Manusia-manusia


Jahat benar manusia ni ya. Bukan semua.

Apabila rumah telah dipecah masuk oleh pencuri baru-baru ini, apalagi perasaan kita selain berasa cemas, risau dan takut.

Ini hanyalah sedikit. Tapi yang sedikit ini telah menyentak perasaan ini terhadap saudara-saudara di Palestin dan sewaktu dengannya.

Bagaimana mereka menghadapi semua itu? Diceroboh, dibunuh, dicuri, dirampas, ditindas, diperlaku seakan-akan yang memperlaku sedemikian rupa itu adalah bukan manusia.

Seperti biasa, kita dan mereka yang zalim tidak akan pernah sama. Sang pencuri itu juga termasuk dalam kategori mereka. Kerna kita tidak pernah sampai pada pemikiran untuk melakukan apa yang mereka lakukan. Sangat tidak sampai.

Ingatlah bahawa ini hanyalah sedikit. Saudara kita di sana lebih gila keadaan di sekitar mereka.

Qaddarallahu ma sha’a fa3al..

0 kata-kata mereka: