Kulliyyah Muslimat 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Kuliyyah hadis untuk muslimat minggu ke-2.

Kuliyyah minggu ni sepatutnya nak membicarakan tentang hadis ke-5 tetapi Kak Ili tangguhkan dahulu kerana ada perkara lain yang perlu dibincangkan. Aku masuk terlewat sikit jadi Kak Ili tengah bercakap pasal ghibah atau mengumpat.

Kita tidak dibenarkan bercakap tentang orang lain yang apabila jika dia tahu, dia tidak akan suka. Tapi yang popular orang cakap “ aku bukannya apa lah kan. Tapi benda ni betul”. Yang betul tu la namanya ghibah. Kalau tak betul fitnah jadinya. Lagi satu dialog popular: “ aku bukannya nak mengumpat, tapi nak luahkan perasaan tak suka je”. Dialog-dialog nih semuanya menjurus kepada matlamat yang satu, iaitu ghibah. Kita diharamkan bercakap sebegini.

Imam Asy-Syanqiti ada menyebut: ‘Kalau kamu mahu berkata mengenai seseorang, bayangkanlah api neraka dia hadapan matamu”. Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam pun marah kepada Aisyah apabila dia mengejek isteri nabi yang lain kerana dia rendah. Aisyah tidak menyebut tapi hanya melakukan isyarat sahaja. Itu pun sudah ditegah apatah lagi kalau bercakap di kedai kopi berjam-jam.

Disebabkan isu ini kontroversi, banyak soalan yang keluar. Kalau tulis dalam blog pasal seseorang pun tak boleh jugak. Menceritakan kisah seseorang yang mengaibkan juga tidak dibenarkan, walaupun orang yang mendengar tu tak kenal dengan orang yang diumpat tu. Kak Ili pun terpaksa menghentikan sesi soal jawab. Kalau tak nanti tak sentuh-sentuh lagi tajuk sebenar.

Ok. Tajuk kulliyyah ialah “Tanda-tanda orang yang tak mencintai Nabi sallallahu alaihi wa sallam”.

Pada hakikatnya, hajat kita kepada nabi sallallahu alaihi wa sallam adalah lebih besar daripada makan dan minum, kalau tak ada nabi macamana lah agaknya kita. Kerana Rasulullah sallahu alaihi wa sallam lah satu-satunya orang yang dapat menunjukkan jalan ke syurga. Kita kena ingat. Kenapa kita nak cintai nabi? Kenapa kita perlu ikut nabi langkah demi langkah? Jawapannya ialah kerana Allah. Di hujung kehidupan kita, ke mana kita akan pergi selepas itu? Tentulah nak ke syurga. Jalan ke syurga itu dah ditunjukkkan oleh nabi, Kenapa pulak tak mahu ikut? Tak mahu ikut ni satu cerita. Siap menentang dan menafikan satu cerita pulak. Aku pun tak faham dengan dorang ni!

Tanda-tandanya ialah:

1- Jauh daripada sunnah zahir dan batin. Macamana batin tu? Maksudnya ialah menukarkan ibadah menjadi adat. Merasakan bahawa ibadat tu perkara seharian yang sekadar perlu dibuat. Sebagai contoh, solat. Semasa solat kita hendaklah menghadirkan hati bahawa kita ini sedang menghadap Allah. Manakala yang zahir pula ialah jauh daripada cara nabi sallahu alaihi wa sallam buat. Buat ibadah sesuka hati sahaja. Sedangkan syarat penerimaan solat bukan semata-mata ikhlas. Tapi hendaklah tepat juga.

2- Lupa untuk meminta pahala daripada Allah. Sebenarnya tidak ada masalah kalau berniat melakukan ibadah untuk mendapat pahala dan syurga. Ada orang yang membangkitkan persoalan ikhlas atau tidak. Syurga itu memang disediakan untuk orang yang bersungguh. Orang yang ikhlas pun akhirnya masuk syurga juga. Jadi, ma fi musykilah ye!

3- Menolak hadis-hadis sohih. Seperti golongan Khawarij yang merasakan apabila ada hadis sohih yang bertentangan dengan logik mereka, maka hadis itu tertolak. Astaghfirullahal ‘azim. Semoga Allah memberikan mereka hidayah.

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. [Al-Ahzaab 33:36]

4- Tercabutnya rasa ihtiram apabila disebutkan nama Nabi sallallahu alaihi wa sallam. Imam Malik apabila hendak berbicara atau menyampaikna kuliyah hadis, beliau tidak akan bergerak, duduk tegak-tegak, pakai immah atau kopiah, memakai wangi-wangian, sebab nak ihtiram nabi sallallahu alaihi wa sallam. Kalau cakap pasal aqidah atau fiqh, barulah beliau bergerak-gerak dan duduk relaks sikit. Subhanallah.. kalau kita, siap reply sms lagi sambil kunyah gula-gula bagi hilang ngantuk!

5- Tidak mahu mengenali sahabat. Dalam riwayat diceritakan bahawa selepas kewafatan Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, Ibn Umar kalau tak silap. Apabila melalui suatu kawasan lapang dia akan tundukkan kepala. Lalu sahabat lain pun bertanya kenapa dia tunduk. Dia pun memberitahu kerana, semasa Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam masih hidup, baginda pernah melalui kawasan ini. Pada masa itu ada sebatang pokok yang rendang dahannya, lalu baginda sallallahu alaihi wa sallam pun menundukkan kepala. Sahabat ini digelar mutaasi yang bermaksud betul-betul mengikut nabi.

Ada sahabat yang lain pula apabila menaiki kenderaan dia akan tertawa. Lalu ditanya mengapa. Dia menjawab kerana Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam tertawa apabila menaiki kenderaan. Kerana setelah membaca doa menaiki kenderaan, baginda sallahu alaihi wa sallam akan menyambung dengan : “ Subhanaka fa inni zolamtu nafsi faghfirli faiinahu la yaghfiru az-zunuuba illa anta.” Rasulullah menyebut bahawa Allah menyukai hambaNya yang mengaku bahawa tiada siapa yang dapat mengampuni dosa melainkan Allah. Lalu baginda sallallahu alaihi wa sallam pun tertawa. Sahabat ini pun mengikut. Subhanallah..

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak”. [Al-Ahzaab 33:21]

Betapa berbezanya kita dengan para sahabat. Mereka ini dipilih oleh Allah untuk membawa ajaran Islam. Kita ini mungkin tidak mampu agaknya kalau diletakkan pada zaman itu. Maka, seharusnya kita tangisi dengan diri sendiri kerana kurang mencintai Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam.. Marilah sama-sama kita bertaubat.

Ya Allah, ampunilah dosa kami! Tiada siapa yang dapat mengampuni dosa kami melainkan hanya Engkau Ya Allah!

Ya Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam... kami merinduimu. Kami cuba mengikutimu..

Wallahu a’lam bis sowaab..

p/s: Entry saya ni banyak yang saya terlepas salin nama sahabat, matan dan sanad. But to remind here that i am pretty sure that the story goes soundly. Jadi sesiapa yang terbaca dan mengetahui maklumat yang tertinggal ini, sila lah komen ya. Syukran jazeelan..

Trust God

Hope comes when we trust God
With the things we cannot understand
Even when we cannot see it
He is at work in our lives
Lending a helping hand
Listening to each problems
Comforting and healing our hearts

God doesn’t run away from our need
He runs towards it
On the day when there is no light
He is the loving promise
That the light will come again

In times of change and difficulties
May love speaks to you
And bring you comfort
May hope remind you
That in this life
And beyond
God is always with you
(adapted from a greeting card)

Kuliyyah Muslimat 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sudah dua kali kuliyyah hadith untuk muslimat berlangsung di Adm Lr 9. Kuliyah ni memang best. Apatah lagi disampaikan oleh seorang yang aku rasa cukup selesa bila berada dekat dia. Nama penyampainya ialah Kak Ili Dalila yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Ilmu Wahyu Majoring Quran Sunnah. Hah! Padan kan?

Aku suka untuk menceritakan serba sedikit apa yang kami dapat daripada kuliyah pertama ni.

Kak Ili cerita mengenai manusia yang selepas ditiupkan roh ke dalam badannya, maka tertulislah empat perkara iaitu rezeki, tempoh masa kehidupan dia, amalan dan keadaan dia di hujung nyawanya, beriaman atau sebaliknya. Pertamanya aku tak salin pulak hadith yang mana dan nombor berapa, sanad dan matannya. Yang penting it is confirmed to be sound, ok! Jadi baby yang berada dalam kandungan ibu sebelum berusia 120 hari, stastusnya masih lagi mayat yang tak bernyawa. Kalau ia gugur tak perlu solat, mandi atau kafan.

Seterusnya diceritakan kisah seorang sahabat Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wa sallam, yang merupakan ahli jannah. Para sahabat yang lain pun hairan jugak sebab sahabiy yang seorang ini orangnya biasa sahaja. (apalagi syakira nih! Tak ingat nama la tuh).
Selepas itu, ada seorang sahabat lain yang nak tau kenapa dia dijamin masuk syurga. Lantas beliau meminta izin kepada sahabiy ini untuk tinggal selama 3 hari di rumahnya. Tapi dia tak bagitau lah kenapa nak menumpang tu.

Selepas tiga hari dilihatnya sahabiy ini tak pulak wat ibadah qiyamullail atau apa-apa ibadah yang istimewa. Kehidupan beliau seperti biasa sahaja. Sembahyang jamaah di masjid. Balik rumah dan tidur. Lantas dia pun bertanya apa yang Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam katakan. Rupa-rupanya sahabiy ini mempunyai hati yang sangat luhur. Sebelum tidur pasti dia akan memaafkan semua orang yang berbuat salah kepadanya. Maka terjawablah sudah persoalan di minda sahabiy yang menumpang itu.

Kisah ini memang aku dah biasa dengar tapi susahkan nak praktiknya? Itulah manusia..
Lagi satu apa yang zahir kita lihat itu tak semestinya melambangkan dirinya. Apa yang tersirat dalam hati lebih diketahui oleh Allah subhanahu wa taala.

Selepas tu Kak Ili mengingatkan agar kita ini harus selalu menemikirkan apa agaknya pengakhiran hidup kita. Adakah akhirnya kita ini masih dalam iman atau sebaliknya? Dan adakah orang yang selalu berbuat maksiat itu dijamin masuk neraka? Mana tahu di hujung usianya dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat? Jadi, kita mestilah selalu berharap dan meminta agar Allah tetapkan kita dalam jalan yang lurus.

Cara Kak Ili sampaikan ceramah ni memang menusuk kalbu betul. Dah bertakung dah air mata den tunggu masa nak tumpah je. Tapi tumpah jugak akhirnya! Aku ni berjiwa lembut sangat kot. Aku jeling orang lain selamba je dorang. Cepat-cepat lah aku sapu air mata. Ceh! Empangan rapuh sket.

Seterusnya Kak Ili berpesan agar jangan sekali-kali memandang rendah terhadap kuasa doa. Kita sebagai Muslim memang ada senjata yang paling hebat iaitu doa. Doa adalah di permulaan, di tengah, di akhir dan bila-bila masa sahaja. Bukan dah usaha baru doa. Sebelum usaha pun kita perlu doa. Begitu juga taubat. Di awal, tengah dan akhir.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah ada menyebut, dosa itu penyebab kemudharatan, dan istighfar pula menghapuskan dosa. Jadi masa exam nanti kalau stuck jomlah kita istighfar banyak-banyak ye! Astaghfirullaha wa atubu ilaih..

Seterusnya ada dua ayat yang mudah disebut, memberatkan timbangan dan disukai Allah subhanahu wa taala iaitu: Subhanallahil ‘Azim.. Subhanallahi wa bihamdihi..
(sekali lagi it is confirm to be sound). Senang kan nak sebut?

Dan terakhir sekali Kak Ili pesan orang beriman ni mesti selalu berkomunikasi dengan hati. Kerana hatilah tempat yang akan Allah subhanahu wa taala akan lihat. Banyakkan muhasabah Jangan terlalu nak cantikkan luaran yang manusia nak tengok je.

Ya Allah, ampunilah kami yang banyak berdosa ini. Ameen..

Wallahu a’lamu bis sowaab!

..To be continued..

Malapetaka Darwinisme Terhadap Kemanusiaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Inilah tajuk buku yang baru habis dibaca. Bila baca sahaja muka surat pertama pun hati sudah terasa panas. Betapa kejamnya manusia yang kufur kepada Allah.

Buku ini merupakan tulisan penulis Harun Yahya atau nama sebenar beliau Adnan Oktar. Beliau merupakan seorang saintis berbangsa Turki. Daripada pemerhatian saya terhadap penulisan-penulisan beliau, saya dapati pendekatan beliau lebih cenderung ke arah dakwah kepada golongan kafir.

Seperti mana yang kita maklum, sejahat-jahat bangsa Yahudi pun mereka masih mempercayai Allah sebagai Tuhan Yang Mencipta. Tetapi, orang-orang seperti Charles R Darwin yang mengasaskan ideologi Darwinisme benar-benar bertujuan untuk menolak kepercayaan kepada agama dan Tuhan. Mereka inilah golongan aties.

Ideologi Darwinisme mengatakan bahawa manusia pada asalnya adalah haiwan iaitu monyet, yang berevolusi sehingga menjadi manusia yang sebenar. Pendapat ini sangat meragukan dari sudut sains sebenar pada hari ini. Manusia pada zaman kurun ke-19 mudah mempercayai ideologi ini kerana pada waktu itu belum ada teknologi yang canggih untuk mengkaji hal ini dengan lebih mendalam. Peralatan pada waktu hanya mampu melihat sel dari sudut luaran sahaja.

Darwinisme mempercayai bahawa manusia perlu ada survival untuk terus hidup di bumi ini. Dengan mengurangkan jumlah manusia yang ada akan mempercepatkan proses evolusi berlaku. Mereka yang cacat, tua, sakit, dilahirkan cacat akan dibunuh sewenang-wenangnya. Kaum kulit hitam di negara Afrika juga dihapuskan kerana dianggap sebagai golongan kasta rendah, yang tidak mempunyai apa-apa nilai.

Pada asalnya ideologi Darwinisme ini hanya berkisar kepada biologi sahaja. Tetapi tulisan pengasasnya tersebar luas menjadikan isu ini beralih kepada psikologi dan seterusnya politik.

Sesiapa yang mempercayai ideologi ini tidak lain tidak bukan hanya menjadikan dia manusia maha zalim di atas muka bumi ini. Hitler di Jerman, Benito Mussollini di Itali, Franco di Sepanyol, Nazi, Karl Marx, Lenin di Russia lalu diteruskan perjuangan oleh Stalin serta Trotsky adalah contoh-contoh manusia yang mengamalkan ideologi ini. Mereka mengasaskan suatu kuasa yang menindas manusia-manusia yang lemah . Sesiapa sahaja yang menentang mereka atau tidak sehaluan dengan mereka akan dibunuh dengan kejam termasuk orang-orang Islam dan Kristian. Masjid-masjid dan gereja juga dirobohkan. Malah mereka ini saling
bekerjasama dalam usaha revolusi kekejaman ini. Sebagai contoh, Franco menghadiahkan kepada Hitler seluruh penduduk kampungnya untuk menguji senjatanya. Banyak lagi bentuk-bentuk penindasan dan kekejaman yang dilakukan mereka.

Ideologi ini tidak terhenti di Eropah sahaja tetapi tersebar juga ke China dan Korea. Mao Tse Tung dengan prinsip komunisme serta Pol Pot yang menukarkan negara Korea sebagai ‘Ladang Pembunuhan’ atas dasar yang sama.


ô`tBur ãNn=øßr& `£JÏB yìoY¨B y‰Éf»¡tB «!$# br& tx.õ‹ãƒ $pkŽÏù ¼çmßJó™$# 4Ótëy™ur ’Îû !$ygÎ/#tyz 4 šÍ´¯»s9'ré& $tB tb%x. öNßgs9 br& !$ydqè=äzô‰tƒ žwÎ) šúüÏÿͬ!%s{ 4 öNßgs9 ’Îû $uŠ÷R‘$!$# Ó“÷“Åz óOßgs9ur ’Îû ÍotÅzFy$# ë>#x‹tã ×LìÏàtã ÇÊÊÍÈ

114. Dan siapakah Yang lebih zalim daripada orang-orang Yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? orang-orang Yang demikian, tidak sepatunya masuk ke Dalam masjid-masjid itu melainkan Dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara Yang mereka lakukan itu). mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa Yang amat besar.



Manusia-manusia yang disebutkan dia atas mempercayai ideologi ini kerana tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguasai dunia demi kepentingan sendiri. Mereka merasakan mereka tidak akan kembali ke negara akhirat. Tidak ada yang perlu dirisaukan kerana di alam ini tiada pencipta yan memiliki kuasa melainkan mereka yang paling berkuasa.

Golongan Aties tidak mahu mepercayai Tuhan dan agama ini merasakan agama hanya menghalang cita-cita mereka kerana ajaran agama penuh dengan nilai-nilai murni, perasaan dan belas.

Kezaliman yang dilakukan oleh mereka yang menganggap rasisme sebagai satu undang-undang semulajadi tidak akan berakhir selagi idea-idea Darwinisme tidak ditewaskan oleh sains.”
Ayat yang dipetik daripada buku ini. Apa yang saya rasakan ialah betapa pentingnya sains bukan sahaja dari sudut duniawi, malah dari sudut ukhrawi juga bagi membuktikan kepada golongan kafir mungkar tentang keesaan Allah. Betapa zalimnya mereka sezalim-zalimnya. Mereka ini tidak siuman lalu menjerumuskan manusia yang tidak bersalah ke dalam kegilaan mereka. Tidak tahulah bagaimana dunia kurun ke-19 itu dikuasai oleh mereka yang tidak siuman ini dalam masa yang sama sehingga menimbulkan huru-hara yang dahsyat.



È@t/ yìt7©?$# šúïÏ%©!$# (#þqßJn=sß Nèduä!#uq÷dr& ÎŽötóÎ/ 5Où=Ïæ ( `yJsù “ωöku‰ ô`tB ¨@Êr& ª!$# ( $tBur Mçlm; `ÏiB tûïÎŽÅÇ»¯R ÇËÒÈ
29. Orang-orang Yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) Dengan tidak berdasarkan pengetahuan. maka tiada sesiapa Yang dapat memberi petunjuk kepada orang Yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa Yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.


Jadi, inilah serba sedikit ulasan yang dapat buat mengenai buku ini. Tidak dapat saya nafikan bahawa sepanjang saya membaca buku ini, memang terasa sesak nafas dan sakit kepala. Kisah-kisah kekejaman itu benar-benar mengikis tenaga saya sehingga lemah longlai jadinya. Tidak sampai kepada akal kita manusiakah itu yang sanggup melakukan keganansan sedemikian rupa.

Bertaubatlah wahai manusia-manusia yang zalim!

Seruan ini juga ditujukan kepada Yahudi di Palestin yang turut sama melakukan jenayah terbesar sebegini. Hitler, Franco, Mussollini dan sebagainya sudah berlalu. Walaupun ideologi ini sudah tidak tersebar lagi, namun masih ada sisa-sisa yang tinggal. Sepertimana yang kita lihat, Yahudi Zionis itu seolah-olah meneruskan kekejaman golongan aties, tetapi dengan matlamat yang berbeza.

Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, silalah baca buku ini. Boleh layari http://www.harunyahya.com/ jika tak mau beli.

Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami yang dizalimi..

Wallahu a’lam.

Wanita di Bawah Cahaya Al-Quran dan As-Sunnah


Oleh : AisyahHumaira (al-ahkam.net)

Pendahuluan
Apakah sifat seorang wanita yang beriman kepada Allah dan RasulNya? Bagaimanakah seorang wanita itu seharusnya bertingkahlaku untuk dia digelar wanita yang solehah? Dan apakah petunjuk Nabi :selawat kepada kaum wanita dari kalangan umatnya dalam menjalani kehidupannya? Sesungguhnya tidaklah seorang wanita itu mengikut setiap pesanan dan nasihat dari guru sekalian umat ini -:selawat- melainkan dia digelar wanita yang solehah. Tiada satu pun yang dapat mengukur kebaikan dan kemuliaan seorang wanita itu melainkan dengan kekuatannya berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah. Tulisan ini akan menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan di atas berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah. Wahai kaum wanita, perhatilah dan selamilah petunjuk serta wasiat dari Penciptamu dan Rasulmu serta hadapilah hidup ini dengan hati yang lurus!

Sekiranya seorang wanita itu berakhlak dan menghiasi dirinya dengan sifat-sifat berikut, maka bergembiralah dia dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah untuknya.

(1) Keimanan dan taqwa kepada Allah serta kecintaannya kepada Rasul :selawat. Seorang wanita itu seharusnya mendahulukan Allah dan Rasul :selawat dalam apa jua perkara serta menjadikan keduanya sebagai kayu ukur dalam setiap gerak-geri dan tingkahlakunya. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud : «Tiadalah bagi lelaki yang beriman dan wanita yang beriman (hak) untuk memilih dalam urusan mereka apabila Allah dan RasulNya telah memutuskan urusan itu. Barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata» [al-Ahzab : 36]. Dan Nabi :selawat telah menjanjikan bahawa mereka yang mendahulukan Allah dan RasulNya dalam setiap perkara maka mereka akan mendapat kemanisan iman. Nabi :selawat berkata yang membawa maksud : «Tiga perkara yang mana ia terdapat pada diri seseorang itu, maka dia akan merasai kemanisan iman ; orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala sesuatu; orang yang mencintai orang lain kerana Allah; dan orang yang membenci kekafiran sebagaimana dia membenci dimasukkan ke dalam api neraka»[1].

Seorang wanita yang beriman itu selalu mengingati Allah dalam keadaan bersendiri mahupun ramai, dan dalam keadaan senang ataupun susah. Hatinya sentiasa terikat dengan Allah dan dia sentiasa memelihara iman di dalam hatinya dengan zikir, ibadah-ibadah sunat, membaca al-Quran serta memerhati tanda-tanda kekuasaan Allah. Kehidupan bagi seorang wanita itu bukanlah emas dan perhiasan, kehidupan juga bukan suami ataupun keluarga; tetapi kehidupan bagi seorang wanita itu ialah iman dan amalan-amalan soleh yang akan dibawa berjumpa Allah kelak. Allah berfirman yang bermaksud : «Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan» [al-Nahl : 97]. Seorang wanita yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai tunggak hidupnya, maka dia akan menjalani kehidupan di dunia ini dengan aman dan bahagia. Dari Suhaib al-Rumi, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Sungguh mengkagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik, tidaklah perkara ini berlaku kepada seseorang pun melainkan orang mukmin, jika dia mendapat perkara gembira, dia bersyukur, itu adalah baik baginya, dan jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, itu adalah baik baginya»[2].

(2) Sentiasa melazimi rumah dan tidak berhias-hias (tabarruj). Sekian banyak dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan bahawa melazimi rumah itu adalah lebih baik bagi seorang wanita. Setiap apa yang disebut sebagai 'baik' oleh Allah dan Rasul :selawat, maka tiadalah sesuatu pun yang lebih baik dari perkara itu. Allah berfirman di dalam al-Quran yang menunjukkan perintah kepada isteri-isteri Nabi :selawat yang bermaksud : «Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu…» [al-Ahzab : 34]. Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat ini : "Adab-adab ini telah Allah perintahkan kepada isteri-isteri Nabi :selawat dan wanita umat ini (untuk mereka mengikuti ummahat al-mukminin)…(ayat ini bermaksud) iaitu tetaplah kalian dan janganlah keluar tanpa sebarang hajat dan antara hajat yang dibenarkan syara' ialah solat di masjid dengan syarat yang telah ditetapkan[3]". Manakala al-Qurtubi pula berkata : "Ayat ini menunjukkan perintah untuk tetap di rumah, walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi :selawat, tetapi dari segi makna, ia juga merangkumi wanita-wanita lain, bagaimana tidak, sedangkan banyak perintah syara' yang menyuruh wanita tetap di rumah dan tidak keluar kecuali darurat[4]".

Dalam suatu hadis, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Solat wanita di (bahagian dalam) rumahnya lebih baik dari solatnya di ruangan luar rumahnya[5], dan solatnya di dalam rumah kecilnya (makhda'[6]) lebih baik dari solatnya di dalam bahagian dalam rumahnya (tadi)»[7]. Walaubagaimana pun, wanita dibenarkan untuk solat di masjid, tetapi solat mereka di rumah itu adalah lebih baik seperti yang dikatakan oleh Nabi :selawat yang bermaksud : «Janganlah kamu halang isteri-isteri kamu (bersolat) di masjid, (akan tetapi) rumah-rumah mereka itu lebih baik bagi mereka»[8]. Dalam syarah hadis ini disebutkan : 'Solat wanita di rumah itu lebih baik bagi wanita daripada solat mereka di masjid sekiranya mereka mengetahui, tetapi mereka tidak mengetahuinya lantas meminta izin untuk ke masjid dan menganggap bahawa pahala mereka bersolat di masjid itu lebih banyak. Solat mereka di rumah itu lebih baik kerana ia lebih aman dari fitnah, lebih-lebih lagi setelah berlakunya tabarruj dan berhias-hias di kalangan wanita…[9]'. Perintah ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis Nabi :selawat yang bermaksud : «Wanita itu aurat, jika dia keluar maka syaitan akan memandangnya, dan seorang wanita itu paling hampir dengan Tuhannya sekiranya dia berada tetap di dalam rumahnya»[10]. Perkataan 'istasyrafa' dalam hadis di atas membawa maksud syaitan akan mencantikkan wanita itu di mata lelaki, dan ada pendapat yang mengatakan bahawa maksud hadis ini ialah syaitan akan memandang wanita itu untuk menyesatkannya dan orang lain akan menjadi sesat disebabkan olehnya[11]. Subhanallah! Hadis ini menunjukkan kelebihan melazimi rumah bagi seorang wanita dan itu merupakan antara cara yang terbaik untuk dia mendekatkan diri kepada Allah. Maksudnya sama seperti hadis[12] yang menyatakan bahawa seorang hamba itu paling hampir dengan Allah dalam keadaan sujud, yang mana hadis ini menunjukkan kelebihan sujud dan galakan untuk memperbanyakkan sujud.

Perintah bagi wanita supaya tetap di rumah dan larangan untuk mereka keluar dikecualikan sekiranya mereka keluar dengan sebab-sebab dan hajat tertentu yang dibenarkan syara'. Ini berdasarkan hadis Nabi :selawat di mana Aisyah :radhia menceritakan : Saudah :radhia telah keluar –selepas turunnya perintah hijab- kerana hajat tertentu, dan dia adalah seorang wanita yang berbadan besar, mereka yang mengenalinya pasti akan akan mengetahui bahawa dia adalah Saudah (walaupun dia memakai pakaian menutupi seluruh badan ataupun keadaan malam yang gelap), maka Umar melihatnya lalu berkata : Wahai Saudah, demi Allah, kamu tidak akan dapat menyembunyikan diri dari kami, maka fikirlah cara bagaimana kamu keluar tanpa dikenali. Aisyah berkata : Maka Saudah pun pulang, dan Baginda :selawat berada di rumahku sedang makan malam dan tangannya menggenggam daging, lalu dia masuk dan berkata : Wahai Rasulullah, aku telah keluar untuk menunaikan hajatku dan Umar telah berkata kepadaku (itu dan ini). Aisyah berkata : Maka Allah telah menurunkan wahyu kepadanya dan ketika keadaan itu selesai, daging itu masih berada di genggamannya seakan-akan beliau tidak mahu menyimpannya, lalu Nabi :selawat bersabda : «Kamu diizinkan keluar untuk memenuhi keperluanmu»[13].

(3) Sentiasa menundukkan pandangan dan memelihara dirinya. Seorang wanita yang beriman dan solehah itu sentiasa menundukkan pandangannya dari melihat perkara-perkara yang haram dan sentiasa memelihara kehormatan dirinya sebagai seorang wanita yang beriman.
Telah menjadi kebiasaan bagi wanita-wanita zaman ini samada yang sudah bersuami atau pun masih belum berkahwin –kecuali mereka yang dipelihara oleh Allah- untuk mempunyai sahabat dari kalangan lelaki. Ini bertentangan dengan sifat wanita yang beriman dari kalangan hamba yang disifatkan oleh Allah dalam surah al-Nisa' yang bermaksud : «…dan berikanlah kepadanya mas kahwinnya dengan kadar yang patut, sedang hamba itu perempuan yang baik, bukan perempuan lacur dan bukan pula mengambil lelaki lain sebagai teman secara rahsia…» [al-Nisa' : 25]. Inilah budaya barat yang cuba diserap masuk di kalangan wanita-wanita Muslimah kerana musuh-musuh Allah ini tahu bahawa rosaknya wanita Muslimah bererti rosaklah generasi Islam yang akan datang! Tetapi malangnya, fenomena ini dianggap biasa di zaman ini bahkan wanita yang tiada sahabat lelaki itu pula yang dikatakan ketinggalan zaman serta tidak pandai bersosial dan sebagainya. Allah jualah tempat meminta pertolongan.

Firman Allah lagi dalam surah yang sama mengenai sifat-sifat wanita yang baik itu : «…Perempuan-perempuan yang solehah ialah perempuan-perempuan yang taat, yang memelihara kehormatannya sewaktu suaminya tiada, sebagaimana Allah telah memeliharakan dirinya…» [al-Nisa' : 34]. Maksudnya, mereka ini memelihara kehormatan diri mereka dan memelihara rahsia suami ketika ketiadaannya sebagaimana Allah memelihara mereka dengan memerintahkan para suami supaya bergaul dengan baik dengan mereka dan menunaikan hak-hak para isteri[14]. Inilah ciri-ciri wanita yang solehah.

Manakala perintah menundukkan pandangan pula tidaklah terhad pada lelaki sahaja, bahkan Allah telah mengkhususkan satu ayat yang menyuruh para wanita juga menundukkan pandangan. Firman Allah yang bermaksud : …«Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, supaya mereka merendahkan pandangan…» [al-Nur : 31].

(4) Menjaga lisan daripada mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Suka mengumpat, mencerca dan melaknat adalah satu sifat yang sering dikaitkan dengan wanita –kita memohon keselamatan dari Allah supaya dijauhkan dari sifat ini-. Manakan tidak, sedangkan Allah sendiri mengkhususkan larangan ini kepada wanita di samping ayat yang umum melarang orang mukmin itu menghina sesama mukmin. Allah berfirman yang bermaksud : «…dan jangan pula kaum perempuan menghina kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu lebih baik dari perempuan yang menghina…» [al-Hujurat : 11]. Allah mengkhususkan larangan ini kepada wanita kerana kaum inilah yang seringkali cepat mengeluarkan kata-kata yang tidak baik samada mengumpat, menghina, mengata dan sebagainya[15]. Syeikh al-Sa'di rahimahullah di dalam tafsirnya berkata : '…pada realitinya memang selalunya mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina, kerana penghinaan itu tidak akan datang kecuali dari hati yang penuh dengan keburukan dan akhlak yang keji…'[16].

Allah Ta'ala juga berfirman yang bermaksud : «…dan janganlah kamu mengumpat orang lain, sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati?...» [al-Hujurat : 12]. Maka selayaknya bagi wanita yang beriman untuk menjauhi larangan Allah ini dan cuba sedaya-upaya untuk menjaga lisannya dari berkata yang tidak baik. Hendaklah seorang wanita itu bertaqwa pada Allah dan meletakkan syurga dan neraka di hadapannya sebelum berkata apa-apa mengenai orang lain.

Dari Huzaifah :radhia, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Tidak akan masuk syurga qattaat (orang yang mendengar sesuatu sedangkan dia tidak mengetahui hakikat sebenarnya dan kemudian menyebarkannya untuk tujuan berbuat kerosakan[17])[18].

(5) Menjaga pendengarannya daripada muzik, kata-kata yang keji dan perkara-perkara lain yang haram untuk didengari. Seorang wanita yang beriman hendaklah berusaha sedaya-upaya untuk menjauhi apa jua perkara yang boleh melalaikannya dan tidak mendatangkan faedah bagi agamanya. Dia hendaklah sentiasa memelihara pendengarannya kerana ia adalah sesuatu yang dipertanggungjawabkan ke atasnya dan akan disoal oleh Allah di hari akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud : «…Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, masing-masing akan dipertanggungjawabkan» [al-Isra' : 36].

Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Akan muncul dari umatku orang-orang yang menghalalkan (menganggap halal) zina, memakai baju sutera, arak dan alat muzik…»[19]. Perbuatan 'menghalalkan' itu tidak terjadi melainkan apabila hukum asal sesuatu itu adalah haram. Dalam hadis ini, alat muzik diletakkan sebaris dengan arak dan zina yang mana jelas pengharamannya pada umat Islam. Ibn Mas'ud :radhia berkata : "Nyanyian itu menumbuhkan nifaq dalam hati sebagaimana air itu menumbuhkan sayuran"[20].

Dr. 'Aidh al-Qarni berkata[21] : Sesiapa yang mendengar muzik itu maka dia akan dihukum dengan tiga perkara :
1- Terputus hubungan hatinya dengan Allah.
2- Dia tidak lagi menyintai al-Quran, zikir, hadis, sirah Nabi :selawat dan sebagainya.
3- Allah akan mengharamkan mendengar nyanyian baginya di syurga nanti.

[1] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Bad'u al-wahyi, Bab Halawat al-iman, no. hadis : 16; Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Iman, Bab Bayan khisal man ittashafa bihinna wajada fiihi halawat al-iman, no. hadis : 67; al-Nasa'ie dalam Sunannya, Kitab al-Iman wa syara'i'ihi, Bab Halawat al-iman, no. hadis : 4988; Ahmad dalam Musnadnya, 3/103, no. hadis : 12021.
[2] Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Zuhd wa al-Raqa'iq, Bab al-Mu'min amruhu kulluhu khayr, no. hadis : 64; Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban, Kitab al-Jana'iz, Bab Ma ja'a fi al-sabr, no. hadis : 2896. Lafaz hadis ini adalah lafaz Muslim.
[3] Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azhim, (T.Tp, T.Th) 3/636.
[4] Al-Qurtubi, al-Jami' li Ahkam al-Quran, (T.Tp, T.Th) 14/158.
[5] Al-hujrat : Kawasan lapang di dalam rumah. Lihat : al-'Azhim Abadi, Syaraf al-Haq Muhammad Asyraf, 'Aun al-Ma'bud Syarh Sunan Abi Daud, (Beirut : Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, 2001) 2/166.
[6] Al-makhda' : Rumah kecil yang ada dalam rumah besar; tempat menyimpan barang-barang yang berharga. Lihat : Ibid.
[7] Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Salat, Bab al-Tasydid fi zalik, no. hadis : 570; Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, Kitab al-Salat, Bab Ikhtiyar Salat al-Mar'ah fi Baytiha 'ala Salatiha, no. hadis : 1688; al-Hakim dalam al-Mustadrak, Kitab al-Imamah wa Salat al-Jama'ah, no. hadis : 757; al-Baihaqi dalam Sunannya, Kitab al-Haidh, Bab Khayr Masajid al-Nisa' Qa'r Buyutihinna, no. hadis : 5144. Berkata al-Hakim : 'Hadis ini hadis sahih menepati syarat Bukhari dan Muslim tetapi mereka tidak meriwayatkannya di dalam kitab mereka. Keduanya berhujah dengan Muwarriq ibn Musyamrij al-'Ajaliyy'; dan ia dipersetujui oleh al-Zahabi.
[8] Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Salat, Bab Ma ja'a fi khuruj al-nisa' ila al-masjid, no. hadis : 567; Ahmad, 2/76, no. hadis : 5468 & 5471; al-Hakim dalam al-Mustadrak, Kitab al-Imamah wa Salat al-jama'ah, no. hadis : 755; al-Baihaqi dalam Sunannya, Kitab al-Haidh, Bab Khayr Masajid al-Nisa' Qa'r Buyutihinna, no. hadis : 5142. Berkata al-Hakim : 'Hadis ini sahih menepati syarat Bukhari dan Muslim, keduanya berhujah dengan al-'Awwam bin Hawsyab dan telah thabit bahawa Habib mendengar dari Ibn Umar; tetapi mereka tidak meriwayatkan penambahan dalam hadis ini 'wa buyutuhunna khayrun lahunna''. Dipersetujui oleh al-Zahabi.
[9] al-'Azhim Abadi, op. cit, 2/165.
[10] Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya, Kitab al-Ridha', Bab bi dun tarjamah , no. hadis : 1173; Ibn Hibban dalam Sahihnya, Kitab al-Hazr wa al-Ibahat, no. hadis : 5599; Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, Kitab al-Salawat, Bab Man kariha zalik, no. hadis : 7616; Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, Kitab al-Salat, Bab Ikhtiyar Salat al-Mar'ah fi Baytiha 'ala Salatiha…, no. hadis : 1685; al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Awsath, no. hadis : 10115 & 8096. Dalam riwayat al-Tirmizi oleh Abdullah, tiada lafaz : 'Wa aqrabu ma takuunu…' dan dia berkata : 'Ini hadis hasan sahih gharib'. Berkata al-Haithami : 'Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir dan perawi-perawinya dipercayai'. Lihat : al-Haithami, Nur al-Din Ali bin Abi Bakr, Majma' al-Zawa'id wa Manba' al-Fawa'id, (Beirut : Dar al-Fikr, 1412H) 2/156.
[11] Lihat : al-Mubarakfuri, Muhammad Abdul Rahman bin Abdul Rahim, Tuhfat al-Ahwazi bi Syarh Jami' al-Tirmizi, (Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 2001) 4/283.
[12] Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Salat, Bab Ma Yuqaal fi al-Ruku' wa al-Sujud, no. hadis : 482; Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Salat, Bab Fi al-Du'a fi al-Ruku' wa al-Sujud, no. hadis : 875; al-Nasa'ie dalam Sunannya, Sifat al-Salat, Aqrab Ma Yakuunu al-'Abd Min Allah 'Azza wa Jalla, no. hadis : 1137; Ahmad dalam Musnadnya, 2/421, no. hadis : 9442.
[13] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Tafsir, Bab Qauluhu Ta'ala : [33 : 53], no. hadis : 4517; Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Salam, Bab Ibahat al-khuruj li al-nisa' li qadha' hajat al-insan, no. hadis : 2170.
[14] Lihat : al-Baghawi, al-Hussain bin Mas'ud, Ma'alim al-Tanzil, (al-Riyadh : Dar Thiibah, 2002M/1423H) 1/519.
[15] Lihat : al-Qurtubi, op. cit., 16/275.
[16] Al-Sa'di, Abdul Rahman bin Nasir, Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, (al-Riyadh : Dar al-Salam, 2002M/1422H) 945.
[17] Lihat : Ibn Hajar, Ahmad bin Ali Abu Fadhl, Fath al-Bari, (Beirut : Dar al-Ma'rifah, 1379H) 10/473.
[18] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Adab, Bab Ma Yukrahu min al-Namimah, no. hadis : 5709; Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Adab, Bab fi al-Qattaat (al-Nammaam), no. hadis : 4871; Ahmad dalam Musnadnya, 5/382, 389, 397, 402, 404; al-Nasa'ie dalam Sunan al-Kubra, Kitab al-Tafsir, Surah al-Qalam, no. hadis : 11614.
[19] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Asyribat, Bab Ma Ja'a fi Man Yastahillu al-Khamr…, no. hadis : 5268; Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Libas, Bab Ma Ja'a fi al-Hirr, no. hadis : 4039.
[20] Dinaqalkan dari : al-Suyuti, Jalaluddin bin al-Kamal, al-Amru bi al-Ittiba' wa al-Nahyu 'an al-Ibtida', (al-Riyadh : Dar Ibn al-Qayyim, 2001M/1422H) 107.
[21] Lihat : Al-Qarni, 'Aidh bin Abdillah, Bayt Ussisa 'ala al-Taqwa, (Beirut : Dar Ibn Hazm, 2000M) 214