Bukan Duka Tapi Muhasabah



Bismillah

Dalam kehidupan ini, kita mestilah sentiasa melatih diri untuk sentiasa bertenang dan berlatih untuk sentiasa memujuk diri sendiri, memujuk hati.


Mengapa kita terlalu berkira dengan kehilangan yang kita alami? Atau berkira dengan perkara yang tidak kita kecapi atau dapati?


Bukankah Allah SWT telah memberi sebanyak-banyak kebaikan dan nikmat kepada kita?


Kita mengerti betapa sayangnya kita terhadap sesuatu itu, tapi sesuatu apa itu kan milik Allah SWT? Milik yang Dia pinjamkan kepada kita? Untuk kita guna buat bekalan ke negeri abadi?


Kadangkala memang Dia tidak memberikan apa yang kita mahu. Tetapi tidakkah kita mengerti bahawa Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk kita?


Walau sesedih mana, kita mesti cekal. Para Nabi dan rasul diuji lebih besar. Jika nak dibandingkan, apa yang kita alami seumpama sebutir pasir di kaki mereka.


Percayalah..


Allah SWT sangat Mengasihani dan Mengasihimu..

0 kata-kata mereka: