Induction dan Konvensyen


26 dan 27 Disember 2008, iaitu hari Jumaat dan Sabtu saya berinduksi di UIA. Lebih spesifik lagi Program Induksi Pimpinan WAFA iaitu Women Affairs Association. Persatuan ini satu-satunya persatuan yang keahliannya hanya terbuka kepada sisters UIA. Ada yang bertanya “Korang ni memperjuangkan feminism dan persamaan hak macam Sisters in Islam ke?” Astagfirullah. Naudzubillahi min dzalik.


Tak ade lah sampai cenggitu. Persatuan ni lebih mementingkan program yang tertumpu kepada sisters di UIA. Seperti Women’s Week di dalamnya minggu tersebut ada exhibition on women’s healthy, talk dan sebagainya. Aurah Awareness Campaign, One Trip Doing Dakwah kat Masjid Jamek dan Puduraya. Tetapi jika kuliyyah mingguan setiap semester, walaupun namanya Fiqh Mar’ah, tetap boleh dihadiri oleh brothers juga. Kita dah buat Fiqh Az-Zawaj iaitu Fiqh Perkahwinan, Fiqh Syakhsiah dan semester ini kita akan adakan Fiqh Thoharah ikut perancangannyalah. Tak tahu pula jika Biro Dakwah And Tarbiyyah nak tukar tajuk lain pula.


Sepatutnya induksi ini berakhir pada hari Ahad, 28 Disember 2008. Tetapi saya memutuskan untuk beransur diri pada hari itu untuk pergi ke Konvensyen Sunnah di UniKL Melaka. Meminta keizinan daripada Kak Syida selaku presiden WAFa dengan muka menagih simpati. Konvensyen ini dianjurkan oleh Institut Ibn Hajar. Sangat teringin nak pergi kerana tentatif induksi pada hari Ahad tidak begitu crucial secrucial hari Sabtu. Saya nak pergi konvensyen, bukan nak pergi bershopping atau makan angin.


Bertemankan Kak Fizah, Kak Hajar, Kak Raudah, kami pun keluar dari UIA pada jam 7.45 pagi kerana menunggu bas dan menunggu saya yang lambat. Kami dijemput oleh Kak Amni di Stesyen Komuter Kajang dan terus ke Melaka. Seperti biasa kami memang sinonim dengan kesesatan jalan. Sepatutnya masuk lane roundabout jam 12, kami masuk jam 3, maka tersasarlah ke jalan kampung madrasah apa entah.


Tema konvensyen tahun ini ialah “Ahlus Sunnah Wal Jamaah: Hubungan Sesama Mereka dan Hubungan Dengan Masyarakat”. Kami sampai di UniKL jam 11 pagi. Waktu itu Dato’ Seri Shahidan Kassim sedang berucap. Tak sempat mendengar ucapan wakil dari setiap negeri termasuk INTIS sendiri. Dato Seri berkata sekarang ni terlalu banyak orang mengata kita Wahabbi. Senang-senang jom kita tubuhkan sahaja institut yang diberi nama Institut Ibn Taimiyyah. Ataupun nanti akan ada taman perumahan baru di Kangar, Perlis yang boleh dinamakan sebagai Taman Muhammad Bin Abdul Wahab. Kan senang. Kalau dorang nak mengutuk biar mengutuk sampai habis. Kelakar lah Dato’. Tapi yang tu je yang sempat saya dengar.


Seterusnya ialah pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya. Ustaz sarankan agar biarlah kita ini dikenali dengan orang yang membawa panji-panji aqidah sohihah. Jadikan matlamat kita atas dasar aqidah. Jika nak tahu aqidah seseorang, tanyakan kepada di a, di mana Allah? Jawapan seharusnya ialah Allah di langit atau di arasy sebab ada hadith yang sohih. Kita tak boleh katakan Allah itu di mana-mana.


Dalam hal ni teringat Ustaz Fadhil dalam kuliyyahnya di UIA pernah sebut, bagaimana dia nak memahamkan ibunya yang percaya bahawa Allah itu ada di mana-mana. Kesimpulan cerita, dia bertanya kepada ibunya semula adakah Allah juga berada di dalam tandas? Tentulah tidak kan.
Berbalik kepada Ustaz Fathul lagi, jika kita mahu berdakwah, mestilah berhikmah. Hikmah ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya (Syeikh Said bin Ali bin Wahf Al-Qohthoni). Hikmah mempunyai tiga syarat iaitu:


1) Ilmu – Daie atau pendakwah mestilah berilmu. Inilah tunjang bagi apa-apa pun.


2) Hilm – Bijaksana. Daie mesti faham level mad’u iaitu orang yang didakwahkan.


3) Inaa’ah/ At-Ta’anni – Jangan tergesa-gesa.


Agama kita adalah tasfiyyah (penyucian) dan tarbiyyah (pendidikan). Para nabi dari dulu lagi berdakwah untuk tauhid mengesakan Allah dan aqidah yang benar. Jadi kita kena teruskan perjuangan ini. Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab mengulang mengajarkan tentang Usul Tsalasah sebanyak 30 kali yang menerangkan tentang Allah, Rasul dan agama. Sebab hanya dengan aqidah yang benar sahaja barulah umat Islam dapat disatukan. Bukan bermula dengan fiqh atau akhlaq. Dalam masa yang sama tak dinafikan akhlaq memainkan peranan penting dalam dakwah.


Ustaz juga menerangkan bagaimana dan apa yang perlu kita lakukan untuk menghubungan kita dengan masyarakat tentang sunnah.


1) Pengurusan jenazah
Sepatutnya di kawasan perumahan kita ada team atau pasukan yang boleh uruskan jenazah secara sunnah.


2) Berbekam
Berbekam adalah sunnah nabi sallallahu alaihi wasallam. Jadi harus ada di antara kita yang boleh membuka pusat rawatan yang menawarkan khidmat berbekam secara bersih dan efisyen.


3) Sekolah sunnah
Kita harus menubuhkan sekolah sunnah untu anak-anak kita supaya tidak berlaku pertembungan fikrah terhadap mereka. Kerana kadangkala jika seorang guru ini berfahaman salafi mengajar subjek agama misalnya, selepas itu masuk pula guru bahasa Melayu lalu menafikan kepada murid-murid ini tentang apa yang diajarkan oleh guru agama tadi. Jadi yang akan keliru tentulah anak-anak kita. Ustaz kata ada satu sekolah sunnah di Indonesia, dari guru besar hinggalah jaga semuanya berfahaman salafi. Kan bagus camni?


4) Bahan bacaan untu anak-anak
Ustaz kata kita asyik memikirkan bahan bacaan sunnah hanya untuk kita. Tetapi bagainmana pula dengan anak-anak kita? Kita baca buku sunnah, tetapi anak-anak diberikan buku Ciderella, Snow White, Red Riding Hood dan sebagainya. Jadi sepatutnya ada bahan bacaan sunnah sesuai untuk level kanak-kanak.


5) Kenduri kahwin
Seharusnya ada team yang mahu menjadi penanggah untuk upacara kenduri kahwin yang berlandaskan sunnah. Lelaki dan perempuan diasingkan. Tidak perlu pasang lagu-lagu, tapi ditukarkan dengan ceramah yang bermanfaat sepeerti mengapa perlu berkahwin dan sebagainya. Seperti ustaz sendiri berceramah di kenduri kahwin Ustaz MKA pada tahun lepas.

Menurut ustaz, kita jangan lari dan mengasingkan diri daripada masyarakat. Tetapi kena buat perubahan atas dasar sunnah.


Program diteruskan dengan forum yang dikendalikan oleh Ustaz (tak ingat nama). Ahli pane l ialah Ustaz Minghat Mahmut, Ustaz Abdullah Yassin dan Ustaz Adli bin Musa. Ustaz Abdullah Yassin mengeluarkan ayat Al-Quran dari Surah Ali Imran,


Ayat 19:
“Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam. Tidak berselisih orang yang telah diberi Al-kitab, kecuali setelah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian yang ada pada mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNya”


Ayat 85:
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima agama itu daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”


Ayat 102:
“ Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepadanya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”


Menurut ustaz terdapat dua jenis umat. Pertama umat dakwah iaitu golongan non muslim. Kedua, umat istijabah iaitu umat Islam yang respon terhadap dakwah. Tambahnya lagi, mengapa dalam Surah Al-Hujurat ayat 10 : “ Innamal mukminuna ikhwah..” Kenapa bukan ikhwan. Kerana mengikut maksud Bahasa Arab ikhwah membawa erti saudara kandung, manakala ikhwan pula bermaksud saudara bukan saudara kandung. Jadi dalam ayat itu Allah menyarankan bahawa orang-orang beriman itu ibarat saudara kandung..


Kesimpulan dari seluruh forum yang saya salin ialah:


· Kita kena hapuskan barriers ataupun jurang sesama muslim ni. Kita kena cintakan saudara islam walaupun berlainan manhaj atau fahaman.
· Buatlah bekalan ke akhirat. Sebaik baik-baik bekalan ialah taqwa
· Dakwah para salaf menekankan tauhid, ittiba’ dan tazkiyatun nafsi.


Sebenarnya ada banyak lagi yang disampaikan, tapi ada perkara yang saya tak faham dan tak dapat menangkap emosi situasi pada masa itu, apabila ada seorang daripada ikhwah bertanyakan soalan. Tak yahlah citer sebab saya pun tak faham. Nak explen pun tak reti.


Seterusnya selepas solat asar ada ceramah daripada Ustaz Ghazali. Yang saya ingat hanya tiga perkara ini.


1) Jangan anggap apa yang sudah digazetkan oleh Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam, adalah remeh. Seperti tahrik jari dalam tasyahhud, isbal, dan membela janggut. Jika tidak penting tentu Rasul tak sebut. Tul tak?


2) Dalam dakwah tiada tarikh kejayaan. Kita takkan tahu, maka teruskan sahaja berdakwah dan berjuang. Nabi Nuh pun berdakwah sampai 900 tahun tapi berapa kerat sahaja yang mahu ikut?


3) Dalam dakwah kena utamakan solat. Ajarkan solat juga dahulu kerana itulah perkara pertama Allah akan soalkan.


Tak habis pun ceramah kami terpaksa beransur kerana Kak Amni tak berani bermusafir malam-malam. Jadi kami pun pulang dalam keadaan highway yang sangat jammed. Singgah solat magrib di Masjid Hasaniah Bangi, tempat berprogram untuk Kem Solat Remaja nanti. Masjid yang sangat cantik. Lepas tu makan di Restoran Sharifah yang dibelanja oleh Kak Hajar. Tapi Kak Fizah dan Kak Raudah nak bayar seniri. Then, trus balik UIA dengan komuter. Sampai pada jam 12 malam.


End of story.. wallahu a’lam.

0 kata-kata mereka: