang saya rasai sebelum itu berkenaan hal lain. Jadi banyak benda yang orang minta saya buat saya tak mahu buat. Kesan down daripada beberapa kegagalan hal lain itu.

Sekiranya perasaan down tidak dirawat, ia akan berubah menjad barah yang boleh mencemarkan persekitaran. Hatta benda kecil pun akan jadi berat. Contohnya bila disuruh jadi imam solat tarawih kat mahalah pun rasa berat sebab pengaruh kegagalan. Tapi Alhamdulillah, perasaan berjaya dirawat, dan berjaya menjadi imam sekejap. Dan perkara lain berjaya dilunaskan kerana Allah telah memancarkan semangat positif yang diberkahi di bulan ramadhan.

Daripada 17 pelajar dalam kelas itu kami bertiga sahaja pelajar perempuan. Selebihnya pelajar lelaki Arab dari Sudan, Somalia, Iraq, Yaman, Bahrain. Dan seorang pelajar lelaki Melayu, iaitu Abu Hafiz.

Kalau segan tu toksah ceritalah. Kadangkala saya seorang sahaja perempuan dalam kelas itu, jika Kak Khairu tak datang. Bila nak taqdim semuanya jadi tersangkut sebab terasa darah menyerbu muka. Dan Kak Khairu pun rasa benda yang sama kalau saya mogok tak nak datang kelas.

Dalam tak suka tu sebenarnya ada juga benda yang menjadi penawarnya. Budak-budak Arab ni kelakar. Menggelikan hati. Semangat walaupun hujah entah apa-apa. Walaupun saya ni tak terer tapi dorang tak penah pandang rendah. Supportive.

Dan sekarang, apabila kawan-kawan saya masih bertungkus lumus pergi ke kelas skill, saya dah boleh goyang kaki buat esemen. Kelas saya dah habis walaupun dihempap sekaligus begitu.

Tak apa. Saya dah lega.

Kesimpulannya:
Benda yang kita tak suka dulu itulah yang terbaik.
Rawati perasaan down akibat kegagalan. Carilah jalan-jalan motivasi untuk mengembalikan nilai positif.

Hanya contoh kecil daripada pelbagai contoh.
Jumpa lagi..